free counters
Showing posts with label abu. Show all posts
Showing posts with label abu. Show all posts

Tuesday, 30 October 2012

Pakatan, UMNO dan Kakitangan Kerajaan ?

Apa akan jadi kalau pakatan dapat kalahkan UMNU dalam PRU nanti ?

Kita akan lihat gomen staff akan mula berubah hati.

Akan mula tidak 'bersyukur' dengan apa yang kerajaan umnu bn beri,

Mereka akn jilat buntut Nuar Berahim pula.

Dan mengaku taubat nasuha taknak berpihak pada parti yang rasuah lagi.

Inilah peredaran politik.

Kitaran hidup manusia sepanjang zaman.




Mereka akan jilat buntut dan sujud pada nuar berahim.



Dia akan buat kenyataan pada harakah dan kata taubat. Nak istiqamah dalam perjuangan lepas ni.




Dia akan buat kenyataan maaf pada karpel singgah, nuar dan nik ajis serta berusaha untuk memartabatkan orang malayu disamping cokia dan keling. 

Kah Kah Kah

Kitaran hidup manusia!



Monday, 9 April 2012

Najib buat lawak pagi selesa.

M'kat Cina jangan hanya jadi pemerhati, kata PM
-MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendesak masyarakat Cina tidak hanya menjadi pemerhati sebaliknya hendaklah bersama-sama menyokong agenda tranformasi kerajaan.

NONE"Penting untuk mereka bersama-sama, untuk mendokong perjalanan menuju Malaysia yang sedang berubah.

"Penting bagi mereka menyokongnya dan tidak mengambil sikap tunggu dan lihat. 'Mari kita memerhati daripada luar'.

"Agenda transformasi tidak akan berlaku tanpa sokongan orang ramai," katanya dalam rancangan 'Chat Time With...Najib' yang disiarkan secara langsung oleh stesyen televisyen NTV7 malam tadi.[Baca berita penuh]Sementara itu, bernama melaporkan Najib sebagai berkata, kepercayaan dan sokongan masyarakat Cina kepada kerajaan semakin meningkat sejak beliau mengambil alih pentadbiran negara.    
Perdana menteri berkata melalui pelbagai persemukaan yang dilakukannya sejak tiga tahun lepas, trend sokongan kaum tersebut itu semakin meningkat dan menggalakkan walaupun peratusannya lebih rendah berbanding masyarakat lain.

"Dia rendah tetapi trend adalah ke arah meningkat. Saya percaya kalau proses persemukaan kita jalankan secara berterusan, pelaksanaan program dapat dirasai oleh sebahagian besar masyarakat dan kita membuat pertimbangan yang adil, saya rasa peratusan sokongan boleh terus meningkat," katanya.

Najib berkata demikian ketika menjadi tetamu rancangan 'Chat Time With...Najib' yang disiarkan secara langsung.

Dalam program selamaNONEsejam itu, Perdana menteri berkata secara realitinya kerajaan sedar masih ada kelompok 'atas pagar' yang belum membuat keputusan berkaitan sokongan terhadap kerajaan.

Ditanya apakah yang disasarkan beliau dalam konteks sokongan masyarakat Cina kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, Najib berkata adalah mustahil untuk mendapat sokongan 100 peratus dalam sistem demokrasi berparlimen.

"Yang penting bagi kita ialah mendapat sokongan yang membolehkan kita memenangi satu-satu kerusi, apatah lagi ia kerusi Parlimen. Kita nak majoriti dalam kawasan tersebut untuk memihak kepada BN," katanya sambil menambah kata ini bergantung kepada komposisi kaum di kawasan berkenaan.

Mengenai sama ada beliau risau dengan kecenderungan mengundi masyarakat Cina yang dilihat agak sukar difahami, Najib menegaskan semua kaum adalah penting dan perlu diberi perhatian.

NONE"Saya telah nyatakan bahawa saya Perdana Menteri untuk semua, bererti tanggungjawab saya mestilah untuk menjaga kebajikan dan kesejahteraan semua kaum.

"Dan melalui usaha kita untuk membuat 'engagement' dan komunikasi yang baik, maka kita berharap bahawa mereka akan memberi sokongan kepada kita bila sampai masanya," tegas beliau.

