free counters
Showing posts with label hassan ali. Show all posts
Showing posts with label hassan ali. Show all posts

Monday, 16 July 2012

ASAN ALE DISAHKAN GILA MEROYAN ?

Inilah gaya sorang pemimpin yang gila nak jadi Menteri.
Nak kan kuasa,
Tapi akhirnya terkandas.
Sanggup memfitnah itu dan ini.
Seolah menelanjangkan diri sendiri.

Inilah kesannya.
Asan Akidah.

Saturday, 3 March 2012

Hasan Ali Akidah Perasan Lebih..

Hasan: Pemecatan saya punca PAS akan tumbang-Malaysiakini

Bekas Pesuruhjaya PAS Datuk Hasan Ali hari ini mendakwa pemecatannya sebagai anggota PAS akan menjadi sebahagian daripada faktor yang menyebabkan kekalahan parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

hasan ali, jati president pc at his house, klKatanya, faktor pemecatannya masih relevan dan akan menyebabkan "kekalahan teruk" PAS di samping pendirian Pakatan Rakyat terhadap isu-isu lain seperti Palestin-Israel dan masalah Kristianisasi.

"Dan isu-isu lain, termasuk pemecatan Hasan Ali masih relevan dan saya nampak ribuan tanya saya, yang disampaikan dengan begitu baik," katanya.

Isu-isu lain, kata bekas exco agama kerajaan negeri Selangor itu, berkaitan kenyataan seorang anggota jawatankuasa pusat PAS tentang kesediaan parti itu menerima bukan Islam sebagai pemimpin parti.

Bercakap pada sidang media di rumahnya dekat Kuala Lumpur hari ini, Hasan yang secara tidak langsung mendakwa dirinya mempunyai sokongan akar umbi yang kukuh berkata program jelajahnya mendapat sambutan baik apabila ribuan yang hadir.

NONEDi Kota Baru semalam, tambahnya, ceramah Jalur Tiga (JATI) yang kini dipimpinya mencatat kehadiran hampir 8,000 orang.

Manakala di Pendang pula, tiga hari sebelum itu, katanya, kira-kira 15,000 orang hadir.

"Menurut orang tempatan, tak pernah sambutan sebegitu baik program PAS atau BN di kawasan itu," katanya lagi.

Bagaiamapun jumlah yang hadir itu tidak dapat disahkan keranaMalaysiakini tidak mempunyai wartawan di lokasi berkenaan ataupun menghantar wartawan dari Kuala Lumpur bagi membuat luputan tersebut.


______________________________________________


HAHAHAHAHAH...
DISEBABKAN DIA DIPECAT..PAS AKAN TUMBANG..
BUKAN PAS YANG TUMBANG..SEBALIKNYA UMNO YANG AKAN TUMBANG NANTI..
PEMECATAN HASAN ALI ADALAH 1 TINDAKAN YANG PALING RELEVAN.
DIA SIAPA NAK KATA PAS AKAN TUMBANG PADA PRU 13 NANTI..HAHA..
TAK PAYAH NAK MEROYAN SANGAT..
ROAD SHOW DIE PN XDE LA RAMAI MANE..HAHA..
SEKADAR BERCERAMAH DENGAN KERUSI DAN BEBERAPA ORANG PENYOKONG SETIA HASAN AKIDAH NI..
BARU2 NI MAHATHIR ADE CAKAP.HUKUM HUDUD TIADA DI DALAM AL-QURAN..HASAN ALI AKIDAH TAK TEGUR KE?..DIAM SERIBU BAHASA..
UMNO PERLU DITUMBANGKAN PADA PRU 13..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Tuesday, 17 January 2012

Pengganti Hasan Ali Sudah Angkat Sumpah


ADUN Sijangkang angkat sumpah ganti Hasan Ali-Malaysiakini

ADUN Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi dilantik menjadi exco kerajaan negeri Selangor yang baru bagi menggantikan Datuk Hasan Ali yang digugurkan dari jawatan tersebut minggu lalu.

NONEDr Ahmad Yunus yang juga pembantu exco belia dan sukan - portfolio yang dipegang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim - mengangkat sumpah sebagai exco di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam pagi ini.

Ahmad menggantikan Hasan selepas beliau dipecat dari PAS pada 8 Januari lalu susulan tindakan beliau yang merugikan parti itu.

Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa calon pilihan adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Rani Osman tetapi menurut sumber beliau menolak pencalonan berkenaan.

Pada sidang akhbar selepas majlis berkenaan, Abdul Khalid mengumumkan bahawa Dr Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan yang sebelum ini dipegangnya.

Manakala portfolio mengenai hal ehwal Islam, infrastruktur dan kemudahan awam akan disandang oleh Abdul Khalid.

"Kami percaya YB Dr Ahmad Yunus ADUN Sijangkang boleh menjalankan tugas dengan amanah, telus dan bertanggungjawab.

"Latarbelakang beliau sebagai doktor perubatan telah banyak memberi khidmat kepada rakyat, boleh membantu beliau menjalankan tugas sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri) secara efisien dan profesional," kata Khalid.

Menyifatkan Dr Ahmad Yunus berpengalaman dalam bidang belia dan sukan, Khalid berkata rombakan kecil portfolio itu berkuatkuasa hari ini dan ia dilakukan bagi "memastikan kesinambungan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat dapat berjalan dengan lancar".

Pada masa yang sama, Khalid juga turut mengumumkan pelantikan ADUN Meru dan pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman sebagai pengerusi Skim Mikro Kredit Miskin Luar Bandar (SKIMSEL).

Manakala ADUN Bandar Baru Bangi Dr Shafie Abu Bakar pula dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT), yang mana kedua-dua jawatan tersebut dipegang oleh Dr Hasan sebelum ini.

Ditanya mengapa permilihan Dr Ahmad Yunus mengisi kekosongan kerusi exco itu, Khalid berkata pertimbangan itu dibuat berdasarkan atas "dasar kerja dan ia tidak bermaksud membelakangkan PAS".

"Keputusan melantik Dr Ahmad Yunus, Dr Rani dan Dr Shafie adalah keputusan yang dibincang... Kualiti perbincangan di antara kumpulan parti (dalam Pakatan) adalah 'rigorious'.

"Pelantikan Dr Yunus tidak bermaksud untuk membelakangkan PAS. Kita merujuk kepada PAS, bagaimana dengan (calon) ini... Kita berdiskusi dengan kepimpinan (PAS).

"Saya diberikan tanggngjawab untuk menentukannya... Saya rasa pelantikan Dr Yunus dapat restu daripada kepimpinan PAS dan Dr Abd Rani," kata Khalid sambil menolak tanggapan pelantikan itu dibuat tanpa mengambil kira pandangan semua pihak dalam Pakatan.

Malah, Khalid juga turut "bercakap" kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung pelantikan Dr Ahmad Yunus sebagai exco kerajaan negeri yang baru.

Ditanya mengapa rombakan kecil di mana beliau sendiri memegang exco hal ehwal agama, Khalid menegaskan peluang kepadanya untuk menyelesaikan perkara yang berkaitan pentadbiran hal ehwal Islam.

"Saya mengambil alih tugas berkenaan kerana Datuk SUK dan Datuk Penasihat undang-undang negeri (juga) adalah ahli Majlis Agama Islam (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

"Saya ambil alih kerana dapat mempengerusikan dan dapat melihat perkembangan dan pembangunan JAIS," katanya sambil berpendapat Dr Ahmad Yunus berpengalaman dan mampu mengambil alih daripada tugasnya sebelum ini.

Khalid juga menjelaskan jawatan Dr Abdul Rani dan Dr Shafie bukan bertaraf exco, dan tidak boleh menghadiri mesyuarat kerajaan negeri kerana kedua-dua tokoh tersebut tidak menerima watikah perlantikan daripada Sultan Selangor.

NONEDalam sidang media yang sama, Dr Ahmad Yunus (kanan) duduk di sebelah Khalid berkata, beliau tidak menyangka akan dilantik menjadi exco menggantikan Dr Hasan.

"Walaupun PAS pusat mencadangkan Dr Abd Rani sebagai penggantinya, tetapi (pemilihan saya) atas pertimbangan berdasarkan kerja. Saya tidak kata Dr Abd Rani tak boleh bekerja.

"Daripada apa yang dimaklumkan oleh menteri besar, saya memegang portfolio belia dan sukan yang dipegang oleh beliau. Beliau memberikan amanah dan ia merupakan satu kesinambungan supaya ia berjalan lebih lancar," katanya.

Dr Ahmad Yunus, 47, mempunyai seorang isteri dan mempunyai empat orang anak, dan berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan UM pada tahun 1991. Selain ADUN dan pembantu exco belia dan sukan, beliau merupakan yang dipertua (YDP) PAS kawasan Kuala Langat.

Beliau juga memegang jawatan antaranya sebagai ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Selangor dan timbalan pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Selangor.

Pernah dan masih bertugas sebagai doktor dan pengarah -sehingga kini - di beberapa buah pusat perubatan dan hospital antaranya di Perak, Pulau Pinang, Sarawak, dan Selangor.


______________________________________


HASAN ALI MASIH DENGAN SIFAT BERLAGAK DIA..HAHA..
DR AHMAD YUNUS TELAH PUN ANGKAT SUMPAH MENGGANTIKAN HASAN ALI..
HASAN ALI TU DA BOLEH PERGI UMNO DA..HAHA..JANGAN LAGI BISING2 KELUAR KENYATAAN DI TV3 SUKU TU..
HARAP2 DR AHMAD YUNUS BUKAN MCM HASAN ALI..
LAGI MEROYAN LA DR PARASIT TU.HAHA..
SEKARANG PERLU FOKUS UNTUK TUMBANGKAN PRU 13..


ANAK MUDA TOLAK UMNO



Saturday, 14 January 2012

Hasan Ali Dibidas Oleh Nik Aziz

Nik Aziz nasihat Hasan Ali 'jaga mulut'-Malaysiakini
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.

Mursyidul Am PAS itu berkata, tindakan Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu kerana kecenderungannya mengeluarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.

"Nasihat saya (pada Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar.

"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya.

___________________________________

HASAN ALI INI BERJUANG HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI SAJA..
MULUT TAK MAU JAGA..
PATOT DIA DIBUANG..
ORANG MACAM NI MEMANG TAK BOLEH BAGI PELUANG LAGI..
KERANA MULUT..DIRI SENDIRI MERANA..
MARI ANAK MUDA..KITA TOLAK UMNO..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Sunday, 8 January 2012

Hassan Ali Kena Tampar Tok Guru Nik Aziz

PAS pecat Hasan Ali
PAS membuat keputusan memecat pemimpin kontroversinya Datuk Hasan Mohd Ali sebagai anggota parti itu berkuatkuasa serta merta.

Keputusan terhadap exco kerajaan Selangor itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam kenyataan hari ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.

pas launch welfare state document 111211 hadi awang"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.
Pengumuman itu juga disiarkan di tvpas.com.
Pemimpin kontroversi itu menimbulkan keresahan pelbagai pihak khususnya di kalangan anggota dan penyokong Pakatan Rakyat kerana mengambil pendirian bercanggah dengan partinya dan pembangkang.

Antaranya mempersoalkan konsep dasar negara kebajikan yang dterajui PAS.
Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Terbaru, Hasan mempersoalkan kewajaran ahli dan penyokong PAS yang diminta hadir pada  perhimpunan ‘Bebaskan Anwar’ pada 9 Januari (esok) yang telah dipersetujui oleh Abdul Hadi dan timbalannya, Mohamad Sabu.

Beliau juga mencadangkan supaya Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilantik sebagai perdana menteri jika ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati bersalah dalam kes bicara liwatnya.

Usaha Malaysiakini mendapatkan reaksi Hasan yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam kerajaan negeri Selangor. setakat ini belum berhasil.

_____________________________________________________________________________

BERITA YANG WAJAR DITANGISI ATAU SEBALIKNYA?
INI SUATU YANG BAIK.
RAKYAT MAHUKAN KEPUTUSAN INI.
SI TUA NI SUDAH TIDAK SEDAR.
BANYAK MERUGIKAN PAKATAN.
Dia ni sudah ceraikan bini tua....dah dapat bini muda....tapi tidur selalu mimpi bini tua.....jadi kita biarkanlah dia balik ke rumah bini tua dia....umno.....

The MIND!!! 


ANAK MUDA TOLAK UMNO