free counters

Monday, 23 April 2012

DBKAL , mahkamah dan Polis mula melabon

INI CERITA ANAK MUDA DAN MAHASISWA.
YANG MENUNTUT PENDIDIKAN PERCUMA
UMAR DITAHAN DIBAWAH KANUN KESEKSAAN.
FAHMI REZA MAMAT JAMBU OCCUPY AWEK SEKSI DITAHAN DIBAWAH AKTA PERPARITAN ? KAH KAH KAH!
KIRAJAAN PARTI MELAYU SUDAH TAKDE IDEA NAK LAWAN ANAK MUDA.
ADA KE PATUT GUNA AKTA PERPARITAN?
YANG ANAK MUDA PULA BAGI LA CANN DENGAN DBKAL DAN JUAK JUAK MEREKA.
INI DIA CERITA.
ANAK MUDA SUDAH MULA MELAWAN
DAN AKAN TERUS MELAWAN.
SEKARANG MASA UNTUK RAKYAT FIKIR BAIK-BAIK.
DAN BUAT SATU KEPUTUSAN MUKTAMAD.
TOLAK UMNO!




Peserta perkhemahan didakwa halang tugas DBKL-malaysiakini
Seorang siswa kolej tidak mengaku bersalah hari ini atas dakwaan menghalang tugas pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang cuba menahan seorang aktivis Occupy Dataran di Dataran Merdeka dalam satu kejadian semalam.

Umar Mohd Azmi yang genap usia 23 tahun hari ini, didakwa mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan atas dakwaan menghalang tugas pegawai tersebut, Mohd Masran Mamat daripada menahan aktivis Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin.

Beliau didakwa bertindak demikian ketika operasi yang dijalankan DBKL ke atas peserta perkhemahan tersebut di Dataran Merdeka pada kira-kira jam 8 pagi semalam.

Sekiranya didapati salah, Umar boleh didakwa sehingga dua atahun atau didenda maksimum sebanyak RM10,000 atau kedua-duanya.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menetapkan jaminan sebanyak RM1,000 dan menetapkan sebutan kes berkenaan pada 8 Mei.

Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia sebelum itu memohon supaya Majistret menetapkan jaminan sebanyak RM4,000.

Peguam Syahredzan Johan, dalam mitigasinya berkata pelajar kolej swasta Consist College itu tidak mempunyai sumber pendapatan dan dakwaan itu merupakan tuduhan pertama yang dihadapi pemuda berkenaan.

Ketika ditemui Malaysiakini selepas itu, Syahredzan berkata seorang lagi yang turut ditahan dalam operasi DBKL bersam polis itu, Mohd Fahmi Reza tidak didakwa.

Lelaki berusia 35 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis dan perlu melapor diri ke balai polis setiap bulan, katanya.

No comments:

Post a Comment