Melangkah ke pusingan akhir persediaan untuk menghadapi "pilihan raya yang paling sukar dalam sejarah negara ini", Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan serangan terhadap Pakatan Rakyat di hadapan ribuan perwakilan parti itu.
Menggelar PAS sebagai kedalui - bahasa loghat tempatan Pekan yang bermaksud 'bangang' - dan mendakwa PAS diperkudakan oleh DAP, Najib mencabar parti Islam itu meninggalkan DAP.
"Kalau perjuangan berdasarkan Islam, tinggal daripada jadi rakan DAP," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung Umno di PWTC petang ini.
Menurut lagi, sekiranya ada pertentangan fahaman antara parti dalam Pakatan Rakyat, maka rakyat tidak boleh memberi negara ini ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Dalam ucapannya, Najib turut menempelak Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menyifatkan "dia tak kuat sangat, tapi pandai berkokok macam ayam".
"Berkokok sana sini, bohong sana sini, tipu sini, tipu sana, fitnah sini, fitnah sana, main sini dan main sana," kata Najib sambil disambut gelak ketawa perwakilan.
"(Dia) bohong tak berhenti-henti, dia kat eh kami juara...parti sendiri (pun) kucar-kacir," katanya sambil menyifatkan pembohongan terbesarnya adalah mengenai 16 September.
Najib turut membidas Anwar yang mendakwa akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri yang menyebabkan perwakilan bersorak 'boo'.
"Saya dengan Pak Lah masa tu, daripada mana dia dapat dia cakap, saya tanya Yang di-Pertuan Agong, baginda gelengkan kepala.
"Geleng kepala kita...cer cerita, cer cerita," katanya sambil tersenyum dan menyebabkan dewan Merdeka gamat dengan gelak ketawa.
Katanya lagi, ia berhubung dakwaan 30 ahli parlimen BN melompat kepada Pakatan.
"Nak main selamat, kepung dia, bedooh (melampau), tak ada seorang pun yang seberang," katanya.
Menurutnya lagi, tidak cukup beliau diserang dan difitnah selama tiga tahun, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor juga diserang.
"Isteri saya duduk diam-diam, kena serang... Saya dah bersumpah di masjid, empat kali saya bersumpah.
"Saya nak tanya dia, berapa kali dia bersumpah?. Di dalam masjid? di luar masjid?... Di mahkamah, tak berani (bersumpah), masuk dalam kandang tak berani bersumpah... Ini kes Saiful lawan dia, tidak ada kena mengena dengan Umno.
"Siapa yang pilih Saiful... Orang macam inikah yang nak jadi PM," kata Najib.
Beliau juga menyindir PKR sebagai parti anak beranak yang didakwanya mencatatkan rekod sejarah dunia bahawa "paling ramai pemimpin keluar parti".
Katanya, beliau telah membuat semakan dan mendapati enam ahli parlimen dan lima ADUN termasuk peguam peribadinya bertindak keluar parti.
"Segala rahsia (dia) pada DAP. DAP ada segalanya, sebab itu, jalan berkepak, jalan lain macam sebab (rahsia) ada di tangan dia," katanya.
__________________________________________
MENTERI JENIS APE LA NI..MENTERI NI KE YG KORG NK SANJUNG2 TU..
JGN CKP PSL PARTI ORG..CKP PSL PARTI SENDIRI..
RAKYAT DA TAU..UMNO DA TERUMBANG-AMBING MCM KAPAL NK KARAM..
X PAYAH NK KECOH2 LA..JGE UMNO JE LA..HAHA..
SI MONGOLIA NI NA MEGAH2 PSL ANGKAT SUMPAH TU APEHAL?..DA GILE KE?..HAHA
ANAK MUDA TOLAK UMNO
No comments:
Post a Comment