free counters
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts
Showing posts with label lim guan eng. Show all posts

Thursday, 8 March 2012

Pakatan Rakyat semakin mendapat sokongan rakyat

8 Mac bukti rakyat mampu tumbangkan kerajaan zalim.

KUALA LUMPUR 8 Mac: Tanggal 8 Mac, 2008 merupakan tarikh keramat dalam sejarah politik tanahair, apabila gabungan pembangkang, yang terdiri daripada KEADILAN, Pas dan Dap, memenangi lima negeri dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 12.

Buat kali pertama dalam sejarah, Pakatan Rakyat berjaya mengenepikan majoriti dua pertiga kerusi Barisan Nasional di parlimen, dengan menguasai 82 kerusi parlimen manakala BN pula hanya berjaya mempertahankan 140 kerusi.

Keputusan PRU pada ketika itu menyaksikan pembangkang menawan Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Kedah, selain mempertahankan Kelantan di bawah pentadbiran Pas.

Di Wilayah Persekutuan pula, pembangkang menyapu 10 daripada 11 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Selain Wilayah Persekutuan, lebih mengejutkan di kalangan penganalisis politik ialah kegagalan BN mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang- dua negeri maju di Malaysia.

Kejutan keputusan PRU pada 8 Mac, yang dianggap oleh ramai pemerhati politik sebagai ‘Tsunami politik’ , memberikan tamparan hebat kepada Umno-BN.

Bagi Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar, tanggal 8 Mac telah mengubah lanskap politik negara dan membuktikan rakyat mampu untuk menumbangkan sesebuah kerajaan yang zalim.

Izzah merupakan calon KEADILAN yang pertama kali memenangi kerusi parlimen di Lembah Pantai, apabila berjaya menewaskan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam pilihan raya itu.

“Ulang tahun 8 Mac yang genap empat tahun hari ini membuktikan rakyat mampu mengubah dan menumbangkan kerajaan zalim yang menindas hak mereka.

“Malah, dengan kuasa mereka jugalah akhirnya tiga parti berbeza ideologi, namun memiliki keunikan bergabung membentuk Pakatan Rakyat sebagai kerajaan menunggu untuk memimpin Putrajaya selepas ini,” katanya.

Manakala Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad pula berkata, meskipun baru memenangi beberapa negeri, BN sangat gelabah dengan dasar yang dilaksanakan Pakatan Rakyat.

“Pakatan melaksanakan pelbagai dasar kebajikan untuk rakyat, bukan setakat kita janji, malah sudah laksana di negeri yang kita tadbir.

“Misalnya Gaji minima RM1,500, kita laksana di Selangor, dalam keadaan kerajaan persekutuan pimpinan Datuk Seri Najib Razak terkial-kial menetapkannya,” kata beliau.

Menurutnya, di Selangor, pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor, dengan pemerintahan telus dan beramanah.

“Maksudnya, kami menghargai setiap sen wang rakyat.

“Semakin tinggi hasil negeri semakin banyak jugalah wang akan kita kembalikan terus kepada rakyat,” katanya sambil menambah rizab tunai Selangor kini berjumlah RM1.9 bilion di bawah pentadbiran Pakatan.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua Kiam Wee berkata, Umno-BN tidak belajar dari Tsunami pada 8 Mac, apabila kerajaan Persekutuan yang kini dipimpin Najib masih mengekalkan pentadbiran korup.

Beliau memberikan contoh skandal Pusat Fidlot Kebangsaan yang dimiliki oleh keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Jalil, menyalahgunakan dana RM250 juta yang sehingga kini gagal ditangani Najib.

“Malah Najib sendiri didakwa terlibat dalam skandal ini di mana beliau merupakan pengerusi jawatankuasa berimpak tinggi semasa projek ini diluluskan.

Justeru itu, katanya, beliau menyeru rakyat memastikan undi mereka hanya untuk Pakatan Rakyat pada PRU kali ini bagi menyelamatkan wang rakyat dari terus dibazirkan Umno BN yang sudahpun diberi peluang lebih 50 tahun memerintah.


Keadilandaily


__________________________________


UMNO SEPATUTNYA BELAJAR DARIPADA KESILAPAN 8 MAC INI..
DIMANA TSUNAMI POLITIK BERLAKU SECARA BESAR-BESARAN..
HAL INI PERLU DIBERI PERHATIAN OLEH SEMUA RAKYAT..
PADA MASA INI..RAKYAT SUDAH PANDAI MENILAI..
TIDAK SEPERTI DAHULU..HANYA MENGIKUT SEPERTI LEMBU DICUCUK HIDUNG..RAKYAT ADA KUASA YANG BESAR IAITU KUASA UNDI..MENENTUKAN SIAPA YANG AKAN MEMERINTAH NEGARA..
PADA MASA SEKARANG..UMNO PERLU DIJATUHKAN KERANA TELAH BANYAK KESILAPAN YANG MEREKA TELAH LAKUKAN..
SUDAH 54 TAHUN RAKYAT MALAYSIA DITIPU OLEH UMNO..
BERBAGAI TIPU DAYA YANG TELAH DIBUAT OLEH UMNO..
ANAK MUDA PUN TELAH RAMAI MENDEKATI PAKATAN RAKYAT SEKARANG..
SEKARANG KITA PERLU JATUHKAN UMNO..
ASALKAN BUKAN UMNO(ABU)


ANAK MUDA TOLAK UMNO

Saturday, 14 January 2012

PR Mahu Hapuskan Tol


Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata tindakan akan diambil terhadap syarikat konsesi tol dan kroni BN yang mengaut keuntungan berlebihan


PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menegaskan Pakatan Rakyat akan menghapuskan tol lebuh raya yang telah memperolehi keuntungan berlebihan selepas menawan Putrajaya dalam pilihan raya ke 13.

“Kita akan ringankan beban rakyat dengan mengambil tindakan terhadap konsesi tol macam Projek Lebuhraya Utara Selatan.

“Kos pembinaan PLUS ialah RM6 bilion. Kutipan tol dan ganti rugi dari kerajaan 24.3 bilion. Untung buta 18 bilion,” katanya.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang bagaimanapun berkata tindakan tidak akan diambil terhadap syarikat konsesi yang tidak memperoleh keuntungan.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Alor Setar petang ini.
Beliau menambah Pakatan Rakyat akan turut mengambil tindakan terhadap syarikat kroni Barisan Nasional sebagai salah satu usaha untuk mengurangkan beban ekonomi kepada rakyat.

Lim menambah bahawa tindakan terhadap konsesi yang merupakan kroni BN telah pun dibincangkan bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

`Jasad dan nyawa’
Sementara itu Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk benar – benar menjadi wakil majoriti suara kesederhanaan.

"Jika benar Umno dan BN mewakili suara kesederhanaan, tarik balik kata-kata “walau bercerai jasad dan nyawa, kita akan pertahankan kuasa di Putrajaya.”

Najib dilaporkan berkata demikian dua tahun lalu semasa perhimpunan agung Umno.

“Ini bukan kesederhanaan. Jika sederhana, terimalah keputusan rakyat,” kata tokoh veteran DAP tersebut.

Beliau turut mencabar Najib menjalankan proses transformasi terhadap akhbar Utusan Malaysia


______________________________

BENARKAH APA YG DIPERKATAKAN OLEH LIM GUAN ENG TU?..HAHA..
KLO BTOL..SANGAT BGOS..RAKYAT AKAN SENTIASA MENYOKONG PAKATAN RAKYAT SEHINGGA MENAWAN PUTRAJAYA.
TOL MENGAUT KEUNTUNGAN YANG BESAR..DUITNYA SAMPAI KEPADA SIAPA?..HAHA..FIKIRLAH SENDIRI..HAHA
RAKYAT MALAYSIA PERLU SEDAR..JANGAN LAGI DIPERBODOHKAN OLEH UMNO LAGI..SUDAH TIBA MASANYA UNTUK ANDA MENUNJUKKAN KEPANDAIAN ANDA..

ANAK MUDA TOLAK UMNO


Friday, 6 January 2012

Pakatan Rakyat Terajui Putrajaya

Anwar amat yakin Pakatan akan rampas Putrajaya

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim amat jarang bercerita mengenai anak lelaki beliau, Ehsan yang kini menuntut di peringkat sarjana di sebuah universiti di Amerika Syarikat.

Ketika diwawancara Malaysiakini semalam, Anwar bagaimanapun terus membuka bicara dengan menceritakan telatah anak lelaki tunggalnya itu yang kini berada di dalam negara untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang lagi anaknya.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 4Dengan berjenaka, Anwar mengambil peluang itu untuk menceritakan mengenai Ehsan yang telah dijadikan sebagai modal untuk menyerang beliau berhubung perbicaraan kes Liwat II yang bakal diputuskan minggu depan.

Awal-awal pagi lagi anaknya itu sudah mengajaknya untuk bersenam, kata Anwar yang mengharungi jadual sibuk saban hari sehingga beliau terpaksa pulang ke rumah pada jam dua pagi.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah pada Selasa, Anwar turut melihat perkembangan itu memihak kepada Pakatan Rakyat.

Malah ada di kalangan penyokong dan pemimpin Pakatan yang berpendapat mereka akan meraih sokongan lebih besar sekiranya mahkamah memutuskan untuk memenjarakan Anwar, kata ahli parlimen Permatang Pauh itu lagi.

Walau apa jua keputusan 9 Januari, Anwar dengan penuh optimis berkata Pakatan akan berjaya mara dengan lebih jauh dalam pilihan raya umum akan datang, malah "cukup untuk mengambil alih Putrajaya."

Negeri Perak, Negeri Sembilan akan tumbang ke tangan Pakatan, kata Anwar yang menambah beliau menghadapi saingan sengit BN untuk menembusi negeri Johor dan Melaka.

Namun, Pakatan akan tetap berjaya meraih lebih banyak kerusi di negeri tersebut, serta laba yang lebih besar di Sarawak dan Sabah, kata Anwar lagi.

Dalam sedutan wawancara eksklusif Malaysiakini berikut, Anwar turut mengulas mengenai kedudukan menteri besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mungkin menjadi masalah kepada PAS Kelantan berikutan faktor umur dan kesihatan.

Malaysiakini (MK): Negeri manakah yang menjadi satu masalah kepada Pakatan dalam pilihan raya umum akan datang?

Anwar: Ianya negeri-negeri di Selatan – Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Lebih-lebih lagi Melaka dan Johor kerana kita menghadapi banyak masalah untuk menyampaikan (mesej kepada rakyat).

Bukannya orang tidak datang. Di Muar, 4,000 orang hadir, itu satu jumlah yang besar bagi Muar. Tapi ada pengecualian. Kita tidak boleh mendapat tempat berhampiran bandar, di mana orang boleh berhimpun. Seperti di Ledang, ada jumlah yang selesa tapi susah untuk masuk. Kita perlu bekerja lebih keras.

anwar ibrahim interview with malaysiakini 5Adakah kita lebih baik berbanding 2008? Sudah tentu. Bukan sahaja PKR, tetapi rangkaian DAP di kawasan bandar di Johor juga lebih baik sekarang. PAS telah memasuki kawasan baru. Jentera PKR selepas (ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua) Jui Meng ambil alih benar-benar meningkat, dari segi sumber dan juga jentera, jauh lebih baik berbanding 2008.

Kemudian kita ada Sabah dan Sarawak. Di Sarawak ada kawasan majoriti Cina dan juga tiga atau empat kawasan kumpulan Dayak. Boleh kita dapat majoriti kerusi? Tidak. Tidak. Secara realistik, kita boleh dapatkan 30 atau 40 peratus daripada kerusi. Sabah itu cerita lain.

MK: Adakah Datuk Seri yakin dapat tawan Melaka dan Johor?

Anwar: Tidak, saya tidak kata begitu. Johor perlukan lebih banyak usaha. Di Melaka, kita akan dapat lebih banyak dan Negeri Semabilan lebih senang. Moodnya baik.

MK: Datuk Seri akan dapat tawan Negeri Sembilan?

Ya.

MK: Adakah Pulau Pinang seteguhnya akan kekal bawah Pakatan?

selangor dap congress 2011 lim guan engYa, kukuh. Bermakna (peluang) kita bertambah di Pulau Pinang. Itu maksud saya.

Fokus utama orang jenis PERKASA-Umno ialah untuk maki dan tuduh (ketua menteri, Lim) Guan Eng. Ia tidak menjadi. Saya sering ke Pulau Pinang. Tidak seperti tempat lain yang saya kunjungi sebagai pemimpin nasional, bila saya ke Pulau Pinang, saya duduk, saya pergi ke masjid. Tiada impak. Guan Eng telah berjaya dari segi itu.

Orang Melayu... tahu dia seorang Cina, dia seorang DAP. Saya tak anjurkan supaya mereka setuju dengan apa saja yang dia kata dan juga dasar DAP, tapi mereka lihat dia sebagai pemimpin yang berkredibiliti.

MK: Bagaimana dengan Kedah, Kelantan?

Anwar: Saya akan ke Kelantan hari ini (semalam, Khamis). Ada beberapa isu dan kerajaan negeri perlu menanganinya sekarang. Ia perlu dijalankan sekarang, Isu air. Isu tanah di beberapa kawasan. Saya akan bercakap dengan Tok Guru Nik Aziz (Menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) untuk nasihat supaya ini dapat diselesaikan segera.

MK: PAS juga telah memerintah terlalu lama di Kelantan. Mungkin rakyat rasa perlu bertukar?

pakatan ceramah shah alam 041211 nik azizAnwar: Tok Guru Nik Aziz ada cara dia sendiri. Orang kata dia tua, dia dah lama. Tapi dia bersih, tidak tipu kita dalam masyarakat dan sistem politik yang ada ramai sangat penipu yang merompak kekayaan...

Tapi orang kata dia semakin uzur dan dia patut merancang (untuk bersara), dan pasukan yang mewakilinya itu penting.

Saya akan berkongsi dengan dia beberapa pandangan secara tertutup hari ini kerana orang mahu lihat pasukan yang menyokong beliau dipersembahkan dalam pilihan raya umum ini. Ia mesti dilihat sebagai pasukan yang berkredibiliti.




____________________________________________


PAKATAN RAKYAT HAMPIR KE PUTRAJAYA..

UMNO SEKARANG DA KETAQ KAKI DA..HAHA..

PAKATAN RAKYAT BERJAYA MENARIK SOKONGAN YANG PADU DI KALANGAN RAKYAT..

RAMAI RAKYAT TELAH SEDAR AKAN KEZALIMAN YANG TELAH DILAKUKAN OLEH UMNO..

BIARLAH NAJIB MENJADI MENTERI TERAKHIR UMNO DI PRU 13 NANTI..

RAMAI RAKYAT YANG SEDAR TELAH BERALIH ARAH KEPADA PAKATAN RAKYAT..TIDAK LAGI KEPADA UMNO SI CELAKA ITU..

CUKUPLAH PEMERINTAHAN SELAMA 54 TAHUN..RAKYAT SUDAH TIDAK SANGGUP LAGI..

MARI RAMAI2 KTE SOKONG PAKATAN RAKYAT SEHINGGA PAKATAN RAKYAT MARA KE PUTRAJAYA..

PERJUANGAN HARUS DITERUSKAN..JANGAN DIHENTIKAN..

MARI RAMAI2 HADIRI BEBAS ANWAR 901 NANTI..

TERUS SEMARAKKAN KEMPEN ABU..


ANAK MUDA TOLAK UMNO