Dengan menggunakan perumpamaan 'tak kenal maka tak cinta', Perdana Menteri berkata beliau lebih memahami sikap, aspirasi dan harapan kaum Cina terhadap kerajaan, hasil persemukaan dengan masyarakat itu.

Justeru, Najib mengajak masyarakat Cina supaya bersama-sama kerajaan menjayakan agenda transformasi negara kerana tanpa kerjasama semua pihak, agenda besar itu tidak mungkin dapat direalisasikan.

"Sekira saya hendak tinggal satu pesanan kepada penonton khususnya masyarakat Cina di Malaysia, ia adalah penting bagi mereka bersama kami dalam menyokong perjalanan ini ke arah mentransformasikan Malaysia.

"Agenda kami bagi mentransformasikan Malaysia merupakan agenda besar dan adalah penting untuk mereka menyokongnya dan tidak mengambil pendirian 'mari kita lihat dan tunggu...biar kita tunggu di luar'.

"Agenda transformasi ini tidak akan berjaya tanpa sokongan rakyat. Sekiranya ia berlaku, saya boleh jamin anda bahawa saya yakin kita akan mencapainya," katanya.

NONENajib, yang mengelak ketika ditanya bila pilihan raya umum akan diadakan, berkata pilihan raya di Malaysia dijalankan secara bersih dan adil.

"Kalau tidak sebegitu, bagaimana kita kalah lima negeri pada pilihan raya lalu dan Kelantan masih di bawah pembangkang selama 22 tahun," katanya.

"Biar saya katakan dengan jelas bahawa kami semua menyokong pilihan raya yang bersih dan adil. Saya sudah perkatakan banyak kali dan ingin mengulangi sekali lagi - kami tidak mahu dipilih atas dasar menipu dan manipulasi pilihan raya.

"Kami mahu rakyat benar-benar menunjukkan sokongan mereka secara bersih dan adil, " kata Najib.

Mengenai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 yang mendapat sambutan baik masyarakat, Najib berkata jika kedudukan kewangan negara bertambah kukuh, kerajaan boleh mempertimbangkan untuk meneruskan program itu.

"Tetapi saya belum boleh membuat komitmen, ia bergantung kepada pengukuhan kewangan negara. Kalau kedudukan kewangan negara bertambah mantap dan kukuh dan kita ada kemampuan, ada keupayaan, masa itu kita boleh timbang," katanya.

________________________________________________________________-
NAJEB BUAT KITA SEMUA GELAK!
BILA MASA BANI CINA SOKONG BN!
BILA MASA PERTUSAN BANI CINA MENINGKAT DALAM SOKONG BN.
NI SUMPAH LAWAK.
ORANG CINA MALAS TUNJUK APA-APA.
JANGAN MIMPI CINA NAK PANGKAH BN LAGI.
ORANG MELAYU PUN JANGAN TAKUT NAK BERUBAH.
TOLAK BN.
SEBAB BN DAH BANYAK MAKAN MELAYU.
DEB BERJAYA KA ?
KAYAKAN KAPITALIS MELAYU ADA LAAAHH!
YANG HANG ANAK KAT RUMAH NAK MAKAN PUN AGAK-AGAK!


ANAK MUDA TOLAK UMNO!

Sunday, 18 March 2012

Pakatan Rakyat akan kalah

KUALA LUMPUR, 18 MAC: DAP menyeru agar semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, usaha itu penting untuk mengekalkan kedudukan Pakatan sebagai kerajaan negeri yang ada sekarang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, selain mengharapkan mandat rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

“Isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

“Kunjungan para pemimpin BN ke setiap pelusuk negara untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalah gunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.

“Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka,” katanya dalam perutusan ulang tahun ke-46 DAP hari ini.

Menurutnya, beliau sendiri bersama pemimpin-pemimpin PR seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila menghadiri acara-acara awam.

Malah, katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh penyokong BN di Pahang yang bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal.

“Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah.

“Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan.

Walau pun “mangsa” wanita itu telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa ia adalah palsu dan tidak pernah sesekali pun berjumpa dengan saya atau anak saya, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis terhadap Umno-Online dan blogger-blogger UMNO yang menyebarkan pembohongan ini,” tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu – iaitu Duit, Media, Jentera Kerajaan dan Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR (4M: Money, Media, Machinery of Government, Menacing PR Leaders).

Malah, ujarnya, UMNO-BN juga memainkan taktir kotor menggunakan Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (4R: Race, Religion, Royalty, Rigging The Election Commission) yang bakal disemarakkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Justeru, menurut beliau, para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik 4M dan 4R ciptaan BN itu supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti.

“Walau pun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu.

“Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-oleh ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan kad pengenalan kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, keengganan kerajaan BN menubuhkan Suruhanjaya Driraja untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan serta peralihan pengundi secara senyap kepada kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, membuktikan taktik kotor yang sedang digunakan. – Roketkini.com


_________________________________________

PASTI PRU 13 INI AKAN MENJADI PRU YG TERHEBAT DI MALAYSIA..
TUNGGU SAHAJA TIBA PRU 13 INI..
PASTI PELBAGAI TAKTIK DIGUNAKAN OLEH MEREKA..SEPERTI UNDI HANTU DAN MACAM2 LAGI..
PELBAGAI PROVOKASI TELAH DILAKUKAN OLEH MEREKA..LEBIH BANYAK PROVOKASI YG BERLAKU.LEBIH RAMAILAH RAKYAT YANG AKAN MENYOKONG PR..HAHA..ITU YANG DIHARAPKAN..
MEDIA SEPERTI TV3 SEKARANG LEBIH BANYAK MENGHENTAM PAKATAN RAKYAT..LEBIH BANYAK MEROSAKKAN MINDA ORANG2 MELAYU DI MALAYSIA INI..
MARI SAMA2 BERPAKAT UNTUK TIDAK UNDI KEPADA BN LAGI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Wednesday, 25 January 2012

Kuncu2 taiko jalan kebun dibantai

6 remaja ditahan bantu siasat gangguan majlis ABU-Malaysiakini

Polis menahan enam orang remaja untuk membantu siasatan berhubung kejadian gangguan terhadap majlis ceramah pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam, Sabtu lalu.

abu ceramah disturbed 220112 05Mereka termasuk seorang pelajar tingkatan empat, seorang pelajar tingkatan lima dan pelajar orang yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Manakala yang lainnya menganggur.

Tiga daripada mereka ditahan pada 24 Januari lalu, manakala tiga lagi ditahan awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Zahedi Ayob memberitahu satu sidang akhbar bahawa mereka berusia antara 16 hingga 19 tahun.

NONEMenurut ACP Zahedi (kiri), mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 148,
Kanun Keseksaan. Seksyen berkenaan berkaitan kesalahan rusuhan.

Katanya, kesemua mereka - semuanya penduduk tempatan di situ - telah dibebaskan dengan ikat jamin polis pagi ini.

"Kita tidak reman mereka, tetapi kita mengambil keterangan mereka," katanya.

Polis juga, katanya, sedang mengesan beberapa orang lagi individu untuk membantu siasatan kes tersebut.

"Masih lagi (dalam siasatan). Belum sudah lagi (siasatan). Kita mencari individu yang dikenalpasti, mengenai rakaman termasuk video yang disumbangkan oleh Encik Kumaran dalam YoutubeMalaysiakini.

abu ceramah disturbed 220112 04"Jadi kita mencari pesonaliti kedua-dua pihak," tegasnya dalam sidang yang turut dihadiri dua lagi pegawai atasan polis daerah tersebut.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di Dewan Orang Ramai Majlis Bandaraya Shah Alam di Jalan Kebun itu, terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

Dalam sidang media itu juga, Zahedi berkata seramai 30 lelaki bermotosikal yang mengetahui ceramah tersebut melalui kain rentang yang dipasang, telah menghala ke dewan itu untuk menghalang perjumpaan atau ceramah berkenaan.

NONEKemudian, katanya, berlakunya perbalahan, termasuk kata-kata
kesat dan menyinggung kedua-dua pihak, sehingga berlakunya kekecohan sehingga menyebabkan ada yang mengalami kecederaan.

