free counters

Thursday 31 May 2012

MONGOLIA GUNA 2 JUTA UNTUK ARTIS K-PUP DI HARI BELIA ?







RM2 juta untuk bawa artis K-Pop kepada belia? -HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari  Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini.

Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak.

Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Sejuta Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk
Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta.

Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.

Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu.

Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu.

"Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima.

"Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.

__________________________________________________________________________________

Ini dia hadiah untuk belia.
Ini dia duit rakyat berkecai.
Mongolia menyangap dan guna duit rakyat untuk hiburan.
Ini makanan rohani anak muda.
Mana geng jate asan ale ? Mana aoron asani UMNU ? mana ostaz khir ?
Abu Sapik tolong diam-diam. Terus lawan syiah dan wahabi je okay ?
Cabery tu dah lupa diri.
Sebab tu la pada anak muda yang konon nak masuk umnu dan ubah dr dalam.
Maaf la. 
Memang harapan.
Tengok nuar dulu,
dari ABEM akhirnya ke lantai dansa juga!.
Duit Duit Duit.
macam mana la orang tak makan dekat lorong-lorong kolumpo tu.......

APA MAKNA PERPECAHAN MALAYU ?

Raja Perlis bimbang perpecahan Melayu-MALAYSIAKINI


 
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan perpecahan bangsa Melayu yang kini wujud dalam empat kumpulan.

Titah baginda jika tidak dibendung, tidak mustahil isu perpecahan Melayu akan menjadi lebih besar.

"Malang sekali sejak kebelakangan ini bangsa Melayu semakin berpecah, seolah-olah telah lupa slogan dalam pepatah Melayu sendiri 'bersatu teguh, bercerai roboh'," titah baginda ketika merasmikan Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantek Bangun, dekat Kangar malam tadi.

Titah baginda perpecahan bangsa Melayu adalah "bom jangka" bagi musuh yang bersedia untuk meletupkannya apabila tiba masa bagi memenuhi agenda kepentingan mereka.

Sehubungan itu, Raja Perlis menasihati bangsa Melayu agar kembali bersatu demi menjamin kestabilan negara selain menunjukkan kepimpinan yang baik kepada kaum lain di negara ini.

"Kita juga akan merasa malu kepada anak cucu kita jika kita tinggalkan negara dalam keadaan huru hara untuk mereka," titah baginda.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Perempuan Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

- Bernama

ADAKAH BILA TAK SOKONG UMNU MALAYU TAK BERSATU ?
MALAYU ADA UMNU, JATE, PER-KIASU, PEKEDA. 
MUNGKIN INI MAKSUD TUANKU.
HAHAHAHAHA

Wednesday 30 May 2012

PEMIMPIN DEE A PEE KENA LANYAK BEE END DI KLANG

Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang-malaysiakini

Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

Ganapathi Rao memberitahu Malaysiakini, penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.

ganabatirao attack in klang 310512 01Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.

Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.

Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.

INI DIA SATU CERITA,
LEPAS SATU SATU,
DULU SAMSENG BEE END SIBUK NAK HENTAK ANAK MUDA,
KINI ORANG TUA PUN DEPA TIBAI, TAPI BUKAN TIBAI YANG ZOL KATAK ATAU BERAHIM KATAK PUNYA IDEOLOGI,
MEH SINI BIAR RAKYAT SEMUA NAMPAK.
PEMIMPIN-PEMIMPIN DAN ANAK BUAH SAMSENG MACAM NI KE KITA NAK ?
ORANG-ORANG INDIA SILA LIHAT .....
ADAKAH INI YANG ANDA NAK SOKONG LAGI ?
LEPAS AMBEGA DIA PULAK ?




nota : sila perhati betul - betul si montel ni.
         dia tinggal di jalan kebun, klang,
         kalau nampak dia sila jerit kuat-kuat.
         atau pandang lama-lama. ajak satu family pandang lama-lama.
         HAHAHAHAHAHAHAHA