free counters

Tuesday 27 March 2012

Umno-Bn bakal menang besar


Azmin Ali (tiga dari kanan)

KUALA LUMPUR 27 Mac: Pakatan Rakyat mencadangkan kerajaan menyediakan satu dana khas kepada parti politik yang terlibat dalam kempen pilihanraya.

Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, langkah itu bertujuan menyuburkan lagi demokrasi di negara ini.

“Pandangan ini masih lagi diteliti oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) dan kita akan lihat keputusannya pada mesyuarat terakhir PSC menambah baik pilihanraya,” katanya selepas mesyuarat PSC di Parlimen hari ini.

Ditanya perkembangan terbaru mesyuarat itu, Azmin berkata Pakatan Rakyat masih mendesak jawatankuasa meneliti isu-isu utama yang dibangkitkan iaitu membersihkan senarai pengundi diragui.

“Kami masih tidak berpuas hati dengan komitmen yang diberikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung perkara ini dan ia menyebabkan laporan mesyuarat masih belum dapat dimuktamadkan.

“Justeru kami akan mendesak supaya (SPR) memberi komitmen terhadap pembersihan senarai daftar pemilih yang masih tidak dilaksanakan SPR sehingga kini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Mimos iaitu sebuah syarikat teknologi milik penuh kerajaan pada Februari lalu mendedahkan terdapat sekurang-kurangnya 230,000 pengundi mencurigakan.

Mimos memberitahu pihaknya mengesan 820 kes di mana terdapat lebih 100 pengundi menetap di alamat yang sama.

Turut dipertikaikan alamat yang mencurigakan di mana pengundi didaftar dengan alamat yang tidak lengkap ataupun tidak sah.

Mimos berjaya mengesan 22,076 pemilih berdaftar yang berumur lebih 90 tahun.


KEADILANDAILY

___________________________________________


SEBELUM PRU 13 BAKAL MENDATANG INI..
TELAH BANYAK PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH UMNO -BN.
BANYAK JUGA YG TELAH DAPAT DIKESAN SEPERTI 100 PENGUNDI DALAM 1 RUMAH..HAHA.CMNE TU?..
KITA PERLU MENDESAK SUPAYA SPR MEMBUAT PILIHANRAYA SECARA BERSIH,TELUS DAN ADIL..
JIKA TIDAK..NANTIKAN BERSIH 3.0...

ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment