free counters
Showing posts with label Gerakan. Show all posts
Showing posts with label Gerakan. Show all posts

Tuesday, 6 August 2013

POLITIK DAN PENGARUH KUASA KETIGA



Kuasa Ketiga adalah satu kumpulan politik berbentuk kepartian atau NGO (Organisasi Bukan Kerajaan) atau kumpulan dan kesepakatan yang ditubuhkan bagi mewakili satu kumpulan yang besar lagi berpengaruh yang berkongsi arah tuju perjuangan politik di peringkat nasional. Perjuangannya adalah berbeza dengan apa yang diperjuangkan oleh dua kuasa politik yang pertama itu. Kuasa Ketiga mampu merubah lanskap politik dengan menjadi kuasa penentu kepada keputusan sesuatu permasalahan tersebut.. dalam konteks di Malaysia, dua kuasa pertama yang dimaksudkan ialah Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Perlunya kuasa ketiga ialah mahu memberi tekanan kepada kepada kedua-dua belah pihak baik pemerintah mahupun pembangkang untuk mendengar keluh-kesah dan masalah-masalah yang dihadapi rakyat dan menyuarakan pendapat untuk penambahbaikkan dengan sistem sedia ada.. Rakyat hanya mahukan kehidupan yang sejahtera dan selamat...

Disamping itu, perlunya kewujudan kuasa ketiga ialah untuk menggerakkan rakyat untuk turun kejalanraya berevolusi seperti yang sedang terjadi di Mesir sekarang yang mana, kuasa ketiga ini membezakan diri mereka dengan penyokong dan penentang Morsi..

Kuasa Ketiga juga semakin mendapat tempat di hati para pengundi di kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi seperti Amerika Syarikat, New Zealand, Kanada dan United Kingdom (UK), pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan atau NGO adalah kebanyakannya akan terjun menjadi pemimpin Kuasa Ketiga di negara masing-masing. Kuasa Ketiga yang boleh dikategorikan sebagai sangat berjaya adalah yang wujud di UK.

Contoh yang terbaik adalah di United Kingdom (UK). Semasa pilihanraya umum UK pada pertengahan tahun ini, tiada satu parti pun yang memenangi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru. Sepertimana yang anda sedia maklum, gergasi politik atau Kuasa Pertama dan Kuasa Kedua di UK adalah parti Buruh dan parti Konservatif. Dewan Rakyatnya yang dikenali dengan nama House of Commons mempunyai 650 kerusi dan parti yang boleh membentuk kerajaan memerlukan 326 kerusi sebagai majoriti mudah.

Di dalam pilihanraya tersebut, kedua-dua parti itu gagal memperolehi jumlah mudah tersebut. Parti Konservatif dipimpin oleh David Cameron (kini Perdana Menteri) memperolehi 306 kerusi manakala parti Buruh yang dipimpin oleh Perdana Menteri ketika itu, Gordon Brown pula mendapat 258 kerusi.

Untuk membentuk kerajaan di dalam keadaan yang diistilahkan sebagai ’Parlimen Tergantung’, mereka perlu mencari mana-mana parti lain atau Bebas yang memenangi kerusi untuk bergabung dan membentuk kerajaan. Akhirnya, sebuah lagi parti yang layak ditakrifkan sebagai Kuasa Ketiga iaitu parti Liberal Demokrat dengan 57 kerusi akhirnya bersetuju bekerjasama dengan parti Konservatif bagi membentuk kerajaan.

Dalam lain perkataan, dengan keperluan yang teramat sangat ke atas Liberal Demokrat oleh Konservatif dan Buruh menunjukkan kepada kita betapa kuatnya pengaruhnya sebagai satu kuasa. Selain itu, Liberal Demokrat yang memperolehi hampir 23% undi popular semasa pilihanraya tersebut dan ini turut melayakkan partinya dianggap sebagai Kuasa Ketiga yang menggugat kemampuan parti Konservatif dan Liberal di dalam membentuk kerajaan bersendirian. Ini adalah satu kes yang jelas bagi menggambarkan keadaan sebenar politik tentang Kuasa Ketiga.


H.A

Thursday, 9 February 2012

Shahrizat masih buat muka tak malu

Timbalan presiden Gerakan mahu Shahrizat berundur-Malaysiakini
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menerima satu lagi tamparan - kali ini dari sebuah parti komponen BN - ketika tekanan semakin memuncak terhadap menteri kabinet tersebut supaya berundur.

Hari ini, turut menyertai desakan terhadap Shahrizat itu - ekoran pembabitan keluarga menteri berkenaan dalam skandal National Feedlot Corporation (NFC) - ialah Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn.

NONEDalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau
amat "bersimpati" dengan Shahrizat yang sedang berdepan dengan serangan yang "tidak adil dan kejam", tetapi tegasnya, Shahrizat sepatutnya melepaskan jawatan menteri demi kepentingan yang lebih besar bagi BN.

Demi kepentingan BN, beliau berharap Shahrizat akan dengan rendah hati mengosongkan jawatan menteri dalam kabinet dan menumpukan tenaga memerangi serangan terhadap keluarganya.

"Beliau boleh kembali semula ke kabinet selepas episod ini selesai dan namanya dibersihkan," kata Chang.

Mengakui bahawa Shahrizat dan keluarganya sepatutnya dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan, Chang berkata, keluarga menteri itu juga perlu menjawab tuduhan terhadap mereka.

Menurutnya lagi, "pengorbanan" oleh menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu akan melepaskan BN daripada "beban" NFC.

NONESementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (kanan) berkata,
beliau percaya Shahrizat akan mengambil tindakan yang terbaik "demi kepentingan Umno dan BN".

"Beliau adalah seorang pemimpin kanan parti dan kami mempunyai keyakinan terhadap kebijaksanaan politiknya," katanya dipetik dalam laporan oleh akhbarThe Star.










___________________________________

HAHAHA..
UNDUR UNDUR..UNDUR SHAHRIZAT..HAHA
RAKAN2 KOMPONEN PON TELAH DESAK SHARIZAT UNTUK BERUNDUR..
BUKAN PEMBANGKANG SAJA YANG DESAK..RAKAN2 KAK IJAT PON DESAK..HEHE..
KAK IJAT BUAT MUKA TAK MALU JE..HAHA..
PENGGUNAAN DANA RAKYAT YANG MEMBUATKAN RAKYAT MARAH DAN BANGKIT..
RAKYAT MAHU SHAHRIZAT BERUNDUR..TETAPI BUKAN SHAHRIZAT SJE..
BN DAN PRTI2 KOMPONEN DEPA KAMI JATUHKAN..
TUNGGU PADA PRU 13...
RAKYAT TIDAK MAHUKAN UMNO-BN MEMERINTAH LAGI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO