free counters
Showing posts with label debat. Show all posts
Showing posts with label debat. Show all posts

Tuesday, 29 May 2012

MONGOLIA KECAM NUAR BERAHIM DAN MERAJUK TAK NAK DEBAT

MONGOLIA BERANI GUNA MEDIUM 
GUNA AR TEE EM, GUNA TB TIGE, GUNA UTOSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN,
TAPI GAGAL UNTUK BERDEBAT
KALAU DEBAT NANTI MAU TERKUCIL RASANYA,
MASA TU BARU TAU SIAPA YANG RETORIK SIAPA REALISTIK
ANAK MUDA MAHU KE PEMIMPIN YANG TAKUT MACAM NI ?
YANG TAK BERANI NAK BERDEBAT?




Najib hanya berani di gelanggang sendiri-harakah


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengecam sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang hanya berani berani bercakap melalui medium yang dikuasainya untuk mengutuk Pakatan Rakyat.

Timbalan ketuanya Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, sikap Najib yang mengutuk segala dasar dan tawaran Pakatan Rakyat dari belakang dan enggan berdepan dalam pentas debat untuk mendengar jawapan balas adalah sikap seorang penakut.

"Beliau bebas bercakap apabila tidak ada pihak yang mampu menjawab langsung hujah beliau di atas pentas tersebut manakala media pula dikawal beliau sepenuhnya.

"Beliau hanya lantang bersuara dalam gelanggang miliknya tetapi kecut apabila diajak berdebat satu lawan satu dengan musuh politik beliau," katanya.

Najib sebelum ini mengeluarkan kenyataannya di media mengutuk cadangan ekonomi Pakatan Rakyat (PR) sebagai janji populis yang direka untuk mendapat kuasa.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah mencabar Najib berdebat untuk beliu menjawab segala tuduhan Najib secara berdepan dengan hujah dan fakta.

Tetapi sehingga kini, Najib terus mengelak dan tidak menjawab cabaran berdebat dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu.

"Jika benar tuduhan PM bahawa PR hanya janji populis, DPPWP mencabar PM supaya menerima pelawaan debat antara beliau dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tuduhan beliau perlu dilemparkan di pentas berdebat dan juga peluang mendengar hujah balas daripada PR berkenaan tawaran mereka. Barulah rakyat kenal siapa yang retorik, populis dan siapa pula yang bersikap realistik," kata Suhaimi.

Friday, 25 May 2012

KERY LUDIN TAKKAN BERDEBAT LAGI

HARI TU AKU BERBUAL DENGAN SORANG TAIKO UMNU CAWANGAN DEKAT SINI.
NAMANYA RAHASIA.
KATANYA DEBAT DIA TAK SETUJU
SEBAB MELAYU SAMA MELAYU
BERTEKAK APA JADI.
DUDUK DIAM2 SUDAH LA. ADA KERUSI DUDUK DIAM.


KAH KAH KAH!


Wednesday, 23 May 2012

KERY LUDIN CUBA BUNOH NAJEB




BENAR DEBAT SEMALAM TELAH MENUNJUKKAN KEMATANGAN POLITIK UMNU DAN PEE KAY ARR.


TAPI TERPIKIR TAK SEBENARNYA KERY LUDIN DAH SAMA MACAM ASAN ALI.


KERY LUDIN = ASAN ALI.


ASAN ALI DITENDANG SEBAB MELAWAN DASAR DAN POLISI PAS.


CERITANYA BEGINI , PEMIMPIN UMNU YG TERTINGGI MEMANG DAH BERABAD RAKYAT TAU PENAKOT.
JADI PAK DIN YASEN DAN NAJEB SENDIRI TOLAK DEBAT TERMASUK ZAID MIDI.
TAPI KARY LUDIN NI DAH LAWAN BOS.
POLISI UMNU JANGAN DEBAT. TAPI KERY LUDIN BERANI DAN NAK DEBAT.
MEMANG ITU BAIK. TAPI APA PERASAAN TAUKE BESAR ?


JADI, BILA DR MASLI SELAKU MODERATOR CABAR NAJEB DAN NUAR BERAHIM BERDEBAT KALAU ANAK JANTAN. INI TELAH MENIMBULKAN KEMARAHAN ORANG BEE END KHUSUSNYA PEMUDA UMNU.


INI BERLAKU SEBAB KITA SEMUA TAHU YANG NAJEB TAKKAN TURUN DEBAT.


JADI KITA TUNGGU. BERANI TAK NAJEB ? BERANI TAK DIA ACU PISAU PADA LEHER BIK MAMA ?


TUNGGU NAK LIHAT.


KALAU ZAMAN MAMAK MUNGKIN KERY LUDIN NI DAH KENA DAH.


ANAK MUDA TERUS TOLAKKKK UMNU!

Tuesday, 22 May 2012

Debat Rapiji - Kery Ludin

Debat PTPTN Khairy-Rafizi 22 Mei\
Debat samalam menunjukkan proses kematangan politik dalam negara ini.


Aku sendiri berasa gembira apabila ia berjaya dilaksanakan dengan penuh kematangan dan keterbukaan. Inilah dia proses demokrasi yang baik.


Kery Ludin menunjukkan prestasi yang baik ketika di London dan nampak mendahului Rapiji ketika debat yang lepas.


Dan kali ini, Rapiji pula mula menyerlah dan jelas menunjukkan masyarakat lebih yakin kepadanya.


Kery Ludin pula banyak tak jawab soalan dan kelihatan terlalu 'defensif' dalam banyak perkara.


Jadi , ramai penganalisis politik membuat keputusan sekarang sudah 1-1 berdasarkan pengamatan bagi kedua-dua debat.


Ketika debat dilaksanakan , najeb pula yang nak terkencing dan gegel.


Dr. Mazlee memang kaki provok. Mencabar kedua - dua pemimpin kirajaan dan pumbangkang Najeb - Nuar berdebat.


Hal ini menimbulkan kemarahan dan kegusaran penyokong UMNU malam tadi.


Memang kali ini aku puji tindakan Kery Ludin yang berani berdepan di ruang awam bagi mengemukakan idea bagi rakyat menilai.


Ini proses politik yang terlaksana di luar negara. Kita berperang idea bukan serangan peribadi.


Apa pun , UMNU dan kelang kabut.
Tiada jalan lagi nak berdalih.
Kalau nak tengok jenerasi akan datang bahagia.
dan tak bencikan kamu.
Sila tolak UMNU.

Wednesday, 2 May 2012

RAKYAT HAMPA TAK DAPAT TENGOK MULUT KERY BERBUIH

DEBAT TELAH DITANGGUHKAN.
LIHAT BAGAIMANA MEREKA MENGGUNAKAN KUASA.
SIAPA YANG SURUH ?
ITU JADI TANDA TANYA
RAKYAT HARUS INGAT.
KERY BUKAN SEBARANG ORANG.


MUNGKIN KERY TERTOCENG KOT SEMALAM.
JADI TAKUT GAGAP.
RISAU MULUT BUIH MACAM SHABERY CEKK.


RAKYAT AKAN TUNGGU
HERO UMNU NI LAWAN RAFEZE


Tuesday, 17 April 2012

LAGI TANDA KERY AKAN STOP TOCENG

INI DIA CERITA.
YANG PASTI AKAN BUAT KERY BERHENTI TOCENG,
SEBAB TANGAN KENA PARKINSON.
MAHASISWA DAH AJAK DEBAT.
MACAM MANA ?

RAKYAT SUDAH BANGKIT.
MAHASISWA NAK BERCAKAP DENGAN PUAK IMNO.
APA LAGI?
MASA NI HANG NAK TUNJUK KEPIMPINAN HANG.
JANGAN LUPA BAWA BUDAK ASPIRASI IMNO

SMM setuju debat, tapi mesti dengan KJ - MALAYSIAKINI
Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyahut cabaran Unit Pidato Pemuda BN untuk mengadakan debat dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha media SMM Ahmad Shukri Kamarudin berkata pelajar berkenaan bagaimanapun menetapkan syarat supaya Pemuda BN menurunkan ketua pemuda pergerakan itu, Khairy Jamaluddin untuk berdebat.

NONEKatanya, SMM juga menetapkan syarat supaya debat itu diadakan di Dataran Merdeka – lokasi yang kini terus menjadi medan gerakan "occupy" pelajar berkenaan selepas berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

"Kita sudah jawab setuju berdebat dan kita masih tunggu maklum balas mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Cabaran untuk berdebat itu dihantar melalui satu surat bertarikh 10 April oleh naib pengerusi unit pidato Pemuda BN, Zaidel Baharuddin.
Surat yang diterima SMM melalui Twitter itu dialamatkan kepada pengerusi SMM, Muhammad Safwan Anang dengan cadangan supaya debat itu menumpukan isu tuntutan mahasiswa untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Dalam surat tersebut Zaidel dengan menyindir berkata debat berkenaan "lebih sesuai dan matang untuk menzahirkan pendapat berbanding dengan menurunkan bendera mahupun menunjuk perasaan di hadapan pagar kampus pada larut malam pada cuti umum."

Sindiran itu merujuk kepada perhimpun pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada malam ambang tahun baru 2012 dan juga tindakan menurunkan satu bendera dengan wajah perdana menteri pada perhimpunan anjuran SMM pada bulan sebelumnya.

Sunday, 15 April 2012

KHAIRY JAMALUDDIN UGUT MAHASISWA DI UTUSAN


SELEPAS KECOH SEMALAM ISU PERLETAKKAN KALUANGAN BUNGA PADA DUA ORANG PENJAHAT.
HARI INI KERY KELING PULAK MEMEKAK DI UTUSAN MELOYA.
BUAT TUDUHAN MACAM-MACAM.
KEPALA HANG KURANG 200 ORANG MAHASISWA HADIR.
MATA HANG LETAK JUBO KA?
HANG P BUKA UTIUB TENGOK BERAPA BANYAK KOMRAD YANG HADIR.
INI BUKAN BERMOTIF PEMBANGKANG.
TAPI ANAK MUDA DAH TAK SANGGUP DAN JIJIK TENGOK IMNO.
APA ANAK MUDA IMNO BUAT?
JILAT BONTOT HANG? DAPAT PROJEK TERUS LABEL NAJEB BAIK .
SEBAB DAPAT BUNCITKAN PERUT ANAK MUDA.

Sikap biadab peserta demonstrasi


PROTES pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia di sekitar Jalan Tun Abdul Razak dan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, kelmarin.


KUALA LUMPUR 15 April – Tindakan peserta demonstrasi membantah pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan meletakkan kalungan bunga pada gambar pemimpin negara dan objek berbentuk batu nisan dianggap biadab dan tidak matang.

Sehubungan itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perbuatan berkenaan adalah hasil pengaruh pembangkang.

Katanya, walaupun beliau turut memperjuangkan kebebasan kepada mahasiswa, namun setiap usaha itu haruslah beradab dan ada batasannya.

“Janganlah membuat sesuatu perkara yang biadab dan tidak matang yang mana, ia melanggar adab serta budaya masyarakat kita.

“Adakah ini hasil daripada usaha pihak pembangkang yang mengatakan kononnya mereka melahirkan pemimpin pelapis yang berwibawa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan peserta demonstrasi anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) tersebut yang berarak membawa gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan kalungan bunga di Dataran Merdeka semalam.

Demonstrasi itu tidak mendapat sambutan apabila kurang 200 mahasiswa terlibat.

Tambah Khairy, pengaruh yang ditunjukkan oleh pembangkang bukannya agar generasi muda membuat sesuatu dengan rasional, beradab dan berhujah dengan baik tetapi sebaliknya.

“Kita tidak menghalang mereka berdemonstrasi, tidak ada masalah. Cuma mereka perlulah membuat sesuatu dengan berhemah, bukannya mengikut sesuka hati yang dipengaruhi oleh kepentingan politik pembangkang.

“Saya yakin, mahasiswa kita majoritinya tidak terpengaruh dengan pembangkang dan hanya kumpulan ini yang menjejaskan imej mahasiswa,” ujarnya.

Khairy berkata, rakyat perlu menilai dan melihat apa yang telah berlaku serta memastikan generasi muda yang dihasilkan nanti tidak berperangai sebegitu.


KERY NAMPAK BERANI DAN JENTEL.
BILA MENERIMA OFFER DUA DEBAT SEKALI.
BUKAN SATU DEBAT.
DISAMPING DIA AKAN DIPANDANG TINGGI.
NAJEB AKAN TERASA.
SEBAB NUAR DAH BERAPA KALI MINTA DIADAKAN DEBAT DENGAN NAJEB.
MALAH DEBAT 3 PENJURU NUAR-NAJEB-RAJE PERTA.
MADEY PUN TAK SETUJU UNTUK DIADAKAN DEBAT DENGAN NUAR.
SEBAB TAK KAN UBAH APA-APA.
PAK DIN SEMBAP , ZAID MIDDIN, SHAFIE APDAL DAN LAIN PUN TAK SETUJU.
SEMUA KELIHATAN TAKUT.
DALAM SATU PEPERANGAN , YANG PALING BERANI AKAN DILANTIK MENJADI PANGLIMA.
TAPI DALAM POLITIK PENAKUT,
BILA MANA SEMUA TENTERA CINTAKAN KEAMANAN DAN SUASANA TENANG.
ADAKAH KERY AKAN TERUS KEKAL ?

ANAK MUDA TOLAK UMNO!

Monday, 20 February 2012

Perkatak mahu cabar DAP debat

PERKASA cabar DAP berdebat tapi tanpa hadirin-Malaysiakini
Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA hari ini mencabar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk berdebat bagi membuktikan siapa sebenarnya yang rasis.

"Sekarang trend debat sudah bermula, saya cabar Lim Guan Eng, untuk berdebat dan saya bersedia, debat atas tajuk " Who is more racist, DAP or PERKASA.

NONE"Dan siapa yang pencetus huru-hara, DAP atau PERKASA dan biarkan rakyat menghakiminya," kata presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas pada sidang medianya di Putrajaya juga mencadangkan agar debat tersebut diadakan tanpa hadirin tetapi perlu disiarkan secara langsung di stesen TV dan dipengerusikan oleh moderator yang adil.

"Saya cukup berminat untuk mengemukakan bukti termasuk keratan akhbar dan resolusi bahawa DAP adalah rasis dan mencetus huru hara," katanya.

Beliau juga berharap Lim mampu mengemukakan bukti, bahawa PERKASA adalah pertubuhan rasis dan pencetus huru hara.

Katanya lagi, debat itu boleh dibuat dalam bahasa Melayu atau Inggeris.

Pada sidang akhbar itu, Ibrahim juga berkata PERKASA sedang menimbang cadangan untuk mengambil tindakan undang-undang kepada Lim kerana mendakwa setiausaga agung DAP itu menuduh NGO itu sebagai pertubuhan rasis dan membuat huru hara.

NONEMenurut beliau, Lim membuat tuduhan "memfitnah" terhadap PERKASA dan tuduhan tersebut diulang dalam debat MCA-DAP baru baru ini.

Malah, tegas Ibrahim, pihaknya juga sedang meneliti rakaman video berhubung debat tersebut hujung minggu lalu.

"Saya sudah mengarahkan peguam PERKASA untuk mengkaji mengambil tindakan undang-undang, saman Lim Guan Eng.

"Tuduhan beliau tidak kita biarkan berterusan dengan melabelkan PERKASA ini pertubuhan (mahu menimbulkan) huru-hara. Atau nak tutup pekung sendiri, bahawa DAP yang racist, tapi lontar kepada orang lain yang racist," katanya.

Menurut Ibrahim, PERKASA juga berkemungkinan akan mengsapina ketua polis negara untuk memberi keterangan di mahkamah sama ada pertubuhan itu ingin membuat huru hara atau rasis.

NONE"PERKASA selama ini, tidak pernah terlibat dengan protes jalanan tanpa permit atau pergi ke jalan raya," katanya lagi.

Sebaliknya, Ibrahim mendakwa, pihaknya mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam berdasarkan kepada peruntukan perlembagaan.

Bagi beliau, pihak lain yang mengecop dan membentuk persepsi bahawa pertubuhan itu adalah rasis.

"Jadi kami mahu pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

________________________________________
HAHAHAHA..
BERSIH 2.0 MUKA X NAMPAK..BEBAS ANWAR 901 PON X NAMPAK..
BERANI KE SI BRAHIM ALI NI..HAHA..
JANGAN CAKAP POMPOM..TAPI MUKA TAK NAMPAK..HAHA..NAK JADI MCM NAJIB JUGAK KE?..HAHA..
SIAPA LEBIH RACIST..PERKASA ATAU DAP..FIKIR2 SENDIRI LA..
INGAT DA PAKAI SONGKOK TINGGI DA CKOP BAIK KE BRAHIM ALI..HAHA
PERKASA SUDAH MEROYAN..HAHA..
UMNO SEMAKIN HURU HARA..HAHA..
ANTAR GANGSTER SANA SINI BUAT KACAU..
UMNO SEMAKIN MENDEKATI ZAMAN KEJATUHAN..
AYUH TUMBANGKAN MEREKA PADA PRU 13 INI..

ANAK MUDA TOLAK UMNO

Sunday, 15 January 2012

Cabaran Untuk Najib

Anwar ulang cabaran debat kepada najib


ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi cabaran debat krisis dan polisi negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar mengulangi cabaran itu dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

“Najib kata kononnya Pakatan Rakyat ini retorik. Untuk tentukan sama ada retorik atau populis atau pun bukan, saya cabar debat terbuka antara Najib dan saya tentang dasar negara ini,” kata Anwar.

Dalam ucapan penggulungannya itu, Anwar sempat membidas Najib yang sebelum ini melaung-laungkan mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik dunia.

“Berbanding PM lain, Najib lakar kata-kata paling murni. Bukan demokrasi tetapi demokrasi terbaik.

“Jika benar, pastikan pilihan raya bebas dan adil serta tiada penipuan.

“Najib juga harus pastikan media Malaysia bukan media Mesir di zaman Hosni Mubarak. Mesti ada ruang cukup untuk pembangkang,” kata Anwar.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan mahkamah membebaskan beliau tidak melambangkan sistem kehakiman negara sudah pulih sepenuhnya.

“Satu keputusan kecil melibatkan Anwar tidak semestinya melambangkan sistem rombakan kehakiman yang adil, kata Anwar.


KEADILANDAILY

__________________________________________

BERANI KE NAJIB SAHUT CABARAN ANWAR NI..
KITA TUNGGU JE..HAHA..KALAU NAJIB MAHU..MESTI BEST DEBAT NI..
JANGAN DISEBABKAN MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR..KORANG DAH CAKAP MAHKAMAH TIADA CAMPUR TANGAN UMNO-BN..
JANGAN JADI BODOH..
KITA MESTI SEDAR YANG UMNO INI TELAH BANYAK MENIPU ORANG MELAYU..ORANG2 MELAYU PELU SEDAR..
MARI KITA TOLAK UMNO..


ANAK MUDA TOLAK UMNO