free counters

Wednesday 14 December 2011

Malaysia Diambang Bankrap



SELAMATKAN NEGARA SEBELUM BANKRAP-DETIKDAILY

HULU TERENGGANU: PAS mengingatkan rakyat terutama kepada para pengundi agar tidak menyerahkan negara bankrap kepada kerajaan Pakatan Rakyat.Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu merayu kepada rakyat agar tidak menyerahkan negara yang telah bankrap kepada Pakatan Rakyat.

Ini kerana katanya, Malaysia akan bankrap tahun 2019 menurut pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Idris Jala.



Menurutnya, hutang negara yang semakin bertambah setiap tahun kini mencecah RM400 bilion bakal menuju ke arah bankrap.

“Idris Jala mengatakan Malaysia bankrap tahun 2019, ada ahli ekonomi lain mengatakan Malaysia bankrap tahun 2015.

“Saya merayu kepada tuan-tuan malam ini, jangan masa Malaysia bankrap baru hendak beri negeri ini kepada kami. Kami tidak mahu, jika hendak beri tahun depan (2012) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

“Negara kita memang di ambang bankrap. Tujuh tahun lalu hutang negara RM7 bilion dan tahun ini (2011) sudah RM400 bilion. Jika tujuh tahun lagi hutang negara naik 100 peratus, Malaysia akan bankrap,” ujarnya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Ceramah Gempur Pilihan Raya anjuran Majlis Tindakan Dun (MTD) Manir, di Pekan Manir, 4 Disember lalu.

Sehubungan itu, katanya sebelum bankrap negara perlu diselamatkan dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya, Umno dan kerajaan BN kini sedar PAS dan Pakatan Rakyat semakin hampir menuju ke Putrajaya.

Kata Mohamad, Umno-BN akan menggunakan pelbagai cara bagi mengekalkan serta mempertahankan kekuasaannya.

“Umno tahu kita hendak menuju ke Putrajaya semakin dekat. Saya tengok sokongan anak-anak muda di Terengganu, saya yakin Terengganu kita mampu dapat perintah kembali dalam pilihan raya akan datang, insya-Allah.

“Sebelum negara ini bankrap, kita selamatkan dalam pilihan raya akan datang. Negeri Terengganu kita kembalikan kepada PAS. Putrajaya kita ambil alih, Insya-Allah kita selamatkan Malaysia daripada bankrap,” tegasnya.


____________________________________


JGN BG UMNO MEMERINTAH LG..RAKYAT X SANGGOP...


NEGARE NI AKAN BANKRAP JIKA MEREKA MEMERINTAH LG..


UMNO TUNGGU JE LA PRU 13 NI..PASTI KAMU AKAN KALAH PUNYE..


UMNO KUAT KORUP..MKN DUET RAKYAT JE..



ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment