free counters

Tuesday 6 December 2011

Kak Ijat disarankan letak jawatan

WarkahDaily – Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba memberi isyarat agar Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meletak jawatan jika ianya memberi kebaikan kepada Umno.

Ia berikutan skandal isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang melibatkan suami beliau dan pembelian kondominium mewah di sebalik dana penternakan lembu itu.

Ketika diminta mengulas desakan pemimpin Umno dan Pakatan Rakyat (PR) agar Shahrizat meletak jawatan, Tun Mahathir berkata, pemimpin parti, terutama Umno perlu mengundur diri dan melepaskan jawatan jika tindakan itu mendatangkan faedah kepada parti.

“Terpulang kepada dia (Shahrizat), kalau dia patut undur, dia undur.

“Kita minta mereka yang berpendapat dengan pengunduran mendatangkan faedah kepada parti, mereka harus undur,” kata Tun Mahathir di Ipoh, kelmarin.

Tun Mahathir turut berkata, setiap pemimpin seharusnya sedar tempoh sepatutnya mereka berundur dan memberi peluang kepada barisan generasi muda menunjukkan kebolehan menerajui parti.

“Kita patut tahu bila patut undur diri. Saya dulu undur diri juga, saya boleh teruskan, bukan tidak boleh. Saya ingat kalau saya terus orang nak kata apa juga, tapi kita sudah lama dan harus bagi tempat kepada orang lain,” katanya lagi.

Tun Mahathir walaupun tidak secara formal meminta Shahrizat meletak jawatan namun isyarat ‘untuk kebaikan parti’ telah cukup memberi satu jawapan mudah buat Shahrizat untuk meletak jawatannya agar beliau tidak menjadi liabiliti kepada parti.

Padahal sebelum ini, selain dari PKR yang mahu Shahrizat meletak jawatan, beliau juga turut mendapat pandangan yang sama dalam Umno sendiri.

Ahli Parlimen Kinabatangan yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Bung Moktar Radin antara yang begitu lantang meminta Shahrizat meletak jawatan bahkan beliau berulang kali mendesak Ketua Wanita Umno itu berbuat demikian.

Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional itu mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.

Ketika persidangan agung sayap Wanita Umno minggu lepas, ada beberapa perwakilan Wanita Umno cuba melakukan protes diam terhadap ketua sayap Umno itu.

Keadaan itu memberi satu jawapan buat Shahrizat, bukan sahaja rakyat mahu beliau berundur, bahkan rakan-rakannya dalam Umno turut mendesak beliau bertindak demikian.

Jadi usahlah beliau merasa sombong untuk mencabar orang lain yang tiada kaitan dengan tuduhan penyalahgunaan dana menternak lembu itu untuk meletak jawatan

____________________________________________

KLO DIE X TERASE JUGK..MEMANG X TAU MALU..HAHA

BKN SJE PR YG SURUH LETAK JAWATAN..UMNO PN SURUH...HAHA

UNTUK KEBAIKAN PARTI UMNO..HARUSLAH UNDUR..HAHA..

X PYH PKIR PANJANG DA...HANG DA KAYA DGN PROJEK SUSU TETEK LEMBU TU..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO


No comments:

Post a Comment