Tuesday, 28 February 2012

Panas!! Dibogelkan satu persatu


PETALING JAYA, 28 Feb : KEADILAN sekali lagi tampil dengan pendedahan terbaru yang mengaitkan pengurusan National Feedlot Coorporation (NFC) selain dari tiga buah restoran mewah di Singapura dan pelaburan berjumlah RM44 juta dalam pembelian tiga kondominium mewah.


Jelas Pengarah Strategi, Rafizi Ramli pada satu sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini, melalui sebuah syarikat bernama Farmhouse Supermarkets Pte Ltd yang mana sahamnya dimiliki bersama oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Tambahnya lagi, pemilik-pemilik saham terdiri dari suami kepada Shahrizat iaitu Datuk Seri Salleh Ismail sebanyak S$666,667 dan dua anaknya iaitu Wan Shahinur Izran Salleh dan juga Wan Izzana Fatimah Zabedah yang masing-masing memiliki sahan sebanyak S$666,667.

“KEADILAN berjaya menjejaki syarikat ini melalui carian penglibatan perniagaan anak kepada Shahrizat iaitu Wan Izzana fatimah Zabedah yang menyenaraikan kesemua syarikat yang dimiliki beliau.

“Farmhouse Supermarkets Pte Ltd dipercayai dibiayai oleh Malayan Banking Berhad dan united Overseas Bank Limited, melalui kaedah yang sama digunapakai untuk pembiayai pembelian dua kondominium di Marina Bay Suites berharga RM34 juta yang didedahkan sebelum ini,” jelasnya.

Kata beliau lagi, syarikat ini aktif mengambil pekerja melalui pengiklanan yang dibuat dan ia dipercayai sebagai persediaan bila mana pasaraya itu bakal dibukan dalam tahun 2012 kelak.

Siasatan PKR juga mendapati Farmhouse Supermarkets itu telah pun menjadi ‘anchor tenant’ kepada sebuah pasaraya mewah yang bernama ‘Star Vista’ terletak di kawsan elit berdekatan dengan Nanyang Technology Universiti.

Pasaraya yang diusahakan oleh Farmhouse Supermarkets Pte Ltd ini dijangka mula beroperasi dalam suku ketiga tahun ini.

“Kita juga mendapati syarikat tersebut juga telah menandatangani perjanjian dengan CapitalMalls (pemaju) bagi 28 unit ruang kedai di tingkat dua kompleks tersebut iaitu dari unit #02-08 hingga ke unit #02-35.

“Semakan harga pasaran bagi ruang kedai komersial di pasaraya di Singapura menunjukkan julat kadar sewa bagi satu meter persegi adalah antara S$350 hingga S$500 sebulan bergantung kepada lokasi dan ia berdasarkan kepada kajian ‘Competition Commision of Singapore’,” sambungnya.

Atas andaian tersebut, Rafizi berpendapat jika keluasan 28 unit itu dianggarkan sekitar 3,000 meter persegi tanggunggan sewaan bulanan yang terpaksa dibayar oleh syarikat tersebut adalah sekitar S$900,000 sebulan atau RM2.2 juta sebulan.

Malah, kenyataan pengurusan NFC yang mempertahankan hak mereka berbelanja dana RM250 juta itu memgikut citarasa mereka memperkuatkan lagi hujan bahawa sebahagian wang tersebut bakal dibelanjakan bagi membiayai pasaraya mewah ini.

“sudah tentu perniagaan pasaraya ini akan dibiayai oleh dana awam yang disalurkan bagi tujuan penternakan lembu seperti yang dimandatkan oleh NFC seperti yang berlaku di dalam pembelian-pembelian aset mewah lain sebelum ini.

“KEADILAN mendesak supaya NFC berterus terang mengenai komitmen kewangan yang telah dibuat melalui Farmhouse Supermarkets Pte Ltd termasuk perjanjian sewaan yang telah dimeterai,” tegasnya.

Beliau berharap tindakan tegas perlu dilakukan segara untuk merampas kembali kesemua dana yang telah diselewengkan secepat mungkin dan mendakwa individu terbabit di mahkamah atas tuduhan pecah amanah seperti mana yang dicadangkan oleh pihak polis kepada Peguam Negara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memberitahu isu NFC ini akan dibawa ke persidangan parlimen kali ini dan usul mengenainya akan dihantar ke parlimen sebelum bermulanya sesi persidangan kali ini dan beliau berharap usul tersebut akan menjadi satu topik perbahasan.

“Kita mahu parlimen membenarkan isu NFC ini dibahaskan pada sesi kali ini, kita juga berharap melalui perbahasan tersebut satu jalan penyelesaian dapat kita perolehi selain segala maklumat dapat diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia,” jelas Ketua Wanita KEADILAN itu.


_______________________________

HAHAHAHAH...
KANTOI LAGI..HAHA..
KALAU DAH GUNA DUIT RAKYAT TU..INGAT ORANG MAHU DIAM KE?..HAHA..
BANYAK GILA LA ASET KAK IJAT..BAK MAI SKIT..U HELP ME.I HELP YOU .HAHA..
SEGALA PENYELEWENGAN AKAN TERUS DIBONGKAR..TIDAK BOLEH BERDIAM DIRI..
PENYELEWENGAN INI MEMBABITKAN DANA RAKYAT..BUKAN DUIT MAK BAPAK DIA..
NAJIB NI TAK LUCUTKAN JAWATAN KAK IJAT KE?..KE ATAU SEBAB TAKOT RAHSIA NAJIB TERBONGKAR..KAU BUANG AKU..RAHSIA KO TERDEDAH..HAHA..
MARI SAMA2 KITA TOLAK UMNO..
UMNO PERLU DIJATUHKAN..

ANAK MUDA TOLAK UMNO..
ANTI LYNAS..

Monday, 27 February 2012

Bn terus menerus pancing rakyat

Beli undi sudah bermula


DI BAWAH Perdana-Perdana Menteri yang lalu membeli undi yakni rasuah politik berlaku semasa kempen pilihan raya, sesudah penamaan calon.

Yang turun membeli undi itu ialah penyokong-penyokong kuat calon.

Banyak mana pengundi dibayar bergantung kepada budi bicara kaki beli undi itu sendiri. Yang diberi lazimnya tidak sebesar yang diperuntukkan parti dan calon.

Kalau yang peruntukkan itu RM40, biasanya RM25 atau RM30 saja yang diberi. Lebihnya masuk poket tukang beli undi.

Baik ia diberi berterangan mahu pun secara sulit, ia dibuat di luar urusan kerajaan. Pandai-pandailah Perdana Menteri mencari duit yang hendak diagih itu.

Tetapi PRU yang hendak diadakan di bawah Perdana Menteri Najib ini, pembelian undi sudah dimulakan lama sebelum pembubaran Parlimen dan DUN-DUN. Dari duit kerajaan. Dimasukkan dalam bajet negara.

Atas nama membantu ketua keluarga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan diberi RM500 seorang. Setakat ini untuk sekali ini saja.

Tahun akan datang, tidak diketahui, kerana Perdana Menteri Najib pun tidak tahu dia jadi Perdana Menetri lagi atau tidak selepas pilihan ini jika pilihan raya diadakan tahun ini.

Kalau PRU13 diadakan tahun 2013, mungkin bajetnya akan memperuntukkannya sekali lagi.

Beli undi dulu dibuat terhadap pengundi yang berdaftar saja. Orang yang ada dalam daftar pengundi saja yang didatangi kaki beli undi tidak kira pendapatan bulanan kurang dari yang sepatutnya atau tidak.

Bagi pengundi yang berduit, jika ditawarkan sikit, duit mereka banyak. Tak padan dengan duit yang banyak itu. Maka harganya sesuai dengan keadaannya.

Tetapi Perdana Menteri Najib ini cerdik orang. Dr. Mahathir dulu dikira cukup cerdik orangnya. Najib lebih cerdik.

Beli undi dengan tidak disedari termasuk dalam peruntukan kerajaan, dikira halal, dilaksanakan sebelum pembubaran Parlimen.

Secara rasmi pembayaran itu diadakan dalam majlis rasmi oleh orang-orang penting parti yang diadakan atas nama kerajaan.

Ia ada borang. Tentulah borang yang disediakan oleh kerajaan. Tetapi borang itu payah didapati dari jabatan kerajaan. Ia lebih senang didapati dari orang UMNO. Merekalah yang mengadihkannya.

Apabila orang UMNO yang mengedarkan borang, orang bukan UMNO kena jumpa ejen-ejen UMNO untuk mendapatkannya. Mana yang marahkan borang itu mudah didapati dari UMNO, tak mahu pergi minta borang itu. Tak dapatlah mereka.

Tetapi ramai juga yang tak sukakan UMNO itu hadir ke majlis penyampaian duit itu. Mereka terpaksalah mendengar kempen mengapa mereka mesti mengundi calon BN. Bukan sekadar membodek BN dan Perdana Menteri, kempen mestilah memburukkan lawan. Habis pembangkang digodam semahu-mahunya.

Kempen penyokong kerajaan biasanya tiada yang hendak mendengar. Kerana majlis itu hendak menyampai 500 ringgit kepada orang yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan penuhlah majlis itu. Bila mereka balik, mereka bercerita, di samping mengambil duit, mereka mendengar kempen UMNO.

Saya singgah minum kopi di gerai di Hutan Melintang. Orang di situ memberitahu, Menteri Zahid sendiri menyampaikan duit itu. Ramai orang datang. Khemah majlis itu saja RM70,000.

Kata mereka Zahid tidak mengata apa-apa pada pembangkang. Diberitahunya, terserah kepada semua parti apa mereka nak masuk. Mereka bebas. Cuma dalam pilihanraya undi beri kepadanya dan dua lagi calon BN bagi dua DUN di kawasan Bagan Datoh.

Saya kata pada mereka, Zahid cerdik macam Perdana Menterinya juga.

Tok Guru Mursyidul Am tidak kata banyak tentang duit itu. Beliau suruh sekalian ambil duit itu, undi jangan bagi pada mereka.

Apa pun ia boleh dikatakan satu pembelian undi berterangan dibuat lebih awal. Ia satu permulaan. Ia dikira halal dan berterangan. Mungkin ia seperti deposit dulu. Bila bubar Parlimen nanti ada lain pula.

Apa lagilah selepas penamaan calon dan menjelang hari mengundi. Ia seperti duit durian runtuh atau untung jerung bila kapal pecah.


—Harakahdaily


________________________________________


HAHAHAHAH...
BELI UNDI SUDAH DILAKUKAN..
SECARA LICIK..MEREKA SUDAH MENJALANKAN KEGIATAN CERDIK INI..KAH KAH KAH..
APA PUN MEREKA BERI..KITA PERLU AMBIL..KERANA BUKAN DUIT MAK BAPAK DORANG TU..
TAPI UNDI TETAP PR..HAHA..
JANGAN TERPENGARUH DENGAN DAKYAH2 MEREKA..SEBELUM MENDAPAT DUIT RM500 ITU.PASTI ADA CERAMAH SEDIKIT UNTUK MEREKA BERKEMPEN..HAHA..
JANGAN KERANA RM 500 ITU SUDAH MEMBUATKAN ANDA UNDI KEPADA BN..HAHA..
RAKYAT PERLU TUKAR KERAJAAN YANG BARU..TIDAK PERLU LAGI DIPERINTAH OLEH BN..
MARI KITA TERUS MELAWAN UMNO-BN...
ASALKAN BUKAN UMNO


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Sunday, 26 February 2012

Himpunan Hijau 2.0 mendapat sambutan

Lynas: Bantahan rakyat diterjemah pada PRU13-


KUALA LUMPUR, 26 Feb:Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan segala kemarahan rakyat yang hadir pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di seluruh negara hari ini akan diterjemaahkan pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Tambahnya, segala balasan yang diberikan oleh rakyat itu akan ditanggung oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana keangkuhan beliau dan Kerajaan Persekutuan enggan mendengar rintihan rakyat terhadap bencana yang bakal menimpa apabila loji tersebut beroperasi.


"Rakyat sekarang sudah cerdik dan boleh menilai setiap apa kelemahan yang dilakukan oleh kerajaan terutamanya yang membabitkan bencana alam sekitar serta nyawa manusia dalam jangka masa yang panjang," jelasnya sewaktu menghadiri Himpunan Hijau 2.0 di hadapan bangunan Maju Junction, di sini pagi tadi.

Beliau yang turut memberi ucapan di hadapan ratusan rakyat yang berhimpun itu menjelaskan himpunan hari ini menyaksikan penampilan demostrasi yang tidak pernah disaksikan sebelum ini kerana ia melibatkan pelbagai kaum dan juga peringkat umur.

"Tahniah kerana hari ini rakyat berbilang kaum turut hadir menyatakan sokongan mereka terhadap membantah pembinaan loji Lynas itu, dan saya pasti mereka ini hadir buka atas dasar parti tetapi atas rasa tanggungjawab mereka.

"Saya melihat lebih kurang 50 peratus mereka berumur 30 tahun ke bawah dan ini satu yang mengejutkan kerana mereka inilah merupakan golongan pengundi muda yang boleh menentukan siapa yang mereka ini pilih pada pilihan raya nanti," ulasnya.

Dr Dzulkefly berpendapat, golongan pertengah inilah merupakan undi penentu dan pada masa ini ia merupakan isyarat awal kepada Barisan Nasional terhadap apa yang bakal mereka hadapi nanti.

"Mereka hadir kerana rasa tanggungjawab mereka kepada negara ini dan juga kepada generasi yang akan datang, sudah pasti apabila bantahan mereka tidak didengari oleh kerajaan maka undi protes akan berlaku secara senyap," sambung beliau lagi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu juga menyatakan tidak ada apa-apa yang diperolehi oleh negara ini walaupun Lynas menyatakan akan untung RM8 bilion setahun dengan modal permulaan sebanyak RM700 juta kerana sikap murah hati kerajaan memberi pelepasan cukai hampir 10 tahun.

"Apa yang rakyat perolehi adalah kesan radioaktif serta malapetaka dan bencana alam sekitar yang akan ditanggung selama-lamanya, malah ia mengambil masa yang lama untuk ditangani secara selamat," kata beliau.


Himpunan aman yang bermula pada jam 9 pagi itu berakhir sekitar pukul 12 tengah hari.


HARAKAHDAILY..


____________________________________________


PERJUANGAN YANG MEREKA LAKUKAN INI ADALAH UNTUK ANAK CUCU KITA DI MASA HADAPAN NANTI..
SEMUA RAKYAT MALAYSIA HARUS TIDAK MENYOKONG LYNAS INI KERANA MEMBAHAYAKAN...
SUNGGUH TERUJA ADALAH ANAK2 MUDA RAMAI TURUN PADA HIMPUNAN HIJAU 2.0 INI..
ANAK MUDA PENENTU MASA DEPAN NEGARA..
SEGALA APA YANG UMNO TELAH BUAT..RAKYAT AKAN BAYAR PADA PRU 13 INI..HAHA..
NAJIB DAN GENG2 LAIN PASTI SEDANG TAKOT KERANA HIMPUNAN HIJAU INI DIHADIRI OLEH BERIBU RAKYAT YANG BERBILANG KAUM..SAMPAIKAN MEDIA UMNO KATA HIMPUNAN HIJAU INI DIHADIRI DALAM 500 ORG DI TV3 TD KERANA NAK LEGAKAN HATI MEREKA SENDIRI..HAHA..
RAKYAT TIDAK MAHUKAN LYNAS..
UMNO PERLU DITOLAK OLEH RAKYAT PADA PRU 13 INI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Najib dah insaf..

Najib akui BN pernah buat kesilapan di Selangor-Malaysiakini
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengakui kerajaan BN ada membuat sedikit kesilapan pada masa dulu hingga menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong mereka.

NONENamun katanya, BN kini sudah insaf daripada kesilapan sebelum ini dan juga memohon maaf kepada rakyat di Selangor.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya dipetik Bernamapada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di Pelabuhan Kelang, hari ini.

Sehubungan itu, Najib juga dipetik Bernama sebagai berkata Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Dakwanya, Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Bernama
bagaimanapun tidak melaporkan sama ada Najib ada menyatakan kesilapan-kesilapan BN itu dan di bawah Menteri Besar manakah perkara itu berlaku.

Pada ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Sambil memanggil hadirin yang hadir sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib.

Menurut beliau, anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri,” katanya.

Najib juga mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lalu.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya.

__________________________________________

HAHAHAHA...
CERITA KOMEDI YG TELAH NAJIB BUAT..HAHA..
MEMANG BANYAK KESILAPAN YANG DIBUAT..TAPI 50 TAHUN PUNYE KESILAPAN..
PR HANYA MEMERINTAH 4 TAHUN TETAPI TELAH BANYAK KEBAJIKAN YG TELAH DILAKSANAKAN..
BILA BN MEMERINTAH SELANGOR..APE ADE?..PUIHH..
JANGAN HARAPLAH MAHU MEMERINTAH SELANGOR LAGI..
RAKYAT SELANGOR SUDAH TIDAK MAHU BN MEMERINTAH SELANGOR LAGI..
NAJIB DAH TEKAD UNTUK RAMPAS SELANGOR..HAHA..TUNGGU PADA PRU 13
JANGAN MEREKA MAIN KOTOR DENGAN UNDI HANTU SUDAHLAH..
RAKYAT MAHUKAN PR MEMERINTAH SELANGOR...
MARI RAKYAT MALAYSIA..KITA JATUHKAN UMNO-BN PADA PRU 13..
PASTIKAN PR TAWAN PUTRAJAYA

ANAK MUDA TOLAK UMNO


Friday, 24 February 2012

Pemuda Umno Tunjuk Hebat..

Aktivis Umno: Kereta Anwar langgar peserta demo-Malaysiakini
Seorang anggota Pemuda Umno yang berada di barisan depan dalam demonstrasi depan pejabat PKR Sembrong Ahad lalu mendakwa, keadaan pada malam itu menjadi kecoh apabila kereta Datuk Seri Anwar Ibrahim terlanggar seorang peserta.

anwar car damaged by stone throwing umno supporters in sembrong 3Saksi yang enggan namanya disebut itu berkata, peserta demonstrasi mula menendang kereta Mercedes Benz itu menyebabkan kerosakan pada pintu dan cermin.

"Pemandu langgar dia, sakit tu. Mercedes, bukan (kereta) Kancil," katanya sambil mendakwa tindakan itu diikuti rakan mereka yang lain.

Beliau yang berada di situ dari jam 8 hingga 12.30 tengah malam bagaimanapun menafikan polis tidak mengambil tindakan menyuraikannya.

NONEKatanya, anggota keselamatan juga membuat benteng manusia dan menarik ke tepi lelaki yang disyaki mempunyai mercun tetapi tidak menjumpai sebarang bukti.

"Polis kepung side(pihak) Umno, tak bagi sikit pun terlepas. Siap pegang tangan," katanya lagi.

Bangladesh didakwa sertai ceramah Anwar

Berhubung dakwaan terdapat insiden membaling telur, aktivis Umno itu berkata ia disebabkan penduduk Kluang tidak sukakan Anwar ekoran kenyataan kontroversinya berhubung keselamatan Israel.

NONE"Malam itu orang dah tahu Anwar datang, dia lepas geram sejak (reformasi) 1998. Lebih 10 tahun dia tunggu Anwar datang sebab tak puas hati," katanya lagi.

Lelaki 26 tahun itu juga berkata, program bantahan Pemuda Umno dan NGO itu cuma hendak halang Anwar dan tidak berniat hendak mencederakan sesiapa.

NONE"Budak-budak Sembrong yang sertai sekali marah. Sembrong, jauh datang dari sana. Dia tak niat nak cederakan sesiapa. Saja nak halang Anwar sahaja. Ingat Anwar takut, terus blah(beredar). Orang Kluang 70 hingga 80 peratus benci Anwar," katanya.

Beliau juga mendakwa lebih separuh daripada peserta program PKR di Johor pada hari minggu lalu orang Bangladesh.

"Itu yang kita orang ketawa gila-gila. PKR kata, nak tawan Kluang," katanya menyindir.

Setakat ini, tambahnya, belum ada lagi rakan-rakannya dipanggil polis.

__________________________________________

HAHAHAHA..
BRAPA LA UMNO BAYAR DEPA UNTUK BUAT KERJA BODOH NI..HAHA..
BIAR PADAN MUKA HANG KNE LANGGAR...HAHA..SAPA SURUH BUAT KACAU..
ANWAR DATANG BUKAN NAK BOM TEMPAT KORANG..HAHA..
BUKAN NAK KACAU2 KORANG..
PANGGIL ORANG ASING KE?..HAHA..BUAT MALU JE..
SUDAH2 LA..JANGAN MEMALUKAN BANGSA SENDIRI DENGAN PERKARA BODOH YANG TELAH DILAKUKAN ITU..
JANGANLAH MENJUAL DIRI SENDIRI DENGAN DIUPAH UNTUK MENJADI GANGSTER TAIK KUCING..HAHA..
ANAK MUDA YANG LAIN JANGAN IKOT JEJAK LANGKAH DORG YG TIDAK BERMORAL INI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Wednesday, 22 February 2012

Kubu Kuat Umno Kian Runtuh

Kubu Umno di Felda Palong 6 mula retak-Malaysiakini

Usaha PKR cuba menembusi skim Felda Palong di Negeri Sembilan sejak enam bulan lalu mula membuahkan hasil.

NONEJika jumlah hadirin yang menghadiri ceramah ketua umum PKR Datuk Seri Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbalannya Azmin Ali dan ketua sayap Wanita Zuraida Kamaruddin dijadikan ukuran, nyata sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

PKR dikatakan berjaya menambat hati peneroka terutamanya dengan memperjuangkan kepentingan mereka dan membela golongan itu berhubung tindakan undang-undang yang difailkan terhadap Felda.

Malam tadi, giliran PKR presiden Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagi menggempur kubu Umno itu. Bertempat di Felda Palong 6, satu antara 6 yang membentuk kelompok dalam skim Felda tersebut, beliau berucap kepada ratusan hadirin.

NONEWan Azizah juga menyaksikan penubuhan cawangan PKR di Felda Palong 7 dan 8, serta menerima borang keahlian dari 50 orang.

Antara yang tidak dijangkakan adalah sambutan hangat yang diterima dari jawatankuasa masjid Felda Palong 5 - yang ahlinya sebelum ini terdiri daripada penyokong Umno - mereka turut menyertai majlis doa kesyukuran khas sempena pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat pada 9 Jan lalu.

Salah urus

Wan Azizah pada ucapannya, sekali lagi menegaskan bahawa ketidakadilan dan serangan bertali arus dilakukan oleh Umno terhadap Anwar.

"Terdapat lebih penting isu yang dibelenggui Malaysia, seperti salah urus wang negara dan skandal mencecah jutaan ringgit yang membabitkan Perbadanan Fidlot Negara dan salah guna dana zakat...

NONE"Namun Umno adalah lebih cenderung mencela Anwar setiap malam.

“Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli seperti minyak mentah. Kita perlu meningkatkan taraf hidup rakyat dan tahap pendidikan mereka," katanya.

Felda Palong terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Palong dan kini diwakili oleh ahli politik Umno, Datuk Aziz Samsuddin.

Kerusi DUN itu terletak dalam parlimen Jempol yang dipegang oleh Lilah Yasin.

Dua tahun lalu, apabila Anwar melawat Felda Palong 10, kira-kira 70 orang - termasuk jawatankuasa penganjur - hadir untuk mendengar beliau berucap.

NONENamun pada November lalu, tidak kurang 2,000 orang hadir di Felda Palong 6 untuk mengikuti ceramah oleh Ketua Pembangkang itu. Pada majlis itu, 412 peneroka menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR.

Felda Palong 6 kini mempunyai bilangan terbesar ahli PKR dalam kerusi DUN Palong.





______________________________________________

HARAPAN SEMAKIN CERAH...
RAKYAT MALAYSIA MAHUKAN PERUBAHAN..
RAKYAT MAHUKAN KEBAJIKAN RAKYAT TERJAGA..
JANGANLAH BERI PELUANG LAGI KEPADA UMNO..
KUBU KUAT UMNO DI MALAYSIA INI AKAN RUNTUH..
LAGI PR DIKUTUK DI TV3 SUKU ITU..SELAGI ITU SEMAKIN RAMAI RAKYAT YANG SOKONG PR..
UMNO-BN TIDAK LAGI RELEVAN BAGI ANAK MUDA DAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA.
MARI TUMBANGKAN UMNO PADA PRU 13..

ANAK MUDA TOLAK UMNO




Tuesday, 21 February 2012

apa salahnya berdagang dengan israel


Sudah Kantoi!!!.. sibapa tuduh Datuk Seri Anwar macam-macam.. agen Yahudilah.. agen asinglah... boneka Amerika Syarikat dan Yahudilah....Yahudi maukan Malaysia ditukar kerajaan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat dan DSAI jadi PM lah....

TETIBA.. KELUAR DARI MULUT ANAK KESAYANGANNYA.. BAHAWA TIADA MENJADI KESALAHAN JIKA ADA SYARIKAT MAU BERURUS DAGANG DENGAN ISRAEL.. INI TERJADI APABILA PIHAK PR BERJAYA MEMBUKTI DAN MENYAKINKAN RAKYAT BAHAWASANYA KERAJAAN UMNO ADALAH TALI BARUT ISRAEL YANG SEBENARNYA... KUTUK GILA-GILA ISRAEL TETAPI DALAM DIAM MEMPUNYAI URUS DAGANG DENGAN NEGARA TERSEBUT..


Hari ini dengan rasminya Mukhriz anak lelaki Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada menjadi kesalahan mana-mana syarikat negara ini mau berdagang urus dengan syarikat Israel.....

SUDAH KANTOI!!!.. SUDAH MENGAKU ANGKAT BENDERA PUTEH!!!.. SUDAH MENGAKU SELAMA INI UMNO MEMANG ADA HUBUNGAN RAPAT DENGAN ISRAEL DALAM ISU PERDAGANGAN....TANGAN KANAN KUTUK HABIS.. TANGAN KIRI GENGAM ERAT....


Nah!!.. sekarang siapa petualang dan pengkhianat bangsa dan agama??? siapa???.. UMNO sekarang ini zaman batu lagi... dia lupa sekarang kita hidup dialaf maya.. zaman internet.. zaman maklumat dihujung jari...

Apa lagi nak UMNO nafikan????....sebab itu kehadiran APCO dengan berbyar ratusan juta ringgit mendapat restu dari UMNO sendiri...

Berkokok cukup nyaring berderai.. tetapi ekor bergelumangan penuh dengan taik.. ITULAH UMNO YANG SEBENARNYA!!!!!
OMAK KAU

___________________________________________

APA SUDAH JADI PADA ANAK KESAYANGAN MADEY KUTTY NI..HAHAHA
TERKEJUT MADEY DGN KENYATAAN NI..HAHA..SEBAB MADEY KUTTY SENDIRI ADA HUBUNGAN AKRAB DENGAN YAHUDI..HAHA..
BERTUBI2 UMNO HENTAM PR PASAL ISRAEL..TIBE2 KELUAR KENYATAAN MUKHRIZ NI..HAHA..
UMNO NI NAK TIPU PAKCIK MAKCIK YG TENGOK TV3 SUKU DAN BCA UTUSAN MELOYA BOLE LAH..HAHA..
UMNO PERLU DIJATUHKAN PADA PRU 13 INI..
RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHUKAN UMNO LAGI..
ASALKAN BUKAN UMNO..
MEMENANGKAN UMNO ADALAH ORANG MELAYU YG TAK SEDAR SAHAJA..
SOKONG SGT UMNO KESAYANGAN KORANG TU..
MARI KITA TUMBANGKAN UMNO PADA PRU 13..

ANAK MUDA TOLAK UMNO


Monday, 20 February 2012

Kedatangan Anwar diraikan oleh rakyat Johor



PETALING, 20 Feb: Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, keganasan yang berlaku di Sembrong, Johor semalam jelas menggambarkan Umno berada dalam keadaan terdesak.

Malah, katanya kenyataan yang dikeluarkan oleh PKR sebelum ini yang meletakkan Johor sebagai negeri tumpuan PKR dan juga Pakatan Rakyat membuatkan mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja.

"Johor merupakan negeri ketiga keganasan yang dilakukan oleh Umno selepas Selangor dan Melaka.

"Malah insiden semalam yang mana pada satu program jelajah PKR, terdapat sekumpulan ahli Umno telah memulakan provokasi serta melakukan keganasan malah terdapat kecederaan dan kerosakan kepada kereta yang dinaiki oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," jelasnya.

Beliau berkata, tindakan samseng itu seolah-oleh mendapat restu oleh pihak keselamatan apabila hanya memerhati tanpa sebarang halangan mahupun tangkapan.


"Malah mercun yang dibaling itu melalui atas kepala polis tapi tiada tangkapan dibuat, saya tidak pasti adakah kerana ia berada di kawasan Parlimen Sembrong, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein?

"Persoalan ini perlu dijawab oleh menteri tersebut dan juga pihak polis yang bertugas, tapi melihat kepada kejadian tersebut seolah-olah ia direstui," ujarnya.

Ahli Parlimen Machang itu juga turut mempersoalkan adakah kerajaan boleh memberi jaminan keselamatan kepada pemimpin PKR mahupun Pakatan Rakyat dalam siri jelajah mereka bahawa tidak akan berlaku lagi keganasan seperti itu.

"Kita mahukan Hishammuddin serta Menteri Besar Johor tampil beri penjelasan berhubung insiden semalam. Penduduk yang hadir pada ceramah tersebut dan mereka mengenali siapa yang terlibat dalam provokasi tersebut," katanya.

Saifuddin menegaskan tindakan sedemikian tidak menghalang PKR mahupun PR hadir bertemu rakyat dalam usaha menjelaskan setiap penyelewengan yang dilakukan oleh Umno serta memberitahu janji PR apabila memenangi pilihanraya nanti.

Sebelum itu, keganasan yang dilakukan pada program ceramah yang diadakah di Pejabat Keadilan Sembrong itu menyebabkan kereta yang dinaiki Anwar kemek dan cermin pecah.


Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kluang pada jam 3 pagi.

Ceramah yang turut dihadiri beberapa pemimpin tempatan PKR itu telah mendapat kebenaran polis.

HARAKAHDAILY

____________________________________________

UMNO SEMAKIN KUAT MEROYAN...SAMSENG2 SEMAKIN BERLELUASA..
UMNO SEMAKIN MENGHAMPIRI KEKALAHAN..
MEREKA MERAIKAN KEDATANGAN ANWAR DI SEMBRONG,JOHOR..
POLIS DUDUK DIAM JE..HAHA..APE GUNE JADI POLIS KALAU TAK JAGA KESELAMATAN..HAHA..
TAKOT DENGAN SAMSENG UMNO..SAMSENG UMNO LAGI BERKUASA DARIPADA POLIS KE?..HAHA..
LAWAK BETUL MALAYSIA NI..INILAH AJARAN2 UMNO..
SUDAH BANYAK CERAMAH PR YG TELAH DIGANGGU..
ADAKAH ANDA SEMUA MASIH MAHU MENYOKONG UMNO DAN MENGUNDI DACING LAGI..HAHA
JANGAN JADI RAKYAT MALAYSIA YANG BODOH..JANGAN ASYIK MENONTON TV3 SUKU SAHAJA..HAHA..
TELAH BANYAK PROVOKASI YANG TELAH DILAKUKAN..
SEBELUM INI DI JALAN KEBUN DAN JUGA DI KG IDAMAN DISUSULI DENGAN KERETA DIPECAH DI SEMBRONG,JOHOR
MEREKA SEMAKIN TAKOT..
MARI SAMA2 KITA TOLAK UMNO..

ANAK MUDA TOLAK UMNO