free counters
Showing posts with label solidariti anak muda malaysia. Show all posts
Showing posts with label solidariti anak muda malaysia. Show all posts

Thursday, 27 June 2013

Ya amponn pak, ini bukan dari SAMM, ini seluruh rakyat!

SEKARANG, 

UMNO BN AKAN GUNAKAN CARA TANGKAP!

MEREKA AKAN TANGKAP SEMUA KEPALA!

AKAN TANGKAP SEMUA YANG BERMULUT BENAR!

AWAS!

Penyelaras SAMM S'gor didakwa anjur himpunan haram - MALAYSIAKINI
 
Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Selangor, Azhar Achil dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas pertuduhan menganjurkan perhimpunan haram di Sabak Bernam dekat Klang minggu lepas.

Azhar, 39, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Tertuduh didakwa menganjurkan perhimpunan jelajah suara rakyat Black 505 dengan tidak memberikan notis kepada Ketua Polis Daerah dalam tempoh 10 hari sebelum program itu diadakan.

Azhar didakwa melakukan kesalahan itu di Dataran Tembak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam, pada pukul 9 malam, 18 Jun lepas serta didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) Akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM15,000.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Nordin Ismail mencadangkan agar Azhar dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin atas alasan keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu supaya mahkamah menetapkan jumlah jaminan yang rendah memandangkan dia telah memberi kerjasama yang baik kepada polis.

Tasnim kemudian membenarkan Azhar dibebaskan dengan jaminan RM4,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 20 Julai ini untuk sebutan semula kes.

-Bernama

Tuesday, 25 June 2013

ANAK MUDA, GERAKAN SIVIL AND PENGKHIANATAN ANWAR SEMALAM



INI CERITA BAGAIMANA PEMBODOHAN KERAJAAN UMNO/BEE END DAN PAKATAN RAKYAT JUGA.

KITA KENA AJAR PR JUGA.

DISAMPING KITA MESTI PREKTIS ABU.

SEMALAM RAKYAT BERMANDI DARAH,

ANWAR MINUM - MINUM GELAK JENAKA DENGAN NAJEB.

LANCAU ANWAR NAJEB

DUA-DUA GAGAL

black 505 polis pukul


LIHAT INI RAKYAT DIPUKUL KETIKA TURUN BERDEMO

RAKYAT CUMA MERAYU DUA PERKARA

SUPAYA SPR BANGSAT LETAK JAWATAN

DAN ANUAR KAWAN-KAWAN JANGAN ANGKAT SUMPAH

DIKALA RAKYAT BERGELUMANG DENGAN ABANG-ABANG POLIS 


Embedded image permalink

MACAM NI ANWAR DENGAN NAJEB MONGOLIA.

KAH KAH KAH

ADAKAH AKTIVIS AKAN KESAL?

EHH TIDAKKK.
Anwar: Titah Agong hanya pandangan untuk dibahas
 
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata titah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dalam majlis perasmian sidang Parlimen ke-13 bukan satu arahan kepada Dewan Rakyat.
Sebaliknya, ia hanyalah pandangan yang diusulkan dan dinasihatkan oleh Perdana Menteri untuk pihak kerajaan bagi membolehkan perbahasan terbuka di Dewan Rakyat diadakan, katanya. 

NONE"Ucapan Tuanku adalah titah Diraja atas usul oleh perdana menteri bagi pihak kerajaan. Dan itu membolehkan ada perbahasan terbuka. 

"Agong berucap berdasarkan usul oleh perdana menteri untuk pertimbangan Parlimen dan kita akan pertimbang dan bahas supaya Agong dapat maklumat tentang kecurangan besar pilihan raya.









ANWAR DAKWA CURANG, 

TAPI RAKYAT BINASA

RAKYAT BERJEREBU, BERPANAS

ANWAR SEDAP MINUM KOPI SUKA-SUKA DENGAN PENGKHIANAT MONGOLIA

ANWAR JANGAN INGAT RAKYAT DAN ANAK MUDA NI BOLEH DIBODOHKAN!

DUA PERKARA RAKYAT HARUS BUAT :

1. LANCAUKAN UMNO, PAKATAN DAN ANWAR DALAM FB, TWITTER DAN SELURUH LAMAN SOSIAL

2. HADIR ESOK PC YANG AKAN DIBUAT MAHASISWA DAN SAFWAN ANANG UNTUK TUNJUK RASA KESAL PADA PAKATAN.

ANAK MUDA AKAN TERUS LAWAN!














Monday, 24 June 2013

BAGAIMANA PAKATAN KHIANAT DAN LANCAUKAN RAKYAT SEMALAM?



INI RAKYAT BIASA, 
RAKYAT MARHAEN YANG TIDAK PUNYA KUASA, WANG, HARTA MAHUPUN APA-APA,

MEREKA BERHIMPUN DENGAN DUIT SENDIRI,
MEREKA BARING DENGAN RELA HATI,

NONE

MEREKA DATANG DEMO PUN DENGAN HATI TERBUKA,

HANYA UNTUK SATU,

PERUBAHAN DAN SPR LETAK JAWATAN!!


NONE

RAKYAT BIASA TELEH TURUT SAMA BERDEMO BERSAMA PAKATAN RAKYAT,

KAMI KREW TULISAN ANAK MUDA SENDIRI TURUN DI SETIAP DEMO BAGI SOLIDARITI RAKYAT

WALAU KAMI TAK SETUJU DENGAN CERAMAH TANPA AKSI,

KAMI KE SANA JUGA UNTUK RAKYAT....



NONE


RAKYAT BIASA INI BERTEMPUR DENGAN POLIS,

UNTUK SERAH MEMO DAN MERAYU KEPADA MP PR JANGAN ANGKAT SUMPAH,

LEPAS PRU13 DAHULU MP PR KATA PRU INI TIPU! SPR TIPU! SPR BANGLA!

TAPI TUP TUP MEREKA PUN SETUJU NAK ANGKAT SUMPAH, 

INDIRECTLY INI ADALAH TINDAKAN BERSETUJU DENGAN SPR.

SETUJU DENGAN KEPUTUSAN, ASAL ELAUN MASUK TENGKOK!

YA, RAMAI TAK SETUJU BUKAN?

_________________________________________________________________________________

LIHAT PERKARA 59 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA.

SEBENARNYA BOLEH KALAU MP PAKATAN TAK ANGKAT SUMPAH ASAL TUNJUK SURAT SEBAB TAK HADIR.

JIKA BENAR BERSAMA RAKYAT, MP PR TAKAN BIAR RAKYAT BERMANDI DARAH SEMALAM,

SEMALAM ADALAH PENENTU MALAYSIA DI MANA,

SAMA ADA PAKATAN "RAKYAT" BERSAMA RAKYAT ATAU BERSAMA KUASA,

RAKYAT SUDAH BERMANDI DARAH,

RAMAI DITANGKAP DAN DIHANTAR KE RUMAH PASONG JINJANG,

TAPI........................................................................

MP PAKATAN BOLEH TIDUR LENA NIKMAT ANGKAT SUMPAH,

NI BUKAN POST UMNO ATAU MAHU BURUKKAN PAKATAN.

INI PROSES CARI KEBENARAN.

ANWAR DAN GENG CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

DI LUAR PARLIMEN RAKYAT BERTEMPUR 

KAMU BERHIBUR DENGAN NAJIB DAN ROSMAH




TAHNIAH ANAK MUDA

GERAKAN RAKYAT TANPA PARTI AKAN DITERUSKAN!

LANCAU ANWAR DAN PAKATAN!

Sunday, 23 June 2013

CATITAN KANTOI MUKA SPECIAL BRANCH DI PADANG MERBOK

Semalam ada sekumpulan anak muda ala anarkis berpakaian hitam menolak event ceramah yang  geng  PR adakan.

Apa yang mereka lakukan adalah menyanyi, bercakap, merintih dan menyampakan idealisme tersendiri.


Ini contoh idea yang dibawa oleh anak muda yang membangsatkan SPR ini.

Mereka membawa lagu-lagu seperti 'di mana dia abang SB saya", "SPR bangsat", "Taknak ceramah" dan lain-lain.


Ada sorang mamat kelam-kabut sibuk nak provok itu ini. Orang cerita pasal SPR, dia tiba-tiba hidup pas, hidup pas, BN lancau, BN sial. Hidup selangorkini la.

Kalau korang faham politik, mula-mula tengok korang akan rasa 'apa benda la mamat ni'?

Rupanya kantoi bila ternampak dia sedang berurusan dengan Polis masa berlaku pergelutan antara anak muda dan DBKL.

Ini muka mamat ni, sila perhati dan kalau terjumpa tolong kirim salam.

 Tengok betul-betul, yang berbaju Selangorkini, bermafla PAS dan memegang kamera. Ada bag kecil warna merah.


Lepas tu, akhir event selepas geng PR habis ceramah ramai yang mengerumuni khemah anak muda ala anarkis tu. 

Ramai yang tanya apa yang tanya tentang idea menarik ni. Mungkin ini pasal Malaysia belum capai tahap faham tentang Gerakan Masyarakat Sivil lagi.

Jadi, tiba-tiba ada sorang mamat kata kalau berani sangat angkat sejata pergi syiria lepas anak muda menerangkan idealisme yang mereka bawa.

Lepas tu mamat ni mengamuk, apa yang kami pelik dia cerita dia berjuang, anak miskin anak penoreh getah dan paling menakjubkan dia kata dia "ANAK BALING" Then, katanya perjuangan anak muda ini karut, mengarut, tak ikut jalan yang betul dan membuta-tuli. 

Katanya kalau ikut agenda parti ikut la cara yang elok.

Kah Kah Kah

"ANAK BALING" yang berjuangn ikut baling tak faham konsep non partisan? Betul ke bang? 

Tapi, macam mana "ANAK BALING" tak sokong gerakan non partisan?

Adakah anak muda ketika itu dah masuk PAS? adakah PKR dan ditubuhkan? 

Kantoi beb!

Kah Kah Kah!


TENGOK MAMAT BERKACA MATA!

ANAK MUDA JANGAN TAKUT MELAWAN!

PULANG BILA MENANG!

Monday, 10 June 2013

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA LUPA?



DAH LUPA KISAH INI?
MASIH INGAT ATAU LUPA?
ATAU BUAT-BUAT LUPA?




INGAT LAGI BILA BENDA NI JADI?



MASIH INGAT SAKITNYA DITENDANG ANJING LAHANAT INI?

SUDAH BERSEDIA?


22 JUN JUGA USAH LUPA.
BLACK 505.
ANAK MUDA BERKASUT SUKAN TUNGGU UNTUK BERDAMPING BERSAMA YANG LAIN.




TENTERA BERSAMA RAKYAT

Sunday, 2 June 2013

Panduan Laksana Revolusi Buat Newbie

Minggu depan rokok naik 30 sen. Buat penghisap winston terpaksa keluar RM9 sehari.

Dunhill aku jadi RM10.50 lepas ini.

Revolusi bukan terjadi kerana ASS PEY ARR. Revolusi terjadi kerana rokok. Anak muda akan bakar tayar di hadapan parlimen.























Seruan untuk seluruh rakyat Malaysia!! Mohon 

sebarkan!!

9.00 mlm (23 Jun)

- Kehadiran aktivis dari seluruh Malaysia.

- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.

- Ucapan aktivis

- Persembahan aktivis seni

- 12 malam berhenti. Tidur dan berjaga secara bergilir

- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan pintu parlimen. Dan selama mungkin sehingga pagi esok.

8.00 pagi (24 Jun)

- Ketibaan Ahli Parlimen

- Kutipan tandatangan Ahli Parlimen yang setuju dengan objektif (SPR & JPN)

- Gambar / laporan WAJIB sentiasa diupload dlm FB . Blast habis2an.

- Kenyataan media bersama

- Menilai jumlah kekuatan (*)

- Jika ada tangkapan atau halauan; prinsip yang 

digunapakai ialah bertahan sehampir mungkin dengan

pintu parlimen. Dan selama mungkin.


"Kepalkan tinju mu ke awan


Nyanyi budaya pembebasan
Rapatkan barisan mu kawan
Hancurkan segala penindasan"


ANAK MUDA LAWAN SAMPAI MENANG!

Friday, 21 December 2012

Aktivis Mahasiswa Omar meringkuk dalam penjara

Ini dia cerita bagaiman kerajaan UMNU Baresan National begitu takut dan paranoid terhadap rakyat.

Ini dia cerita pengorbanan anak muda melawan kezaliman dan penindasan,

Ini dia bayaran bagi harga sebuah perjuangan

Omar, mahasiswa Universiti Teknologi telah ditangkap dan dipenjara sebulan,

Beliau juga dikenakan denda RM1K.

Di sini, harus diingatkan kerajaan  UMNU/Bee End bahwa sepanjang Omar berada di tahanan,

anak muda akan turut marah sama.

Percaturan kamu salah,

kad diskaun siswa pun sudah tidak bawa makna,

kerana kamu sudah main gila.


Anak muda harus sedar, bahawa perjuangan Omar ini harus dibayar dengan darah.

Perasuah, perogol dibiarkan bebas.

Aktivis yang tidak punya apa2 ini ditangkap dan dibuang ke sel penjara.

Aktivis ini cuma punya keberanian.

Ayuh hapus kezaliman!

Anak Muda akan terus tolakkkkkkkkk UMNU!

Wednesday, 23 May 2012

NAJEB MULA GUNA PULIS UNTUK PILIHAN RAYA KAMPUS

SEPUDIN DOLAH PIKIR LA SKET.
"SAYA BERTANYA SENDIR KEPADA PEE EMM DAN BELIAU MENAFIKANNYA?"
TAKKAN LA DIA NAK KATA.
YA YA SAYA TERLIBAT.


LIHAT BAGAIMANA MEREKA CAMPUR TANGAN.
JANGAN LUPA NAJEB PERNAH CAKAP.
LAKUKAN APA SAJA UNTUK PASTIKAN PRU MENANG.
JADI INI JALAN TERAKHIR.
DAN TIDAK MENJADI SATU YANG PELIK
KALAU YANG KETIGA BELAS ADALAH PALING KOTOR SEPANJANG ZAMAN.


Siswa dakwa polis campur tangan p'raya kampus-malaysiakini
Kumpulan mahasiswa hari ini mendakwa terdapat campur tangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam pilihan raya kampus di seluruh negara pada tahun ini.

Menurut Pro-Mahasiswa Nasional, polis terlibat secara langsung apabila tiga anggotanya - seorang dikenali sebagai pegawai kanan - mengambil bahagian dalam mesyuarat penyelarasan pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

NONEJurucakapnya Edikorp Lakip Sediyanto, mereka mendapat maklumat ketiga-tiga anggota pasukan keselamatan itu terlibat dalam mesyuarat yang diadakan di Akademi Kenegaraan milik Biro Tata Negara di Kuala Lumpur pada malam 25 Januari lepas.

"Penglibatan wakil daripada PDRM seramai tiga orang dalam Opps 2020 ini membuktikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga mengetuai komponen BN begitu tersepit...," kata Edikorp (atas, berbaju belang).

Menurut Edikorp lagi, BN juga terpaksa menggunakan PDRM demi kelangsungan politik mereka pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Justeru, kumpulan itu menggesa Najib dan tiga pegawai polis terbabit memberikan penjelasan berhubung dakwaan itu.

forum pru13 undi siapa jadi penentu 131211 saifuddin abdullahSementara itu, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah (kiri) menolak dakwaan itu dan berkata tiada tiada pengetahuan berhubung dakwaan konspirasi itu dan yakin perdana menteri tidak terlibat.

"Sebelum ini, sebagai contoh, dalam pemilihan presiden Majlis Beliau Malaysia, nama perdana menteri dikaitkan dengan calon.

"Saya tanya perdana menteri sendiri dan beliau menafikannya. Menurutnya, beliau menghormati ruang kepada anak muda untuk membuat keputusan berhubung kepimpinan mereka," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Wednesday, 2 May 2012

3 MAHASISWA BAKAL DIKENAKAN AUKU ESOK! LAHANAT!

NAJEB KATA AUKU BAKAL DIPINDA.
TAPI ESOK 3 AKTIVIS MAHASISWA BAKAL DIBICARAKAN DI BAWAH AUKU.
MEREKA AKAN DIBICARAKAN DI KPS , UM.
MEREKA DIWAKILI OLEH PROF . MADYA DR. AZMI SHAROM.
MEREKA DIKATAKAN MEMALUKAN NAMA UNIVERSITI ,
DAN MENGGANGU KETENTERAMAN AWAM.
MAKLUMAT MENGATAKAN BAHAWA PELBAGAI BUKTI AKAN DIKEMUKAKAN ESOK.
YANG AKAN MEBAWA KEPADA NASIB MALANG
MACAM ADEM ADELI.


RAKYAT
LIHATLAH.
BAGAIMANA KIRAJAAN UMNU BEE ENN MENIPU ANDA
MAHASISWA INI DIZALIMI.
LIHATLAH
BAGAIMANA MEREKA TERPAKSA BERDEPAN DENGAN TEKANAN.
BUKAN MEREKA TERLALU LANCAU
TETAPI HANYA KERANA GENERASI SELEPAS INI.
SEMOGA ALLAH BERSAMA KALIAN.


AYUH ESOK SOLIDARITI UNTUK UM3.




HAZIQ ABDULLAH


SAFWAN ANANG



SYAHID

Sunday, 15 April 2012

TERKINI : PERTEMPURAN ANAK MUDA DAN DBKAL. ADAM ADLI TELAH DITUMBUK SEKALI LAGI!

SEMALAM ANAK MUDA TELAH BERSUMPAH.
UNTUK BERKHEMAH DI DATARAN.
BAGI MENANTI RESPON KIRAJAAN TENTANG PTPTIPU.
MEREKA BERKHEMAH.
TIDUR , MAKAN , SOLAT SEMUA DI SANA.
MEMANG MENJADI HARAPAN ANAK MUDA DAN MAHASISWA.
MEREKA DI SAPU.


KHEMAH YANG DIBINA TELAH DIKACAU OLEH ALAT PEMERINTAH.
DIMANAKAH KEBEASAN UNTUK BERGERAK DALAM PERKARA 5 PERLEMBAGAAN?
BERLAKU PEGELUTAN ANAK MUDA DAN DBKAL




KHEMAH ANAK MUDA TELAH DIMUSNAHKAN.
DIRAMPAS OLEH DBKAL.


ALAT PEMERINTAH BERBULU MELIHAT MAHASISWA.
SUSAH DEPA KALAU MACAM NI.
ABANG IMNO DEPA NANTI MARAH.
KETUA ALAT PEMERINTAH NI.


ANAK MUDA DAN MAHASISWA TERUS MELINDUNGI KHEMAH.
TANDA PROTES KEPADA PEMERINTAH.
KEPADA PAK MONGOLIA
BAHAWA MEREKA ANAK MUDA DAN MAHASISWA.
MAHUKAN RESPON SEGERA DARIPADA PEMERINTAH.


DAN PADA HARI INI.
SEKALI LAGI,
DATARAN MENJADI SAKSI.
KEGIGIHAN DAN KESUNGGUHAN ANAK MUDA.
BERTEMPUR DENGAN SANG PENGUASA.
BAGI MEMPERTAHANKAN YANG HAK.
DAN MENAMPAR YANG BATIL.
ANAK MUDA, TERUSKAN PERJUANGANMU.
JANGAN PERNAH GENTAR.
LAWAN IMNO DAN PAK MONGOLIA.
TERUS MENANTI RESPON KIRAJAAN.
JANGAN PERNAH TAKUT.
KERANA DUNIA AKAN MENJADI MILIKMU JUGA.
TAHNIAH!
ANAK MUDA TOLAK UMNO!



Tuesday, 10 April 2012

Naib Canselor Universiti nak bertanding PRU13 ?


BETOL KE CERITA AKU DENGAR NI?
SEBELUM INI ADA URA-URA KATA.
BAHAWA DALAM NEGARA INI ADA NAIB CANSELOR UNIVERSITI.
YANG KATANYA AHLI POLITIK BERTOPENGKAN AHLI AKADEMIK.
AKU TAK PASTI PASAL KENYATAAN TU.
TAPI BANYAK JUGA DENGAR CERITA KORUPSI DIA.
KUAT JILAT BONTOT JUGA DIA NI. 
BOLEHH TAHAN.
DAN SEMALAM AKU DENGAR ADA KATA DIA NAK BERTANDING.
TAK TAU LA BETUL KE TAK.....
TAPI DIA SELALU KATA YANG DIA MENYOKONG KIRAJAAN UNITED MAMAK NATIONAL ORGANIZATION SEBAB DIA KERJA KIRAJAAN.
DIA SOKONG PAK MONGOLIA PUN SEBAB DIA KIRJA KIRAJAAN.
KALAU PAKATAN MENANG , KAU BODEK LA PATAKAN PUAS-PUAS.
JILAT BONTOT ANWAR TU OKAY?
MAHASISWA JANGAN LUPA SEJARAH..


ANAK MUDA TOLAK UMNO.

Tuesday, 14 February 2012

Program anak muda akan diteruskan

Siri jelajah pelajar diteruskan meskipun diganggu samseng-Malaysiakini
Program jelajah seluruh negara bagi menuntut kebebasan akademik tidak akan dibatalkan meskipun mereka ceramah mereka di di Kampung Idaman, Klang, malam Sabtu lalu diganggu sekumpulan remaja yang bertindak ganas.

NONEPresiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Ab Razab (kiri) ketika dihubungi berkata bagi siri jelajah seterusnya di Batu Pahat, Johor, pada 26 Februari, pihaknya telah mengambil langkah-langkah keselamatan.

"Kami juga telah menghubungi penduduk tempatan bagi mendapatkan sokongan mereka. Pada acara di Klang hujung minggu lalu, penduduk tempatan yang membantu kami ketika keadaan tegang,” katanya.

Menurut Ahmad Syukri, pihak polis juga telah dimaklumkan dan mereka sedang menunggu bagi mendapatkan permit bagi acara di Batu Pahat itu yang akan diadakan di dewan komuniti.

NONE"Kami juga akan membawa pengawal keselamatan sendiri dan memastikan jumlah kami kali ini ramai, jika sesuatu yang tidak diingini berlaku," katanya.

Pada kejadian 12 Februari lalu, 14 aktivis pelajar telah dikepung oleh sekumpulan samseng di Kampung Idaman sehingga memaksa mereka berlindung di sebuah gerai makanan berhampiran.

"Satu kumpulan remaja di Kelantan juga telah menjemput kami untuk berceramah esok, dan kami meminta mereka membuat persiapan sewajarnya dan memaklumkan kepada kami tentang rancangan mereka," katanya.

Ahmad Syukri juga berkata bahawa mereka belum mendapat maklum balas dari polis berhubung kejadian Klang itu.

NONEPada kejadian itum kira-kira 100 samseng yang bermotosikal memecahkan kerusi dan menyelerakkan dewan serbaguna itu sebelum ceramah bermula. Mereka kemudiannya mengekori pelajar yang cuba membuat laporan polis.

Walaupun diiringi polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang untuk membuat laporan, kumpulan samseng bermotosikal itu membaling batu dan memukul kereta pelajar berkenaan dengan kayu sehingga salah sebuah kereta remuk.





_________________________________________

TERUSKAN ANAK MUDA..
RAKYAT MALAYSIA PASTI AKAN SOKONG PROGRAM ANAK MUDA..
TRUSKAN..
ORANG BODOH JE YANG MENENTANG PROGRAM ANAK MUDA..
KEBANGKITAN ANAK MUDA TELAH BERLAKU..
MARI KITA JATUHKAN UMNO PADA PRU 13..
SEDIAKAN PENGAWAL2 PADA HARI PROGRAM ITU NANTI..
PASTIKAN SAMSENG2 YANG BUAT KACAU AKAN DIBANTAI HABIS-HABISAN..
MEREKA SEMUA PERLU DIBANTERAS..
UMNO SUDAH PERLU TURUN DARI PEMERINTAHAN MALAYSIA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Sunday, 12 February 2012

Pencacai umno turun serang program SMM

Samseng serang program SMM, sasar Adam Adli


KLANG, 12 Feb: Program Jelajah Mahasiswa di sebuah dewan orang ramai di Kampung Idaman, Pandamaran malam tadi diserang sekumpulan samseng yang membuat kecoh dan memecahkan meja dan kerusi.

Difahamkan lebih 50 orang samseng tersebut menyerbu dewan itu dengan mensasarkan pemimpin pelajar Adam Adli.

Bagaimanapun ketika kejadian kira-kira jam 8 malam tadi itu, Adam Adli berada di luar dewan dan sempat menyelamatkan diri.

Kumpulan samseng itu difahamkan bertindak merosakkan barangan dalam dewan termasuk memecahkan kerusi dan meja.

Penganjur program Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) kemudiannya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Idaman.

Insiden itu bagaimanapun tidak berakhir di situ apabila kumpulan samseng tersebut bertindak mengepung sekali lagi mahasiswa-mahasiswa tersebut di hadapan balai polis tersebut.

Keadaan tegang itu memaksa pihak polis membawa mahasiswa tersebut ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang bagi tujuan mendapatkan perlindungan.

Pada masa sama, kumpulan samseng itu juga turut mengekori mahasiswa itu dan menanti mereka hadapan IPD Klang itu.

Selepas mendapat maklumat berhubung insiden itu, pasukan Unit Amal PAS dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) turut bergegas ke tempat kejadian.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Saifullah Zulkifli yang ditemui di tempat kejadian berkata, setibanya di perkarangan IPD itu beliau dan beberapa rakan dihalang sekumpulan samseng tersebut.

Mereka juga diludah dan dihambur dengan kata-kata kesat.

"Malah ketika saya berjalan untuk memasuki IPD sekumpulan pengikut Umno seramai 50 orang itu telah memaki hamun serta ada antaranya meludah ke arah kami walaupun kami memaklumkan kehadiran kami tidak ada kaitan dengan mahasiswa tersebut," jelasnya.

Tambahnya lagi, kekacauan berlaku sekitar jam 8 malam apabila sekumpulan pengikut Umno telah memasuki dewan orang ramai di Kampung Idaman dengan membuat kecoh serta memecahkan kerusi.

"Sasaran mereka adalah Adam Adli tetapi ketika kejadian tersebut berlaku Adam tidak berada di dalam dewan, sebaliknya beliau masih berada di luar dewan dengan niat bila keadaan benar-benar selamat baru beliau masuk ke dalam dewan.

"Tetapi Adam bernasib baik sempat dibawa lari sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku," sambungnya.

Adam Adli sebelum ini mencetus kontroversi dengan bertindak menurunkan bendera perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di hadapan bangunan Umno ketika demonstrasi mahasiswa menuntut pemansuhan Auku di PWTC Disember tahun lalu.

Antara mahasiswa yang dibawa berlindung di IPD Klang adalah Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independent (KAMI), Khalid Ismath dan Koordinator Aksi Mahasiswa Independent (AKSI), Ehsan Bukharee.

Mereka kemudiannya dibawa keluar dari IPD kira-kira jam 2.30 pagi dengan dua buah kenderaan polis.

Dalam pada itu, kekacauan tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta milik mahasiswa telah rosak teruk.

Serangan serupa sebelum ini berlaku pada program Asal Bukan Umno (ABU) di Jalan Kebun, Shah Alam.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki dilapor cedera dalam insiden tersebut.


HARAKAHDAILY


___________________________________________


SAMSENG RAMAI TURUN SEMALAM BUAT KECOH..
MASALAH BTOL ORANG2 UMNO NI..
TIDAK HABIS2 DENGAN POLITIK GANGSTERNYA..
MALAM REVOLUSI ANAK MUDA BUKAN NAK KACAU KORANG PON..
SI SAMSENG2 PENCACAI UMNO NI PERGI LA JADI BALACI SERANG SANA SINI MACAM ORANG BODOH YANG TIDAK BERPELAJARAN..
TAK PAYAH LA NAK TUNJUK SAMSENG SANGAT..

RAMAI2 BOLE LA TUNJUK SAMSENG..

APE CERITA NI POLIS?..X MAU TANGKAP ITU TAIKO2 KA?..HAHA..
MASA BERSIH 2.0 YANG BERIBU2 TU BRANI PULAK PUKUL..INI SAMSENG BAPE PULUH EKOR PON X DAPAT NK KAWAL..APE CITE SKRG NI?.HAHA..
UMNO GEMAR MAIN POLITIK KOTOR..MARI KITA TOLAK UMNO HINGGA JATUH..
JANGAN LAGI BERI UMNO MEMERINTAH MALAYSIA..
SETIAP UNDIAN ANDA KEPADA UMNO-BN AKAN MEMBAWA PADAH KEPADA NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA..
SUDAH TIBA MASANYA MEREKA TURUN MENJADI PEMBANGKANG..
ANAK MUDA..MARI SAMA2 BERJUANG BAGI MENJATUHKAN UMNO-BN..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Saturday, 7 January 2012

Pemimpin Yang Mementingkan Rakyat

PERJUANGAN RAKYAT LEBIH PENTING DARI NASIB SAYA-ANWAR


SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sekalipun beliau dipenjara, demi membebaskan negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat miskin.

Berulang kali berkata demikian, beliau tidak digentar dipenjara, malah pernah mengalami pelbagai seksaan, penghinaan dan dipukul tetapi ia tidak sedikitpun mengurangkan semangat juang membela rakyat.

“Ini perjuangan agama dan tuntutan universal,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan kira-kira 10,000 orang dalam ceramah di stadium mini 3K Subang Jaya, malam tadi.

Kurang 60 jam menjelang keputusan kes Fitnah II, Isnin ini, Anwar sudah sedia berdepan sebarang kemungkinan dan keputusan mahkamah, selain bersedia di segi mental dan fizikal.

Dengan tegas, Anwar berkata: “Kes Fitnah II dan keputusannya tidaklah penting. Yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.

“Kita mesti teruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebebasan, menentang rasuah, diskriminasi, penipuan dan kezaliman BN. Perjuangan ini jauh lebih penting dari memikirkan nasib saya atau keputusan mahkamah,” katanya.

Dipetik dari HarakahDaily, kata-kata itu disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.

Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu, beliau akan terus berjuang sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dan meminta rakyat yang mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil, mesti meneruskan perjuangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin negara Asia Barat termasuk kerajaan baru Tunisia dan Perdana menteri Turki, Resep Rayeeb Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di negara mereka tetapi beliau menolak.

“Saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu,” katanya.

Minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa hari untuk berucap di beberapa seminar termasuk di Turki yang akan membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi.


KEADILANDAILY


_____________________________________

LAWAN TETAP LAWAN

KAMI AKAN SENTIASA MENYOKONG DSAI WALAUPUN DSAI DI PENJARA SEKALIPUN..

PERJUANGAN TIDAK AKAN DIHENTIKAN UNTUK MENJATUHKAN UMNO..

INI BRU BTOL..PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT..LEBIH MEMENTINGKAN RAKYAT..

BUKAN MCM UMNO..MEMENTINGKAN PERUT SENDIRI JE..RAKYAT BIARKAN..

MARI RAMAI2 KITA TURUN 901..BERI SKONGAN KEPADA DSAI..

JANGANLAH KITA MENJADI BODOH..JANGANLAH KITA UNDI BN LAGI..

MARI RAMAI2 TOLAK UMNO


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Thursday, 5 January 2012

Rakyat Malaysia Akan Turun 901

Mat Sabu gesa kawal Perkasa 9 Januari-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 5 Jan: Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menggesa pasukan polis mengawal kelakuan ahli-ahli Perkasa yang mengancam mahu turun ‘bertempur’ dengan lebih 100 ribu rakyat 9 Januari depan di Jalan Duta.

Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berasa hairan dengan tindakan Perkasa yang jelas mahu menimbulkan huru-hara dengan mengambil sikap konfrontasi.

“Mereka (Perkasa) mahu buat apa di situ? Kita harap polis dapat jaga keselamatan rakyat yang berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Anwar pada hari itu,” kata Mat Sabu.

Bercakap lanjut, Mat Sabu turut menyeru orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turun beramai-ramai kerana ia merupakan hak mereka untuk berbuat demikian.

Malah, beliau juga percaya himpunan rakyat pada hari itu akan berjalan lancar kerana ia bertujuan aman, berbeza dengan Perkasa yang mahu ‘bertempur’.

“Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat perlu hadir ke sana untuk menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

“Malah, rakyat berhak dan patut hadir untuk mendengar keputusan mahkamah.

“Ia tidak mengganggu perbicaraan dan keputusan mahkamah kerana yang membuat keputusan adalah hakim mahkamah, bukannya rakyat,” kata Mat Sabu.

Beliau turut mengesahkan yang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan dirinya sendiri akan turut sama berada di Jalan Duta 9 Januari depan bagi menyokong Anwar.

“Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi dan saya sendiri akan hadir untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Fitnah II Isnin depan,” kata Mat Sabu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui keputusan perbicaraan fitnah liwat terhadap beliau pada tarikh 9 Januari depan.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengesahkan mensasarkan kehadiran lebih 100 ribu orang di Jalan Duta pada tarikh itu untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.


___________________________________________


PERHIMPUNAN RAKYAT NI AKAN DIHADIRI OLEH PELBAGAI KAUM..

MARI RAMAI2 RAKYAT MALAYSIA..HADIR DI PERHIMPUNAN INI BAGI MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA DSAI.

BUKAN UNTUK MEMBUAT KECOH..HANYA PERHIMPUNAN AMAN..

POLIS PERLU KAWAL PERKASA SEBAB MEREKA DATANG UNTUK BERTEMPUR..

TP BOLEH PERCYA KE NK DTG..JGN MCM KT BERSIH..CITE BOM2..TP ORGNYE XDE..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO