free counters

Monday 6 February 2012

Perompak-perompak ini harus dihukum

PERAK 6 Feb: Hari ini genap tiga tahun rampasan kuasa di Perak, menyaksikan kerajaan sah dipilih oleh rakyat menerusi amalan pilihan raya, tumbang akibat kerakusan kuasa Umno-BN.

Tarikh ini juga merupakan detik hitam dalam sejarah negara apabila agensi kerajaan diperalatkan untuk menghalalkan rampasan kuasa tersebut, sekaligus menandakan berkuburnya demokrasi di negara ini.

Sempena memperingati hari berkenaan, pemimpin Pakatan Rakyat Perak bersama para penyokong hari ini berpakaian serba hitam dan berkumpul di bawah pohon demokrasi berdekatan Dewan Undangan negeri.

Pimpinan Pakatan Rakyat diketuai bekas menteri Besar yang digulingkan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin, Datuk Ngeh Kor Ham, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bajkar Hussein dan Naib Presiden KEADILAN, Dr Lee Boon Chai turut memberikan ucapan.

Bercakap kepada keadilandaily, Mohamad Nizar mengingatkan semula kaedah jijik yang digunakan Umno-BN merampas Perak di bawah Pakatan Rakyat, diketuai timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Rampasan kuasa berlaku ketika Najib menjadi Pengerusi Umno negeri Perak. Beliau telah mencuri wakil rakyat Pakatan dengan kaedah jijik dan kotor untuk menyeberang kepada wakil rakyat bebas.

“Akibatnya kita (Pakatan) tidak mempunyai majoriti. Najib memainkan peranan sebagai ketua perampas dan ketua perompak dengan mencuri kuasa kerajaan Perak yang sah,” ujarnya.

Justeru itu katanya, sambutan ini diadakan untuk menyedarkan rakyat tentang tindakan jijik Umno-BN yang tidak mengiktiraf hak mereka.

“Rampasan kuasa di Perak dilakukan dengan cara yang cukup tidak bertamadun di mana pelbagai agensi kerajaan seperti polis dan SPR digunakan.

“Ia merupakan tarikh demokrasi dibunuh di Perak dan Malaysia. Rakyat tidak boleh percaya lagi dengan Umno yang mengkhianati perlembagaan persekutuan, undang-undang tubuh kerajaan negeri dan peraturan dewan,” ujarnya.

Sehubungan itu juga, beliau menyeru kepada rakyat Perak dan Malaysia khususnya supaya menumbangkan kerajaan Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Kita memperingatkan hari ini kepada rakyat Perak dan rakyat Malaysia, dengan harapan mereka akan menjatuhkan BN yang melakukan kezaliman dengan merampas kuasa yang sah,” ujarnya.


keadilandaily


______________________________________________


MASIH INGAT LAGI?..PERAK DIRAMPAS OLEH PUAK2 YANG AKAN DIJATUHKAN TIDAK LAMA LAGI?..INGAT KAN?..HAHA
MEREKA INI SUNGGUH ZALIM..ORANG YANG HARUS DIJATUHKAN IALAH NAJIB..HAHA
MEREKA MERAMPAS DENGAN SESUKA HATINYA DAN MENTERI YG TAK SEDAR DIRI SEKARANG IALAH ZAMBRY TU..DIA TAK MALU KE?..HAHA..
MARI SAMA2 KTIA JATUHKAN UMNO DI PRU 13 INI..RAKYAT SEMUA TIDAK MAHU UMNO MEMERINTAH LAGI..
RAKYAT PERAK PERLU BERUBAH UNTUK MENJADIKAN PERAK NEGERI YANG DIPERINTAH OLEH PR..
MALAYSIA PERLU TUKAR KERAJAAN YANG BARU..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment