free counters

Thursday, 17 May 2012

PULIS DAN DBKAL KECAM PENJUAL BURGER

INI CERITA NGO EKHLAS.
BENAR KE MEREKA EKHLAS?
MEREKA KATA MENGHORMATI UNDANG-UNDANG DAN PULIS
WALHAL DAH CUAK.
KORANG MENYIAGA DEPAN RUMAH AMBIGA PUN DAPAT UNTUNG KE ?
LAGI TAK DAPAT UNTUNG.
PROTES MACAM INI TAK UBAH APA-APA PUN LA KAWANNN!
MALU JE MELAYU MACAM HANG!
JANGAN JADI MACAM ELVIS SUDAHH.
OTAK ADA, TAPI TAK NAK GUNA.
KAH KAH KAH!
WAHAI PENIAGA ,
KAMU BERJUANG UNTUK ANAK BINI,
BAGI SESUAP NASI,
BUKAN UNTUK UMNU.

INGAT TU!
___________________________________________________________________________
Protes peniaga depan rumah Ambiga batal
Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) hari ini mengumumkan membatalkan rancangan untuk membawa peniaga berniaga di hadapan Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga pada 24 Mei ini.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata selain "menghormati undang-undang dan polis", pembatalan itu dibuat kerana matlamat mereka untuk memberi pengajaran kepada Ambiga sudah tercapai.

"Kita sudah cukup memberi pengajaran kepada Ambiga. Kita bukan berniaga depan pintu masuk... Kita nak bagi dia rasa. Sekarang dia dah rasa.
"Kita nak bagi dia sedar. Satu dua jam dia dah tak tahan, bagaimana (dengan perasaan) peniaga yang satu hari (tidak berniaga). Siapa nak tanggung (kerugian)," katanya.

Sebelum ini, IKHLAS mencetuskan kontroversi apabila bertindak membuat "protes burger" di hadapan rumah Ambiga yang juga seorang peguam.

Bercakap dalam sidang media di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Mohd Ridzuan menegas sekiranya terdapat peniaga yang berniaga di hadapan rumah Ambiga, pihaknya tidak akan bertanggungjawab.

Menurutnya, setakat hari ini seramai 200 peniaga telah menyatakan persetujuan untuk berniaga di hadapan rumah Ambiga.

"Oleh kerana akan ada sekatan polis dan DBKL, kita hormati polis. Maka saya nak beritahu tidak akan berlaku pada tarikh tersebut," katanya.

No comments:

Post a Comment