KUALA LUMPUR, 6 Nov — PAS akan mendengar sendiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkenaan dengan kenyataan tentang umat Islam bebas memilih agama, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menurutnya, PAS tidak akan mengambil keputusan tanpa satu kenyataan yang jelas.
"Kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai isu kenyataan beliau (Nurul Izzah), dan kita tidak boleh hukum kalau tidak jelas," kata presiden PAS itu dalam sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat parti tersebut.
Menurut Abdul Hadi (gambar), PAS akan bertanya sendiri kepada Naib Presiden PKR itu untuk mendapat penjelasan terhadap isu tersebut.
Sementara itu Datuk Mustafa Ali mengatakan PAS tidak akan mengambil pendirian hanya kerana laporan media.
"Kita tidak boleh ambil kenyataan dari media secara terus, kita semua tahu laporan media tidak semestinya tepat," kata Setiausaha Agung PAS itu lagi.
Kelmarin sebuah laman portal melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk orang Melayu.
"Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata,” katanya yang dipetik dari portal berita itu.
Nurul menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Beliau juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.
Dalam mesyuarat tersebut, pucuk pimpinan PAS turut membincangkan tentang Muktamar Tahunan ke-58 yang akan berlangsung di Dewan PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan.
Mesyuarat yang berlangsung dari 16 hingga 18 November, akan membincangkan isu dalaman parti dan persiapan pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini. "Kita sudah bersedia, bahkan kita sudah bersedia sudah sekian lama," kata Abdul Hadi.
Sempena Muktamar Tahunan itu juga, PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung pada 16 November di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di Kota Bharu, Kelantan.
Muktamar Tahunan Kali Ke-58 ini akan dihadiri seramai 1,100 perwakilan PAS dari seluruh negara.
Sambil menyifatkannya sebagai satu tuduhan liar, Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata langkah itu hanya cuba untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Saya tunggu respons daripada istana. Kita tengah tunggu respons untuk mengadap," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.
Mohammad Nizar sebelum ini menghantar surat permohonan rasmi untuk menghadap bagi membolehkannya menerangkan kedudukan sebenar isu itu, yang berpunca daripada tweetnya yang menyebut bahawa wang bidaan itu boleh digunakan membantu Melayu miskin.


"Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa terdapat arahan seperti ini, yang saya yakin merupakan satu lagi fitnah jahat Umno yang sememangnya sedang semakin gentar dengan kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan kekejaman mereka yang rakus merompak dan menyeleweng harta rakyat dan negara," katanya.

Sehubungan itu, Utusan diarahkan membayar pampasan RM200,000 kepada setiausaha agung DAP itu dan RM25,000 lagi sebagai bayaran kos.
Menurut Tidall bahawa "tanda-tanda tidak kelihatan baik" untuk Anwar apabila kes itu menghampiri penghujungnya.