free counters
Showing posts with label wartawan. Show all posts
Showing posts with label wartawan. Show all posts

Thursday, 3 May 2012

ANAK-ANAK RAHIM KAJAI SUDAH BANGKIT

WARTAWAN = PROPAGANDIST
MEREKA SUDAH BANGKIT.
RAKYAT BILA LAGI ?
SAMPAIKAN MESEJ PADA SEMUA
SEKARANG SEMUA INDIVIDU BOLEH JADI MEDIA
GUNAKAN FB , TWITTER , DSB
UNTUK TUMBANGKAN REJIM!


Wartawan berhimpun bantah keganasan-MALAYSIAKINI

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia, sekumpulan wartawan hari ini berkumpul di Kuala Lumpur bagi membantah kekasaran terhadap mereka sewaktu menjalankan tugas, terutama dalam himpunan BERSIH Sabtu lalu.

NONEDalam perhimpunan kira-kira jam 12 tengah hari tadi di hadapan pejabatMalaysiakini di Bangsar, pelbagai wakil media pelbagai organisasi dan bahasa hadir memberikan sokongan.

Mereka hadir berpakaian hitam tanda gelapnya kebebasan media di Malaysia dan riben kuning mewakili kebebasan media di negara ini.

Jalan Kemuja yang biasanya hanya menyaksikan kereta dan motosikal lalu-lalang pada tengah hari tadi bertukar menjadi seolah-olah pesta apabila pengamal media bersorak mengutuk keganasan terhadap wartawan.

Mereka memegang kad dan kain pemidang yang antaranya bertulis 'Hands Off Journalist at Work' (jangan ganggu, wartawan sedang bertugas), 'Stop Violence Against Journalist' (hentikan keganasan terhadap polis) , 'You Have Guns, We Have Cameras' (kamu ada pistol, kami ada kamera) bagi menyuarakan bantahan.

NONEKetua Pengarang KumpulanMalaysiakini, Steven Gan, menegaskan himpunan ringkas itu diadakan untuk memperingati keganasan yang dilakukan polis terhadap petugas media hujung minggu lalu.

"Di sesetengah negara wartawan dibunuh atau dipenjarakan. Kini kita lihat semakin banyak keganasan terhadap wartawan berlaku.

"Ini (pas media) juga adalah 'lencana kehormatan'. Kami harap mereka (polis) juga menghormati 'lencana' ini.

"Kita perlu mengambil pendirian tegas dan keganasan ini perlu dihentikan," tegasnya.

'Bukan beg penumbuk'
Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar pula mengingatkan orang ramai bahawa wartawan yang bertugas pada hujung minggu lalu bukan 'beg penumbuk' tempat melepaskan kemarahan.

"Wartawan melakukan perkara yang patut dilakukan. Kami bukan melakukan provokasi.

"(Kini) masih ada wartawan yang dirawat di hospital kerana kecederaan," katanya.

NONEBeliau turut menggesa agar polis mengembalikan bahan-bahan berita seperti kad memori berisi gambar dan keratan video kepada organisasi media tanpa sebarang ubah suai.

Beliau kemudian mengetuai peserta himpunan melaungkan "stop violence against journalist", "hidup media" dan "hidup wartawan' dan disambut meriah peserta himpunan.

Jurugambar Malay Mail, Arif Kartono yang pecah bibirnya antara mangsa keganasan yang turut kelihatan pada himpunan tadi.

Sementara itu, empat harian Cina utama hari ini turut tampil dengan penggunaan banyak warna hitam di muka depan, termasuk riben kuning sebagai membantah perkara sama.

Tuesday, 31 January 2012

perginya seorang wartawan harakah

KUALA LUMPUR, 31 Jan: Harakah kehilangan seorang warganya apabila wartawan Mohamad Safri Samsudin, 42 tahun, meninggal dunia jam 5.37 petang ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Shafri (gambar) yang mula koma pagi tadi disahkan mengidap barah Ahad lepas oleh HKL.

Beliau meninggalkan lima anak yang berumur antara lapan hingga 16 tahun dan isteri, Puan Sharifah Nurhayati Al Yahya.

Shafri meninggal di hadapan keluarga terdekatnya di samping rakan-rakan dari Harakah. Antara pemimpin PAS terakhir yang melawatnya adalah Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS jam 11.30 pagi tadi.

Petang semalam Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS juga sempat menziarahi beliau.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menziarahi sejurus jenazah Shafri dibawa keluar dari HKL, petang ini.

Shafri mula terasa letih-letih badan sejak dua bulan lalu. Akibatnya badan beliau kelihatan susut dengan cepat.

Beliau mendapatkan rawatan awal di Hospital Selayang namun doktor di sana mengesyaki beliau sakit batu karang dan memberikan jadual lawatan seterusnya pada 1 April depan.

Namun, minggu lalu Shafri terasa letih sangat dan berat badannya susut begitu mendadak.

Beliau kemudiannya membuat pemeriksaan di HKL dan telah dimasukkan ke wad di sana.

Dua hari lepas, 29 Januari, HKL mengesahkan beliau mengidap kanser yang bermula dari hati dan merebak dengan cepat ke seluruh badan.

Shafri dan Harakah


Safri mula bekerja sebagai perekabentuk dengan Harakah sejak tahun 1990an lagi namun berhenti selepas itu.

(Gambar: Saat akhir Safri bersama keluarga beliau di katil HKL)

Pada tahun 2008, Shafri menyertai kumpulan Harakah semula dengan bertugas sebagai perekabentuk di akhbar Siasah.

Pada awal tahun 2011, apabila Siasah tidak lagi bersama Harakah, beliau bertukar profesyen menjadi wartawan Harakah.

Ini kerana kebolehan dan minat beliau yang mendalam sebagai wartawan.

Sejak itu beliau banyak membuat tugasan di Parlimen dan juga sidang Dun di samping tugas-tugas kewartawanan yang lain.

"Shafri seorang wartawan yang berdedikasi dan fleksibel. Kami terasa benar kehilangannya. Saya bagi pihak semua Jamaah Pengarah Harakah dan kakitangan mengucapkan takziah kepada keluarga beliau," kata Datuk Kamarudin Jaffar, Pengarah Urusan Harakah.

Beliau juga memaklumkan, pihak Harakah menyumbangkan RM2,000 untuk membantu keluarga beliau.

Jenazah Shafri dijangka akan dibawa ke rumahnya di Kampung Batu 6, Gombak (belakang Anjung Rahmat) petang ini juga.

Jika prosesnya cepat, jenazah beliau dijangka akan diuruskan malam ini juga.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas beliau.

Alfatihah.


___________________________________________

AL FATIHAH..

SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS BELIAU..
SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA BELIAU..
SEMOGA APA YANG DIPERJUANGKAN AKAN MENDAPAT KEREDAAN ALLAH SWT..
SEMOGA URUSAN PENGEBUMIAN BELIAU AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Tuesday, 10 January 2012

Wartawan Minta Maaf Kepada Anwar

NIK AZIZ MINTA WARTAWAN,PEMFITNAH ANWAR MOHON MAAF


KUALA LUMPUR 10 jan: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa wartawan dan pihak yang menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri Ibrahim, memohon maaf kepada ketua pembangkang itu.

“Wartawan-wartawan yang membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim ini, dia menanggung dosa besar. Dia tidak akan masuk syurga jika tidak minta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegasnya.

Beliau menegaskan, secara jelas, Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan terkutuk itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari yang merupakan seorang pemuda yang gagah.

“Kalau nampak pada zahir pun, nampak terang-terang jahat. Anwar ini fizikal dia, nak bawa diri pun teruk, duduk sakit, nak bangun lebih sakit lagi kerana belakang dia sudah dirosakkan (cedera) semasa dalam jel.

“Orang macam (Anwar) ini macam mana nak buat hubungan seks dengan orang muda. Orang muda boleh tendang Anwar Ibrahim kerana fizikal Anwar Ibrahim apa sangat. Tapi fitnah, fitnah, sudah 10 tahun,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata beliau akan berpuasa sunat hari ini sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar.

“Saya sendiri akan melakukan solat sunat syukur dua rakaat malam ini dan akan berpuasa sehari esok (hari ini), insya’Allah,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Mengenai keputusan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membebaskan Anwar dari tuduhan itu, Mursyidul Am PAS itu turut bersyukur kerana Allah swt membuka pintu hakim berkenaan.

“Kita bersyukur pada Allah swt kerana membuka pintu hati peguam dan hakim untuk membuat keputusan sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap politik fitnah di Malaysia selepas ini akan tamat.

“Allah berfirman, fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

“Jadi mudah-mudahan politik fitnah yang mulai tumbuh di Malaysia ini tidak akan berlaku lagi,” katanya lagi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, kes itu mendedahkan pelbagai tembelang konspirasi, termasuk pertemuan sulit antara Saiful dan Datuk Seri Najib Razak beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

KEADILANDAILY


_______________________________________


RAKYAT MALAYSIA YANG MEMFITNAH ANWAR PERLULAH MEMINTA MAAF..

JANGAN LA LAGI MENYEBARKAN FITNAH..BINASA NANTI..

MARI SAMA2 KITA DOAKAN AGAR PAKATAN RAKYAT DAPAT PEGANG MALAYSIA.


ANAK MUDA TOLAK UMNO