"Polis dimaklumkan mengenai perkara itu selepas kekecohan berlaku dan dapat mententeram (keadaan) sesudah tiba dilokasi," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zahedi berkata, setakat ini pihaknya menerima enam laporan polis berhubung insiden berkenaan dan tindakan telah diambil terhadap laporan tersebut.

"Kita akan mengambil tindakan jika berlakunya kesalahan. Negara kita demokratik dan berpelembagaan, maka dalam konteks ini setiap orang sama mengikut undang-undang.

"Kita laksanakan tugas kita dengan adil dan saksama dan berpegang teguh dengan undang-undang di negara ini," katanya.










____________________________________________

BUDAK SEKOLAH PUN ADE TERLIBAT..ADUH..TAKDA KERJA LAIN KA?..HAHA..
BALIK STUDY LAGI BAGUIH LA..HAHA..
BERAPA DEPA BAYAR HANG NI?..HAHA..KESIAN HANG..
POLIS JANGAN PANDANG SAMBIL LEWA KES NI..BUKTI SUDAH ADA..
JANGAN LEPASKAN BEGITU SAJE.
ORANG2 DI PROGRAM ABU NI TAK KACAU KORANG PN..KORANG BIKIN PANAS PASAI PA..
JANGANLAH ASYIK MEMAINKAN SENTIMEN PERKAUMAN..
TOLAK PERKAUMAN.
LAWAN UMNO.


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Tuesday, 24 January 2012

taiko jalan kebun dibongkar





MUHAMAD RAZALI..

___________________________________

INILAH TAIKO YANG MENYERANG PROGRAM ABU TEMPOH HARI..HAHA
TERIMA KASIH KEPADA PEMBERI LINK FB ITU..HEHE..
MEMANG TAK KELUAR RUMAH LA TAIKO SEMBUNYIKAN DIRI SENDIRI..HAHA..
JGN LA BUAT KERJA BODOH..SUDAHLAH BUAT KERJA BODOH..BOLEH PULAK MENAIKKAN KEMARAHAN KAUM..MENGHINA KAUM INDIA..DIPANGGIL KELING..
ORANG MCM NI YG UMNO SIMPAN..HAHA..
JIKALAU ORANG SEPERTI INI MENJADI PEMIMPIN..HABIS NEGARA..HAHA..
MARI RAMAI2 RAKYAT MALAYSIA KITA TOLAK UMNO PADA PRU 13..
SUDAH TIBA MASANYA TSUNAMI POLITIK MALAYSIA KEMBALI..HAHA
HINA KAUM,USAH DINYALA-A.SAMAD SAID..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Polis ade kena mengena dengan gangguan ABU

Polis didakwa bersekongkol ganggu ceramah ABU-Malaysiakini

Pergerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) hari ini mengesyaki terdapat anggota polis bersekongkol dengan pihak yang didakwa mengganggu ceramah mereka di Shah Alam pada Sabtu.

ABU dan penganjur bersama program itu Hindraf membuat laporan polis berhubung insiden itu di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.

abu ceramah disturbed 220112 04Menurut Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) - penggerak utama kempen itu - terdapat pegawai polis yang kelihatan bercakap-cakap dengan pihak yang didakwa menyerang peserta ceramah itu.

Bercakap kepada pemberita, pemimpinnya Badrul Hisham Shaharin berkata mereka menyerahkan salinan gambar, CD dan rakaman video insiden itu untuk disiasat pihak polis.

Penganjur juga akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia di ibu negara pagi esok.

Dalam kejadian pada 21 Januari lalu, ceramah ABU di sebuah dewan di Jalan Kebun dekat Shah Alam terpaksa ditunda selepas diganggu sekumpulan lelaki yang dilapor bersenjatakan kayu dan topi keledar.

Akibat serangan tersebut, seorang lelaki berusia 33 tahun mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital. Mangsa kini dilaporkan stabil dan masih trauma dengan kejadian tersebut.

___________________________________

KLAU POLIS SUDAH BERSEKONGKOL..MEMANG BANGSAT LA DEPA NI..
POLIS DENGAR ARAHAN ORANG ATASAN PDRM.ORANG ATASAN PDRM DENGAR ARAHAN SPE PLK?..SENDIRI FIKIR LA..
SI GEMOK YANG MEMULAKAN GANGGUAN ITU MEMANG TERSANGAT KURANG AJAR..
MANA 1 MALAYSIA YANG SERING DILAUNGKAN OLEH RAKYAT MALAYSIA TU..HAHA..
ANAK MUDA MACAM INI KE YANG MAHU DIJADIKAN PEMIMPIN..HAHA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO


Saturday, 21 January 2012

Samseng umno bikin hal.


_________________________________
APA LAGI LA UMNO NI..
TAK HABIS2 BUAT KACAU..
BUDAK REMPIT MANA LA DIA BAYAR NI..HAHA..
MASALAH BETUL DIORANG NI..SUDAH2LAH JANGAN MEMBUAT PERKARA YANG AKAN MEMBUAT ORANG LAIN BENCI AKAN UMNO..
KESIAN AKU TENGOK DIORANG NI..DIPERLEMBUKAN OLEH UMNO..
JANGAN LA JADI MACAI UMNO..
UMNO NI MEMANG TAK TAU MALU..
UMNO MEMANG SERUPA ITU BERUK..
MARI RAMAI2 KITA TOLAK UMNO..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Friday, 16 December 2011

umno memerintah..rosak negare

Asalkan Bukan Umno bergema lagi-Malaysiakini

Gerakan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang menjadi sebutan menjelang pilihan raya 2008 kembali meraih perhatian dalam acara sulungnya di tapak markas tarbiah PAS, Taman Melewar malam tadi.

Sebelum ini, ABU hanya dikenali melalui contengan grafiti di dinding dan tembok sekitar Kuala Lumpur dan juga cakap-cakap di kedai kopi.

Ceramah pertama yang dijalankan malam tadi bagaimanapun mula menampakkan bentuk "Gerakan Rakyat Membebaskan Malaysia Dari Cengkaman Umno/BN" ini.

Program ceramah rakyat itu membariskan wakil daripada golongan masyarakat yang rata-ratanya menyuarakan kekecewaan terhadap Umno dan BN serta menyeru supaya parti berkenaan tidak lagi dipilih dalam pilihan raya akan datang.

Bekas pemimpin muda PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertindak sebagai pengerusi ceramah berkata, ABU bukanlah satu pergerakan politik tetapi satu "semangat dan iltizam rakyat untuk menghumbankan Umno."

NONE"Ia bukan milik sesiapa," katanya lagi yang menambah, gerakan itu juga tidak mempunyai pemimpin tapi bergerak atas semangat sama untuk mengundi selain Umno dan BN.

Antara pemimpin politik yang ditampilkan dalam ceramah berkenaan ialah naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, presiden Gerakan Masyarakat Sivil Malaysia (MCLM), Haris Ibrahim, setiausaha agung PSM, S Arutchelvan dan juga wakil SAPP, Benny Loh.

Mahfuz dalam ucapannya di ceramah berkenaan berkata, kempen ABU itu membawa semangat sama yang menghumbankan parti Liberal Democratic Party di Jepun pada pilihan raya di negara berkenaan dua tahun lalu.

ABU seperti di Jepun

Katanya, LDP tidak ubah seperti Umno yang membentuk kerajaan secara berterusan di negara berkenaan selama 54 tahun.

Anehnya, ramai yang memilih untuk tidak menyokong LDP pada pilihan raya 1999 berbuat demikian tanpa mengetahui dasar dan juga tawaran oleh parti alternatif – Democratic Party yang baru dibentuk setahun sebelum itu.

NONE"Bila ditanya (sebab undi Democratic Party), pengundi kata 'oh asalkan bukan LDP," kata Mahfuz lagi.

Beliau turut menyeru supaya para hadirin berkenaan tidak termakan dengan kebimbangan yang ditimbulkan Umno bahawa Malaysia akan hilang kemajuan sekiranya kerajaan berubah.

Katanya, ekonomi Jepun yang jauh lebih maju daripada Malaysia tidak terjejas walau kuasa politik itu berubah kepada parti baru.

"Takkanlah mereka tidak terfikir bahawa mereka akan hilang kemajuan jika buat perubahan," soalnya lagi.

Bagaimanapun, fokus utama program itu ialah luahan perasaan daripada rakyat biasa yang diangkat ke pentas ceramah berkenaan, kata Badrul Hisham.

Antaranya ialah seorang pekerja kilang, Zuraidi Abdullah yang membangkitkan mengenai masalah yang dialami oleh pekerja industri yang tidak dilindungi gaji minimum dan juga manipulasi oleh majikan dalam kontrak kerja.

"Gaji RM600 memang tak cukup untuk tampung kos sara hidup hingga pekerja terpaksa kerja lebih masa. Mereka akan berada lebih 12 jam di tempat kerja," katanya pemuda dari Melaka itu lagi.

'Akta tak bermaruah'

Isu berkenaan turut diulas oleh seorang aktivis pekerja, Jaafar Malik yang mempertikaikan langkah kerajaan untuk membiarkan majikan menetapkan gaji pekerja mengikut harga pasaran.

NONE"Harga pasaran itu apa? Adakah kita ini sama dengan kobis? Sama dengan cili? Sama dengan lembu?," katanya yang disambut gelak ketawa daripada lebih 700 orang yang hadir.

Setidak-tidaknya kerajaan perlu merangka dasar gaji minimum sekiranya tidak mampu untuk membuat akta khusus, kata Jaafar(foto kiri).

"Tapi ini dasar pun tak boleh diwujudkan," tambahnya yang memuji langkah Selangor berhubung penetapan takah RM1,500 untuk gaji minimum kakitangan kerajaan negeri itu.

Anggota exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia itu juga menyamakan langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem kontraktor tenaga kerja melalui pindaan Akta Kerja 1955 dengan sistem dalam industri seks.

"Strukturnya mudah. Ada bapa ayam dan ada anak ayam, itulah dia kontraktor pekerja.

"Anak ayam yang kerja dan bapa ayam dapat hasil, jadi memanglah akta ini tak bermaruah," katanya lagi yang mahu pekerja mengadakan demonstrasi besar pada Februari depan untuk membantah pindaan berkenaan.

'Hancurkan Umno'

Turut mencuri perhatian ialah seorang kontraktor binaan, Yusof Tapa, yang mendakwa telah menghadapi masalah untuk mendapatkan kontrak apabila tidak lagi bersama Umno.

NONE"Orang Umno ini tak boleh tengok orang senang," katanya yang mendakwa telah disenarai hitam daripada menerima projek sejak tiga tahun lalu.

Namun, beliau tetap berjaya mendapatkan dua projek melalui lesen kontraktor rakan-rakannya dan akan menyelia projek di jalan-jalan berkenan.

Perkara itulah yang menimbulkan kemarahan pihak tertentu yang menimbulkan pertanyaan: "Apa pasal Yusof Tapa duduk tepi jalan, dia dapat kerja ke?"

Sedangkan, beliau mendapat projek berkenaan melalui saluran yang betul, kata bekas pemimpin di satu bahagian Umno Negeri Sembilan itu.

Perkara itu menunjukkan bahawa pemimpin berkenaan Umno, yang juga menjawat jawatan dalam perbadanan negeri, bukanlah berjuang untuk kepentingan Melayu tetapi untuk kepentingan kroni mereka sendiri, kata Yusof.

"Jadi kalau ada yang masih dengan Umno kita tinggalkanlah. Kita sertai Pakatan Rakyat, kita kempen untuk hancurkan Umno," katanya lagi.


__________________________________________


MARI RAMAI2 KITE TOLAK UMNO..

UMNO PARTI PENGKHIANAT.UMNO PEROMPAK HARTE NEGARE.UMNO ITU LEMBU..

JGN SOKONG UMNO..HAHA..

MARI RAMAI2 KITE SOKONG ABU(ASAL BUKAN UMNO)..

TUGAS ANDA HANYE PANGKAH PAKATAN RAKYAT..JGN PANGKAH ITU DACING..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO