free counters
Showing posts with label Pak Samad. Show all posts
Showing posts with label Pak Samad. Show all posts

Thursday, 19 January 2012

BERSIH disokong sepenuhnya oleh menteri

'Tindakan mahkamah jika BERSIH ke jalanan lagi'-Malaysiakini
Peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Pakatan (BERSIH) akan berdepan dengan tindakan jika mereka sekali lagi turun ke jalanan dan mengadakan himpunan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz.

NONE"Kalau ada yang turun lagi ke jalanan, mereka akan berdepan dengan tindakan undang-undang," kata Nazri pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan pengerusi BERSIH Datuk Ambiga Sreenevasan Selasa lalu yang mengumumkan bahawa NGO itu tidak akan teragak-agak untuk sekali lagi turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.



_____________________________________________

PUIH..CUBA TANYA PENGLIMA LUDAH..DIA TAKUT TAK?..HAHA..
RAKYAT AKAN TETAP TURUN DI JALANAN..RAKYAT MAHUKAN PILIHANRAYA YANG ADIL.SUDAH SEKIAN LAMA UMNO MEMERINTAH..SELAMA ITU JUGAK LA RAKYAT BANYAK DITIPU.
RAKYAT TAK TAKOT PUN..HAHA..SETAKAT UGUTAN CMNI..BERIBU2 LAGI ORG TURUN BERSIH 3.0..HAHA..
MARI RAMAI2 KITA TURUN KE JALANAN..JANGAN ADA RASA GENTAR DAN APA SAHAJA..
UMNO TAKOT AKAN HIMPUNAN JALANAN RAKYAT..UMNO TAKOT AKAN KEBANGKITAN RAKYAT KERANA DENGAN KEBANGKITAN RAKYAT AKAN MENYEBABKAN MEREKA JATUH TERSUNGKUR SEHINGGA MASUK KE LOBANG TAIK YG MEREKA CIPTA SENDIRI...HAHAHA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO


Tuesday, 17 January 2012

Laksanakan Bersih 3.0

BERSIH 3.0 JIKA TIDAK LAKSANAKAN TUNTUTAN

KUALA LUMPUR 17 Jan: Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S.Ambiga memberi amaran bahawa gabungan itu akan menganjurkan Himpunan Bersih 3.0, sekiranya kerajaan masih gagal menunaikan tuntutan untuk melaksanakan pilihan raya bersih dan adil.

Menurut Ambiga, pihaknya telah melakukan pelbagai cara termasuk menerusi kaedah rundingan dan menegaskan gabungan itu turut menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi penambahbaikan proses pilihan raya.

“Ia mesti dilaksanakan (oleh Suruhanjaya Pilihan Raya). Maka kita akan cuba semua itu, namun sekiranya mereka (SPR) tidak memenuhinya sebelum PRU, kami tidak menolak kemungkinan untuk menggerakkan Bersih 3,” tegas Ambiga.

Menurut Ambiga, adalah jelas SPR tidak menghormati cadangan yang dikemukakan PSC dan Parlimen sekiranya suruhanjaya itu masih tidak mahu melaksanakan lapan tuntutan Bersih.

Di sidang media sama, Sasterawan Negara, A Samad Said turut mengatakan Bersih 3.0 adalah alternatif terakhir sekiranya tuntutan itu tidak dilaksanakan.

“Sekiranya semua pilihan tidak dilaksanakan, memang tidak mustahil akan diadakan Bersih 3.0,”

Bersih hari ini melancarkan Kempen Jom 100 bertujuan menarik seramai mungkin pengundi berdaftar untuk keluar mengundi bagi mencapai sasaran 100 % keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Pada PRU ke-12 sebelum ini, seramai 8.16 juta rakyat menunaikan tanggungjawab mereka mengundi untuk memilih wakil rakyat masing-masing.


KEADILANDAILY



_________________________________________________-

RAKYAT MALAYSIA AKAN SENTIASA MENYOKONG BERSIH..
RAKYAT MAHUKAN SISTEM PILIHANRAYA YANG ADIL DAN BERSIH..
APA YANG DIHARAPKAN..BERSIH 3.0AKAN DILAKSANAKAN BAGI SPR MENUNAIKAN TUNTUTAN BERSIH 2.0..
MASA BERSIH DIADAKAN..UMNO DAH KETAQ KAKI DA..HAHA..KETAKUTAN YANG TERAMAT..HABIS JALAN KL DITUTUP..SURAT KHABAR MENGATAKAN DARURAT..
CEH..DARURAT LA..APA LA..HAHA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO



Monday, 5 December 2011

umno bakal tumbang

Ini Perhimpunan Umno Terakhir Sebagai Parti Berkuasa-Keadilandaily


KUALA LUMPUR: Umno kini sudah bersedia untuk disingkirkan dalam pilihan raya umum akan datang apabila tanpa segan silu menyelewengkan wang RM250 juta dan kemudian mempertahankan tindakan tersebut dalam perhimpunan agungnya yang lalu.

Menurut Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, perkara itu menggambarkan moral Umno yang sudah buruk tetapi masih mahu mengaku mempertahankan Melayu.

“Hanya mereka yang tidak bermoral boleh melemparkan kata-kata penghinaan (ke atas Pakatan Rakyat), boleh mencuri RM250 juta, dan kemudian mempertahankan diri mereka.

“Kesalahan pertama adalah salah guna dana dan kedua ialah mempertahankan tindakan mereka,” kata Anwar sewaktu berucap di Shah Alam malam tadi.

Beliau berkata demikian di hadapan lebih 5 ribu rakyat yang hadir ke ‘Rapat Rakyat Datuk Menteri Besar Selangor dan para tetamu khas’ di Stadium Malawati malam tadi.

Beliau merujuk kepada skandal NFC melibatkan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menerima RM250 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menternak lembu.

Wang itu sepatutnya digunakan untuk memenuhi keperluan pasaran lembu tempatan tetapi sebaliknya ia digunakan NFC untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar, dua lot tanah di Putrajaya, bercuti ke luar negara, menunaikan umrah, dan membeli kereta Mercedes-Benz.

Justeru, kata Anwar, masanya sudah tiba untuk Umno disingkirkan kerana pimpinannya tergamak mempertahankan salah guna kuasa mereka pada perhimpunan yang sepatutnya membincangkan hal ehwal semasa orang Melayu.

“Ini Perhimpunan Agung Umno terakhir sebagai parti berkuasa. Pemimpinnya mempertahankan jenayah dan kuasa.

“Itu pun tanpa segan dan malu mereka menjerit ‘Kami Selamatkan Melayu’.

“Melayu begini harus dihumbankan,” kata Anwar tegas dan disambut tepukan gemuruh daripada hadirin yang khusyuk mendengar ceramahnya.

Turut hadir pada majlis rapat umum itu adalah pimpinan utama Pakatan Rakyat yang lain seperti penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Mursyidul Am Pas, Datuk Niz Abdul Aziz Nik Mat, dan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.



____________________________________________


UMNO AKAN BERKUBUR..MEREKA TIDAK AKAN BERKUASE LG JIKALAU RAKYAT SEMUA BERUBAH UNTUK UNDI PR..

JGN PERCYE DGN INI PARTI..PARTI INI KUAT TIPU ORG..

SUDAH REMBAT DUIT ORG MELAYU..LG MAU LAUNG MELAYU2..

KEPALA DEPA LA..

RAMAI2 KITE TOLAK UMNO..JGN BG MEREKA BERKUASE LG..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Thursday, 1 December 2011

Pak Samad ketuai pembantahan akta perhimpunan

Pak Samad ketuai protes bantah Akta Perhimpunan-Malaysiakini
Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said akan mengetuai pusingan kedua protes di KLCC esok, bagi membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang diluluskan Dewan Rakyat Selasa lalu dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara.

Taman yang sama, Sabtu lalu, menyaksikan kehadiran kira-kira 400 penunjuk perasaan.

klcc walk for freedom of assembly crowdKebanyakan mereka berpakaian kuning sebagai menyokong pergerakan BERSIH 2.0 dan berkumpul serta bernyanyi, mengedar belon dan bunga, meniup buih sabun dan mengamalkan yoga untuk menunjukkan rasa kurang senang dengan dengan undang-undang baru yang didakwa menyekat kebebasan untuk berhimpun.

"Minggu ini, kami akan lakukannya lagi. Pak Samad akan menyertai kami untuk mendeklamasikan beberapa puisi.

“Marilah kita banjiri KLCC tanpa permit polis. Marilah kita tentang undang-undang yang bodoh ini. Marilah kita pertahankan kebebasan kita," tulis seorang daripada penganjur itu, Wong Chin Huat, di Facebook beliau.

Samad, 76, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad seorang penyajak dan penulis novel yang tidak asing lagi dengan demonstrasi. Beliau pernah mengetuai bersama perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai dan perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009.

malaysian can walk klcc 261111 08Acara yang bermula jam 2 petang itu sekali lagi dianjurkan melalui Facebook. Ia menuntut rang undang-undang itu ditarik balik segera dan semua rakyat Malaysia di luar negara dibenarkan mengundi secara pos.

Penganjur berharap untuk bilangan yang akan hadir kali ini akan meningkat kepada 800 orang. Setakat ini, tidak kurang 300 warga maya telah mengesahkan penyertaan mereka.

Tidak seperti minggu lalu, penganjur kali ini meminta para peserta membawa makanan untuk "perkelahan petang" dan seperti lazimnya untuk membawa bersama bendera, belon dan bunga, serta berpakaian dengan warna kuning.

____________________________________________________________-

PAK SAMAD TURUN PADANG..BGOS NI..

RAMAI2 LAH BANTAH UNDANG2 BODOH NI..


HARAP2 RAMAI YG AKAN MENYERTAI PEMBANTAHAN INI..


NI MCM PEMBANTAHAN SEMPOI LA KIRENYE..HAHA..TERBAEK..



ANAK MUDA TOLAK UMNO

RAMAI2 TENTANG UNDANG2 BODOH UMNO NI..