free counters
Showing posts with label raja melayu. Show all posts
Showing posts with label raja melayu. Show all posts

Friday, 15 June 2012

RAH JAH JUH HUR MORKA DAN SOMPAH NEJAR PEROK

Tadi aku baca surat khabar,
tulis satu kenyataan bahawa sa orang rah jah juh hur morka dan mengaku maksom.
Rah jah juh hur itu mengatakan bahawa nejar adalah pemimpin KUDIS?


Adakah itu baik?
Satu, tindakan tidak seperti pemimpin pun apabila mengutamakan kepuasan napsu sendiri berbanding rakyat.
Bercakap sesuka hati dan tidak tunjuk contoh.
Makan duit rakyat tapi belum sedar.
Masalah benar. 
Rakyat di juh hur pun jangan la ikut sama ,
Tolak umnu dulu.


Nizar mahu jelaskan pada Sultan Johor sendiri-MALAYSIAKINI


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menjelaskan berhubung isu nombor plat WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor kepada baginda sendiri.

Justeru, bekas menteri besar Perak enggan mengulas perkara itu di media buat masa ini.

NONE"Saya tunggu respons daripada istana. Kita tengah tunggu respons untuk mengadap," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Ditanya berhubung penjelasan yang akan diberikannya, ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang itu mengulangi jawapannya:

"Kena tunggu respons (melalui) surat. Kita tunggu saja."

Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.

Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.

NONEMohammad Nizar sebelum ini menghantar surat permohonan rasmi untuk menghadap bagi membolehkannya menerangkan kedudukan sebenar isu itu, yang berpunca daripada tweetnya yang menyebut bahawa wang bidaan itu boleh digunakan membantu Melayu miskin.

Sementara itu, Sinar Harianmelaporkan Mohammad Nizar sebagai berkata, sekiranya peluang diberikan untuk membuat penjelasan mengenai kenyataannya dalam Twitter, isu permohonan maaf kepada rakyat Johor tidak mungkin timbul.

"Jika ada pihak yang mempertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak," beliau dipetik sebagai berkata.

Mohammad Nizar menghantar surat permohonan rasmi menghadap Sultan Johor (atas) pagi ini, lapor harian itu.

Thursday, 31 May 2012

APA MAKNA PERPECAHAN MALAYU ?

Raja Perlis bimbang perpecahan Melayu-MALAYSIAKINI


 
Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bimbang dengan perpecahan bangsa Melayu yang kini wujud dalam empat kumpulan.

Titah baginda jika tidak dibendung, tidak mustahil isu perpecahan Melayu akan menjadi lebih besar.

"Malang sekali sejak kebelakangan ini bangsa Melayu semakin berpecah, seolah-olah telah lupa slogan dalam pepatah Melayu sendiri 'bersatu teguh, bercerai roboh'," titah baginda ketika merasmikan Masjid Nurul Yaqin, Kampung Chantek Bangun, dekat Kangar malam tadi.

Titah baginda perpecahan bangsa Melayu adalah "bom jangka" bagi musuh yang bersedia untuk meletupkannya apabila tiba masa bagi memenuhi agenda kepentingan mereka.

Sehubungan itu, Raja Perlis menasihati bangsa Melayu agar kembali bersatu demi menjamin kestabilan negara selain menunjukkan kepimpinan yang baik kepada kaum lain di negara ini.

"Kita juga akan merasa malu kepada anak cucu kita jika kita tinggalkan negara dalam keadaan huru hara untuk mereka," titah baginda.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Perempuan Tuanku Fauziah Abdul Rashid, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.

- Bernama

ADAKAH BILA TAK SOKONG UMNU MALAYU TAK BERSATU ?
MALAYU ADA UMNU, JATE, PER-KIASU, PEKEDA. 
MUNGKIN INI MAKSUD TUANKU.
HAHAHAHAHA

Wednesday, 30 May 2012

Aduka Teruuuna tak slaah hina Rajah Juh Hur

Ini satu cerita , 
Kemenangan buat sa orang penulis belog.
Penulis yang kadang kala radikal tetapi kritis dan tidak auta.
Macam geng mongolia dan Mael oma,
Jadi, anak muda cuba ajak seberapa ramai lagi sahabat untuk terus menulis,
Sampaikan maklumat pada rakyat dalam menjatuhkan gerombolan,
Regim gerombolan hanya mengetahui teknologi belog lepas kalah zaman apek lalah,
Kalau tidak memang gerombolan tak sedar dan asyik tidur dan cepat lupa,
Anak muda , contohi anak muda ini yang ceritakan kebenaran.
Rajah Juh Hur sememangnya menggunakan wang puribadi,
tapi masalahnya harta rajah tu sendiri daripada duit siapa ?
Adakah rahjah berkubun ? Atau berkurja ?
Memang ada sesetengah tu ada bisness tapi bagaimana dengan rajah juhrur?
Ini soal individu yang bergelar pemimpin.
Patutkan bertindak sedemikian ?

Penulis blog tak bersalah hina almarhun sultan - MALAYSIAKINI

 
Mahkaman memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

NONEKhairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu.Pengantin yang baru

RAJAH JUH HUR ITU MAKSOM

Begitu la sikap umat malayu,
Rajah itu maksom, tak boleh ditegur.
Ini yang telah dipegang oleh UMNU , Per-Kiasu, Pekeeda, dan segala jenis Pe Pe Pe Pe.Tapi bukan pe**k.
Semua orang tahu itu duit peribadi , tapi duit peribadi pun dari mana ?
Mongolia gadaikan tanah malayu dan ktmb di Juh hur kenapa tidak murka ?
Murka dengan nizar buat apa.
Kah Kah Kah Kah!


Pemuda Umno, NGO buat laporan polis terhadap Nizar


 
Pergerakan Pemuda Umno Pulai dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung kenyataannya yang dianggap biadap terhadap Sultan Johor.
    
Laporan polis itu dibuat pada pukul 9.30 malam tadi oleh Setiausaha Kerja Pemuda Umno Pulai, Asyik Rahmat di Balai Polis Tampoi.
    
"Kami sebagai rakyat Johor berasa amat marah dan tersinggung dengan kenyataan Mohamad Nizar yang memfitnah Sultan Johor bahawa baginda telah menyalahguna wang rakyat dalam pembelian nombor plat WWW1," katanya pada sidang media malam tadi.
    
Turut hadir ialah wakil PERKASA Parlimen Pulai, Pekida Zon Kempas, KRT Skudai Kiri dan Persatuan Dewan Belia Jaya serta lebih 50 anggota mereka.
    
Menurut Asyik, mereka menyokong kenyataan yang dibuat Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris di dalam Twitternya bahawa pembelian nombor plat itu menggunakan duit peribadi Sultan Johor dan bukan wang rakyat.

"Sehubungan dengan itu, kami meminta Mohamad Nizar meminta maaf secara terbuka terhadap Sultan Johor," katanya sambil menambah, Sultan Johor amat pemurah terhadap rakyat menerusi pelbagai sumbangan sebagaimana yang dibuktikan menerusi program Jelajah Kembara Mahkota.
    
Polis, kata beliau, perlu membuat siasatan terperinci dan mendalam terhadap kenyataan Mohamad Nizar itu yang didakwa menghasut.
Sementara itu Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata pergerakan itu amat kesal dengan kenyataan bekas menteri besar Perak itu.
    
"Kenyataan Mohamad Nizar itu telah mendedahkan lagi perangai buruknya terhadap khalayak ramai," katanya dalam satu kenyataan.
    
Menurut beliau, adalah lebih baik bagi Mohamad Nizar tidak membuka mulutnya dan memfitnah Sultan Johor memandangkan beliau tidak berasal dari negeri ini dan tidak mengetahui latar belakang Kesultanan Johor. 
    
- Bernama


Sila lawan benda yang salah!

Tuesday, 29 May 2012

NIZAR MINTA MAAF PADA RAJA

Ini baru pemimpin yang jentel.
Bukan yang kecut perut tak nak debat bila diajak.
Bukan jantan namanya.
Nizer belum dikatakan salah , tapi tindakan dia cuma nak menghormati raja malayu umnu yang dikatakan berdaulat.
Orang Malayu feudal jadi Nizer malas nak bertekak dan carik masalah.


Memang rajah malayu kaya ,
tapi kaya tu pun dari duit siapa ?
Tak salah rasanya duit itu guna untuk tolong2 rakyat miskin di tepi jalan.
Sebagai 'pemimpin' malayu patutnya tunjuk sikap dan tauladan yang baik.
Tidak boros dan bukan dengan cara begini.
Tak molek rasanya.
Lagipun , beribu lg rakyat mesken.
Jay pee Jay pun kalau baik , elok guna duit rajah tu untuk bantu badan kebajikan.
Macam-macam la melesia.
Apa apa pun , terus desak geng mongolia berdebat!




Nizar mohon maaf isu bidaan WWW1-MALAYSIAKINI


 
Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf berhubung mesej Twitternya berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Beliau berkata, apa yang dinyatakan dalam laman Twitternya itu tidak bermaksud untuk mempertikaikan keputusan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail yang menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000.

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Jika ada yang menuduh saya menghina Sultan, itu sudah keterlaluan, kerana saya tiada niat untuk berbuat demikian," lapor akhbar Sinar Harian yang menghubungi beliau semalam.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” tambahnya

Nizar memohon maaf melalui mesej Twitter berbunyi:  "Jika ada mana-mana pihak yang tergores hati dengan mesej Twitter itu, saya mohon maaf". 

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak berkata, dalam hal itu, teguran sama tetap akan diberikan beliau kepada lain-lain pemimpin.

“Mungkin kerana bidaan tertinggi dibuat Baginda Tuanku, jadi orang katakan tindakan saya itu cuba menghina Sultan, sedangkan bukan itu maksud saya,” katanya.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.

Thursday, 24 May 2012

AIS KARPEL BERSUMPAH AKAN RAMPAS TAKTAH PM

UTOSAN MELOYA MEMANG PUNCA,
PUNCA KEPADA ORANG MALAYU TERPINGGIR,
PUNCA ANAK MELAYU MENJADI BUTA,
PUNCA ANAK MELAYU TAK DAPAT FIKIR SEBAB DIDOKTRIN,


MARI LIHAT SATU CERITA,
KARPEL YANG INGIN SUMPAH BAHAWA AKAN TERUS BERJUANG,
BAGI LAWAN MALAYU
DAN PASTIKAN PM MALAYSIE AKAN JADI BUKAN MELAYU,


BERDASARKAN SENARIO POLITIK,
TAK MUNGKIN BUKAN MALAYU JD PM.
PERTAMA , KALAU DAP MENANG SEMUA KERUSI PUN.
KERUSINYA CUMA AMPAT PULUH LEBIH
TAK MAMPU NAK LANTIK WAKIL DIA.


DAN DENGAN KEWUJUDAN RAJA MELAYU
SEBENARNYA TAKKAN BOLEH.


KIT SIANG PUN REALISTIK.
INI ZAMAN MAMAK BOLEH LA KORANG PAKAI.
HAHAHAHAHAA


ANAK MUDA TERUSKAN MOMENTUM!


Kit Siang: PM akan tetap seorang Melayu-MALAYSIAKINI


 
Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya.

NONEBeliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini yang memetik Pengerusi DAP Karpal Singh sebagai menegaskan, selagi hidup beliau akan berjuang memastikan bukan Melayu menyandang jawatan perdana menteri.

Laporan itu menyebut, Karpal secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh bukan Melayu.

Akhbar Umno itu juga melaporkan Karpal mengaku tersilap menyebut Lim sebagai bakal perdana menteri tetapi menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan itu suatu hari nanti.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim secara sinis mengulangi kenyataannya bahawa:

"Apabila DAP muncul di muka depan Utusan, ia pasti berita buruk/ masalah politik kerana ia gaya putar belit mereka."

Lim berkata, Karpal hanya merujuk kepada perlembagaan yang menyatakan bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
Justeru, kata Lim lagi, Utusan bersikap tidak beretika dan tidak bertanggungjawab dengan mencipta "isu yang tidak wujud" demi kepentingan politik.

Lim berkata, ia sebahagian kempen menakut-nakutkan orang ramai terhadap DAP, seperti "fitnah" bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa jika Umno tumpas, Melayu akan hilang kuasa politik.

UMNU HASUT MELAYU PARANG CINA

INI DIA CERITA GENG BERAHIM ALI.
DENGAN GENG PER-KIASU,
YANG SIBUK DENGAN ISU PERKAUMAN YANG TAK PERNAH SELESAI.
JADI DENGAR SINI BAIK-BAIK RAKYAT MALAYSIA,
DALAM PERLEMBAGAAN DAN TERMAKTUB BAHAWA RAJA MELAYU BERHAK DALAM PERLANTIKAN PEE EMM TANPA NASIHAT DAN IKUT BUDI BICARA SENDIRI,


JADI ORANG MELAYU JANGAN RISAU,
KALAUPUN DAP BANYAK MENANG,
CUBA FIKIR,
ORANG POLITIK RAMAI BANGSA APA ?
JADI ISU CINA AKAN KUASAI 2/3 PARLIMEN DAN MAMPU PINDA UNDANG-UNDANG ITU MEREPEK!
HAHAHAHAHA


UMNU SAJA NAK BODOHKAN ORANG MELAYU,
ORANG CINA PUN TAU STATUS DIA.
CUKUP LA ISU PERKAUMAN.
SELAGI ADA RAJA MELAYU
PEE EMM MELAYU AKAN TERBELA.
CINA PUN FAHAM SEJARAH DAN PERLEMBAGAAN.




Jingga 13 gesa Umno hentikan propaganda murahan-MALAYSIAKINI


 
NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - menyokong kenyataan dan pendirian penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa perdana menteri tetap daripada orang Melayu dan menegaskan ia membuktikan segala propaganda murahan Umno dan media Umno telahpun terjawab.

Setiausahanya, DK Vicky mendakwa, sentimen perkauman yang cuba dicetuskan itu, bukan sahaja bertujuan memburukkan DAP dan Pakatan Rakyat, tetapi bertujuan mewujudkan ketegangan kaum.

Tindakan itu, dakwanya, boleh mengugat kehormanian dan perpaduan kaum yang telah terbina sekian lama di atas prinsip dan dasar yang jelas dipupuk demi kecintaan kepada negara.

"... malah kesetiaan pelbagai kaum di Malaysia terhadap Raja dan Negara sudah tidak perlu dipertikai dan dinafikan oleh sesiapa pun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa Umno dan media Umno menghentikan segala propaganda murahan yang didakwanya sengaja diwujudkan bagi tujuan kepentingan meraih sokongan orang Melayu dalam pilihanraya semata-mata .

Tegasnya, Jingga 13 yakin seluruh rakyat Malaysia tidak mudah terpengaruh dengan propaganda murahan tersebut.

Menurut Vicky, ini kerana mereka sudah semakin matang dan "mampu menilai sesuatu maklumat dengan bijaksana di atas prinsip perpaduan kaum yang sama- sama membangunkan negara Malaysia tercinta ini".

Saturday, 12 November 2011

Anak Muda bagi Nasehat Pada Raja Melayu

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN





JANGAN TERPENGARUH BUDAYA NEGATIF : RAJA MUDA PERLIS
- meloya

Para pelajar dinasihatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang negatif bagi mengelakkan gejala songsang yang kini semakin serius melangkaui batas agama dan adat resam di negara ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sebaliknya para pelajar perlu bijak mengambil dan menilai aspek-aspek budaya yang efisien dan positif.

"Dalam keadaan semasa kini, negara sering dihangatkan dengan gejala-gejala songsang, kita bimbang sekiranya dibiarkan berterusan, ia akan menjadi barah yang menular dalam kalangan masyarakat," titah baginda.

Sehubungan itu, titah baginda, para pelajar perlu mempunyai benteng diri sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bibit-bibit permulaan kepada sesuatu gejala yang tidak sihat.



JANGAN TERPENGARUH BUDAYA NEGATIF : ANAK MUDA PERLIS -tukartiub

Raja raja telah dinasihatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya luar yang negatif bagi mengelakkan gejala songsang yang kini semakin serius melangkaui batas agama dan adat resam di negara ini.

Pelajar-pelpajar dan anak muda dari pelbagai institusi pengajian tinggi telah berkata, sebaliknya raja raja perlu bijak mengambil dan menilai aspek-aspek budaya yang efisien dan positif.

"Dalam keadaan semasa kini, negara sering dihangatkan dengan gejala-gejala songsang seperti membuat projek hospital tetapi tidak siap, menjadi taiko judi bola, berjudi di luar negara, menjadi orang perantaran antara towkay dengan politikus, meminta tanah balak atau menjual derajah kenamaan.

Kami pelajar tahu pekara ini sedang berlaku. Kami bimbang sekiranya dibiarkan berterusan, ia akan menjadi barah yang menular dalam kalangan masyarakat," kata satu kumpulan pelajar."

Sehubungan itu, kata para pelajar lagi, raja dan sultan perlu mempunyai benteng diri sebaik mungkin bagi mengelakkan diri daripada terjerumus dalam bibit-bibit permulaan kepada sesuatu gejala yang tidak sihat. Jangan hanya pandai bercakap tetapi tidak membuatnya. Jangan hanya pandai memberi nasehat tetapi diri sendiri tidak terjaga.