free counters

Tuesday 13 December 2011

berani ke najib?

Najib dicabar bertanding di kerusi 1Malaysia-Malaysiakini
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mencadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan keikhlasan konsep 1Malaysia yang diterajuinya dengan bertanding di kawasan yang masyarakatnya berbilang bangsa seperti kerusi parlimennya di Lembah Pantai.

NONE"Apabila bercakap tentang transformasi dan imej berbilang bangsa di Malaysia, saya berharap Saifuddin akan sampaikan kepada perdana menteri bahawa beliau harus mempertimbangkan kemungkinan bertanding di kerusi yang masyarakatnya berbilang kaum, kerusi 1Malaysia.

"Daripada apa yang saya tahu, Pekan mempunyai 93 peratus pengundi Melayu.

"Oleh itu, selaras dengan janji-janji 1Malaysia dan semua itu, Najib perlu bertanding di kawasan yang mempunyai pelbagai bangsa seperti di Lembah Pantai,” kata Nurul Izzah kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah pada sebuah forum politik di Shah Alam.

Cadangan beliau itu mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 500 hadirin.

Walau bagaimanapun, Nurul Izzah kemudiannya memberitahuMalaysiakini bahawa kenyataannya itu bukan satu cabaran kepada Najib tetapi mahu perdana menteri membuktikan apa yang diperkatakannya.

Nurul Izzah dan Saifuddin adalah penceramah pada forum bertajuk ‘Pilihan Raya Umum ke-13: Undi siapa akan jadi penentu?’

Penceramah lain termasuk Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, Ketua parti KITA Datuk Zaid Ibrahim dan pensyarah pengajian media Universiti Malaya Prof Abu Hassan Hasbullah.

Forum itu anjuran akhbaran Sinar Harian.

najib nurul 1malaysiaNurul Izzah pertama kali dipilih sebagai ahli parlimen Lembah Pantai pada pilihan raya umum lalu. Kerusi yang terletak di Kuala Lumpur itu mempunyai campuran penduduk pelbagai bangsa - i 52 peratus pengundi Melayu, 27 peratus Cina dan 18 peratus India.

Bagi Najib pula, beliau dilantik menduduki kerusi Pekan di Dewan Rakyat pada usia yang sangat muda iaitu 23 tahun. Kerusi pilihan raya parlimen di luar bandar di Pahang itu mempunyai 93 peratus pengundi Melayu, 2.7 peratus Cina dan satu peratus India.



__________________________________________________

KLI NI..MESTI MEMBUKTIKAN..NAJIB BERANI ATAU TAKOT..HAHA

BOLEH KE DIE BERTANDING YG PENGUNDINYE BERBILANG KAUM..

MSE DI PEKAN BOLE LA..SEBAB MAJORITI PENGUNDI ADALAH MELAYU..BUKAN 1 MALAYSIA..HAHA

NAJIB MNE DE TELUR..BRU AJAK CMNI..PASTI TELUR DIE BASAH PUNYE..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment