free counters

Tuesday, 17 April 2012

LAGI TANDA KERY AKAN STOP TOCENG

INI DIA CERITA.
YANG PASTI AKAN BUAT KERY BERHENTI TOCENG,
SEBAB TANGAN KENA PARKINSON.
MAHASISWA DAH AJAK DEBAT.
MACAM MANA ?

RAKYAT SUDAH BANGKIT.
MAHASISWA NAK BERCAKAP DENGAN PUAK IMNO.
APA LAGI?
MASA NI HANG NAK TUNJUK KEPIMPINAN HANG.
JANGAN LUPA BAWA BUDAK ASPIRASI IMNO

SMM setuju debat, tapi mesti dengan KJ - MALAYSIAKINI
Kumpulan pelajar pro-Mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyahut cabaran Unit Pidato Pemuda BN untuk mengadakan debat dalam isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Setiausaha media SMM Ahmad Shukri Kamarudin berkata pelajar berkenaan bagaimanapun menetapkan syarat supaya Pemuda BN menurunkan ketua pemuda pergerakan itu, Khairy Jamaluddin untuk berdebat.

NONEKatanya, SMM juga menetapkan syarat supaya debat itu diadakan di Dataran Merdeka – lokasi yang kini terus menjadi medan gerakan "occupy" pelajar berkenaan selepas berhimpun dan berarak di pusat bandar Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

"Kita sudah jawab setuju berdebat dan kita masih tunggu maklum balas mereka," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Cabaran untuk berdebat itu dihantar melalui satu surat bertarikh 10 April oleh naib pengerusi unit pidato Pemuda BN, Zaidel Baharuddin.
Surat yang diterima SMM melalui Twitter itu dialamatkan kepada pengerusi SMM, Muhammad Safwan Anang dengan cadangan supaya debat itu menumpukan isu tuntutan mahasiswa untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Dalam surat tersebut Zaidel dengan menyindir berkata debat berkenaan "lebih sesuai dan matang untuk menzahirkan pendapat berbanding dengan menurunkan bendera mahupun menunjuk perasaan di hadapan pagar kampus pada larut malam pada cuti umum."

Sindiran itu merujuk kepada perhimpun pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada malam ambang tahun baru 2012 dan juga tindakan menurunkan satu bendera dengan wajah perdana menteri pada perhimpunan anjuran SMM pada bulan sebelumnya.

No comments:

Post a Comment