free counters

Tuesday 30 July 2013

KAITAN FILEM THE NEW VILLAGE DENGAN HARAMNYA DAP

Sekarang agak kecoh pasal isu filem The New Village (Kampung Baru) dengan Tanda Putera.
Kalau anak muda perhati betul-betul, KJ - LIM KIT SIANG - LIM GUAN ENG kini di pentas sedang berlawan.

Jadi, DAP dengan UMNO sekarang sedang berlawan.

Filem TNV dikatakan mengangkat dan mengangungkan komunisme kata brader Loqman macai UMNO Malaysia.

Jadi, DAP pula sibuk menendang balik UMNO dengan berbagai-bagai jawapan.

Ini seni.

Ini kebebasan.

Tapi orang politik takkan faham. Apa yang aku nak bagitahu ini ada kaitan . Ia mungkin kebetulan atau kelebihan buat UMNO bila timbul isu TNV. 

DAP dari dulu memang dah dianggap sebagai macai PAP automatik dilihat sebagai agent komunis di Malaysia.

Jadi, macai UMNO akan libas habis-habisan benda ni.

Orang DAP hati-hati.

Tapi buat orang muda yang minat seni. Sebarkan mengenai filem ini.
Jangan takut, jangan risau. 

Seni akan menjadi revolusi.

Sunday 28 July 2013

MAHATHIR DAN ANWAR BERSAMA ULAMAK SYIAH?




LIHAT BAGAIMANA ANAK MUDA MELAWAN PEMBODOHAN.

WAHAI ANAK MUDA SEKALIAN,

PERNAH TAK TERFIKIR KAMU HARI HARI DIBODOHKAN DENGAN SEJARAH

KAMU DIBODOHKAN DENGAN CIKGU DAN PENSYARAH.

KAMU DIBODOHKAN OLAH PAK MENTERI CAP AYAM DAN RESMAH,

YA! INI DIA PEMBODOHAN YANG ANAK MUDA HARUS LAWAN.

PROPAGANDA TV, SORAT KABAR UTOSAN, SURAT - SURAT PEMERINTAH ADALAH ALAT.

BAGI MEMBODOHKAN KAMU ANAK CUCU.

BANGKIT ANAK MUDA.

SILA CARI KAWAN-KAWAN UNTUK BANGUN MELAWAN.


# Save Palestine, Penularan Syiah & Boikot Mcdonalds.

Berkobar-kobar api kemarahan kita apabila membicarakan tentang isu syiah.. Habis semua sibuk duk cakap pasal Syiah.. Dari seorang naif hingga golongan ulamak.. Dari pemerintah pro-kerajaan hinggalah pro-pembangkang.. Dari sekolah rendah hingga di universiti.. Dari Penjawat awam hingga sektor swasta... Syiah.. syiah.. syiah...

Sebelum ini kita semua lebih " sibuk " dengan isu " Save Palestine ". Kita semua bercadang mahu Boikot Mcdonalds kerana syarikat terbabit dilihat sebagai Pro-zionis.. Tapi berapa kerat saja yang masih boikot?? Atau isu-isu tersebut sekadar " Pemanis Bibir " yang mana ia akan datang dan berlalu begitu saja..

Kenapa dilupakan isu tentang kemiskinan ?? Rakyat yang dinafikan hak untuk mendiami rumah mereka?? Isu siswazah yang masih menganggur?? tentang kenaikan harga barang menjelang Aidilfitri ? dan yang lebih besar, Penipuan Pilihanraya ?? Kenaikan harga rumah sehingga tidak mampu dimiliki oleh rakyat terbanyak..

Lupakah kita dengan isu-isu yang lebih penting tersebut?? atau sengaja dibiarkan diri diulit dengan isu-isu yang lebih kontroversi tersebut supaya diri kita tidak terlepas dari bergelar seorang " pejuang agama " ?



P/S : Diharap kita semua tidak leka dengan permainan propaganda murahan ciptaan pemerintah yang zalim..


HA

Friday 26 July 2013

PUISI : KERUSI MALAS




KERUSI MALAS

nyamannya baring dikerusi malas yang usang ini,
walau belakangku sakit kerana sudah tidak selesa,
walaupun kerusinya hampir patah kerana reput,
tetapi aku malas bingkas dari kerusi malas ini,
sudah lama aku baring disini,

makan dan minum mereka datang suapkan,
tetapi sedikit berbau hancing,
harus makan, jangan banyak dipersoalkan,
tiap kali aku ingin bangun kerana perut kelaparan,
cepat tangan mereka melemparkan makanan,

apabila aku ingin menjerit kerana sudah bosan dengan mereka,

 mereka terajang aku,
aku kembali terduduk dikerusi malas itu,

dasyat sungguh permainan mereka,
mereka sudah tahu cara mengontrol tubuh aku supaya terus berdiam diri,
hanya melemparkan makanan dan minuman apabila waktu sudah tiba,

Apa??
perubahan??

tukar kepada kerusi baru kalian bicarakan??
bicarakan tentang perubahan kerusi baru sedangkan aku sudah lama di kerusi malas ini,

ahhhhh.!!!
malas aku bangun.!!!
aku sudah selesa walaupun kerusi ini sudah reput,
kerusi baru tidak semestinya selesa
mungkin itu yang aku fikirkan selama ini,

untuk menyedapkan hati yang sangsi ini,


H.A

KIT REVOLUSI UNTUK DUNGU - 1

Beberapa langkah penting perlu difollow kalau anak muda ingin perubahan.

Anak muda mesti elak daripada bersekongkol dengan parti-parti politik yang mempunyai kepentingan

Anak muda harus ada hala tuju dan objektif

Anak muda harus harus ada sukarelawan yang sanggup bergadai segalanya.

Anak muda harus punya semangat tegar.

Anak muda harus ada rokok dan ganja

Anak muda harus punyai pakaian hitam.

Sila masuk youtube dan buka blackbloc, ada menarik untuk anda.

Angkat bendera hitam dan ayun berpesta!

LIHAT UMNO GUNA TAKTIK SAMA MACAM BRITISH BUAT PADA PKMM (KHAS BUAT DAP)

INI ADA SATU CERITA.
KALAU MASIH INGAT.
BAGAIMANA KETIKA GERAKAN RAKYAT TUNTUT KEMERDEKAAN,
UMNO DAN GENG DATO ONN YANG PRO BRITISH,
HANYA GOYANG KAKI

RAKYAT JANGAN LUPA UMNO DITUBUH HANYA NAK LAWAN MALAYAN UNION,
BUKAN MERDEKA,
KATA DATO ONN -

"ORANG MELAYU BUAT JARUM SEBATANG PUN TAK TAHU, NAK MERDEKA"

PADA ANAK MUDA YANG BELUM TAHU,
SILA GOOGLE SEJARAH PKMM,
SILA GOOGLE MERDEKA AHMAD BOESTAMAM
SILA GOOGLE PEJUANG SEBENAR KEMERDEKAAN
ATAU SILA GOOGLE SIAPAKAH DATO ONN SEBENARNYA



LKS jangka k'jaan mungkin batal pendaftaran DAP - MALAYSIAKINI

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata beliau melihat petunjuk bahawa kerajaan sedang bersedia untuk membuat kejutan dengan membatalkan pendaftaran DAP menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Katanya, beliau menjangka kerajaan mungkin bertindak demikian berdasarkan kenyataan ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu laporan The Star hari ini.

LAGI LAWAK SILA KE http://www.malaysiakini.com/news/236823

LIHAT BAGAIMANA TAKTIK SAMA DIGUNAKAN
KETIKA BRTISH MEMERINTAH LAMA DULU
BRITISH MENGHARAMKAN GERAKAN KIRI MELAYU
SEPERTI PKMM, API, AWAS, BATAS DSB

BRITISH JUGA HARAMKAN PKM DAN SUKU SAKAT DALAM PUTERA DAN AMCJA

ANAK MUDA SILA GOOGLE PUTERA AMCJA.
ADA BENDA MENARIK

ANAK MUDA YANG COOL JUGA SILA GOOGLE FILEM MENARIK BUATAN ANAK TEMPATAN FAHMI REZA, SILA YOUTUBE "10 TAHUN SEBELUM MERDEKA"

DAP SILA HATI-HATI.
KAEDAH SAMA AKAN DIGUNAKAN
BELAJAR DARI SEJARAH.

ANAK MUDA JANGAN JADI BEBAL.
PERSOAL KENAPA? KENAPA?

Berahim Katak kencing lagi




Ibrahim Ali: 'Sebelum jumpa marah, kini dah jatuh cinta...' - Malaysiakini



"Hasrat (untuk tubuhkan MIRAC) sudah lama tapi sebab sibuk dengan pilihan raya jadi tergendala. Kita telah bincang tiga empat bulan dulu untuk tubuh MIRAC. Bukan selepas saya berjumpa Perdana Menteri," katanya dalam sidang media penubuhan MIRAC di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini. 

Sebelum ini terdapat persepsi yang kata PERKASA ini perkauman. Sekarang kita ada kawan yang akan terangkan bila perkara yang melibatkan kaum dibangkitkan. Asalkan tidak bertentangan dengan perlembagaan dan berpaksikan kepada rukun negara.

"Sebelum mereka (NGO) bertemu saya, mereka juga marah dengan saya.  Tetapi apabila mereka bertemu dengan saya, lima minit lepas itu mereka dah jatuh cinta," kata Ibrahim sambil ketawa.


BERITA LAWAK LAGI SILA KE http://www.malaysiakini.com/news/236877

BERAHIM DI ITM

AL-KISAH TERSEBUT LA AL - KISAH,
SI BERAHIM DAHULU BUDAK MASKOM DI ITM,
PRESIDEN KESATUAN SISWA ITM SHAH ALAM.
LAGAK SAMSENG NYATA, MUKA JAMBUNYA,

SELALU TAK SIAP ASAIMEN, DISEBABKAN SAMSENG DAN RAMAI BACKUP KELANTAN,
SELALU RAMPAS ASAIMEN BUDAK MASKOM YANG LAIN.
KESIAN BERAHIM.
AMBIL EXAM PUN DI KAMUNTING

BERAHIM DI KAMUNTING

AL-KISAH BERAHIM DI KAMUNTING,
DIPULAU KAWAN-KAWAN KERANA BEBAL,
SEMUA ORANG TAHU PUTAR BELITNYA
OH SI BERAHIM, 
SI NUAR, SYED DAN KAWAN MALAS LAYANNYA

BERHAIM KELUAR AWAL,
SEBAB TAK TAHAN TORCHER SB
KENA TOCENG AGAKNYA.

KAHKAHKAH

BERAHIM DALAM UMNO

BERAHIM USAHA NAK NAIK DALAM UMNO,
MELAWAN ANWAR TAK MENANG-MENANG,
DI PKPIM DULU SUDAH KALAH,
INI SANGGUP JADI CACAI MAHATHIR

PENAT JADI MACAI,
AKHIRNYA ZAMAN DOLAH KENA CANTAS.
PADAN MUKA
ALAHAI BRHOM

KAHKAHKAH

BERAHIM DALAM PAS

DAH HILANG KUASA,
BERAHIM CARI TAPAK,
MASUK PAS DAN LAWAN UMNO PULAK

LEPAS TU LOMPAT SI KATAK LOMPAT

BERAHIM DALAM PERKASA.

BERAHIM JERIT JERIT.
MELAYU MELAYU.
CERITA HAK ITU DAN INI
TAPI BUKAN BERJUANG TAPI SUKA MELANTON-LANTON

JADI CACAI AHLI POLITIK UMNO
SUDAH LA BERAHIM 


CUKUP BERAHUN



Friday 19 July 2013

ESOK MOHON ANAK MUDA COOL GERAK FORUM TPPA!

TPPA ADALAH ISU YANG HARUS ANAK MUDA LAWAN!

TPPA BUKAN SAHAJA BAKAL MENYEKAT EKONOMI NEGARA MALAYSIA, MALAH TPPA AKAN ;

MENYEKAT KEBEBASAN INTERNET, MEROSAKKAN SISTEM KEHAKIMAN, MENYEBABKAN KEDAULATAN MALAYSIA TERANCAM, MENJADIKAN MALAYSIA PUPPET KEPADA AMERIKA JAHANAM!

MASA DEPAN MALAYSIA DI TANGAN ANAK MUDA.

PAK MENTERI DAN PAK TURUT PEMBOCEH AKHIRNYA AKAN KO,

JADI ANAK MUDA YANG HARUS BANGKIT!

ESOK MOHON NGO, NGI, ANAK MUDA, GERAKAN MAHASISWA, GENG BARISAN NASIONAL, GENG PAKATAN RAKYAT, SOSIALIS, KOMUNIS, SYIAH, SUNNI, LIBERAL DAN SEMUA UNTUK GERAK MOBILASI KE FORUM TPPA 

FORUM AKAN BERLANGSUNG DI SHAH ALAM

BERI SOKONGAN

TANYA SOALAN

DAN PERJELAS PADA RAKYAT!