free counters
Showing posts with label khairy. Show all posts
Showing posts with label khairy. Show all posts

Thursday, 31 May 2012

MONGOLIA GUNA 2 JUTA UNTUK ARTIS K-PUP DI HARI BELIA ?







RM2 juta untuk bawa artis K-Pop kepada belia? -HARAKAHDAILY


KUALA LUMPUR: Seorang blogger, Amno World mendakwa dalam blognya, Kerajaan Malaysia membayar RM2 juta untuk membawa artis dari  Korea, K-Pop ke himpunan belia di Putrajaya baru-baru ini.

Dengan menunjukkan resit tuntutan dari pembekal untuk program ini, blog itu menunjukkan senarai tuntutan yang dihantar kepada Kementerian Belia dan Sukan.

Bagaimanapun Harakahdaily tidak dapat pastikan adakah bil tuntutan dari syarikat StadiumFirst Sdn Bhd ini benar atau tidak.

Dalam tuntutan itu bertarikh 21 Mei itu, StadiumFirst menuntut 70 peratus dari bayaran penganjuran Himpunan Sejuta Belia itu dari kementerian yang diterajui Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek itu.

Tuntutan itu dikemukakan kepada Ketua Setiausaha Kementerian itu, Datuk
Mohid Mohamed untuk Hari Belia Negara 2012 berjumlah RM15.1 juta.

Tindakan kerajaan BN memasukkan persembahan K-Pop disifatkan sebagai satu tindakan melampau demi untuk menarik golongan belia ke perhimpunan itu.

Ia telah mendapat bantahan hatta dari Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria yang terkenal dengan pandangan yang selalu bersama Umno itu.

Yang dikesali adalah tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek yang turut terkinja-kinja bersama artis yang hanya memakai seluar yang hampir ke pangkal paha itu.

"Najib saya faham tetapi Shabery yang pernah menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) ketika belajar dulu amat tidak difahami," kata seorang bekas pelajar UM kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan membelanjakan RM2 juta untuk membawa artis K-Pop bagi menarik belia ke perhimpunan ini satu yang sangat tidak boleh diterima.

"Ketika Shabery menjadi Menteri Belia dan Sukan, saya berharap beliau membawa nafas baru kepada belia negara tetapi nampaknya beliau lebih membenam mereka ke kancah hiburan yang tidak sesuai dengan budaya kita apatah lagi agama kita," kata beliau lagi.

__________________________________________________________________________________

Ini dia hadiah untuk belia.
Ini dia duit rakyat berkecai.
Mongolia menyangap dan guna duit rakyat untuk hiburan.
Ini makanan rohani anak muda.
Mana geng jate asan ale ? Mana aoron asani UMNU ? mana ostaz khir ?
Abu Sapik tolong diam-diam. Terus lawan syiah dan wahabi je okay ?
Cabery tu dah lupa diri.
Sebab tu la pada anak muda yang konon nak masuk umnu dan ubah dr dalam.
Maaf la. 
Memang harapan.
Tengok nuar dulu,
dari ABEM akhirnya ke lantai dansa juga!.
Duit Duit Duit.
macam mana la orang tak makan dekat lorong-lorong kolumpo tu.......

Wednesday, 30 May 2012

LAGI MONGOLIA DAN KERY LUDIN ANJUR K-PUP VERSI BEE END.

Pemuda BN lancar 'Konsert Jelajah BN Pilihan Saya'-MALAYSIAKINI


 
Pemuda  BN melancarkan Konsert Jelajah BN Pilihan Saya' sebagai salah satu cara pergerakan itu mendekatkan diri dengan generasi muda.

NONE"Konsert ini adalah salah satu cara bagaimana artis muda dan veteran menyakinkan lebih ramai generasi muda untuk bersama kita (Pemuda BN), pengisian  kita bukan saja hiburan untuk dekati generasi muda tetapi yang lebih penting untuk bantu orang muda," kata pengerusinya Khairy Jamaluddin.

Bercakap selepas merasmikannya di ibunegara semalam, Khairy berkata Pemuda Barisan BN lebih realistik dalam memperjuangkan hak generasi muda di negara ini berbanding pembangkang yang menurutnya, hanya pandai menabur janji.

"Kalau kita lihat perbandingan antara Pemuda BN dan pembangkang, kita (Pemuda BN) mempunyai perancangan masa depan yang jelas, lebih realistik serta tidak menjanjikan 'bulan' dan 'bintang' sebaliknya menawarkan sesuatu yang dapat dikecapi serta janji yang dapat kita laksanakan," tambahnya.
  
Turut hadir di majlis perasmiannya ialah Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan, Ketua Pemuda MIC T. Mohan, Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee OKa Siong dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) Harridz Mohan.

Sementara itu, T. Mohan berkata konsert itu yang akan diadakan di 11 lokasi di seluruh Semenanjung bermula 1 hingga 24 Jun anjuran Pemuda MIC dengan kerjasama Pertubuhan Artis-Artis India Malaysia dan Persatuan Belia Karismatik Malaysia akan menampilkan artis India terkenal tanah air.

- Bernama
 
_____________________________________________________________________________

INI MEMANG CARA BEE END MAKAN ANAK MUDA,
BENTUK MASA DEPAN DENGAN KONSERT ?
ADAKAH KERY LUDIN CAKAP BENDA NI LEPAS PUAS LACEP ?
MARI KITA TENGOK BAGAIMANA BEE END TERUS MELABON.
MONGOLIA DAH GALAK K-PUP DAN PERNARI BOGEL UTK TATAPAN BELIA.
KINI DITERUSKAN OLEH PONDAN BEE END.
MARI LIHAT,
BAGAIMANA SAMSENG-SAMSENG LEMAH SEBAB GERSANG DENGAN TINDAKAN PURUMPUAN.
 
INIKAH MAKANAN ROHANI ?
BAGAIMANA TANGGUNGJAWAB DI AKHIRAT?
BIARLAH MONGOLIA JAWAB.
KITA TERUS MELAWAN.
LAWAN!

Tuesday, 29 May 2012

MONGOLIA KECAM NUAR BERAHIM DAN MERAJUK TAK NAK DEBAT

MONGOLIA BERANI GUNA MEDIUM 
GUNA AR TEE EM, GUNA TB TIGE, GUNA UTOSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN,
TAPI GAGAL UNTUK BERDEBAT
KALAU DEBAT NANTI MAU TERKUCIL RASANYA,
MASA TU BARU TAU SIAPA YANG RETORIK SIAPA REALISTIK
ANAK MUDA MAHU KE PEMIMPIN YANG TAKUT MACAM NI ?
YANG TAK BERANI NAK BERDEBAT?




Najib hanya berani di gelanggang sendiri-harakah


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya berani berani bercakap melalui medium yang dikuasainya untuk mengutuk Pakatan Rakyat.

Timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sikap Najib yang mengutuk segala dasar dan tawaran Pakatan Rakyat dari belakang dan enggan berdepan dalam pentas debat untuk mendengar jawapan balas adalah sikap seorang penakut.

"Beliau bebas bercakap apabila tidak ada pihak yang mampu menjawab langsung hujah beliau di atas pentas tersebut manakala media pula dikawal beliau sepenuhnya.

"Beliau hanya lantang bersuara dalam gelanggang miliknya tetapi kecut apabila diajak berdebat satu lawan satu dengan musuh politik beliau," katanya.

Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataannya di media mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mencabar Najib berdebat untuk beliu menjawab segala tuduhan Najib secara berdepan dengan hujah dan fakta.

Tetapi sehingga kini, Najib terus mengelak dan tidak menjawab cabaran berdebat dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu.

"Jika benar tuduhan PM bahawa PR hanya janji populis, DPPWP mencabar PM supaya menerima pelawaan debat antara beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tuduhan beliau perlu dilemparkan di pentas berdebat dan juga peluang mendengar hujah balas daripada PR berkenaan tawaran mereka. Barulah rakyat kenal siapa yang retorik, populis dan siapa pula yang bersikap realistik," kata Suhaimi.

Friday, 25 May 2012

KERY LUDIN TAKKAN BERDEBAT LAGI

HARI TU AKU BERBUAL DENGAN SORANG TAIKO UMNU CAWANGAN DEKAT SINI.
NAMANYA RAHASIA.
KATANYA DEBAT DIA TAK SETUJU
SEBAB MELAYU SAMA MELAYU
BERTEKAK APA JADI.
DUDUK DIAM2 SUDAH LA. ADA KERUSI DUDUK DIAM.


KAH KAH KAH!


Thursday, 24 May 2012

GELAGAT KERY LUDIN DAN PAK LAH!

LUPAKAN SEMUA CERITA POLITIK KUSUT.
TENGOK LAWAK PEMIMPIN POLITIK


KERY LUDIN
PAK LEH


Wednesday, 23 May 2012

GELAK NUAR BERAHIM TENGOK NAJEB DAN BERAHIM ALI

NAJEB TENGAH GUGUR RAMBUT.
DOK PIKIR MACAM MANA NAK SETTLE MASALAH.
SEMUA KERY LUDIN DAN GENG PEE KAY ARR PUNYA PASAL.
DAH ADA TAKTIK BAIK KASI TUMBANG NUAR.
TAPI KERY LUDIN BUAT TAIK.
HAISHHH.
SIAN NAJEB.
TERUS TOLAK! ANAK MUDA JANGAN MENYERAH..



INI LAGI SORANG PEMBOHONG BESAR.
CAKAP TAK PIKIR.
BILA MASA SOSIALIS TAK PERCAYA TUHAN ?
TAK SANGKA PULAK SURAT KABAR CINA PUN MINAT TUKARTIUB GENG KITA.
HAHAHAHAHA


GELAK LA PUAS-PUAS
TENGOK ORANG UMNU DAN BEBAS.
BERAHIM ALI TAK SEDAR DIRI.
CERMIN DIRI DULU.
DIALAH KATAK SEJATI!

KERY LUDIN CUBA BUNOH NAJEB




BENAR DEBAT SEMALAM TELAH MENUNJUKKAN KEMATANGAN POLITIK UMNU DAN PEE KAY ARR.


TAPI TERPIKIR TAK SEBENARNYA KERY LUDIN DAH SAMA MACAM ASAN ALI.


KERY LUDIN = ASAN ALI.


ASAN ALI DITENDANG SEBAB MELAWAN DASAR DAN POLISI PAS.


CERITANYA BEGINI , PEMIMPIN UMNU YG TERTINGGI MEMANG DAH BERABAD RAKYAT TAU PENAKOT.
JADI PAK DIN YASEN DAN NAJEB SENDIRI TOLAK DEBAT TERMASUK ZAID MIDI.
TAPI KARY LUDIN NI DAH LAWAN BOS.
POLISI UMNU JANGAN DEBAT. TAPI KERY LUDIN BERANI DAN NAK DEBAT.
MEMANG ITU BAIK. TAPI APA PERASAAN TAUKE BESAR ?


JADI, BILA DR MASLI SELAKU MODERATOR CABAR NAJEB DAN NUAR BERAHIM BERDEBAT KALAU ANAK JANTAN. INI TELAH MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG BEE END KHUSUSNYA PEMUDA UMNU.


INI BERLAKU SEBAB KITA SEMUA TAHU YANG NAJEB TAKKAN TURUN DEBAT.


JADI KITA TUNGGU. BERANI TAK NAJEB ? BERANI TAK DIA ACU PISAU PADA LEHER BIK MAMA ?


TUNGGU NAK LIHAT.


KALAU ZAMAN MAMAK MUNGKIN KERY LUDIN NI DAH KENA DAH.


ANAK MUDA TERUS TOLAKKKK UMNU!

Tuesday, 22 May 2012

Debat Rapiji - Kery Ludin

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei\
Debat samalam menunjukkan proses kematangan politik dalam negara ini.


Aku sendiri berasa gembira apabila ia berjaya dilaksanakan dengan penuh kematangan dan keterbukaan. Inilah dia proses demokrasi yang baik.


Kery Ludin menunjukkan prestasi yang baik ketika di London dan nampak mendahului Rapiji ketika debat yang lepas.


Dan kali ini, Rapiji pula mula menyerlah dan jelas menunjukkan masyarakat lebih yakin kepadanya.


Kery Ludin pula banyak tak jawab soalan dan kelihatan terlalu 'defensif' dalam banyak perkara.


Jadi , ramai penganalisis politik membuat keputusan sekarang sudah 1-1 berdasarkan pengamatan bagi kedua-dua debat.


Ketika debat dilaksanakan , najeb pula yang nak terkencing dan gegel.


Dr. Mazlee memang kaki provok. Mencabar kedua - dua pemimpin kirajaan dan pumbangkang Najeb - Nuar berdebat.


Hal ini menimbulkan kemarahan dan kegusaran penyokong UMNU malam tadi.


Memang kali ini aku puji tindakan Kery Ludin yang berani berdepan di ruang awam bagi mengemukakan idea bagi rakyat menilai.


Ini proses politik yang terlaksana di luar negara. Kita berperang idea bukan serangan peribadi.


Apa pun , UMNU dan kelang kabut.
Tiada jalan lagi nak berdalih.
Kalau nak tengok jenerasi akan datang bahagia.
dan tak bencikan kamu.
Sila tolak UMNU.

Monday, 21 May 2012

UMNO JASIN CARI PASAL DENGAN DEE A PEE.

BUAT KAWAN - KAWAN YANG MENGANALISIS POLITIK NEGARA,
MESTI TAHU MELAKA ADALAH KAWASAN YANG TAKKAN DAPAT DITEMBUS
OLEH GENG NUAR BERAHIM PAKATAN
SEBAB BEE END PUNA COP TAK BOLEH PADAM.


UMNU JASIN BUAT DEMO
DEMO "AMAN"
MEREKA CACI BERSIH DEKAT TB3 , ARR TEE EMM DAN SEGALA MEDIA YG ADA,
KATA INI BUKAN DEMOKRASI.
DAN MASA BUAT DEMO 'AMAN' TU,
DEE A PEE PARTI 'CINA' KENA DAJAL,
OLEH GENG NAJEB RAJAK,


KETUA PEMUDE DENY BENDA TU,
DIA KATA MAJLIS BERCAMPUR ADUK AHLI UMNU DAN TAK UMNU.
MASALAHNYA , KENAPA TAK JAGA DEMO HANG ?
KALAU DAH JOIN MESTI LA DIA SOKONG POLISI UMNU.
BUKAN AHLI ATAU TAK AHLI TAK JADI MASALAH
SAMA JUGA HAMPA MARAH AMBEGA KENAPA TAK CONTROL BERSIH SAPU SAMPAH.


UMNU SUDAH LA NAK BELIT.
HAMPA KATA TAK KISAH DEE A PEE BUAT CERAMAH.
TP DAH BERAPA PROGRAM HAMPA BUAT ONAR ?






'Tiada arahan bawa telur, batu' - MALAYSIAKINI
Pemuda Umno Jasin menafikan bahawa ahlinya bertanggungjawab membaling telur dan batu pada kereta dua ADUN DAP ketika satu jamuan minum petang di Merlimau bersama pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga.

perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event 1Setiausaha Pemuda Umno bahagian itu, Jezlee Tit berkata insiden  membaling telur dan batu itu berlaku di luar jangkaan mereka.
Malah, arahan untuk membawa telur dan batu juga tidak dikeluarkan, katanya yang juga ketua Pemuda Umno cawangan Merlimau.
"Saya sendiri tak pasti siapa yang baling dan buat. Sebab semalam kita panggil yang ada sekali masa itu (demonstrasi) ada yang Umno ada yang bukan Umno. 

"Di bahagian saya, memang saya tak ada keluarkan arahan bawa telur dan batu. Saya juga yakin ini bukan kerja budak-budak saya. Budak Jasin tak macam tu," katanya ketika dihubungi Malaysiakinihari ini.
perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event 2Katanya, program asal mereka ialah untuk mengadakan demonstrasi aman bagi menunjukkan prot  ADUN Bandar Hilir es terhadap kehadiran Ambiga.
Beliau mengulas kejadian serangan yang didakwa dilakukan ke atas kereta dua adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir) serta kereta pengikut mereka.
Khoo mendakwa, salah satu daripada tayar kenderaan milik Tey juga dipancitkan, selain kerosakan pada cermin sisi dan badan kereta tersebut.
Dakwa kereta langgar kanak-kanak
Menceritakan kembali kejadian malam tadi, Jezlee berkata, demontrasi tersebut pada awalnya dijalankan secara aman tanpa gangguan.

Kejadian membaling telur dan batu itu kemudiannya berlaku selepas kenderaan berkenaan didakwa melanggar seorang kanak-kanak.
perkasa tibai umno red shirt in merlimau malacca ambiga event car type punctured"Tapi sebelum itu, kereta itu ada terlajak dan terlanggar seorang budak. Mungkin budak tu marah itu yang jadi macam tu...
"Benda itu benda yang tak baik dan kita pun tak minta dia orang buat," katanya lagi.
Menurutnya lagi, beliau juga menghalang individu berkenaan daripada menyerang kenderaan tersebut dan membantu kereta tersebut keluar dari kawasan tersebut.
"Saya sendiri ada dekat kereta. Kami semua bagi laluan untuk bawa kereta tu keluar... Saya kata jangan... tapi lepas sahaja kereta tu lepas, kejadian itu berlaku...
Jezlee berkata, pihaknya juga tidak mempunyai masalah dengan ceramah anjuran DAP.

Bagaimanapun, kehadiran Ambiga ke program itu tidak dipersetujui kerana peguam tersebut didakwa telah menghina Islam.

"Kami tak setuju dia datang sebab secara jelas dia memperlekehkan Islam, lekeh undang-undang. Kami buat demonstrasi itu untuk nyatakan secara jelas dekat dia," katanya lagi.

Thursday, 17 May 2012

KESIAN KERY LUDIN DINASIHAT MASUK PAKATAN

KERY LUDIN,
KEHADIRAN KE PERHIMPUNAN UMNU BUKAN UKURAN DIA.
KEBANYAKAN YANG DATANG BUDAK-BUDAK HINGUSAN
MUNGKIN DIPAKSA.
DAN MUNGKIN JUGA KERANA DUIT.
JADI, PERLU INGAT KERY LUDIN.
KALAU HANG NAK TERUSKAN KERJAYA POLITIK./
MASUK PAKATAN
SEBAB HANG PROGRESIF.
TP HANG SYOK SENDIRI.

KEY LUDIN: Sokongan muda masih memihak Umno - sinarharian

17 Mei 2012
Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
KUALA LUMPUR - Kehadiran puluhan ribu golongan muda semasa sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini jelas membuktikan bahawa parti itu masih menerima sokongan padu daripada golongan muda.
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ini membuktikan bahawa tanggapan sesetengah pihak kononnya Umno tidak lagi mendapat sokongan golongan muda tidak benar sama sekali.
"Justeru kehadiran ramai golongan muda dalam perhimpunan jalanan di ibu kota pada 29 April lepas tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengatakan bahawa sokongan golongan muda kini telah beralih arah kepada pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Auto anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini.
Khairy berkata golongan muda sangat selesa berada di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak suara dan masalah mereka didengar dan diteliti oleh Najib.
"Kerajaan mengadakan pelbagai program dan pelbagai dasar terutama dasar pemilikan tanah, pemilikan rumah pertama, pinjaman yang kita berikan kepada mahasiswa dan juga banyak dari segi latihan, usahawan muda," katanya.

Kerajaan juga, katanya banyak memberikan pengkhususan kepada orang muda dan juga melalui dasar-dasar kerajaan BN sekarang ini seperti pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (ISA) dan kebebasan politik yang lebih diberikan kepada pelajar universiti dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Ini semua adalah tuntutan orang muda yang hendak lihat kepada kebebasan sivil yang lebih luas lagi contohnya orang mudalah yang paling lantang mengkritik ISA sehingga ia dimansuh dan digantikan dengan akta yang membenarkan semakan mahkamah contohnya, jadi kita lihat banyak dasar yang menjadi titik sentuh kepada orang muda," katanya lagi.
Beliau yakin dengan dasar-dasar BN yang realistik serta berpijak pada bumi nyata, majoriti anak muda akan memberi kepercayaan mereka kepada kerajaan hari ini. - Bernama

ORANG TUA KUTUK SOLDADU UMNO NAK SERANG KERY LUDIN

Kumpulan pesara tentera mahu gempur Kery Ludin pula - MALAYKINI
Sekumpulan pesara tentera yang melakukan "senaman punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga bercadang menggempur rumah Ketua Pemuda Umnu Kery Ludin pula.

NONEPresiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) Pak Ali Bahrum berkata (kanan), Khairy tidak patut masuk campur urusan NGO dengan mengkritik tindakan itu sebagai tidak wajar, tidak masuk akal dan menjadi bahan ketawa dunia.

"Khairy sepatutnya menjaga Pemudanya sahaja sebab saya lihat Pemuda semakin lemah.

"Saya rasa dia keluarkan kenyataan macam itu sebab tak dapat jawatan menteri dan nak membalas dendam," kata Ali sambil memaklumkan tindakan itu akan dilakukan dalam masa terdekat.

Khairy semalam menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Ambiga kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

Sementara itu, menamakan senaman itu sebagai "senaman tarian ala gempur", Mohd Ali berkata beliau kini sedang membincangkan lanjut rancangan itu dengan rakan-rakannya yang lain.

"Masa dan tarikh nanti dulu. Tapi memang kita akan buat...

"Khairy tak layak menjadi pemimpin dan gila jawatan sebenarnya... kami, veteran memang marah dengan kenyataan dia," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
 
MUNGKINKAH TINDAKAN PAK ALI MAMAK ADA SANGKUT PAUT DENGAN GERAKAN MENJATUHKAN KERY LUDIN?
KERY LUDIN DAN BOLEH BERHENTI TOCENG.
MULA PERANG BRO!
AKU MEMANG TOLAK UMNU,
TAPI DALAM MASA YANG SAMA , AKU KAGUM DENGAN UMNU MACAM KAU.
KIRANYA KAU TAK DICALONKAN SEKALIPUN,
BIARLAH BERMARUAH.
JANGAN MACAM ORANG TUA KUTUK
MENGAKU ISLAM
MENGAKU MALAYU.
TAPI JUAL BONTOT DEPAN RUMAH AMBEGA.
RAPIJI RAMLE ADA KOMENTAR TAK ?
 
ISHAM RAIS JANGAN LUPA TULIS ULASAN JUAL BUNTUT NI.
KAH KAH KAH! 

KALAULAH KERY LUDIN ORANG PARTI ISLAM

KALI INI AKU TERPAKSA MENGAKU
YANG KERY LUDIN MEMANG ANTARA PIMPINAN UMNU PROGRESIF.
MELIHAT SESUATU PERKARA DI LUAR DOKTRINISASI DAN KIBLAT PARTI
MEMANG BETUL,
TINDAKAN INI PERSIS MAKHLUK DI ZOO.
JADI KALAU KERY KATA GINI
AKU PUN PERCAYA
AKU PUN SANGGUP JADI SAYAP MUDA UMNU.
TAPI MALANGNYA
KERY JE MACAM NI
KERY JE BERANI LAWAN AMBIGA
KERY JE BERANI CACI DAN BERDEPA RAPIJI RAMLI
INI DIA.
DENGAR CERITA UMNU DI SELANGOR SEDANG BERHEMPAS PULAS ?
BETUL KE?
ANAK MUDA TERUS TOLAKKKKK!


'Apa lagi, jual kuetiau depan Seri Perdana pula?'
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyuarakan perasaan tidak senang terhadap "protes punggung" depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH S Ambiga kelmarin kerana masih terdapat kaedah lain untuk meluahkan perbezaan pendapat.

Sebagai contoh, katanya, beliau sendiri sudah berdebat dengan Ambiga berhubung isu berkaitan pilihan raya dan tidak perlu berkumpul membantah depan rumah bekas presiden Majlis Peguam itu.

NONEKhairy bimbang ia merebak menjadi balas membalas tidak berpenghujung dan menjadi bahan ketawa di seluruh dunia.

"Jika tidak, perkara ini tak akan habis. Jual burger depan rumah Ambiga satu hari, jual tose depan rumah IGP (ketua polis negara) beberapa hari kemudiannya.

"Mungkin jual kuetiau depan Seri Perdana (kediaman perdana menteri) minggu berikutnya.

"Perkara ini tidak masuk akal dan kita akan menjadi bahan ketawa dunia... Harap kita semua lebih matang dalam berpolitik," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Auto Forum 2012 di Kuala Lumpur hari ini.

Wednesday, 2 May 2012

RAKYAT HAMPA TAK DAPAT TENGOK MULUT KERY BERBUIH

DEBAT TELAH DITANGGUHKAN.
LIHAT BAGAIMANA MEREKA MENGGUNAKAN KUASA.
SIAPA YANG SURUH ?
ITU JADI TANDA TANYA
RAKYAT HARUS INGAT.
KERY BUKAN SEBARANG ORANG.


MUNGKIN KERY TERTOCENG KOT SEMALAM.
JADI TAKUT GAGAP.
RISAU MULUT BUIH MACAM SHABERY CEKK.


RAKYAT AKAN TUNGGU
HERO UMNU NI LAWAN RAFEZE


KERY LUDIN AKAN BERBUIH MULUT MALAM NI



MALAM INI RAKYAT DIMINTA HADIR.
KE DEBAT PTPTPU DI SHAH ALAM.
TENGOK APA PEMUDA UMNU NI NAK BELIT
DI SAAT SEMUA TOLAK DEBAT
KERY LUDIN MENYAMBUT
DAH TAKDA ORANG LAIN ?
HEBAT MAMAT NI
TENGOK MACAM MANA MULUT DIA BUIH
MACAM SHABERY KO COK.

KHALID ISMATH DAN SEKOLAH POLITIK JADI MANGSA

SILA BACA FITNAH INI SEHINGGA HABIS


Sekolah politik di Selangor - UTUSAN MELOYA

KUALA LUMPUR 30 April - Polis mengenal pasti dua lokasi di Selangor yang dijadikan sebagai sekolah politik oleh pihak tertentu untuk melatih pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini, berdemonstrasi menentang kerajaan.
Difahamkan, sekolah yang ditubuhkan oleh pihak yang menentang kerajaan itu sudah beroperasi sejak 2008 iaitu selepas kerajaan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.

Menurut sumber, aktiviti pembelajaran di sekolah berkenaan biasanya diadakan pada setiap hujung minggu iaitu mengambil kesempatan semasa pelajar kolej atau universiti tiada kelas.
Beliau berkata, terdapat antara 20 dan 30 pelajar mengikuti kelas di sekolah itu pada setiap sesi.
"Di sekolah ini, pelajar akan diterapkan latihan kader politik (political cadre) seperti bagaimana cara mahu menjadi seorang pejuang, berceramah dan membuat demonstrasi.

"Tenaga pengajar yang melatih pelajar pula merupakan aktivis politik dari organisasi tertentu yang memang antikerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, matlamat utama penubuhan sekolah itu adalah melahirkan generasi muda yang bakal menjadi pelapis kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Beliau berkata, pelajar yang mengikuti latihan di sekolah itu pula datang dari pelbagai kolej dan universiti di seluruh negara dan antaranya termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Katanya, pelajar yang dilatih di sekolah itu merupakan pengikut tegar parti pembangkang dan tidak pernah ketinggalan mengikuti demonstrasi menentang kerajaan termasuk perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin.

"Selain mengikuti latihan di sekolah ini, pelajar turut dihantar ke luar negara seperti Indonesia dan Jepun untuk belajar dan menyaksikan sendiri cara penduduk di negara berkenaan berdemonstrasi menentang kerajaan," katanya.
Sumber berkata, polis mengakui pelajar yang terpengaruh dengan idealisme ekstremis itu memang memberi ancaman kepada keselamatan negara dan sedang memantau mereka untuk tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis akan menyiasat pelajar tahun 2 pengajian undang-undang UiTM, Shah Alam, Khalid Mohd. Ismath (gambar), 22, yang mengugut mahu membunuh semua polis melalui kenyataan di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Katanya, dalam kenyataan di Facebooknya, Khalid yang merupakan Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) telah mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan".
Khalid yang menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai idola, mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas dia terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0.

Anak muda dari Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang itu memang lantang menentang kerajaan dan tidak pernah ketinggalan menyertai demonstrasi menentang kerajaan termasuk berkampung di Dataran Merdeka baru-baru ini bagi mendesak pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

___________________________________________________________________________________

SEKOLAH POLITIK ADALAH SATU PROGRAM ANJURAN KERAJAAN SELANGOR.
PROGRAM INI UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA ANAK MUDA YANG MINAT POLITIK.
YANG MINAT POLITIK SERTA MENGAJAR MEREKA JADI AHLI POLITIK BERSIH
BUKAN JADI PEMIMPIN PEMBANGKANG ATAU PEMIMPIN PARTI MELAYU KORUP MACAM SEKARANG.
BEGITU JUGA DENGAN PEMIMPIN BEE ENN YANG KORUP SERTA OTAK NYA LETAK DIA LUTUT.
JELAS PROGRAM INI BEGITU BAIK.
TENGOK NEGARA MAJU, BAGAIMANA MEREKA MELATIH ANAK MUDA MENJADI AHLI POLITIK YANG BAIK.
ZAMAN BEE ENN PERINTAH SELANGOR ADA ?
TOYOL MAKAN DUIT ADA LA...

KALAU TAK PERCAYA ASS BEE BOLEH JOIN SEKOLAH POLITIK.
TAKDA PUN NAK AJAR BENDA2 TAK ELOK.
BANYAK PULAK DUIT SELANGOR NAK HATNTAR KE INDONESIA DSB ?
GILA KE APA.

KHALID ISMATH TAK KENA MENGENA.
DIA TAK PERNAH JOIN SEKOLAH POLITIK.
DIA BELAJAR POLITIK MELALUI UTUBE.
BUKAN TUBE KAK MAH.
DIA PUN TAK TINGGAL DI KAMPUNG RAJA UDA.
ITU PEMBOHONG.
KAMPUNG RAJA UDA ITU TEMPAT TINGGAL BADERUL KATAK ADUN PORT KLANG.

ANAK MUDA,
INI FITNAH!
CUBA BUAT KAJIAN SEBELUM PERCAYA MEDIA YANG SEMBAH FIRAUN NI.
BEGITU JUGA MEDIA PAKATAN.
KITA BACA DAN NILAI.
KITA ANAK MUDA
CUMA MAHUKAN SATU.
TUMBANG UMNO!

Tuesday, 17 April 2012

LAGI TANDA KERY AKAN STOP TOCENG

INI DIA CERITA.
YANG PASTI AKAN BUAT KERY BERHENTI TOCENG,
SEBAB TANGAN KENA PARKINSON.
MAHASISWA DAH AJAK DEBAT.
MACAM MANA ?

RAKYAT SUDAH BANGKIT.
MAHASISWA NAK BERCAKAP DENGAN PUAK IMNO.
APA LAGI?
MASA NI HANG NAK TUNJUK KEPIMPINAN HANG.
JANGAN LUPA BAWA BUDAK ASPIRASI IMNO

SMM setuju debat, tapi mesti dengan KJ - MALAYSIAKINI
Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyahut cabaran Unit Pidato Pemuda BN untuk mengadakan debat dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha media SMM Ahmad Shukri Kamarudin berkata pelajar berkenaan bagaimanapun menetapkan syarat supaya Pemuda BN menurunkan ketua pemuda pergerakan itu, Khairy Jamaluddin untuk berdebat.

NONEKatanya, SMM juga menetapkan syarat supaya debat itu diadakan di Dataran Merdeka – lokasi yang kini terus menjadi medan gerakan "occupy" pelajar berkenaan selepas berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

"Kita sudah jawab setuju berdebat dan kita masih tunggu maklum balas mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Cabaran untuk berdebat itu dihantar melalui satu surat bertarikh 10 April oleh naib pengerusi unit pidato Pemuda BN, Zaidel Baharuddin.
Surat yang diterima SMM melalui Twitter itu dialamatkan kepada pengerusi SMM, Muhammad Safwan Anang dengan cadangan supaya debat itu menumpukan isu tuntutan mahasiswa untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Dalam surat tersebut Zaidel dengan menyindir berkata debat berkenaan "lebih sesuai dan matang untuk menzahirkan pendapat berbanding dengan menurunkan bendera mahupun menunjuk perasaan di hadapan pagar kampus pada larut malam pada cuti umum."

Sindiran itu merujuk kepada perhimpun pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada malam ambang tahun baru 2012 dan juga tindakan menurunkan satu bendera dengan wajah perdana menteri pada perhimpunan anjuran SMM pada bulan sebelumnya.

Kery Jamaldin lancap tangan gigil tengok rakyat di dataran

INI ADA SESUATU YANG TAK KENA.
RAKYAT MULA MARAH
SYABAS MAHASISWA.
HASUT LAGI RAKYAT.
BENCI SAMA IMNO.
KERY DAH GEGEL.
TENGOK ANAK MUDA BERJAYA.
HASUT RAKYAT.
LIBYA SUDAH , MESIR SUDAH.
MELESIA BILA?


KERY JAGA-JAGA.
NAK PANCUT SILA KAWAL.



TERKINI : SAH ADAM ADLI DAN PEGAWAI DBKL BERTUMBUK!

Lagi pusingan siswa dengan DBKL -MALAYSIAKINI

Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pagi ini mengarahkan mahasiswa yang terus berkumpul di Dataran Merdeka bagi menuntut penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN), supaya membongkar khemah mereka dan beredar daripada kawasan itu.

Sebagai tindak balas kepada arahan 10 penguatkuasa itu, kumpulan mahasiswa mengalihkan kain rentang dan plakad di lantai supaya menghampiri tempat mereka berkumpul dan membongkar satu khemah.

NONEMereka juga membawa bekalan ke arah tempat letak kenderaan berdekatan.

"Mereka minta kami bongkar khemah, jadi kami bongkar satu. Tetapi kami tidak akan pergi ke mana-mana; kami akan tetap kekal di sini," kata akvitis Fahmi Reza yang terkenal dengan penganjuran program "Occupy Dataran".

Pagi tadi kelihatan juga anggota Dewan Undangan Negeri Terai Jenice Lee melawat kumpulan itu sambil membawa makanan dan minuman di samping kata-kata semangat.

Hari ini masuh hari keempat kumpulan mahasiswa berkhemah di dataran itu selepas perhimpunan melibatkan ratusan orang di ibu negara pada Sabtu lepas.

______________________________________________________________________-
ANAK MUDA TERUS BERTAHAN.
NAJEB MASIH TAK NAMPAK KE?
RAKYAT MASIH TAK NAMPAK KE?
MASIH BUTA.

TUNTUTAN NI BUKAN YANG MAIN-MAIN.
MEMANG MAHASISWA SERIUS LAWAN PTPTIPU.
BUKAN DIORANG ANAK BUAH IZZAH , NUAR ATAU MAT SEBU.

TAPI SEBAB HANYA SATU.
INGINKAN PERUBAHAN.
INGIN JENERASI LEPAS NI.
TAK BEOL MACAM KERY JAMALDIN.
BODOH SEBAB TAK HABIS BELAJAR.

TERUS LAWAN!

Sunday, 15 April 2012

KHAIRY JAMALUDDIN UGUT MAHASISWA DI UTUSAN


SELEPAS KECOH SEMALAM ISU PERLETAKKAN KALUANGAN BUNGA PADA DUA ORANG PENJAHAT.
HARI INI KERY KELING PULAK MEMEKAK DI UTUSAN MELOYA.
BUAT TUDUHAN MACAM-MACAM.
KEPALA HANG KURANG 200 ORANG MAHASISWA HADIR.
MATA HANG LETAK JUBO KA?
HANG P BUKA UTIUB TENGOK BERAPA BANYAK KOMRAD YANG HADIR.
INI BUKAN BERMOTIF PEMBANGKANG.
TAPI ANAK MUDA DAH TAK SANGGUP DAN JIJIK TENGOK IMNO.
APA ANAK MUDA IMNO BUAT?
JILAT BONTOT HANG? DAPAT PROJEK TERUS LABEL NAJEB BAIK .
SEBAB DAPAT BUNCITKAN PERUT ANAK MUDA.

Sikap biadab peserta demonstrasi


PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

“Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.

“Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak membawa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan kalungan bunga di Dataran Merdeka semalam.

Demonstrasi itu tidak mendapat sambutan apabila kurang 200 mahasiswa terlibat.

Tambah Khairy, pengaruh yang ditunjukkan oleh pembangkang bukannya agar generasi muda membuat sesuatu dengan rasional, beradab dan berhujah dengan baik tetapi sebaliknya.

“Kita tidak menghalang mereka berdemonstrasi, tidak ada masalah. Cuma mereka perlulah membuat sesuatu dengan berhemah, bukannya mengikut sesuka hati yang dipengaruhi oleh kepentingan politik pembangkang.

“Saya yakin, mahasiswa kita majoritinya tidak terpengaruh dengan pembangkang dan hanya kumpulan ini yang menjejaskan imej mahasiswa,” ujarnya.

Khairy berkata, rakyat perlu menilai dan melihat apa yang telah berlaku serta memastikan generasi muda yang dihasilkan nanti tidak berperangai sebegitu.


KERY NAMPAK BERANI DAN JENTEL.
BILA MENERIMA OFFER DUA DEBAT SEKALI.
BUKAN SATU DEBAT.
DISAMPING DIA AKAN DIPANDANG TINGGI.
NAJEB AKAN TERASA.
SEBAB NUAR DAH BERAPA KALI MINTA DIADAKAN DEBAT DENGAN NAJEB.
MALAH DEBAT 3 PENJURU NUAR-NAJEB-RAJE PERTA.
MADEY PUN TAK SETUJU UNTUK DIADAKAN DEBAT DENGAN NUAR.
SEBAB TAK KAN UBAH APA-APA.
PAK DIN SEMBAP , ZAID MIDDIN, SHAFIE APDAL DAN LAIN PUN TAK SETUJU.
SEMUA KELIHATAN TAKUT.
DALAM SATU PEPERANGAN , YANG PALING BERANI AKAN DILANTIK MENJADI PANGLIMA.
TAPI DALAM POLITIK PENAKUT,
BILA MANA SEMUA TENTERA CINTAKAN KEAMANAN DAN SUASANA TENANG.
ADAKAH KERY AKAN TERUS KEKAL ?

ANAK MUDA TOLAK UMNO!

Thursday, 12 April 2012

Kery Janji hantar Bangla untuk wakili Patriot lawan PAS dan DAP




Khairy dakwa PAS, DAP tak setuju mansuh PTPTN
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah PKR untuk menghapuskan hutang yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan populis untuk menang dalam pilihan raya akan datang.

Sedangkan, "janji manis dan tidak bertanggungjawab" itu tidak mendapat persetujuan daripada PAS dan DAP malah tidak dijadikan dasar bersama Pakatan Rakyat, dakwa MP Rembau itu lagi.

"Ia dibuat di atas pentas ceramah dan perincian (penghapusan hutang PTPTN) datang kemudian. Mereka tak fikir mengenai bagaimana nak tampung dan biayai hutang tersebut.

"Itu satu janji manis, cerita dongeng daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata terdesak untuk menang undi orang muda nampak kecenderungan kepada BN. Ini adalah langkah terdesak," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan rundingan meja bulat berhubung isu berkenaan bersama sekumpulan mahasiswa hari ini.

Khairy mengulas kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang berkata pinjaman PTPTN sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa itu dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.
Rafizi berkata demikian dalam satu program rundingcara berhubung penyelesaian hutang pinjaman tersebut di Shah Alam malam tadi.
Mengulas lanjut, Khairy berkata isu berkenaan bukan soal kemampuan kerajaan untuk membayar hutang tetapi kos yang ditanggung sekiranya perkara itu dilaksanakan.

"Kalau nak cakap soal kemampuan kerajaan, kerajaan mampu menampung macam macam sebab kita masih lagi ada minyak.

"Rafizi kata kita boleh melalui ambil minyak daripada Petronas dan jual bon kerajaan. Sudah tentu kita boleh buat macam-macam," katanya.

Sebaliknya, antara kesan yang diterima selepas berbuat demikian adalah kos melepas iaitu iaitu apabila kita buat sesuatu ia akan mengorbankan sesuatu perkara yang lain.
"Apabila kita membuat keputusan untuk memansuhkan hutang pinjaman PTPTN 28, 29 billion, ada perkara lain, perbelanjaan lain akan dikorbankan.

"Sama ada kita bayar ansuran selama 10 tahun, 20 tahun, dua bilion setiap tahun, terbitkan bon. Ia tetap memberikan kos kepada kita. Jadi saya nampak hipokrasi cukup besar," katanya.

____________________________________________________________________________-
INI CAKAP ORANG MABUK!
KEPALA HOTAK HANG JANJI MANIS .
HANG DEBAT DENGAN RAFIZI PUN MACAM HARAM.
HARAP CAKAP OMPUTEH BERABUK.
TAPI BAHLOL.
JANGAN DENGAR INI CAKAP SERUPA ORANG MABUK.
KAU DUDUK KUWAIT APA TAU.
KAU BUKAN ANAK MUDA MALAYSIA.


ANAK MUDA TOLAK UMNO!