free counters
Showing posts with label Parti Islam Semalaysia. Show all posts
Showing posts with label Parti Islam Semalaysia. Show all posts

Monday, 19 August 2013

5 Sebab Islam Jadi Agama Paling Diktator?

1. Sebab wujudnya pemimpin bebal UMNO

2. Sebab bercakap guna lutut dan langsung tak guna otak.

3. Ada pemimpin yang tunjuk kekerasan apabila ada pihak lain mahu memertikai dengan fakta dan hujah.

4. Wujud pemimpin korup dan hidup macam duit mak bapak dia punya.

5. Ada pemimpin berlagak samseng dan muka tak hensem

OPSSSSS, Ya ampun. Jangan marah ya puak-puak UFB, UAI dan suku sakat. Gua cuma nak cakap tentang sesuatu..... Lihat ini.

ADUN: Derhaka jika pertikai keputusan negeri isu surau - Malaysiakini


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid memberi amaran keras kepada ahli politik di peringkat persekutuan agar tidak mempertikai sebarang keputusan kerajaan negeri dalam isu surau di Tanjung Sedili, Johor.

BILA MASA PULAK ISLAM HALANG UMATNYA BERSUARA DAN BERPENDAPAT? MAQASID SYARIAH BUKAN AJAR SUPAYA MENJAGA AKAL KE?

Tindakan itu jika dilakukan dianggap "derhaka" kepada kerajaan Johor kerana mencampuri urusan yang terletak di bawah bidang kuasa jabatan agama negeri, katanya.

SOLTAN JE ADA KUASA YA? HEBAT! BOLEH JATUH-JATUHKAN HUKUMAN SESUKA HATI PADA RAKYAT

Amaran keras itu yang dilontarkannya sewaktu membahas titah pembukaan Sultan Johor dalam mesyuarat pertama penggal pertama sidang DUN ke-13 turut ditujukan kepada ahli-ahli politik BN.

LA IQRAHA FIDDIN. ISLAM BUKAN AGAMA KERAS SYEIKH!

"Saya menyarankan kepada pihak-pihak tertentu di peringkat pusat agar jangan memandai-mandai hendak menyoal keputusan yang dibuat oleh jabatan agama Islam dan kerajaan negeri Johor Darul Takzim.

SIAPA PLAK YANG MEMANDAI-MANDAI, HANGPA TAKDA OTAK KE? UBAH JELA SAF KIBLAT.

"Jangan ada dari peringkat pusat waima dari barisan kita juga yang cuba membuat kenyataan derhaka terhadap tindakan kerajaan negeri Johor lebih-lebih lagi terhadap isu-isu yang menghina agama Islam di bumi ini.

"Kalau kita ini tukang kasut, jangan pula kita hendak mengajar tukang gunting bagaimana hendak mendandan," katanya.

DAN INI PALING DIKTATOR DAN KEJAM

Beliau bagaimanapun sebelum itu menyokong tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melucutkan status pemastautin tetap pemilik resort yang suraunya dijadikan tempat bermeditasi sekumpulan penganut fahaman Buddha itu.

Beliau turut mengalu-alukan KDN mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana individu yang didapati menyalahgunakan keistimewaan imigresen itu.

"Saya juga alu-alukan tindakan selanjutnya oleh Kementerian Dalam Negeri ke atas individu-individu yang diberikan keistimewaan bermastautin di negara ini tetapi menyalahgunakan keistimewaan itu," katanya.

Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadut sebelum ini mengandaikan surau itu mungkin akan dirobohkan kerana tidak menepati arah kiblat.

Keputusan itu bagaimanapun dilaporkan akan hanya ditentukan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri dalam masa sebulan lagi.





YA AMPUN! YA INI DIA BILA ORANG BERLAGAK PANDAI AGAMA.

YA INI MADEYRISME KA ATAU BUKAN?

ATAU POLITIK GEDIK STYLE ANAK PAPA!

YA AMPON PAK. SURAU IKUT KIBLAT ATAU ORANG IKUT KIBLAT?

PENING YA AMPONN!

Tuesday, 13 August 2013

Hakikat BN, PAS dan Syiah




Ini adalah perkara yang berlaku hari ini tidak kira di mana-mana termasuk Malaysia.


Hari ini permainan dan isu Syiah dimainkan di merata tempat. 

Di Malaysia pergaduhan tak terhenti sehingga menyebab banyak tangkapan dan setiap hari media memainkan perkara yang sama.

Cuba lihat gambar di atas.



Bukan mahu back up sesiapa, tapi kita ini sesama manusia.

Hujah dibalas hujah, pendapat di balas pendapat.


Islan bukan agama zalim.


MEGAT HIDAYAT



Dikutip dari blog Tukang Lawan

Sunday, 30 December 2012

Jakim Mahu Saman Hady PAS? Lupa ke Kenyataan Kutty Mamak?

Jakim, badan ugama di Malaysia katanya ingin mengambil tindakan jika Hady masih ingin mempertahankan satu amanat.

Ia amanat kontroversi tahun 1981 dengan menkafirkan United Maley Nationel Organization.

Amanat ini penting buat PAS.

Hady ingin menjelaskan semula asbab ini terjadi,

Meminta supaya Raes Amah dari Jelebu Negeri Sembilon memberi kebenaran . Kebenaran supaya diberi ruang di RTM bagi sesi penjelasan.

Kenapa United Maley Nationel Organization layak digelar kapir.



Dulu, Najeri Ajis gila mahu tubuh pasukan Bar Concel baru kerana dikatakan tidak bebas.

Kini perlu rasanya Badan Ugama baru, kerana Jakim itu tidak bebas.

Jakim terlupa bahawa banyak lagi perkara sebelum ini masih tergantung.

Jakin terlupa yang Madey Kutty Iskander banyak buat kenyataan yang wajar diperhati ..

Fatwa Maddey Kutty... :-

1. Tujuan menutup Aurat kerana dizaman Nabi , Arab Jahiliyah mempunyai nafsu yg kuat. 3 Sept 1997 PAU
2. Dia bukan ada Gillete. Zaman Nabi ada Gillete ke.? tak dak.. Pisau cukur pun tak dak masa tu...1997 Majlis tertutup Majlis Agama Kebangsaan..
3.Apabila huku rejam dan potong tangan dilaksanakan pada penzina dan pencuri, nescaya ramailah umat Islam akan mati dlm keadaan kudung tangan.. 14 Julai 1992.. pada wartawan..
4.Al Quran perlu ditafsirkan semula mengikut peredaran masakini.. 14 Orog 1994 diPasir Mas... dan beratus lagi Fatwa dan Amanat dari Maddey dan pemimpin UMNO yg lain yg jelas cukup bertentangan dgn Islam...!!

(RAJA MOHD SHAHRIM MALAYSIAKINI)




Tuesday, 6 November 2012

PAS MAHU PENJELASASN DARIPADA IZZAH NUAR BEGHAIM


Sila baca dengan teliti

supaya tidak bebal macam pembaca utosan dan berita hairan,



PAS mahu dengar penjelasan Nurul Izzah mengenai isu murtad, kata Hadi

-themlaysianinsider
November 06, 2012
KUALA LUMPUR, 6 Nov — PAS akan mendengar sendiri dari Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkenaan dengan kenyataan tentang umat Islam bebas memilih agama, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.



Menurutnya, PAS tidak akan mengambil keputusan tanpa satu kenyataan yang jelas.



"Kita tidak boleh membuat sebarang kenyataan mengenai isu kenyataan beliau (Nurul Izzah), dan kita tidak boleh hukum kalau tidak jelas," kata presiden PAS itu dalam sidang media selepas mesyuarat di ibu pejabat parti tersebut.

Menurut Abdul Hadi (gambar), PAS akan bertanya sendiri kepada Naib Presiden PKR itu untuk mendapat penjelasan terhadap isu tersebut.



Sementara itu Datuk Mustafa Ali mengatakan PAS tidak akan mengambil pendirian hanya kerana laporan media.



"Kita tidak boleh ambil kenyataan dari media secara terus, kita semua tahu laporan media tidak semestinya tepat," kata Setiausaha Agung PAS itu lagi.



Kelmarin sebuah laman portal melaporkan Nurul Izzah mengatakan rakyat tidak seharusnya dipaksa untuk mengamalkan agama tertentu dan ini juga termasuk orang Melayu.



"Jika anda bertanya kepada saya, tidak ada paksaan dalam agama, bagaimana kamu boleh minta maaf, (kebebasan beragama) ini hanya terpakai kepada bukan Melayu, ia perlu terpakai secara sama rata,” katanya yang dipetik dari portal berita itu.

Nurul menafikan beliau meremehkan soal akidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad seperti yang didakwa sesetengah pihak.



Beliau juga berasa kesal apabila ada pihak cuba memutarbelitkan kenyataannya berhubung isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu di negara ini.



Dalam mesyuarat tersebut, pucuk pimpinan PAS turut membincangkan tentang Muktamar Tahunan ke-58 yang akan berlangsung di Dewan PUTIK, Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mesyuarat yang berlangsung dari 16 hingga 18 November, akan membincangkan isu dalaman parti dan persiapan pilihan raya yang akan berlangsung selewat-lewatnya April ini.

"Kita sudah bersedia, bahkan kita sudah bersedia sudah sekian lama," kata Abdul Hadi.



Sempena Muktamar Tahunan itu juga, PAS bersama Pakatan Rakyat (PR) akan mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang akan berlangsung pada 16 November di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di Kota Bharu, Kelantan.



Muktamar Tahunan Kali Ke-58 ini akan dihadiri seramai 1,100 perwakilan PAS dari seluruh negara.


____________________________________________________________________________
SAH PILIHAN RAYA NAK DEKAT,

KALAU DULU SI UMNU NAK LAGAKAN DEE AA PEE DENGAN PAS,

KINI UMNU NAK LAGAKAN PEE KAY ARR DENGAN PAS.

KAH KAH KAH

INI STRATEGI LAPOK ZAMAN KUTTY MAMAK,

MANA BOLEH PAKAI DAHHHHh!

PAK CIK FELDA TAIB ANDAK PUN DAH BIJAK,

GARA-GARA MUSUH KETAT UMNU, PAK LEBAI GOOGLE

KAH KAH KAH

Wednesday, 31 October 2012

Mari lihat Zul Kulim punya pengakuan.

Perjuangan Islam ?

Kah Kah Kah.

Pelir dia.

Ini dia bila mana sebab kuasa, seorang sanggup jadi katak. Senangnya manusia berubah

HIDUP ZUL KULIM!


Tuesday, 30 October 2012

Pakatan, UMNO dan Kakitangan Kerajaan ?

Apa akan jadi kalau pakatan dapat kalahkan UMNU dalam PRU nanti ?

Kita akan lihat gomen staff akan mula berubah hati.

Akan mula tidak 'bersyukur' dengan apa yang kerajaan umnu bn beri,

Mereka akn jilat buntut Nuar Berahim pula.

Dan mengaku taubat nasuha taknak berpihak pada parti yang rasuah lagi.

Inilah peredaran politik.

Kitaran hidup manusia sepanjang zaman.




Mereka akan jilat buntut dan sujud pada nuar berahim.



Dia akan buat kenyataan pada harakah dan kata taubat. Nak istiqamah dalam perjuangan lepas ni.




Dia akan buat kenyataan maaf pada karpel singgah, nuar dan nik ajis serta berusaha untuk memartabatkan orang malayu disamping cokia dan keling. 

Kah Kah Kah

Kitaran hidup manusia!



Lagi Pekebun Kecil disembelih samseng UMNO di Pahang



TEMERLOH: Seramai 90 pekebun kecil getah Felda Lakum, Lanchang di sini mendakwa kerugian lebih RM3 juta sejak empat tahun lalu akibat persatuan mereka gagal mendapat lesen membeli dan menjual serta pusat mengumpul getah (PMG) daripada Lembaga Pelesenan Getah Malaysia (LPGM).

Dalam aduan mereka kepada Konvoi Cakna Rakyat yang dipimpin Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, mereka mendakwa mempunyai bukti permohonan persatuan tersebut telah dikhianati.

(Gambar: Fauzi menyerahkan memorandum kepada Tuan Ibrahim.)

Dalam memorandum mereka kepada rombongan PAS Pahang itu, mereka menjelaskan persatuan mereka merupakan warga Felda Lakum yang telah berdikari mengusaha dan membangunkan sendiri ladang getah dengan bantuan tanaman semula di bawah Risda, telah mengeluarkan hasil sejak 2009.

Sejak itu telah beberapa kali persatuan tersebut memohon lesen daripada LPGM dengan bayaran sebanyak RM400 berserta pelan tapak PMG, kebenaran oleh tuan tapak dan lain-lain dokumen lengkap telah ditangguhkan pihak Lembaga Pelesenan Getah Malaysia sedangkan permohonan telah dibuat.

Malangnya LPGM telah tiga kali menghantar jawapan bertulis “ditangguhkan” dengan alasan pihak berkenaan tidak membenarkan dan dalam masa yang sama Felda sendiri telah membina PMG tetapi telah lama menutup operasinya.

Ketua Biro Ekonomi Persatuan Pekebun Kecil Felda Lakum Fauzi Omar, 64, memberitahu PMG Felda ‘gulung tikar’ kerana tidak ada sebatang pun getah Felda di situ kerana Felda hanya mengusahakan kelapa sawit.

“Pada masa ini ladang persatuan kami menghasilkan getah sekerap 5 metrik tan sehari dan jika dikira sepanjang empat tahun penghasilan kami kerugian antara RM3 ke RM4 juta kerana terpaksa mengumpul dan menjual melalui pihak lain atau ada masanya dirampas pihak berkuasa.

“Kami telah memajukan industri komoditi Felda tetapi kenapa tergamak ‘menyembelih’ kami?” soalnya.

Fauzi berkata, persatuan mereka yang pernah memenangi anugerah persatuan pekebun kecil terbaik kebangsaan itu mempunyai perancangan lain jika berjaya mengumpul dana melalui perniagaan getah termasuk memajukan hartanah persekitaran yang berstatus lokasi gred satu kerana menjadi laluan utama ke Pahang Barat.

“Apa gunanya kerajaan dan Felda bercakap tentang transformasi Felda dan membawa peneroka ke arena perniagaan antara bangsa sedangkan peneroka sendiri ditindas?” soalnya lagi.

Felda Lakum mula diduduki pada tahun 17 November 1979 dengan 500 peneroka pada masa itu.

Pada tahun 2002 semua peneroka telah habis membayar hutang Felda dan pokok getah ditebang. Tahun 2003 mereka mula mengusahakan tanaman semula.

Bagi yang menyerahkan pengusahaan ladang kepada Felda menanam kelapa sawit sementara 160 peneroka yang terus menanam semula getah memohon bantuan pekebun kecil daripada Risda dan mula mendapat hasil mereka pada 2009.

Sementara itu, Bendahari Persatuan Ramli Kamal, 64, berharap kelulusan lesen persatuan mereka disegerakan untuk kemudahan jualan getah seharian di samping menggerakkan ekonomi persatuan dengan cara berdikari seperti mana yang dikehendaki oleh matlamat penubuhan Felda itu sendiri.

“Semua tahu bahawa matlamat penubuhan Felda ialah akhirnya membimbing peneroka berdikari dan berjaya, tetapi kes kami ini kejayaan kami mahu disekat,” katanya.

Ramli memberi contoh, Felda Jengka 14 tidak menghalang persatuan pekebun kecil getah mempunyai lesen sendiri sehingga mereka boleh berniaga dengan berjaya.

Beliau turut berharap Pakatan Rakyat dapat memberi perhatian serius kepada masalah mereka seberapa segera daripada sekarang sehinggalah apabila berjaya menubuhkan kerajaan nanti.

Tuan Ibrahim yang memberi respons segera berkata PAS melihat perkara yang tidak telus telah berlaku akibat Felda sendiri telah lari daripada fungsi asal iaitu membawa peneroka berdikari.

“Apa yang berlaku sekarang ialah penindasan Felda terhadap orang Melayu sendiri. Dan kita akan membawa perkara ini ke peringkat atas bagi membela nasib kelompok peneroka yang teraniaya ini,” katanya.

Wednesday, 25 July 2012

MUKRIZ ANAK MAMAK TAK SABAR JADI PM - UUM

Lihat sekarang bagaimana university of sintok dah buat kajian kongkang!
Prof Rohena Kongkang dah buat kajian mengampu!
Dulu UUM kata sokongan rakyat pada BN sekarang tak berbelah bagi,
sekarang kata rakyat kedah nak mukrez. 
Apa cerita ?

Bertanding la dulu kalau ya pun!
LAWAN JE!
Jangan la nak berangan-rangan.
Kalau ye pun sintok nak bodek tak payah la sampai macam ni.
Team UMNO paling loser adalah team mukrez.

Kalau nak undi bn ,
rakyat jangan lupa macam mana persitiwa memali dulu
Siapa yang planning kalau bukan mamak ?

Kalau tak sedar lagi ,
jual jela kedah tuuu

Kajian UUM: Ramai mahu Mukhriz jadi MB Kedah - malaysiakini


 
Satu kajian oleh Universiti Utara Malaysia menyatakan bahawa anak kepada bekas perdana menteri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir merupakan pilihan ramai sebagai bakal calon menteri besar Kedah.

NONEKajian yang dibentangkan oleh Prof Madya Dr Rohana Yusof itu dari UUM juga menyatakan bahawa BN lebih berpeluang untuk merampas Kedah dari tangan PAS dalam pilihan raya umum akan datang.

"Rakyat Kedah inginkan seorang menteri besar yang mampu menyelesaikan masalah mereka dan pada masa yang sama rajin menemui rakyat.

"Nada ini secara tidak langsung memberi gambaran ketidakupayaan menteri besar dari kerajaan PAS melaksanakan tanggungjawab yang diharap oleh pengundi," kata Rohana dalam slaid pembentangan kajiannya.

Monday, 16 July 2012

ASAN ALE DISAHKAN GILA MEROYAN ?

Inilah gaya sorang pemimpin yang gila nak jadi Menteri.
Nak kan kuasa,
Tapi akhirnya terkandas.
Sanggup memfitnah itu dan ini.
Seolah menelanjangkan diri sendiri.

Inilah kesannya.
Asan Akidah.

Saturday, 9 June 2012

ABDOLAH BEDEWI MASUK PAS



Kelakar pulak dengan dulah ni.
Mongolia buat tarian separuh bogel depan belia dkat potrajaya dia tak bising.
Tiba-tiba pulak nak sound pee kay arr buat tarian.
HAHAHAHAHAHA

Abdullah: Orang Kepala Batas tolak tarian skirt pendek-bernama



Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata penduduk Parlimen Kepala Batas tidak boleh menerima persembahan tarian seksi yang dipertontonkan secara umum pada majlis makan malam 'Bertam Nite' anjuran PKR di Kepala Batas, Ahad lepas.

Abdullah, yang juga Anggota Parlimen Kepala Batas, berkata adalah salah jika parti itu mengharapkan akan mendapat sokongan daripada rakyat di Kepala Batas dengan mempersembahkan tarian seksi itu.

"Kalau itu caranya yang mereka lakukan untuk mendapatkan sokongan rakyat, mereka salah dan susahlah (untuk dapat sokongan) kerana orang Kepala Batas tidak dapat menerima persembahan itu (tarian seksi).

"Saya sendiri terkejut bila tengok gambar (persembahan tarian seksi) itu dan terfikir majlis apa yang mereka buat ni," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Qaryah-qaryah Masjid Negeri Pulau Pinang, di Kepala Batas hari ini.

Abdullah berkata sepatutnya wakil PAS yang turut menghadiri majlis makan malam itu menegur rakan pakatannya iaitu PKR agar lebih sensitif.

Pengerusi PKR negeri Datuk Mansor Othman baru-baru ini dipetik sebagai berkata persembahan tarian seksi yang memaparkan tiga penari perempuan memakai skirt pendek itu tidak dianjurkan oleh parti berkenaan.

Mansor, yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, berkata perkara itu adalah kesilapan penaja kerana persembahan yang dicadangkan ialah tarian tradisonal daripada pelbagai kaum.

- Bernama

Thursday, 24 May 2012

KHUTBAH DI JOHOR DAN SELANGOR TERANG-TERANG LAWAN UMNU

SELANGOR : HIBURAN MELALAIKAN TERUTAMANYA DALAM KALANGAN ANAK MUDA.
TAPI LAWAK!
BILA NAJEB RAJAK DENGAN BEE END ANJUR HIMPUNAN ANAK MUDA BELIA DI PUTRAJAYE.
KONSERT.
TARIAN BOGEL-BOGEL.
NYANYI2.
KAH KAH KAH!


JOHOR : ANAK MUDA PERLU KUAT MELAWAN LGBT.
KAH KAH KAH!
LAGI KELAKAR.
WALHAL DALAM KABINET JUHUR SENDIRI ADA BANYAK TAK BETUL,
RASUAH BERSEPAH.
SEKS BEBAS TINGGI.
TAPI SURUH LAWAN LGBT.
BETULKAN BASIC DULU.






Monday, 21 May 2012

ALHAMDULILLAH , BERTAUBAT JUGA GENG RAHEM NUR

BILA CERITA DATUK FAUZI SHAARI ,
SAORANG BEKAS ORANG NOMBOR TIGA DALAM PEE DEE ARR EMM MASUK PARTI ISLAM,
RAMAI JUGA YANG PELIK,
ALHAMDULILLAH.
ORANG PAKATAN PATUT BERSYUKUR.
BELIAU KATA , ISLAM ADALAH JALAN YANG DIPERSETUJUI TERUTAMA BILA DAH BERUMUR,
DAN BILA BERUMUR RASA NAK MENYUMBANG PADA RAKYAT.
DIA ADA KOMEN ,
HAMPA BACA LA SENDIRI.


OKAY LA NI.
DARI BANGSA MAMAK ,
BILA NAK TAUBAT ?
ASYIK NAK LAGAKAN ORANG.
SIBUK LAGAKAN PARTI ISLAM DENGAN PARTI MELAYU,
PASAL MUZAKARAH DIA KOMEN MACAM BUDAK KAMPUNG KEDAH
YANG TAK SEKOLAH.
SUDAH LAAA.
MASA DAH TAMAT.
MARI LA KE SURAU.
DOA KAN SAMA-SAMA
INSYAALLAH

Thursday, 12 April 2012

Madey Mamat gesa mahasiswa masuk PAS

Mahasiswa perlu bijak berpolitik - UTUSAN MELALUT

TEMERLOH 11 April - Mahasiswa Islam perlu proaktif dan bijak menggunakan kebebasan berpolitik seperti dicadangkan kerajaan menerusi pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, golongan itu perlu proaktif dan bijak menggunakan kebebasan bagi mencorak persekitaran politik pelajar yang lebih segar dan menjadi pendorong utama ke arah transformasi negara.

Beliau berkata, mereka perlu menggunakan peluang tersebut bagi mengembalikan zaman kegemilangan Islam untuk membina pemikiran politik Islam yang demokratik, progresif dan matang.
"Sejarah gerakan mahasiswa Islam di negara ini bermula sejak 1930-an lagi menerusi tokoh-tokoh seperti Syeikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh al-Hadi.

"Kedua-dua tokoh tersebut memulakan gerakan pembangunan umat Islam ke arah pembangunan sosio ekonomi dan masyarakat manakala pada 1970-an pula muncul gerakan dakwah Islamiah oleh mahasiswa," katanya.
______________________________________________________________________________________-
INI KATA-KATA PEMBOHONG IMNO.
KATA KATA MANUSIA PERKUSU DAN PEKEDA.
TIBA-TIBA SURUH MAHASISWA BIJAK BERPOLITIK NAK KEMBANGKAN DAKWAH?
AJAR MINITIRI AGAMA IMNO DULU!
AUKU PUN PINDA NAK TAK NAK.
ANAK MUDA JANGAN TERUS DIBODOHKAN.
DIBONSAIKAN PEMIKIRAN.

ANAK MUDA TOLAK UMNO!

Monday, 2 April 2012

Rosmah kenakan tindakan terhadap penari tiang

Mampukah denda RM25 gerunkan penari tiang?


KUALA LUMPUR, 2 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) kesal dengan kenyataan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berhubung isu tiga wanita 'penari tiang' yang hanya didenda RM25.

Jamil Khir ketika mengulas perkara itu berkata bahawa, pesalah kes moral tidak harus dilihat dari aspek hukuman saja, tetapi juga pada keperluan kaunseling terhadap mereka.

Beliau juga turut berkata "Harapan kita masyarakat umat Islam tidak terjebak dalam perkara seperti ini".

Mengulas kenyataan itu Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar) berkata, pesoalan pokok yang perlu Jamil Khir jawab adakah denda RM25 itu mampu menggerunkan mereka dari mengulangi perbuatan itu atau memberi pengajaran kepada orang lain.

"Hukuman yang setimpal juga adalah sebagai kaunseling terbaik kepada semua pihak, sama ada pesalah dan masyarakat.

"Apakah pengajaran yang boleh diambil dengan hanya denda RM25 sahaja seorang? Mampukah denda RM25 memperi peringatan keras kepada individu lain daripada menceburi bidang yang haram ini," soalnya.

Dalam hal ini katanya, Datuk Seri Jamil Khir perlu ingat bahawa gejala sosial dalam masyarakat di negara ini sudah berada di tahap yang membimbangkan.

Lebih malang ujarnya apabila yang terlibat dalam industri seks sebagai penari lucah di kelab malam ini adalah gadis Melayu beragama Islam.

"Ternyata Datuk Seri Jamil Khir gagal menjaga agama Islam dan umatnya di negara ini.

"Beliau menganggap kesalahan itu sebagai remeh dan hukumannya setimpal sedangkan umat Islam menganggap kesalahan mereka amat besar," kata Riduan.

Khamis lepas, tiga wanita beragama Islam didenda RM25 seorang oleh mahkamah berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan berkelakuan kurang sopan dengan melakukan aksi tarian tiang di sebuah pusat hiburan di Nilai pada 24 Mac lalu.

Mereka didenda mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM25 atau penjara maksimum 14 hari.

Hukuman itu bagaimanapun dipertikai masyarakat kerana merasakan denda RM25 itu terlalu kecil berbanding kesalahan yang mereka lakukan.

Malah ada yang mendakwa ianya jauh beza dengan pendapatan lumayan penari tiang tersebut dan denda RM25 bukan satu pengajaran kepada mereka.


____________________________________________


HAHAHAHA
DENDA HANYA RM 25?..

MEMANG TIADA KESEDARAN LA..HAHA..
CMNE OSTAD UMNO NI BOLEH BERI DENDA YANG TIDAK SETIMPAL DENGAN PERBUATAN YANG MEREKA LAKUKAN...
MUNGKIN BAGI MEREKA HANYA KESALAHAN KECIL..
TETAPI BAGI MASYARAKAT TIDAK SAMA SEKALI..
IMAM HOSLAN BALING KASUT DIKENAKAN PENJARA..
PENARI TIANG HANYA DIKENAKAN DENDA RM 25..HAHA..
TIDAK MASUK AKAL BETUL..
UMNO PERLU DITUMBANGKAN PADA PRU 13..
NANTIKAN BERSIH 3.0

ANAK MUDA TOLAK UMNO.



Tuesday, 27 March 2012

Umno-Bn bakal menang besar


Azmin Ali (tiga dari kanan)

KUALA LUMPUR 27 Mac: Pakatan Rakyat mencadangkan kerajaan menyediakan satu dana khas kepada parti politik yang terlibat dalam kempen pilihanraya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, langkah itu bertujuan menyuburkan lagi demokrasi di negara ini.

“Pandangan ini masih lagi diteliti oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) dan kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat terakhir PSC menambah baik pilihanraya,” katanya selepas mesyuarat PSC di Parlimen hari ini.

Ditanya perkembangan terbaru mesyuarat itu, Azmin berkata Pakatan Rakyat masih mendesak jawatankuasa meneliti isu-isu utama yang dibangkitkan iaitu membersihkan senarai pengundi diragui.

“Kami masih tidak berpuas hati dengan komitmen yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung perkara ini dan ia menyebabkan laporan mesyuarat masih belum dapat dimuktamadkan.

“Justeru kami akan mendesak supaya (SPR) memberi komitmen terhadap pembersihan senarai daftar pemilih yang masih tidak dilaksanakan SPR sehingga kini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Mimos iaitu sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan pada Februari lalu mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi mencurigakan.

Mimos memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih 100 pengundi menetap di alamat yang sama.

Turut dipertikaikan alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah.

Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.


KEADILANDAILY

___________________________________________


SEBELUM PRU 13 BAKAL MENDATANG INI..
TELAH BANYAK PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO -BN.
BANYAK JUGA YG TELAH DAPAT DIKESAN SEPERTI 100 PENGUNDI DALAM 1 RUMAH..HAHA.CMNE TU?..
KITA PERLU MENDESAK SUPAYA SPR MEMBUAT PILIHANRAYA SECARA BERSIH,TELUS DAN ADIL..
JIKA TIDAK..NANTIKAN BERSIH 3.0...

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Friday, 23 March 2012

Janji-janji PR bohong belaka

Kroni dapat RM589 juta, rakyat dapat RM500 je



(Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta - Mohamad Sabu)

KUALA LUMPUR, 23 Mac: Kroni Umno, Tan Sri Tajudin Ramli dapat RM589 juta sedangkan rakyat berpendapatan rendah sekadar mendapat RM500 sahaja, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini hari ini yang melaporkan, pengurusuan Danaharta Nasional Bhd melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.

"Dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.

"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad.

Beliau menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.

"Kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.

"Itu kepada keluarga (Ketua Wanita Umno, Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil) dan kepada Tajudin, bolehkah dipercayai isteri dan anak Perdana Menteri tidak dapat apa-apa?

"Bagaimana pula dengan pembesar Umno yang lain serta keluarga mereka? Adakah anak serta menantu perdana-perdana menteri sebelum ini tidak dapat apa-apa?" Mohamad mempersoalkan.

Beliau meminta rakyat berfikir, adakah selepas menang di dalam pilihan raya akan datang, para pemimpin Umno dan kroni-kroni mereka tidak akan berbelanja sesama sendiri dengan lebih ganas lagi selepas menang pilihan raya akan datang.

"Dalam pada hendak menghadapi pilihan raya pun tidak takut langsung dan tidak rasa bersalah sedikit pun kerajaan Umno menggasak RM589 juta untuk kroninya, bayangkan apabila menang pilihan raya nanti," Mohamad mengingatkan.

Pembantaian wang rakyat itu, katanya, belum lagi termasuk pelbagai penyiksaan ke atas rakyat yang dijangka akan "dihempuk" oleh Umno ke tas rakyat seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST), pemotongan pelbagai subsidi seperti subsidi minyak yang pasti diikuti kenaikan harga barang yang mendadak dan meruncing, kenaikan tarif dan palbagai penyiksaan lain.

"Satu-satu pilihan yang ada untuk mengelakkan pembantaian wang rakyat dan penyiksaan itu ialah memastikan Umno dikalahkan dalam pilihan raya akan datang," katanya.

Penyelesaian luar mahkamah yang dicapai oleh Tajudin dengan beberapa GLC itu adalah berikutan persetujuannya untuk menarik balik rayuannya pada 7 Disember, 2009 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap beberapa litigan dan GLC termasuk Telekom Malaysia Bhd, Naluri Corporation, Celcom (M) Bhd, Atlan Holding Bhd dan Kumpulan CIMB Group.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta, jumlah wang yang beliau berhutang ketika pembelian kontroversi saham MAS pada tahun 1994, yang membuka jalan bagi hartawan untuk memiliki syarikat penerbangan nasional itu.

Pada masa yang sama, mahkamah juga membatalkan tuntutan balas RM13 bilion yang difailkan oleh Tajudin terhadap GLC berkenaan.


Harakahdaily


______________________________________


ITULAH LUMRAH YG DIHADAPI OLEH RAKYAT MALAYSIA INI..
KRONI2 BN DIBERI BERJUTA2.RAKYAT HANYA RM 500..
BUKAN TIDAK BERSYUKUR..TETAPI TIDAK MEMADAI RAKYAT HANYA DAPAT RM 500..

RAKYAT YANG BODOH SAHAJA YANG MENGUNDI BN DENGAN HANYA RM 500 TU..HAHA..
MARILAH KITA SAMA2 TOLAK UMNO..
UMNO-BN PERLU DITUMBANGKAN PADA PRU 13 INI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO


Thursday, 22 March 2012

Pakatan Rakyat Kuat Menipu

Pakatan dedah bagaimana daftar pemilih 'dimanipulasi'-Malaysiakini
Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan dakwaan pembangkang mengenai bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melakukan "penipuan besar-besaran" dalam memanipulasi daftar pengundi.

NONE"Saya akan buktikannya dan memberi contoh khusus," kata Anwar (kanan) dalam satu sidang media di lobi parlimen.

Beliau kemudian menunjukkan satu cetakancarian pengundi SPR untuk menunjukkan bagaimana pengundi dengan nama dan nombor kad pengenalan yang didaftarkan di Pulai, Johor didaftarkan semula sebagai pengundi baru di Pekan, Pahang.

Mengenai bagaimana ianya dilakukan, Anwar mendakwa, jika mereka memasuki data yang sama, komputer akan menolaknya, lalu mereka menambah tanda pangkah (/) selepas nombor kad pengenalan dalam pendaftaran baru.







_____________________________________

KALAU TAK MENIPU BUKAN UMNO LA NAMANYA...HAHA
SPR ITU ANJING UMNO..HAHA..BALACI TERKUAT UMNO APABILA TIBA HARI PILIHANRAYA..
PENDEDAHAN DEMI PENDEDAHAN TELAH DILAKUKAN..
KALI NI MEREKA TIDAK AKAN TERLEPAS LAGI..
DEDAH LAGI APA YG MEREKA TELAH TIPU..
APA YANG PASTI..PRU 13 INI ADALAH PRU YANG PALING KOTOR..
BERSIH 3.0 PERLU DILAKSANAKAN SECEPAT MUNGKIN SEPAYA PILIHANRAYA DAPAT DIBERSIHKAN DAN TELUS..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Tuesday, 20 March 2012

BN tidak senang duduk sekarang

PRU-13: Hanya tiga negeri selamat bagi BN, kata Daim-Malaysiakini
Bekas Menteri Kewangan dan bendahari Umno Tun Daim Zainuddin - yang meramalkan bahawa BN akan tumbang di Pulau Pinang, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum 2008 - sekali lagi membuat analisis politiknya.

daim zainuddinKali ini, ketika ditemubual oleh akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau yang diterbitkan hari ini, beliau berkata kedudukan BN sebenarnya tidak benar-benar selesa.

Menurutnya, beliau hanya menjangka kemenangan mudah bagi BN di Johor, Melaka dan Pahang.

Bagi merampas semula Kedah dan Selangor dari Pakatan Rakyat, katanya, BN, khususnya Umno perlu mencari barisan kepimpinan yang sesuai.

Bagi mengekalkan Terengganu dan Sabah, Umno negeri masing-masing perlu bersatu. Tetapi untuk mengekalkan Perak akan menjadi cabaran terbesar bagi BN, komen Daim.

Di Negeri Sembilan, di mana BN hanya mampu menubuhkan kerajaan negeri dengan kelebihan enam kerusi sahaja, katanya, parti itu perlu menyelesaikan beberapa masalah khusus.

Meskipun Daim tidak mengulas lanjut mengenai isu-isu berkenaan, namun dipercayai Umno perlu mencari calon yang sesuai untuk mengisi jawatan menteri besar, kerana penyandangnya, Datuk Seri Mohamad Hasan, dijangka dipindahkan ke jawatan kerajaan persekutuan.

Bagi Kelantan dan Pulau Pinang, Daim berkata, BN akan kalah di kedua-dua kubu Pakatan Rakyat itu.

Daim juga menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan pasukannya sebagai "jeneral tanpa askar".

____________________________________________

3 NEGERI JE YG SELAMAT UNTUK BN..HAHA..
PAKATAN RAKYAT PERLU BERUSAHA KERAS UNTUK MEMENANGI PRU 13 INI..
JANGAN CALONKAN PENGKHIANAT...NANTI MEREKA JADI KATAK JUGAK MACAM BRAHIM ALI..HAHA..
BN SEKARANG MAKIN MENGHAMPIRI KEHANCURAN..
RAKYAT PERLU UNDI PAKATAN RAKYAT UNTUK MEMBERI PAKATAN RAKYAT PELUANG MENAWAN PUTRAJAYA..
UMNO-BN PERLU DITUMBANGKAN PADA PRU 13..
RAKYAT TIDAK MAHUKAN PEMERINTAHAN OLEH UMNO-BN LAGI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Sunday, 18 March 2012

Pakatan Rakyat akan kalah

KUALA LUMPUR, 18 MAC: DAP menyeru agar semua pemimpin dan ahlinya menggandakan usaha untuk memastikan Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, usaha itu penting untuk mengekalkan kedudukan Pakatan sebagai kerajaan negeri yang ada sekarang di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor, selain mengharapkan mandat rakyat untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya.

“Isyarat-isyarat bahaya sudah menandakan bahawa PRU ke-13 akan menjadi pilihan raya yang paling kotor dalam sejarah Malaysia.

“Kunjungan para pemimpin BN ke setiap pelusuk negara untuk memenangi hati pengundi adalah ulangan taktik menggunakan politik wang untuk membeli undi, mengawal media arus perdana untuk memomokkan pembangkang dan memuliakan BN serta menyalah gunakan jentera kerajaan untuk tujuan pilihan raya.

“Taktik mereka bukan sahaja sudah sampai ke tahap yang tidak pernah dilihat sebelum ini, tetapi untuk kali pertama dalam sejarah BN dan penyokong-penyokongnya bertindak mengancam pemimpin-pemimpin PR secara terbuka,” katanya dalam perutusan ulang tahun ke-46 DAP hari ini.

Menurutnya, beliau sendiri bersama pemimpin-pemimpin PR seperti Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu telah menjadi mangsa ancaman bahaya dan keganasan apabila menghadiri acara-acara awam.

Malah, katanya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar pun diancam oleh penyokong BN di Pahang yang bukan sahaja sahaja melanggar budaya Melayu tetapi juga budaya Malaysia, apabila seorang lelaki mengancam seorang wanita secara fizikal.

“Yang lagi teruk, taktik-taktik ancaman ini juga diperluaskan kepada fitnah-fitnah terhadap kanak-kanak yang masih bersekolah.

“Anak saya yang berumur 15 tahun telah dituduh dengan fitnah bahawa beliau telah mencabul kehormatan rakan sekolahnya dan saya pula dikatakan telah membayar RM200,00 sebagai sogokan.

Walau pun “mangsa” wanita itu telah mengeluarkan kenyataan umum bahawa ia adalah palsu dan tidak pernah sesekali pun berjumpa dengan saya atau anak saya, tidak ada tindakan yang diambil oleh polis terhadap Umno-Online dan blogger-blogger UMNO yang menyebarkan pembohongan ini,” tambah beliau.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, DAP berada dalam bahaya jika ahli-ahli dan penyokong tidak berjaya menangkis taktik BN yang tidak tahu malu – iaitu Duit, Media, Jentera Kerajaan dan Mengancam Pemimpin-Pemimpin PR (4M: Money, Media, Machinery of Government, Menacing PR Leaders).

Malah, ujarnya, UMNO-BN juga memainkan taktir kotor menggunakan Kaum, Agama, Raja dan Memanipulasi Suruhanjaya Pilihan Raya (4R: Race, Religion, Royalty, Rigging The Election Commission) yang bakal disemarakkan lagi dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Justeru, menurut beliau, para pemimpin dan ahli DAP hendaklah sentiasa berjaga-jaga terhadap taktik 4M dan 4R ciptaan BN itu supaya pendekatan pelbagai kaum DAP akan berjaya untuk menyatukan dan membawa kesejahteraan kepada semua rakyat Malaysia berdasarkan prinsip-prinsip keadilan, kebenaran, kebebasan, demokrasi dan integriti.

“Walau pun PR, PAS, PKR dan DAP telah berkali-kali menekankan sokongan kami untuk mendukung Perlembagaan Persekutuan, BN masih lagi meneruskan taktik tidak tahu malunya dengan menggunakan kaum, agama dan raja untuk menawan balik undi Melayu.

“Lebih teruk lagi, BN juga kelihatan seolah-oleh ingin memanipulasi pilihan raya dengan undi hantu, mendaftarkan warga asing dengan memberikan kad pengenalan kepada mereka,” katanya.

Menurutnya, keengganan kerajaan BN menubuhkan Suruhanjaya Driraja untuk menyiasat gejala pendatang asing di Sabah dan serta peralihan pengundi secara senyap kepada kawasan-kawasan undi yang lain tanpa pengetahuan mereka, termasuk juga Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, membuktikan taktik kotor yang sedang digunakan. – Roketkini.com


_________________________________________

PASTI PRU 13 INI AKAN MENJADI PRU YG TERHEBAT DI MALAYSIA..
TUNGGU SAHAJA TIBA PRU 13 INI..
PASTI PELBAGAI TAKTIK DIGUNAKAN OLEH MEREKA..SEPERTI UNDI HANTU DAN MACAM2 LAGI..
PELBAGAI PROVOKASI TELAH DILAKUKAN OLEH MEREKA..LEBIH BANYAK PROVOKASI YG BERLAKU.LEBIH RAMAILAH RAKYAT YANG AKAN MENYOKONG PR..HAHA..ITU YANG DIHARAPKAN..
MEDIA SEPERTI TV3 SEKARANG LEBIH BANYAK MENGHENTAM PAKATAN RAKYAT..LEBIH BANYAK MEROSAKKAN MINDA ORANG2 MELAYU DI MALAYSIA INI..
MARI SAMA2 BERPAKAT UNTUK TIDAK UNDI KEPADA BN LAGI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO