free counters

Saturday, 26 May 2012

UiTM LAWAN BERSIH ?

FARED ZOHRI MERUPAKAN YDP MMP UITM.
SEBELUM INI BELAJAR DI UITM MERBOK
BERSAMA GENG KHALED SEMATH,
JADI SEBENARNYA SEBELUM BERGELAR YDP.,
AYED MERUPAKAN GENG PEMUDA PAS DAN USRAH.
YANG GIAT DALAM AKTIVITI SEPERTI TAMRIN.
DIA SUDAH HABIS BANYAK TAMRIN.


KEMUDIAN APABILA PERGI BELAJAR DI SHAH ALAM,
DALAM IJAZAH PERUNDANGAN, TIBA2 BERALIH ARAH DAN BERPALING PADA KEADILAN,
KATANYA KITA BELUM KUAT.
AKU FAHAM APA YANG DIA BUAT.
MUNGKIN NAK JADI MACAM NUAR BERAHIM YANG TAK LAWAN MAMAK MASA MULA-MULA MASUK UMNU.
TAPI KALAU TAK DAPAT NAK BERJUANG SAMA, JANGAN JATUHKAN MEMBER.


DULU PAS,
TAPI TIBA-TIBA PULAK JADI UMNU TEGAR.
DULU UTOSAN MELOYA KATA SMM TIDAK MEWAKILI MAHASSIWA.
JADI ADAKAH BENAR MPP PIMPINAN AYED NI MEWAKILI SELURUH SUARA MAHASISWA ITM CAH ALAM?


DAH BUAT UNDIAN ? DAH ADA PETISEN ?
KAH KAH KAH!


LAWAK LA ITM NI!


1,092 laporan polis diterima di seluruh negara - UTUSAN MELOYA

Helmi Mohamed (tiga dari kanan) dan Murtaza Umar (tengah) menunjukkan laporan polis yang membantah penganjuran Bersih di Balai Polis Bandar Jengka, Pahang, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Jun - Bantahan pelbagai lapisan masyarakat terhadap langkah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menganjurkan perhimpunan haram pada 9 Julai ini semakin terserlah apabila 1,092 laporan polis telah diterima di seluruh negara sehingga petang ini.
Peningkatan jumlah laporan polis itu turut membuktikan orang ramai mahu polis bertindak tegas menghalang perhimpunan itu kerana bimbang keamanan dan keselamatan awam terjejas.
Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) hari ini mewakili sejumlah 197,000 membuat laporan polis melibatkan semua 13 cawangan universiti itu di seluruh negara.
Di SHAH ALAM, Yang Dipertua MPP UiTM kampus induk itu, Mohd. Farid Zuhri Ismail berkata, penganjur perhimpunan haram itu cuba membawa pengaruh buruk kepada keamanan negara ini termasuk menghasut pemikiran para mahasiswa universiti.
"Kami pelajar UiTM menolak perhimpunan haram Bersih kerana tidak mahu budaya murahan seperti itu menular di dalam masyarakat khususnya mahasiswa," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam.
Di PAHANG, Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Krau dan penduduk Felda Wilayah Jengka membuat laporan di Balai Polis Bandar Jengka bagi membantah perhimpunan tersebut.
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Helmi Mohamed berkata, masyarakat di Parlimen itu membantah sekeras-kerasnya penganjuran perhimpunan haram tersebut yang hanya membawa kesan negatif kepada negara.
Pegawai Seranta Felda Wilayah Jengka, Murtaza Umar pula berkata, budaya berdemonstrasi dan merusuh di jalan raya bagi membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat adalah di luar prinsip demokrasi.

No comments:

Post a Comment