Friday, 30 December 2011

Budak UiTM Jangan Jilat Ketiak Dia

Anak Muda UiTM,
Ingat jangan jilat ketiak sahol ,
jangan ampu pada dia.
Dia ni siapa ?
Title lebih cakap serupa orang tak sekolah.
Dia mahasiswa buruh dan robot.
Mana pernah faham jiwa anak muda.
Sembanggg lebih dia ni


Anak Muda Tolak UMNO!



ORANG UMNO BODOH LAW

77 laporan polis luah bantahan-utusanmelayo





AZHARI Shaari (tengah) menujukkan laporan polis menentang `Kempen Bebaskan Anuar 901’ sambil wakil-wakil sayap Barisan Nasional berdemostrasi membantah kempen berkenaan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.


KUALA LUMPUR 30 Dis. – Sebanyak 77 laporan polis dibuat di seluruh negara hari ini meminta pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba melancarkan perhimpunan haram menerusi ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’.
Daripada jumlah itu, sebanyak 49 laporan polis dibuat di Selangor apabila Pergerakan Pemuda UMNO bahagian mengetuai beberapa pertubuhan politik dan bukan kerajaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.
Turut membuat laporan di Selangor adalah beberapa pertubuhan di daerah Kuala Langat yang mengemukakan 11 laporan polis.
Sebanyak 28 lagi laporan polis dibuat masing-masing sembilan di Pahang, enam di Sabah dan Terengganu, Kuala Lumpur (4), Perak (2) serta satu di Pulau Pinang.
Selain Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, antara pertubuhan-pertubuhan lain yang membuat laporan di Shah Alam adalah Putera MIC Shah Alam, Putera MIC Selangor, Parti Progresif Penduduk (PPP) Selangor dan individu perseorangan yang membuat laporan di IPD daerah pada pukul 4 petang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Shah Alam, Azhari Shaari berkata, tindakan pihak yang menganjurkan kempen berkenaan adalah tidak wajar kerana ia jelas tidak menghormati proses undang-undang di negara ini.
Katanya, selain mencetuskan huru-hara dan menggugat keselamatan orang ramai, kempen itu turut memberikan banyak kesan buruk terhadap kestabilan negara dari segi imej sehinggalah kepada aktiviti pembangunan negara dari segi sosial dan ekonomi.
“Kita menentang ‘Kempen Bebaskan Anwar 901’ yang dikatakan akan diadakan menjelang keputusan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.
“Kempen ini dilihat satu usaha yang tidak sihat kepada keamanan negara. Kempen ini juga dilihat seperti menghasut serta mencetuskan kebencian rakyat terhadap institusi perundangan di negara ini,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Turut hadir, Timbalan Pengerusi Putera MIC Selangor, A. Arvind; Timbalan Setiausaha Putera MIC Shah Alam, A. Prevrnavan dan Naib Ketua Pemuda PPP Selangor, Azli Rahman.
Di Kuala Langat, antara pertubuhan yang membuat laporan adalah Perkasa, Persatuan Jawa Kuala Langat, Persatuan Bugis, Kelab Motosikal Berkuasa Tinggi Jugra dan Pertubuhan Perkumpulan Wanita Kuala Langat.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
ANAK MUDA JANGAN JADI SEPERTI INI.
INI ORANG TAK BELAJAR LAW.
DULU SEKOLAH TAK BELAJAR SEJARAH.
INI KEBEBASAN BEREKSPRESI.
BAGI MENEGAKKAN KEADILAN.
DULU ZAMAN MADEY KUTTY MUNGKIN ORANG PERCAYA.
TETAPI SEKARANG ORANG TAKKAN JILAT KETIAK NAJIB DAN CIUM JUBO ROSMAH LAGI.
AYUH ANAK MUDA! TERUSKAN PERJUANGANMU!

ANAK MUDA TOLAK UMNO!


Cakap VC tak belajar undang-undang

Siswa UiTM jangan sertai 901-UTUSANMELAYO

SHAH ALAM 29 Dis. - Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) diingatkan agar tidak terlibat dengan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur bulan depan.
Ini kerana sebagai mahasiswa mereka perlu patuh kepada undang-undang negara dan tidak menjadi alat pihak yang tidak menghormati undang-undang.

Menurut Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, para mahasiswa UiTM sudah dididik untuk menjadi seorang yang mampu berfikir dan menilai sesuatu perkara sama ada ia mengikut laras perundangan atau sebaliknya.

''Saya memberi amaran keras kepada pelajar-pelajar UiTM supaya tidak terlibat dengan perhimpunan yang jelas mempunyai agenda yang boleh merosakkan keamanan negara.
''Kita ada 200,000 pelajar di semua UiTM seluruh negara mungkin ada seorang dua yang akan terlibat dan saya berharap mereka berfikir sebelum bertindak menyertai apa-apa perkara yang dilarang undang-undang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Fakulti Muzik UiTM dengan The Actors Studio.

Hadir sama Penerbit Eksekutif The Actors Studio, Faridah Merican dan Pengarah Artistiknya, Joe Hafsham.
Sahol Hamid berharap mahasiswa UiTM yang dianggap seperti anak sendiri tidak mengingkari peringatan yang diberikan kerana perhimpunan haram kebiasaannya akan berakhir dengan demonstrasi yang sukar dikawal.

____________________________________________________________________________________________
INI CAKAP ORANG TAK BELAJAR UNDANG-UNDANG.
WAHAI ANAK MUDA ,
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DICIPTA BAGI MELINDUNGI KAMU.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN DALAM RUKUN NEGARA MENCATAT KEMESTIAN WARGA MENGHORMATI UNDANG-UNDANG.
PERKARA 10 MENGATAKAN HAK KAMU UNTUK BERKUMPUL.
INI CAKAP ORANG TAK SEKOLAH.
TAK FAHAM LAW.
NAMA JE ADA ir DAN DR. TAPI BEBAL.
SEBAB ITU ANAK MUDA PERLU BANTAH LAWAN AUKU.
INILAH PRODUKNYA NANTI.
PRODUK YANG TITLE LEBIH TAPI BEBAL.
TAK KRITIKAL MACAM DIA.
DENGAN PANDANGAN YANG MEREPEK.
WAHAI ANAK MUDA ,
BANGKIT MELAWAN
TURUN KE JALANAN.
KERANA ANAK MUDA PENCETUS REVOLUSI.
SAMPAI BILA MAHU BERDIAM DIRI ?
INI SUPAYA KEADILAN DAPAT DITEGAKKAN 
WAHAI SI MUDA.

AYUH!

ANAK MUDA TOLAK UMNO!



Thursday, 29 December 2011

Pemimpin umno Akan Dipenjarakan

Harakahdaily


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengulangi kenyataan beberapa pemimpin parti itu bahawa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga harus bertanggungjawab dalam isu skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Timbalan DMPP, Dr. Siti Mariah Mahmud (gambar) berkata, tidak adil jika hanya Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil sahaja digesa meletakkan jawatan tetapi Muhyiddin terus terlepas tanpa sebarang siasatan.

Beliau berkata, Muhyiddin yang merupakan menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada 2007 bertanggungjawab memberi penjelasan kenapa beliau memberikan dana RM250 juta kepada keluarga Shahrizat untuk menguruskan projek tersebut.

Pengerusi Eksekutif NFC ialah suami Shahrizat sendiri, Datuk Dr. Mohamad Salleh Ismail.

"PAS bersependapat kerana itu adalah isu penyalahguanaan dana rakyat dan merupakan isu nasional.

"Daripada proses awal memberi dana itu pun sudah tak betul dan kita patut berhentikan amalan kronisme.

"Sepatutnya media pergi juga tanya suami dia, pergi tanya Muhyidin, tanya kepada kerajaan. Kenapa projek ini diluluskan," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan raja Laut, dekat sini, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pemberita mengenai pendirian DMPP dalam isu NFC yang mula timbul selepas dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Oktober lalu.

Sejak kes itu timbul, hanya Shahrizat dan keluarganya yang "diserang" sedangkan Muhyiddin dan beberapa pimpinan Umno BN yang turut terlibat terlepas.

Bagaimanapun Siti Mariah yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, amat pelik jika Shahrizat sebagai seorang isteri tidak tahu menahu mengenai projek yang diuruskan suaminya sendiri.

"Saya tak bersetujulah kalau dia (Shahrizat) kata dia tak tahu. Suami mana yang tak cerita kepada isteri yang syarikat dia dapat RM250 juta," katanya berseloroh.

Beliau berkata, DMPP tetap menentang Sharizat atas dasar prinsip.

"Walaupun kita hormat dia tapi kita bangkang atas dasar prinsip.

"Kalau orang Pakatan dapat projek begitu, saya pun akan bangkang kalau saya tahu," katanya.

______________________________________

APE CITE NI?..PAK DIN PUN PERLU DIDAKWA JUGE..HAHA

MARI RAMAI2 KITE BUKAK CERITA PASAL MUHYIDDIN NI PLK..DIE LA YG MEMBERI RM 250 JUTA TU.

KITE MESTI MEMBANTAI 2 ORANG MONYET NI..HAHA..JGN BG PELUANG LG..

XKN SHAHRIZAT JE KOT..KITE MSTI LIBATKAN PEMIMPIN UMNO YG TERLIBAT DGN KES NI..


MARI RAMAI2 KITE TOLAK UMNO


ANAK MUDA TOLAK UMNO








Bebas Anwar

kempen tolak fitnah II:Setengah juta risalah diedar


KUALA LUMPUR 26 Dis: KEADILAN mencetak 500,000 risalah untuk diedarkan kepada orang ramai bagi menangkis fitnah jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjelang keputusan perbicaraan pada 9 Januari depan.

Menurut Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN, Rozan Azen Mat Rasip, risalah berkenaan sudah diedar kepada orang ramai sejak Khamis lalu di lokasi-lokasi strategik.

“Lokasi pengedaran risalah ini kita tumpukan ditempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan perhentian bas, KTM Komuter, LRT, Monorel dan mana-mana kawasan kunjungan rakyat.

“Kedai-kedai makan juga antara lokasi yang dipilih untuk mengedarkan risalah ini,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Penyebaran risalah itu sebahagian usaha kepada kempen ‘Tolak Fitnah II, Lawan Konspirasi’ yang dilancarkan AMK bersama Pemuda Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), pada 28 Disember ini.

Dengan tema #bebaskanAnwar901 , ia bakal menggerakkan sokongan besar-besaran untuk menuntut pembebasan Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari keputusan perbicaraan dibacakan, 9 Januari nanti.

Menurut Rozan, risalah penerangan yang menerangkan mengenai bukti dan fakta sepanjang perbicaraan itu akan dicetak dan ditambah dari semasa ke semasa sekiranya tidak mencukupi.

“Pada mesyuarat dua hari lalu, pimpinan AMK negeri bersama sekumpulan NGO turut menyatakan persetujuan bersama menyebarkan risalah ini atas dasar memperjuang prinsip Keadilan terhadap Datuk Seri Anwar,” katanya.

Selain itu, katanya, AMK turut mengadakan penerangan ringkas mengenai kandungan risalah itu dalam ceramah kelompok bagi memastikan mesej sampai kepada sasaran.

“Saya sendiri memimpin penyebaran risalah di kawasan Tol dengan waktu edaran difokuskan pada awal pagi dan lewat petang dengan sasaran kepada mereka yang baru hendak pergi dan balik kerja.

“Jika adanya halangan dari Polis dan pihak tertentu ketika edaran risalah ini berlangsung, kami sudah menyediakan strategi lain untuk mengedarkannya,” katanya.


_______________________________________________


MARI RAMAI2 KITE PERGI KE BEBAS ANWAR NI..

PENYOKONG DSAI AKAN SENTIASE MENYOKONG DSAI..

HARAP DPT MENYEBARKAN LAGI BNYK RISALAH TU..


ANAK MUDA TOLK UMNO

AMK Keluar Parti Sertai umno

AMK nafi 500 anggota keluar parti-Keadilandaily


KUALA LUMPUR 26 Dis: Ketua Angkatan Muda KEADILAN Gombak, Jafrien Muhammad menafikan berita kononnya 500 anggota AMK Hulu Kelang keluar parti dan menyertai Umno.

Menurutnya, individu yang kononnya bertindak sebagai jurucakap kumpulan 500 orang itu, Mohd Jefry Sallehuddin, tidak pernah menjadi ahli KEADILAN.

“Saya menafikan berita ini. Ia dusta dan tiada 500 ahli KEADILAN keluar parti.

“Jefry bukan ahli parti dan dakwaan kononnya beliau pernah ditahan di ISA dan masuk penjara sebanyak 16 kali adalah satu pembohongan,” kata Jafrien.

Akhbar dalam talian MStar hari ini melaporkan 500 anggota AMK Hulu Kelang bertindak keluar parti dan menyertai Umno Gombak kononnya kecewa dengan KEADILAN yang tidak menepati janji.

Bercakap lanjut, Jafrien berkata Jefry sebelum ini hanya merupakan seorang sukarelawan parti dan selama ini juga beliau diketahui mempunyai perwatakan yang meragukan.

Jefry juga, katanya bukan penduduk asal Selangor tetapi berasal dari Sabah.

“Kami ada dengar akhir-akhir ini yang dia mendakwa boleh memberikan kad pengenalan kepada mana-mana pendatang asing yang mahu menyokong Barisan Nasional,” kata Jafrien.

Justeru, beliau mencabar Jefry agar mengemukakan bukti jika benar dia berjaya membawa 500 ahli AMK ke dalam Umno Bahagian Gombak.


_________________________________________


ADE BUKTI KE?..TUNJUK LA..KITORG SUME MAU TGK..HAHA..

SI JEFRY NI KECOH KE..MAU TIPU RAKYAT SJE..HAHA..

ORG CMNI LA PATOT DIBUANG DARI PARTI..

JGN SIMPAN ORG2 CMNI..NANTI DIE MAKAN PARTI BALIK..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Pakatan Tidak Pandai Memerintah

Pakatan lebih pandai perintah dari BN

HARAKAHDAILY


TEMERLOH, 29 Dis:
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, meminta pengundi-pengundi di Pahang tidak terpengaruh dengan dakyah kononnya hanya BN yang pandai memerintah sebaliknya membuka mata melihat kejayaan ditunjukkan kerajaan-kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, sebagai bukti boleh dilihat negeri Kelantan pimpinan PAS yang seolah-olah dianaktirikan, tetapi berjaya membangun setanding dengan negeri-negeri lain.

“Jika di bawah pentadbiran kerajaan Umno BN dulu Kelantan duduk di ranking nombor dua paling miskin, di bawah PAS kini telah naik ke tangga ke enam dan kadar kemiskinan hanya 4.1%.

“Bukan setakat itu, negeri pimpinan Tok Guru berjaya melunaskan hutang kerajaan Pusat setakat 2010 saja RM220 juta sedangkan hutang yang ditinggalkan Umno dulu ialah RM718 juta.

“Ini boleh dibandingkan dengan hutang kerajaan BN Pahang yang sudah menjangkau RM2.3 bilion, dan kita yakin akan terus bertambah,” ujarnya.

Beliau berucap demikian ketika membentangkan kertas kerja kepada jentera penerangan parti segenap peringkat di Darul Amin Sungai Gau di sini, kelmarin.

Idris berkata, Kelantan yang ditohmahkan sebagai mundur oleh Umno, mampu memberi pinjaman kepada kakitangan kerajaan tanpa riba.

“Di Kelantan ada projek ladang rakyat dengan sahamnya diagihkan kepada penduduk miskin yang mendapat dividen bulanan tanpa mengira kaum, agama dan parti . Warga emas pula diberikan Takaful Kifalah yang apabila meninggal waris dapat wang RM2,500.

“Di Kedah, tengok hasil balaknya meningkat sehingga 205% seperti diakui Ketua Audit Negara. Kedah juga mencipta sejarah melepasi defisit RM19 juta dan cukai tanah diturunkan demi untuk rakyat.

“Cuba bandingkan dengan Pahang yang mewah dengan balak tetapi pendapatan untuk negeri begitu kecil sehingga kerajaan negeri terpaksa meminjam daripada Pusat untuk menampung perbelanjaan dan pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Idris membanding dengan Selangor yang mampu memberikan bekalan air paip percuma kepada rakyatnya sedangkan Pahang yang kaya dengan sumber rair sungai ini tidak beri percuma.

Tambahnya, beliau diberitahu, di Pahang bukan saja bil air mahal malah bekalan pula kerap terganggu.

“Di bawah kerajaan Pakatan di Selangor sekarang gaji guru Kafa dinaikkan kepada RM1,300 hingga RM1,500. Di Pahang berapa? Ditubuhkan pula Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) yang menyediakan tabung permulaan RM100 bagi setiap bayi kelahiran Selangor. Sebanyak RM1,500 boleh dikeluarkan selepas umur 18 tahun.

“Tengok Pulau Pinang pula walaupun diterajui Ketua Menteri dari DAP tetapi Sekolah agama Rakyat dibantu dan peruntukan kepada Jabatan Agama Islam ditambah sehingga RM25 juta setahun.

“Wakil rakyatnya tidak dibenarkan memohon tanah. Setiap bayi lahir diberikan wang antara RM100 ke RM200 manakala warga emas yang berumur 60 tahun ke atas mendapat RM1 ribu,” tambahnya.

Ustaz Idris menjelaskan, rakyat sepatutnya bijak menilai sesebuah kerajaan yang baik dan tidak seharusnya terpedaya dengan propaganda media Umno sahaja.


___________________________________________________


JANGAN TERPDAYE DGN PROPAGANDA UMNO NI..

UMNO NI KUAT MENIPU..SEDAR2 LA..ORG YG MEMENANGKAN MEREKA JUGA ADALAH ORANG MELAYU..

BUAT RAKYAT YG X SEDAR LG..SEDAR2 LA..JGN JD PENJILAT BONTOT UMNO YG SETIA..

NEGERI BAWAH PAKATAN RAKYAT LG BAGOS BERBANDING PEMERINTAHAN UMNGOK..

UMNO KALAH DI PRU 13..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Tuesday, 27 December 2011

Umno akan tetap kalah

PKR nafi SMS huru hara 9 Jan-Malaysiakini

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan penyebaran SMS yang mendakwa beliau mengeluarkan pekeliling mengajak anggota parti itu mencetuskan huru hara di Kuala Lumpur pada 9 Januari depan.

NONE"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara," katanya.

Dakwanya, sifat jahat memfitnah, membohong, menyebarkan berita palsu dan usaha memporak-perandakan keamanan rakyat Malaysia kini telah menjadi semakin sebati dan lumrah dalam Umno.

Dalam kenyataannya hari ini, Saifuddin (atas) menjelaskan, tujuan mengajak anggota parti dan penyokong gerakan reformasi keluar beramai-ramai pada 9 Januari nanti untuk menunjukkan sokongan pada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, beliau menyeru semua pihak berhimpun secara amatan mematuhi arahan petugasparti serta tidak terjebak dengan tindakan provokatif pada hari keputusan kes liwat melibatkan Anwar diumumkan itu.


_________________________________________________


INI KERJA UMNO LA NI..DA TAKOT DGN KEBANGKITAN RAKYAT..

KAMI AKAN TETAP PERTAHANKAN DSAI..KLO DSAI MASOK PENJARA PN UMNO AKAN KALAH..KALAU DSAI BEBAS PON UMNO AKAN KALAH JUGAK..PILIH LA..HAHA..

RAKYAT MALAYSIA DA SERIK DGN PEMERINTAHAN UMNO..

UMNO INGAT PR NI MCM ORG DIE KE..GELABAH..HAHA..ORG2 PR NI X GELABAH MCM ORG2 UMNO TAU..ORG UMNO TAU ASYIK2 NK GADO JE...HAHA..

MARI RAMAI2 KITE MEMBERI SOKONGAN TERHADAP DATUK SERI ANWAR IBRAHIM..

MARI SEMARAKKAN KEMPEN ABU..ASALKAN BUKAN UMNO..


ANAK MUDA TOLAK UMNO


Monday, 26 December 2011

Umno akan mampos di Johor


Johor akan kekal biru, kata Wanita Umno-Malaysiakini

Walaupun berhadapan dengan serangan bertali arus daripada pembangkang, namun Wanita Umno Johor berkeyakinan penduduk negeri kubu kuat BN ini tidak akan terpedaya dengan
"gelombang fitnah" pembangkang.

Malah ketuanya Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang juga Ketua Wanita BN Johor berkata, percaturan politik pembangkang yang bertunjangkan kepada fitnah dan pembohongan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13 kini telah terbongkar.

"Satu demi satu permainan pembohongan oleh mereka (pembangkang) terbongkar dan rakyat menyedari akan gelombang fitnah yang dipelopori oleh pembangkang.

Rakyat Johor tidak terpedaya," katanya kepada Bernama dalam temuramah baru-baru ini.

Beliau juga menolak ramalan pembangkang yang mengatakan ia akan memecahkan kubu kuat BN di Johor dengan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sebagai "jauh tersasar daripada realiti."

Kata Sharifah Azizah, ramalan pembangkang tentang peluang mereka di Johor, negeri kelahiran Umno, itu hanyalah satu "gimik" dan percaturan politik pembangkang yang akan terbukti salah selepas PRU 13 kelak.

Beliau berkata, pembangkang tidak mempunyai sokongan daripada penduduk Johor, malah ceramah politik mereka di negeri ini kebanyakannya dihadiri oleh "orang luar", merujuk kepada rakyat dari negeri lain.

Sharifah Azizah menempelak usaha pembangkang yang mahu menukar kerajaan dan memberi amaran bahawa pertukaran kerajaan daripada BN kepada pembangkang bakal menyebabkan negara ini "porak-peranda."

"Negara ini akan porak-peranda jikalau pembangkang memerintah, disebabkan mereka (pembangkang) tidak ada pengalaman sebagaimana yang dibuktikan di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah," katanya.

Pada akhirnya, penduduk yang akan menanggung kesan buruk daripada ketiadaan pengalaman pembangkang itu, kata beliau.

Ditanya tentang peluang BN pada PRU 13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa, bekas anggota Dewan Negara itu berkeyakinan BN mampu mengulangi prestasi pada 2004 apabila ia menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan kecuali satu atas kesilapan teknikal.

"Saya yakin kita berkemampuan mengulangi prestasi baik pada 2004," katanya merujuk pada PRU 11 di mana BN memenangi kesemua 26 kerusi Parlimen dan 55 daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

"Negeri Johor akan kekal biru selepas PRU 13," katanya.

Bagi Wanita Umno Johor katanya, semenjak PRU 2008 mereka telah menjalankan pelbagai program bagi mendekatkan diri dengan rakyat dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi mereka.

Sharifah Azizah memberi contoh bagaimana anggota Wanita Umno Johor terlibat mengendalikan pusat-pusat pemindahan banjir dengan memberikan bantuan kepada mangsa seperti tilam, tikar, barangan keperluan wanita dan pelbagai lagi.

Menerusi Skuad Sayang Wanita Umno Johor katanya, mereka juga bergerak ke seluruh pelusuk Johor mencari dan membantu rakyat miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal serta golongan yang kurang bernasib baik lain.

Wanita Umno Johor katanya, turut membantu usaha kerajaan seperti mengedarkan borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah di seluruh negara.

"Kesemua program ini kita (Wanita Umno Johor) lakukan sepanjang masa sepanjang tahun untuk membantu rakyat, tanpa mengira sama ada kita sedang berhadapan dengan musim pilihan raya atau tidak," kata Sharifah Azizah.

- Bernama


_____________________________________________________

MCM DA KONFEM2 JE MENANG..HAHA..SKALI KALAH..MNE NK TARUK MUKE..HAHA..KT LONGKANG KE..HAHA

PR LEBIH BAGOS MEMERINTAH BERBANDING UMNO..UMNO PARTI KORUP..

HAHA..UMNO MENGHAMPIRI KEHANCURAN YG BESAR-BESARAN..

UMNO MESTI DA KETAQ KAKI TU...HAHA..

UMNO PASTI DIJATUHKAN DI PRU 13 NI...


ANAK MUDA TOLAK UMNO



Sunday, 25 December 2011

Risalah Lucah di edar di sekitar UiTM

POLITIK KUTUR DAN TERKUTUK.
INI KERJA SIAPA ?
INI KERJA PUAK ANTI AKTIVIS MAHASISWA YANG BACUL SERTA TAK BERANI LAWAN BERDEPAN.
INI MUNGKIN JUGA PENJILAT KETIAK SAHOL HAMID VC UiTM YANG DAH GILA TU.

BACA PANDANGAN BODOH DIA


Respon VC UiTM ttg isu turunkan bendera:

Assalamualiakum wrbt anak sekalian. Ada yg bertanya tentang Isu turukan bendera PM, apa komen saya.

Sebagai pegawai kerajaan saya menyokong PM dan kerajaan.
Penurunan bendera adalah Satu perbuatan yg keji dan tidak matang. Kalau tak suka jangan tunjuk kebencian. Ada saluran2 terbuka utk sampaikan mendapat. PM pemimipin negara kita dan dia org Melayu. Dia seorg terbuka dan sentiasa usahakan utk lakukan yg terbaik utk negara. Siang mlm beliau usaha utk menyatukan rakyat.Pelajar2 yg terlibat mungkin di pengaruh oleh org2 tertentu. Kita TIDAK perlu politik kebencian, kecacian. Politik matang boleh bawa perpaduan antara semua kaum. Negara Malaysia utk semua kaum dan agama. Kita perlu cari satu formula yg menyatukan semua bangsa dan agama. Itulah yg di usahakan oleh PM kita. Kenapa kita perlu menafikan usaha beliau utk membawa kebaikan pd negara. Mungkin ada yg khuatir usaha beliau akan berjaya. Dgn kecacaian dan kebencian kita memecahkan org Melayu dan kita pisahkan semua kaum dari menjadi satu Bangsa Malaysia. Kenapa sebarkan fitnah dan half truth? Kenapa org Melayu maki Org Melayu. Sangat sedih. Saya memohon semua pelajar2 tak kira UiTM atau Universiti lain dan tak kira apa pendapat pun mari kita bersatu dan majukan negara dgn cara yg professional, matang dan intelligent. Mari kita pelihara hak Org Melayu dan Hak bangsa lain di negara kita. Hanya dgn perpaduan org Melayu negara kita akan aman. Org Melayu jangan caci dan benci org Melayu. Kita satu tuhan satu agama dan satu kiblat dan satu rumpun. Hentikan kebencian , kecacian dan menfitnah. Hormatilah pemimpin2 kita. Ada yg membaca pendapat saya akan marah dan mula kempen utk mencaci dan menfitnah saya pula. Saya bersungguh2 berharap pelajar2 UiTM sentiasa belakang saya dan bersama saya. Saya bertanggung jawab utk memajukan anak bangsa. Bantu saya dan jangan buat halangan atau bantutkan usaha saya. Perjuangan kita belum selesai dan banyak lagi kerja yg perlu dilakukan. Saya tak ada masa utk melayan keranah2 yg merosakan bangsa kita. Ya Allah yah Rabbi bantulah anak2 saya di UiTM supaya mereka sentiasa waras dlm fikiran dan tidak di pengaruh dgn anasir2 yg akan rosakkan agama dan bangsa.


MACAM BUDAK TAK SEKOLAH KAN ?
TENGOK LA SENDIRI.
MACAM MANA UNITED MALAYS NATIONAL ORGANIZATION DIDIK ANAK ANAK DIA.
KERJA KERAJAAN MESTI SOKONG UMNO KA ??
HAHAHHAAAA
PILIH LA APA JA...

ASALKAN BUKAN UMNO.
ANAK MUDA TOLAK UMNO

MAHASISWA TERUSKAN PERJUANGAN MELAWAN!
JANGAN TAKUT DAN GENTAR!



Friday, 23 December 2011

Adun Tendong Pulang Kerahmatullah

Adun Tendong meninggal dunia-Harakahdaily

PASIR MAS, 24 Dis:
Ahli Dewan Undangan Negeri (PAS) Tendong, Dr Muhammad Md Daud telah pulang kerahmatullah jam 12.55 malam tadi.

Menurut Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Haji Hanifa Ahmad, Dr Muhammad dipercayai mendapat serangan jantung.

Jenazah beliau dijangka akan dikebumikan tengah hari ini iaitu selepas solat zohor.

Hanifa yang juga Adun Pengkalan Pasir berkata, Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah dimaklumkan dan dijangka akan hadir sama untuk menyolatkan jenazah tersebut.

Jenazah Adun berkenaan kini berada di rumah di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu.

Hanifa berkata, pagi kelmarin allahyarham sempat hadir ke Pasti Pasir Mas untuk mengambil bekalan banjir yang akan diagihkan untuk penduduk dalam Dun Tendong yang mengalami banjir baru-baru ini.

Hanifa juga merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham.

____________________________________________

SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA DR MUHAMMAD..

SEMOGE ROHNYA DICUCURI RAHMAT..

BERHARAP APE YG DIPERJUANGKAN AKAN DIRAHMATI..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Pemimpin Kantoi Adakan Hubungan Sejenis

Kantoi! Gambar gay Filipina diguna untuk fitnah Adam Adli!


TENTU anda sudah sedia maklum dengan fitnah terbaru blogger-blogger United Malays No Otak berhubung penyebaran gambar bogel yang didakwa sebagai gambar Adam Adli baru-baru ini.

Kita sedia maklum United Malays No Otak, Umno memang gemar memainkan politik lucah untuk menjatuhkan kredibiliti serta mengaibkan pihak lawan mereka.

Pelbagai fitnah direka supaya rakyat percaya mana-mana pihak lawan Umno terbabit dengan skandal seks, gay, zina dan sebagainya. Kalau kita lihat blog-blog United Malays No Otak tidak ubah seperti blog lucah tanpa sempadan.


Adam Adli yang menurunkan gambar Najib selama lima minit baru-baru ini tidak terlepas daripada fitnah mereka.

Malangnya fitnah mereka terbongkar apabila gambar yang disebarkan oleh blogger-blogger United Malays No Otak yang didakwa adalah gambar adam Adli sebenarnya merupakan gambar Gay Filipina.



Gambar tersebut telah dimuat naik ke internet sejak 2010, di salah sebuah blog Gay Filipina. Malah terdapat gambar lelaki ini yang menunjukkan kemaluan yang tidak bersunat (Link lucah tidak disediakan harap maklum).

Apa pun terima kasih kepada pakcik google kerana membantu ReJaM© menemukan "similar image" yang berjaya membongkarkan fitnah ini.

Sekiranya anda ada niat untuk menentang United Malays No Otak, Umno, maka bersedialah untuk difitnah dengan gambar-gambar bogel yang seiras dengan wajah anda. Sebarkan!


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/12/kantoi-gambar-gay-filipina-diguna-untuk.html#ixzz1hPNqE7UI

______________________________________________

HAHA..KANTOI JUGAK..SEKALI GAMBAR GAY FILIPINA DA..HAHA

TULAH UMNO..KUAT FITNAH.KAN DA KNE BALEK..HAHA..

LEN KALI KLO NK WT FITNAH PN..CARI GMBR TU DKT TEMPAT LEN..NI CRI KT TENET JUGAK.MMG KANTOI LA KORG..HAHA..

BUAT MALU JE..TANG MNE KORG NK SOROK MUKE..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO