Sekolah politik di Selangor - UTUSAN MELOYA
Difahamkan, sekolah yang ditubuhkan oleh pihak yang menentang kerajaan itu sudah beroperasi sejak 2008 iaitu selepas kerajaan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.
Menurut sumber, aktiviti pembelajaran di sekolah berkenaan biasanya diadakan pada setiap hujung minggu iaitu mengambil kesempatan semasa pelajar kolej atau universiti tiada kelas.
Beliau berkata, terdapat antara 20 dan 30 pelajar mengikuti kelas di sekolah itu pada setiap sesi.
"Di sekolah ini, pelajar akan diterapkan latihan kader politik (political cadre) seperti bagaimana cara mahu menjadi seorang pejuang, berceramah dan membuat demonstrasi.
"Tenaga pengajar yang melatih pelajar pula merupakan aktivis politik dari organisasi tertentu yang memang antikerajaan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.
Sumber berkata, matlamat utama penubuhan sekolah itu adalah melahirkan generasi muda yang bakal menjadi pelapis kepada pemimpin pembangkang di negara ini.
Beliau berkata, pelajar yang mengikuti latihan di sekolah itu pula datang dari pelbagai kolej dan universiti di seluruh negara dan antaranya termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Katanya, pelajar yang dilatih di sekolah itu merupakan pengikut tegar parti pembangkang dan tidak pernah ketinggalan mengikuti demonstrasi menentang kerajaan termasuk perhimpunan Bersih 3.0 kelmarin.
"Selain mengikuti latihan di sekolah ini, pelajar turut dihantar ke luar negara seperti Indonesia dan Jepun untuk belajar dan menyaksikan sendiri cara penduduk di negara berkenaan berdemonstrasi menentang kerajaan," katanya.
Sumber berkata, polis mengakui pelajar yang terpengaruh dengan idealisme ekstremis itu memang memberi ancaman kepada keselamatan negara dan sedang memantau mereka untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, beliau berkata, polis akan menyiasat pelajar tahun 2 pengajian undang-undang UiTM, Shah Alam, Khalid Mohd. Ismath (gambar), 22, yang mengugut mahu membunuh semua polis melalui kenyataan di laman sosial Facebook miliknya semalam.
Katanya, dalam kenyataan di Facebooknya, Khalid yang merupakan Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) telah mengeluarkan kenyataan berbunyi: "Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan".
Khalid yang menjadikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai idola, mengeluarkan kenyataan itu sehari selepas dia terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0.
Anak muda dari Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang itu memang lantang menentang kerajaan dan tidak pernah ketinggalan menyertai demonstrasi menentang kerajaan termasuk berkampung di Dataran Merdeka baru-baru ini bagi mendesak pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.
___________________________________________________________________________________
SEKOLAH POLITIK ADALAH SATU PROGRAM ANJURAN KERAJAAN SELANGOR.
PROGRAM INI UNTUK MEMBERI PELUANG KEPADA ANAK MUDA YANG MINAT POLITIK.
YANG MINAT POLITIK SERTA MENGAJAR MEREKA JADI AHLI POLITIK BERSIH
BUKAN JADI PEMIMPIN PEMBANGKANG ATAU PEMIMPIN PARTI MELAYU KORUP MACAM SEKARANG.
BEGITU JUGA DENGAN PEMIMPIN BEE ENN YANG KORUP SERTA OTAK NYA LETAK DIA LUTUT.
JELAS PROGRAM INI BEGITU BAIK.
TENGOK NEGARA MAJU, BAGAIMANA MEREKA MELATIH ANAK MUDA MENJADI AHLI POLITIK YANG BAIK.
ZAMAN BEE ENN PERINTAH SELANGOR ADA ?
TOYOL MAKAN DUIT ADA LA...
KALAU TAK PERCAYA ASS BEE BOLEH JOIN SEKOLAH POLITIK.
TAKDA PUN NAK AJAR BENDA2 TAK ELOK.
BANYAK PULAK DUIT SELANGOR NAK HATNTAR KE INDONESIA DSB ?
GILA KE APA.
KHALID ISMATH TAK KENA MENGENA.
DIA TAK PERNAH JOIN SEKOLAH POLITIK.
DIA BELAJAR POLITIK MELALUI UTUBE.
BUKAN TUBE KAK MAH.
DIA PUN TAK TINGGAL DI KAMPUNG RAJA UDA.
ITU PEMBOHONG.
KAMPUNG RAJA UDA ITU TEMPAT TINGGAL BADERUL KATAK ADUN PORT KLANG.
ANAK MUDA,
INI FITNAH!
CUBA BUAT KAJIAN SEBELUM PERCAYA MEDIA YANG SEMBAH FIRAUN NI.
BEGITU JUGA MEDIA PAKATAN.
KITA BACA DAN NILAI.
KITA ANAK MUDA
CUMA MAHUKAN SATU.
TUMBANG UMNO!
No comments:
Post a Comment