free counters
Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Friday, 9 March 2012

Najib merayu mohon maaf kepada rakyat


________________________________

MARI LA LAYAN SKETSA NI..HAHA
BEST SKETSA NI..
ADAKAH RAKYAT SEMUA MAHU MEMAAFKAN APA YANG UMNO TELAH BUAT?
UMNO SEMAKIN MENGHAMPIRI KEHANCURAN.
RAKYAT SEMUA SUDAH TAHU MANA YANG LEBIH BAIK UNTUK NEGARA..
UMNO MESTI DITUMBANGKAN PADA PRU 13 INI..
PASTIKAN PAKATAN RAKYAT TAWAN PUTRAJAYA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Thursday, 9 February 2012

Bob Lokman menjawab segala tohmahan..


_____________________________

HAHAHAHA..
PERTAMA KALI MENONTON..MEMANG LAWAK..
APA KATA KORANG TONTON PLK..PASTI LAYAN..
BOB LOKMAN TERBAEK..HAHA.
SEMBANG RAKYAT PENUH DENGAN FITNAH..
SUDAH2 LA TU..BERAPA DORANG BYR?..HAHA..BNYK KE?..HAHA
PRU 13 ADALAH MASANYA UNTUK KTIA JATUHKAN UMNO SEHINGGA TERSUNGKUR..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Monday, 6 February 2012

Perompak-perompak ini harus dihukum

PERAK 6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN.

Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.

Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.

Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.

Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Rampasan kuasa berlaku ketika Najib menjadi Pengerusi Umno negeri Perak. Beliau telah mencuri wakil rakyat Pakatan dengan kaedah jijik dan kotor untuk menyeberang kepada wakil rakyat bebas.

“Akibatnya kita (Pakatan) tidak mempunyai majoriti. Najib memainkan peranan sebagai ketua perampas dan ketua perompak dengan mencuri kuasa kerajaan Perak yang sah,” ujarnya.

Justeru itu katanya, sambutan ini diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang tindakan jijik Umno-BN yang tidak mengiktiraf hak mereka.

“Rampasan kuasa di Perak dilakukan dengan cara yang cukup tidak bertamadun di mana pelbagai agensi kerajaan seperti polis dan SPR digunakan.

“Ia merupakan tarikh demokrasi dibunuh di Perak dan Malaysia. Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan Umno yang mengkhianati perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan dewan,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, beliau menyeru kepada rakyat Perak dan Malaysia khususnya supaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita memperingatkan hari ini kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia, dengan harapan mereka akan menjatuhkan BN yang melakukan kezaliman dengan merampas kuasa yang sah,” ujarnya.


keadilandaily


______________________________________________


MASIH INGAT LAGI?..PERAK DIRAMPAS OLEH PUAK2 YANG AKAN DIJATUHKAN TIDAK LAMA LAGI?..INGAT KAN?..HAHA
MEREKA INI SUNGGUH ZALIM..ORANG YANG HARUS DIJATUHKAN IALAH NAJIB..HAHA
MEREKA MERAMPAS DENGAN SESUKA HATINYA DAN MENTERI YG TAK SEDAR DIRI SEKARANG IALAH ZAMBRY TU..DIA TAK MALU KE?..HAHA..
MARI SAMA2 KTIA JATUHKAN UMNO DI PRU 13 INI..RAKYAT SEMUA TIDAK MAHU UMNO MEMERINTAH LAGI..
RAKYAT PERAK PERLU BERUBAH UNTUK MENJADIKAN PERAK NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PR..
MALAYSIA PERLU TUKAR KERAJAAN YANG BARU..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Thursday, 26 January 2012

Ada agenda yang tersembunyi


Jika anda seorang pengguna talian Celcom, pasti semalam anda terkejut dengan satu pesanan percuma yang tak sepatutnya diterima!

Rayuan supaya hadir ke satu majlis anjuran Umno-APCO nun jauh dari ibu kota!

Tidak sampai dua minggu lawatan terbaru Perdana Menteri Najib Altantuya ke negeri Perak pada 13 dan 14 Januari lalu, esok sekali lagi dia akan turun buat kali ketiga dalam masa tak sampai sebulan!

Seolah-olah di Malaysia ini hanya ada sebuah negeri sahaja yang perlu diawasi dan diperhatikan pembangunannya.

Tetapi bagi sesetengah penganalisis politik berfikir sebaliknya.

Jika anda rujuk posting terbaru saya semalam, pasti anda dapat meramalkan bahawa Perak sememangnya dalam kedudukan tenat buat Umno-APCO terutamanya menteri besar haram, Zambry Kadir yang juga ADUN Pangkor.

Atas nama sambutan Tahun Baru Cina peringkat nasional di Sitiawan, Perak, salah satu DUN dalam parlimen Lumut, sebenarnya majlis ini juga untuk menyelamatkan Zambry dari kalah dalam pilihanraya umum akan datang.

Parlimen Lumut dengan kod P174 yang dipegang menteri pengangkutan Kong Cho Ha mempunyai tiga buah kawasan DUN iaitu Sitiawan, Pangkor dan Pasir Panjang.

Daripada tiga DUN ini, hanya DUN Pangkor saja dimenangi Umno-APCO manakala DUN Sitiawan dipegang Pengerusi DAP negeri, Ngeh Koo Ham dan DUN Pasir Panjang oleh Menteri Besar yang Sah, Nizar Jamaluddin.

Nampak macam kebetulan tetapi itulah hakikatnya.

Tiga nama besar dalam kancah politik Perak datangnya dari kawasan parlimen yang sama.

Cuma Ngeh Koo Ham dan Nizar Jamaluddin lebih bernasib baik daripada Zambry kerana kedua-dua mereka juga merupakan ahli parlimen Beruas dan Bukit Gantang.

Semua orang tahu, dalam beberapa minggu lalu di saat kita menyambut tahun baru 2012, berita mengenai pemerintah tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) meletakkan jawatan kerana perairan Lumut dan Pangkor sudah tidak selamat dari segi keselamatan para anggota tentera laut.

Mengapa?

Kerana dalam senyap-senyap Zambry telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat dari Brazil, Vale International yang mengusahakan bijih besi keluar masuk melalui Selat Dinding yang memisahkan Lumut di tanah besar dengan Pangkor di bahagian pulau.


Keputusan ini menyebabkan TLDM sudah tidak selamat untuk beroperasi kerana terlalu hampir dengan tapak kilang yang dicadangkan oleh Zambry yang mana dalang di sebalik semua ini datangnya dari kerabat diraja Perak sendiri!

Antara sebab mengapa Nizar Jamaluddin digantikan dengan Zambry adalah kerana keengganannya mempersetujui pembinaan kilang dan kelengkapan memproses bijih besi di sana.

Maka selepas tersingkirnya Nizar, Zambry dikehendaki memberi persetujuan tersebut sebelum dibenarkan dilantik menteri besar Perak (kunun atas perkenan sultan).

Segalanya nampak cerah buat Zambry selepas itu kerana berjaya menewaskan calon PKR dengan majoriti lebih lima ribu undi dalam pilihanraya umum lalu, semuanya kerana undi pos dari para perajurit laut kita.

Akan tetapi setelah mengetahui perletakkan jawatan pemerintah TLDM, Zambry tahu ia merupakan satu bencana baginya kerana pengaruh yang ada pada bekas panglima tentera laut ini bukan calang-calang.

Pertambahan bilangan pengundi pos sebanyak 5,669 orang pada suku ketiga senarai pengundi berdaftar pilihanraya yang diwartakan pada September tahun lalu nampaknya mengukuhkan lagi persepsi bahawa Zambry kini terdesak mempertahankan kubunya yang selama ini bergantung kepada undi pos.

Hingga penduduk setempat yang benci kepada Zambry berseloroh, jika hendak kalahkan Zambry, kena ada RM50 juta untuk bawa 10 ribu pengundi import seperti Indonesia, Bangladesh dan Nepal mengundi Pakatan Rakyat!

Bukan sedikit belanja yang diperuntukkan untuk lawatan Najib Altantuya esok, kerana dikhabarkan ang pau digunakan sebagai senjata untuk menarik seberapa ramai rakyat datang ke majlis tersebut bagi memulihkan imej Zambry di mata penduduk Pangkor khususnya dan Lumut amnya.

Tetapi dia tidak boleh lupa, undi pos yang akan menentukan sama ada dia kekal atau bakal disingkirkan oleh proksi Najib Altantuya yang kini sedang giat dikenalpasti untuk diketengahkan tidak lama lagi.

Sekiranya anggota tentera kita berfikir dua kali mahu mendengar dan membuat keputusan selepas diberi penjelasan sebenarnya oleh bekas bos mereka, peluang Zambry untuk mempertahankan DUN Pangkor dilihat semakin "gelap"!

Jangan lupa Zambry, nasib anda bukan ditentukan oleh berapa banyak wang yang berjaya dikumpul hasil rasuah dan penyelewengan tetapi undi pos dan kehendak Allah SWT yang akan menentukan siapa kamu sebenarnya!

JALAN PULANG

____________________________
MAI LA PAKAT BACE..
ADA HELAH DISEBALIK KEDATANGAN NAJIB KE PERAK..
BARU KINI KU TAHU MENGAPA NIZAR DILUCUTKAN MENJADI MENTERI DAN MENAIKKAN ZAMBRY..
UNDI POS SAJA YANG BOLEH MEMENANGKAN BN..
MEREKA DAH CUKUP TENAT..DAH NAK MAMPOS PON..
RAKYAT DAH TIDAK PERCAYA KEPADA BN..
MARI KITA TOLAK UMNO
SEMARAKKAN ABU

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Sunday, 1 January 2012

Media Umno Sokong Anak Muda

Siswa: Saya dipukul ketika bantu rakan-Malaysiakini

Mahasiswa yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di Tanjung Malim semalam mendakwa beliau beliau dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

safwan slim river hospital 020112Bercakap kepada sidang media selepas dibenarkan keluar daripada hospital hari ini, Muhammad Safuwan Anang, 23, juga mendakwa beliau tidak melawan langsung pasukan keselamatan dalam insiden di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Tampil lemah dengan kerusi roda yang disorong isterinya, Muhammad Safuwan mendakwa, dalam kejadian semalam, polis juga menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras.

Pihak polis Perak semalam bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.


________________________________________


MACAM MANE POLIS BOLEH KATEKAN YG PESERTA PERHIMPUNAN DI UPSI TU MENCEDERAKAN DIRI SENDIRI..HAHA..ORG BODOH PON X BUAT CMTU..

SEKARANG..ORG YG DIPUKUL TELAH MENGATAKAN YG DIE DIPUKUL OLEH POLIS..

APE LG MAU CITE..HAHA..BENDA BAIK AKAN DIBALAS BAIK..JGN INGAT ORG YG MEMUKUL ITU AKAN TERLEPAS..DI DUNIA ANDA MUNGKIN BOLEH BERSENANG LENANG..

SUATU MASA NANTI..ANDA PASTI AKAN DIKENAKAN BALASAN YG SETIMPAL DENGAN APA YG ANDA TELAH BUAT..

AYUH ANAK MUDA..KITE BANGKIT MELAWAN PEMERINTAHAN YG ZALIM..

SEMALAM SEMASA MAHASISWA BERHIMPUN..ADE NAMPAK PANGLIMA LUDAH X?..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO