free counters
Showing posts with label irsyad manji. Show all posts
Showing posts with label irsyad manji. Show all posts

Monday, 28 May 2012

BUKU-BUKU IRSYED MANJE DIBAKOR JAES.



Ostad Fathol Barian akan meroyan hari-hari kalau anak Zaed KITA ni teruskan jual buku tu.
Tapi yang menjadi kemusykilan, kenapa JAIS je ? Mana JAKIM.
Mana majlis Fat - Tua yang lantang ?
Mana Mufti ?
Mana Aoran Aziz , eh Sani? Mana ? Mana ?
Haramkan buku sebenarnya tak bawa apa pekdah ,
di sana sini korupsi tak pulak hampa lawan.
Pergi datang pejabat Utosan Meloya tengok apa ada. 
Saman URTB, Mangga dan semua majalah dan naskhah lucah yang lain.
Tengok berapa banyak kertas hasutan yang dihasilkan.
Wahai anak muda , 
Inikah dia yang kamu anggap pembela agama , bangsa dan negara ?
Terus TOLAK!

JAIS serbu pejabat penerbit buku Irshad Manji-MALAYSIAKINI


Jabatan Agama Islam Selangor hari ini menyerbu pejabat syarikat ZI Publications yang menerbitkan buku Allah, Kebebasan dan Cinta oleh penulis kontroversi Irshad Manji.

Pengarah syarikat terebut, Ezra Zaid dalam tulisannya di Twitterberkata pasukan 20 orang penguatkuasa itu turut merampas naskhah buku dalam serbuan di Merchant Square, Petaling Jaya.
Kementerian Dalam Negeri sebelum ini mengharamkan penerbitan buku berkenaan dan versi bahasa bahasa Inggeris Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
  
Perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya "boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam."

Thursday, 24 May 2012

IRSYED MANJE BUAT KECOH BOGEL DI KLCC

CETAK DULU,
JUAL
BARU HARAMKAN.
BAGUS
KHER HARAM CAKAP
PARTI ISLAM PUN SOKONG! SOKONG! SOKONG!
BUKA MINDA!
BINCANG!
TGK IDEA
BARU BOLEH CAKAP DAN LAWAN
KALAU MACAM NI SAMPAI BILA2 TAKKAN ADA PENCERAHAN


KDN haramkan buku tulisan Irshad Manji


 
Kementerian Dalam Negeri mengharamkan penerbitan buku tulisan Irshad Manji bertajuk 'Allah, Kebebasan dan Cinta' dan versi Bahasa Inggeris 'Allah, Liberty and Love' kerana mengelirukan orang awam dan menyalahi syariah yang ditetapkan dalam al-Quran dan hadis.
    
Timbalan menterinya Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata perintah larangan itu dibuat mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984 kerana kandungannya 'boleh menggemparkan fikiran orang ramai dan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam.'
    
Buku itu diharamkan selepas kementerian menerima laporan dan ulasan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), katanya. 
    
"Antaranya, pandangan terhadap perkahwinan campur antara Muslim dan bukan Muslim sebagai sesuatu yang harus dan pemahaman ini boleh menjurus kepada pluralisme," katanya dalam kenyataan hari ini.
    
Beliau berkata buku itu juga mengandungi unsur penghinaan terhadap Rasulullah SAW yang digambarkan dalam keadaan yang boleh mencemar kesucian agama Islam.
    
Selain itu, katanya buku itu juga mempertahankan fahaman sekularisme dengan mencampuradukkan dengan nilai-nilai akidah.
    
"Ia turut memberikan penerangan terhadap pelaksanaan kewajipan solat fardu lima waktu yang boleh didirikan dalam pelbagai pergerakan dan bahasa malah lebih dari lima kali sehari," katanya.

Abu Seman berkata kenyataan ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada orang awam terhadap kewajipan menunaikan solat fardu lima waktu.
    
Buku ini juga menyeru kepada logik akal semata-mata dalam ijtihad dan penolakan konsep ijmak yang dikhuatiri akan menggalakkan interpretasi hukum-hukum agama yang tidak berpegang kepada nas-nas al-Quran dan al-hadis.

- Bernama