free counters

Tuesday 6 December 2011

debat tetap jadi


Debat NFC antara Rafizi-Khairy tetap jadi

KUALA LUMPUR 6 Dis : Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan bertemu dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin bagi membincangkan tarikh yang sesuai untuk meneruskan acara debat Skandal National Feedlot Corporation (NFC).


Rafizi ketika waktu dihubungi berkata beliau telah menerima surat melalui email daripada wakil Khairy yang bersetuju untuk berdebat dan ingin bertemu bagi menetapkan tarikh dan masa yang dipersetujui bersama.
“Khairy mengatakan tarikh tersebut (12 Disember) tidak sesuai kerana dia dah ada program lain dan saya akan bincang di peringkat KEADILAN serta berikan maklumbalas rasmi esok.”

“Dia dah bagi respon secara rasmi, dan walau apapun kita akan pastikan debat ini akan jadi,” katanya pada KeadilanDaily.

18 November lalu, Rafizi telah menghantar surat undangan rasmi kepada Khairy untuk berdebat berhubung dakwaan skandal projek lembu NFC.

Beliau turut mencadangkan agar debat tersebut diadakan pada 12 Disember namun perkara lain seperti tempat dan format debat dipersetujui bersama setelah tarikh debat dimuktamad.

Meskipun isu itu membabitkan Datuk Seri Shahrizat Jalil, sebaliknya Khairy kelihatan ghairah membela Ketua Wanita Umno yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu.

Khairy ada memaklumkan kesediaan bertemu Rafizi tetapi memberi alasan tidak mempunyai masa berikutan terikat dengan acara Perhimpunan Agung Umno akhir bulan ini.

TV Selangor (TVS) turut menawarkan kesediaan untuk menyiarkan siaran secara langsung menerusi sesawangnya sekiranya program debat. Ketua Pengarangnya, Sheridan Mahavera berkata, TVS tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyiarkan siaran secara langsung memandangkan kebanyakan saluran tv milik kerajaan tidak berminat untuk mengadakannya.

Skandal NFC mencetuskan konterversi kepada negara apabila KEADILAN mendedahkan banyak penyalahgunaan wang dana RM250 terhadap projek lembu tersebut.

NFC merupakan syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki Shahrizat yang didakwa mengalami kerugian dalam operasinya namun pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.

Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

-Kerabu Bersuara-


____________________________________________


SAME2 KITE NANTIKAN DEBAT NI..

DEBAT YG AKAN MEMBONGKARKAN TENTANG SKANDAL NFC..

KITE TGK APE LEMBU UMNO JAWAB..HAHA..

YG PENTING..LEMBU MALAYSIA HEBAT..NEK MERCEDEZ..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment