free counters
Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Tuesday, 21 February 2012

apa salahnya berdagang dengan israel


Sudah Kantoi!!!.. sibapa tuduh Datuk Seri Anwar macam-macam.. agen Yahudilah.. agen asinglah... boneka Amerika Syarikat dan Yahudilah....Yahudi maukan Malaysia ditukar kerajaan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat dan DSAI jadi PM lah....

TETIBA.. KELUAR DARI MULUT ANAK KESAYANGANNYA.. BAHAWA TIADA MENJADI KESALAHAN JIKA ADA SYARIKAT MAU BERURUS DAGANG DENGAN ISRAEL.. INI TERJADI APABILA PIHAK PR BERJAYA MEMBUKTI DAN MENYAKINKAN RAKYAT BAHAWASANYA KERAJAAN UMNO ADALAH TALI BARUT ISRAEL YANG SEBENARNYA... KUTUK GILA-GILA ISRAEL TETAPI DALAM DIAM MEMPUNYAI URUS DAGANG DENGAN NEGARA TERSEBUT..


Hari ini dengan rasminya Mukhriz anak lelaki Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tiada menjadi kesalahan mana-mana syarikat negara ini mau berdagang urus dengan syarikat Israel.....

SUDAH KANTOI!!!.. SUDAH MENGAKU ANGKAT BENDERA PUTEH!!!.. SUDAH MENGAKU SELAMA INI UMNO MEMANG ADA HUBUNGAN RAPAT DENGAN ISRAEL DALAM ISU PERDAGANGAN....TANGAN KANAN KUTUK HABIS.. TANGAN KIRI GENGAM ERAT....


Nah!!.. sekarang siapa petualang dan pengkhianat bangsa dan agama??? siapa???.. UMNO sekarang ini zaman batu lagi... dia lupa sekarang kita hidup dialaf maya.. zaman internet.. zaman maklumat dihujung jari...

Apa lagi nak UMNO nafikan????....sebab itu kehadiran APCO dengan berbyar ratusan juta ringgit mendapat restu dari UMNO sendiri...

Berkokok cukup nyaring berderai.. tetapi ekor bergelumangan penuh dengan taik.. ITULAH UMNO YANG SEBENARNYA!!!!!
OMAK KAU

___________________________________________

APA SUDAH JADI PADA ANAK KESAYANGAN MADEY KUTTY NI..HAHAHA
TERKEJUT MADEY DGN KENYATAAN NI..HAHA..SEBAB MADEY KUTTY SENDIRI ADA HUBUNGAN AKRAB DENGAN YAHUDI..HAHA..
BERTUBI2 UMNO HENTAM PR PASAL ISRAEL..TIBE2 KELUAR KENYATAAN MUKHRIZ NI..HAHA..
UMNO NI NAK TIPU PAKCIK MAKCIK YG TENGOK TV3 SUKU DAN BCA UTUSAN MELOYA BOLE LAH..HAHA..
UMNO PERLU DIJATUHKAN PADA PRU 13 INI..
RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHUKAN UMNO LAGI..
ASALKAN BUKAN UMNO..
MEMENANGKAN UMNO ADALAH ORANG MELAYU YG TAK SEDAR SAHAJA..
SOKONG SGT UMNO KESAYANGAN KORANG TU..
MARI KITA TUMBANGKAN UMNO PADA PRU 13..

ANAK MUDA TOLAK UMNO


Saturday, 18 February 2012

Hubungan Mahathir Dengan Yahudi

Gempar!! Anwar Dipecat Kerana Umno Nak Jalinkan Hubungan Dengan Yahudi?(1)

Apakah sebenarnya yang berlaku pada 1998? Hanya Mahathir sahaja yang tahu kerana beliaulah yang paling berkuasa pada waktu itu. Beliau dikatakan telah merancang hubungan dagang Israel dengan Malaysia. Rancangan beliau bermula sejak tahun 1994 lagi.
Menurut Wikipedia, Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.
Pada 26 September 1994, Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel , Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel , Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini.

PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin adalah "empty pledge".
Menurut Wikipedia lagi, kerjasama ekonomi Malaysia-Israel bermula pada Mei 1994 , apabila Parlimen Malaysia yang diketuai oleh Umno dan Barisan Nasional telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan. Pada tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272,000 dolar US dalam tahun 1966 kepada 565,000 dolar US tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah dari 1.1 juta dolar US kepada 1.7 juta dolar US.
Walaupun begitu, pada 7 April 1994, Malaysia mengharamkan filem Schindler's List , hasil arahan Steven Spielberg . Filem panjang ini menceritakan nasib malang Yahudi Jerman yang disiksa oleh tentera Nazi Jerman. Pengharaman filem ini dibuat adalah semata-mata bertujuan untuk mengkaburi mata rakyat Malaysia yang telah lama ditipu oleh Kerajaan Umno-Barisan Nasional akan hubungan Malaysia dan Israel yang telah terjalin sejak tahun 1994 lagi. Begitu juga dengan persembahan New York Philharmonic yang sepatutnya diadakan di Kuala Lumpur pada 1984 yang telah dibatalkan kerana komposernya ialah Ernst Bloch, seorang Yahudi.
Setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat pada 1998, iaitu pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat ini tidak dapat disahkan .
Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis.
Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir.
Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria , Mesir dan lain-lain. Pertemuan itu dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [11][12]

Zahid juga telah meninjau lokasi 340 anggota [Angkatan Tentera Malaysia]] (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr diberitakan sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive" dari Malaysia..

PENCACAISEMALAYSIA

____________________________________

HUBUNGAN MAHATHIR DAN YAHUDI SUNGGUH AKRAB..
MASIH LAGI ANDA MAHU PERCAYA UMNO-BN LAGI..
JANGAN KUAT SANGAT TONTON MEDIA PRIMA UMNO TU..
NANTI TERUK JADINYA..
MAHATHIR MEMANG SUNGGUH LICIK..DIA PANDAI SIMPAN PENIPUAN DIA SEHINGGAKAN RAKYAT MALAYSIA TERMAKAN DENGAN PENIPUAN YANG DILAKUKAN OLEH MAMAK BENDAHARA INI..
DIA KATA PEMBANGKANG SOKONG ISRAEL..
TAPI DIA LAGI LA..HAHA..TERANG2 DA TUNJUK..
APA TUNGGU LAGI..TUMBANGKAN MEREKA DI PRU 13..
PRU 13 ADALAH PENENTUNYA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Friday, 17 February 2012

Kapal Israel Dihalau Keluar



Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) hari ini mendesak Kerajaan UMNO/Barisan Nasional menjelaskan kenapa membenarkan Kapal Israel Zim Genova yang berdaftar di Israel berlabuh di Pelabuhan Barat , Klang Isnin lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini dua pertubuhan itu berkata pendedahan yang dibuat di dalam rencana Utusan Malaysia pada 9 Jun lalu membuktikan pada hakikatnya Kerajaan tidak konsisten dalam hal hubungannya dengan Israel.

"Makluman bahawa ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini, samada secara terus atau dari negara ketiga adalah amat mengejutkan.

"Persoalan yang ditanya benarkah Israel diizinkan memasuki ke pelabuhan kita dan mengadakan aktiviti perdagangan dengan negara ini, dan ini secara jelas telah dijawab oleh Menteri Pengangkutan.

"MAPIM dan SHURA amat kesal dengan pendedahan yang menunjukkan hiprokasi yang amat nyata," kata kenyataan itu yang diemel kepada Suara KeADILan.

Menurut Setiusaha Agung MAPIM, Azmi Abdul Hamid dan Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Samsuddin adalah aneh ketika usul khas di Parlimen dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 7 Jun lalu berkaitan dengan kecaman dan tindakan yang akan di bawa oleh Kerajaan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk bertindak ke atas Israel, tiba-tiba pada hari yang sama dilaporkan kapal Zim Genova milik syarikat Zim Israel Navigation Company berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo yang besar.

"Lebih pelik lagi dilapor oleh rencana tersebut selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

"MAPIM dan SHURA terkejut bagaimana pula ada rundingan senyap hubungan perdagangan atau perkhidmatan pelabuhan dilakukan dengan syarikat perkapalan Israel dengan Malaysia.

"Ini sudah pasti suatu penipuan kepada rakyat Malaysia dan dunia umumnya, betapa Malaysia bertalam dua muka dalam perhubungannya dengan Israel.

"Kenyataannya bila kapal kemanusiaan Mavi Marmara dan Rachel Corrie yang disertai rakyat Malaysia kita dihalau dan diserang di perairan antarabangsa kenapa pula kapal Israel sewenang-wenangnya dibenarkan berlayar dan berdagang di negara ini?", tegas kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu mencabar sama ada kapal MISC milik Malaysia dibenarkan memasuki Pelabuhan Haifa di Israel.

MAPIM dan SHURA berpendirian dengan jawapan jelas pihak Kementerian Pengangkutan bahawa kapal Israel dibenar berdagang di Malaysia, membuktikan Malaysia telah mengkhianati rakyat Palestin.

"Walau apapun syarat dan peraturan dikenakan ke atas kapal Israel, membenarkan kapal tersebut berlabuh itu sendiri adalah suatu tindakan yang bertentangan dengan sikap yang diambil oleh seluruh rakyat Malaysia dan semangat dari usul yang diluluskan di Parlimen baru-baru ini.

"Penjelasan Kementerian bahawa pihak West Port menetapkan syarat kepada kapal Israel itu tidak boleh diterima sama sekali. Jika Malaysia mempunyai dasar tidak mahu ada apa-apa hubungan dengan negara yang tidak diiktiraf, kenapa kapal itu dibenarkan masuk dan berlabuh di Klang?

MAPIM dan SHURA dengan itu mendesak supaya kerajaan mengarahkan kapal itu keluar dari Pelabuhan Klang dan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada lagi kapal Israel yang akan dibenarkan berlabuh di perairan Malaysia," desak pertubuhan itu lagi.

*Maklumat gambar:

Ship: Zim Genova
Place: Port Kelang/Malaysia
Date: 2008-04-25
Time: 14:25
Photographer: Hajo Schaefer


___________________________________________________

MALAYSIA ADA HUBUNGAN BAIK DGN ISRAEL..HAHA..
APE CERITE NI?.CMNE BOLE MASOK NI?..HAHA..FIKIR2 LA..
SYABAS MALAYSIA..HUBUNGAN MALAYSIA DAN ISRAEL SEMAKIN ERAT..HAHA..
INI SEMUA UMNO-BN PUNYE KERJA..MEREKA SEBENARNYA YANG ADA HUBUNGAN BAIK DENGAN ISRAEL..
BARISAN NASIONAL AKAN TERKUBUR SELAMA2NYA...
MEREKA PASTI AKAN DIJATUHKAN OLEH RAKYAT PADA PRU 13 INI.."
MAHUKAH ANDA UMNO-BN MEMERINTAH NEGARA INI LAGI?..ORANG BODOH JE NAK UMNO-BN MEMERINTAH MALAYSIA LAGI..
CUKUP2LAH APA YANG UMNO-BN SUDAH LAKUKAN..


ANAK MUDA TOLAK UMNO