free counters
Showing posts with label PR. Show all posts
Showing posts with label PR. Show all posts

Monday, 21 November 2011

Undang-undang bodoh

Lim: Ini rang undang-undang perhimpunan haram-Malaysiakini
DAP kecewa dengan tindakan kerajaan memperkenalkan undang-undang perhimpunan aman yang dianggap bertentangan dengan janji perdana menteri untuk memberi lebih kebebasan dalam membuat perhimpunan.

Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng berkata, rang undang-undang berkenaan memberi kuasa yang luas kepada polis untuk menahan individu yang menyertai perhimpunan.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak," katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.

Beliau berkata demikian dengan merujuk Seksyen 8 dalam rang undang-undang berkenaan yang menyatakan bahawa seseorang pegawai polis boleh mengambil langkah yang difikirkannya perlu untuk memastikan perhimpunan berkenaan dikendalikan dengan teratur.

Lim turut mempertikaikan peruntukan undang-undang berkenaan yang melipatgandakan jumlah denda yang boleh dikenakan kepada peserta dan penganjur terlibat.

Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.

Seksyen 21(3) dalam dokumen sama turut memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam perhimpunan.

Malah, rang undang-undang yang dibacakan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini turut meluaskan lagi kawasan larangan untuk mengadakan perhimpunan.

Tempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

"Maknanya semua tempat pun tak boleh berhimpun. Dalam hutan pun tak boleh sebab mungkin ada loji rawatan air," kata Lim dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Selain loji rawatan air, kawasan larangan juga meliputi tempat ibadat, stesen janakuasa elektrik, stesen minyak, terminal pengangkutan, tadika dan juga sekolah, kata Lim.

Menurut rang undang-undang tersebut, polis mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan sekiranya diadakan di kawasan berkenaan atau dalam lingkungan 50 meter daripada kawasan larangan tersebut.

"Dulu tempat-tempat ini tidak ada dinyatakan... Jadi mungkin boleh dinyatakan menteri tempat-tempat yang dibenarkan (untuk berhimpun," katanya lagi.

Ditanya mengenai tawaran kerajaan sebelum ini untuk mengadakan perhimpunan di dalam stadium, seperti yang dilakukan Perhimpunan Sejuta Umat, Lim berkata beliau langkah seperti itu perlu mengambil kira perhimpunan pada skala kecil.

"Kalau (jumlah peserta perhimpunan) kecil tak perlu buat di stadium. Kalau tidak, mungkin BERSIH saja yang boleh buat perhimpunan di stadium," katanya lagi.

__________________________________________________________________________________
UNDANG-UNDANG APE YG DIPERKENALKAN NI..

UNDANG2 MAK BAPAK DEPA KA..

INI UNDANG2 SAKAI YG AKU PNH DGR..HAHA

TERNYATE SI MONGOLIA BERKEPALE BOTAK SEORANG YG PENIPU BESAR..HAHA

DIE BERJANJI NK MEMBERI KEBEBASAN LA..APE LA..SEPERTI YG DIKATAKAN OLEH LIM
GUAN ENG DI PERENGGAN PERTAMA..

BNYK TMPAT YG DILARANG UNTUK WT PERHIMPUNAN.SAMPAIKAN DLM HUTAN PON X BOLEH..

UMNO BANGSAT NI TAKOT KLO SUME RAKYAT BERHIMPUN..

KEPALE OTAK DEPA LA...HAHAHA

UMNO TAKOT AKAN SUARE ORG RAMAI..MCM VC UiTM YG SUKE JILAT BONTOT UMNO..HAHA


ANAK MUDA TOLAK UMNO..
PRU 13 MENENTUKAN SEGALANYA

Friday, 18 November 2011

UMNO cuak projek tetek lembu kantoi

Projek tetek lembu umno - masiakini


Projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didakwa pembangkang sebagai projek gagal meskipun diberi pinjaman mudah RM181 juta daripada kerajaan, hari ini membawa sekumpulan wartawan melawat ladangnya.

Bagaimanapun, keadaan semakin kusut apabila beberapa wartawan yang berkumpul di ibu pejabat NFC di Gemas, Negeri Sembilan itu dihalau.

pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirMenurut seorang wartawan yang tidak mahu identitinya didedahkan, beliau hadir kerana diberitahu bahawa sidang akhbar akan diadakan di lokasi itu tetapi setibanya di situ, beliau dimaklumkan bahawa hanya wartawan daripada media terpilih sahaja yang dibenarkan masuk.

"Kami tak dapat jemputan tetapi dimaklumkan bahawa akan ada sidang media, jadi kami ke mari, tetapi penyambut tetamu berkata nama kami tidak ada dalam senarai.”

Kata wartawan itu lagi antara media yang tidak dibenarkan masuk adalah dari Sin Chew DailyChina PressNanyang Siang PauOriental Daily dan Kwong Wah Yit Poh.

NONEMasalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan.

Ia kemudiannya semakin hangat apabila Pakatan Rakyat berjaya membuktikan projek itu milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

PKR pula kemudiannya mendedahkan syarikat itu menggunakan dana pinjaman mudah itu bagi membeli satu unit kondominium mewah berjumlah RM9.8 juta.




___________________________________________________________________________
BONTOT KJ DAH KETAQ.
INI DIA CARA UMNO LAYAN MEDIA.
YANG MAHU BERCAKAP BAGI PIHAK RAKYAT.
ORANG MACAM NI HAMPA NAK LANTIK SEBAGAI PEMIMPIN?
PIRAHHHH!


ANAK MUDA TOLAK UMNO!

Wednesday, 16 November 2011

Lutut budak UMNO Johor dan nak lucut

Kongres PKR bagi rempuh kubu Umno-masiakini
PKR berharap kongres kebangsaannya di Johor pada hujung minggu depan akan membantu parti itu dan Pakatan Rakyat menyebarkan pengaruh mereka ke negeri berkenaan yang telah sekian lama menjadi kubu kuat Umno.

NONESetiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata tujuh kongres sebelum ini di negeri-negeri lain telah menghasilan kesan itu dan berharap perkara yang sama akan berlaku di Johor.

"Jika dilihat sejarah parti, kita telah adakan kongres di lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kelantan di mana PKR dan Pakatan bertambah kukuh.

"Kita berharap kongres yang akan diadakan di Pulai Springs (di Kulai) bermula 25 November ini akan menyaksikan PKR dan Pakatan menembusi Johor yang dikenali sebagai kubu Umno,” katanya.

Saifuddin berkata keputusan mengadakan mesyuarat di Johor adalah berdasarkan sambutan orang ramai di negeri itu terhadap PKR dan Pakatan yang begitu menggalakkan.


___________________________________________________________________________
MONGOLIA DAN BIK MAMA DAH GOYANG GOYANG.
PAK DIN PUN SAMA LUTUT SUDAH GOYANG.
JOHOR SUDAH MAHU DILANGGAR.
MANA HANG NADIM YANG NAK PERTAHANKAN UMNO ?
MARI TENGOK SIAPA KUAT DAN BERANI LAWAN BERDEPAN.
BUDAK SURUHAN KHAIRY JAMALODDIN AKAN BUAT MACAM MACAM LEPAS NI..
LEPAS SATU.. SATU....
MACAM NI LA OMPUTEH KATA DESPERATE.

ANAK MUDA TOLAK UMNO!

Tuesday, 15 November 2011

Susu tetek lembu

Kandungan susu formula bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar batas-batas yang ditetapkan oleh Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985, dakwa ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

NONEPua yang sebelum ini kerap kali membidas pengendali kedai itu, Mydin Mohamed Holdings Bhd, kali ini mendakwa ‘susu membesar’ 1Malaysia yang dijual itu mengandungi "lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan".

“Kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 IU (unit antarabangsa) bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan," dakwanya, dengan mendasarkan perbandingan itu dengan had yang ditetapkan oleh Akta Peraturan Makanan.

Mydin, semalam telah membuat penjelasan berhubung beberapa dakwaan yang dibuat oleh Pua yang berkata produk di kedai berkenaan dijual pada harga lebih tinggi manakala kualitinya pula adalah rendah.
Pua berkata pengambilan vitamin A secara berlebihan boleh menyebabkan di ‘Hypervitaminosis A’, yang antara lain, boleh menyumbang kepada masalah hati, mengurangkan ketumpatan mineral tulang dan perubahan warna kulit.

NONEDitanya sama ada ia boleh menyebabkan keracunan, Pua berkata: "Nampak macam itu, tetapi saya bukan doktor. Awak boleh semak dengan seorang pengamal perubatan."

Ketika membandingkan formula susu 1Malaysia 300gm dengan Nespray 1 +, keluaran Nestlé, katanya, susu 1Malaysia kekurangan "nutrien utama" seperti yang disyaratkan oleh peraturan.
Beliau juga berkata 15 nutrien utama tidak terdapat dalam formula 1Malaysia itu: Asid lemak yang diperlukan; Vitamin D; Vitamin C; Vitamin B1; Vitamin B2; Nicotinamide; Vitamin B6; Asid Folic; Asid Pantothenic; Vitamin B12; Vitamin K1; Vitamin H; Vitamin E; Iodine dan  Zink.

___________________________________________________________________________

DENGAN UMNO JANGAN MAIN ISU MCM NI LG LA APEK!
MAIN ISU LAIN.
TUMBANGKAN DEPA.
LANTAK DEPA LA NAK HISAP SUSU TETEK UMNO PUN
HAHAHAHAHAHAHAHAA
BIK MAMA PUNYA SUSU MCM MANA PULAK ?
ANAK MUDA TOLAK UMNO!