free counters

Monday 9 April 2012

Pengusaha stesen minyak dakwa bekalan terjejas
BERNIPU
Pengusaha stesen minyak Esso di Lembah Klang mendakwa perniagaan mereka terjejas setelah tidak menerima bekalan petrol dan diesel daripada syarikat petroleum tersebut sejak kebelakangan ini.

Gangguan bekalan komoditi itu menimbulkan persoalan di kalangan pengusaha stesen minyak sama ada ia mempunyai kaitan dengan pertukaran pengurusan berikutan pengambilalihan Esso Malaysia Bhd oleh Petron Oil and Gas International Sdn Bhd.

Petron Oil and Gas International, unit San Miguel Corporation, memperoleh 65 peratus pegangan kepentingan ExxonMobil International Holdings Inc termasuk stesen-stesen minyak Esso dan loji penapisan minyak milik Esso di Port Dickson dalam transaksi yang dilaporkan selesai pada 30 Mac lepas.

Seorang pengusaha syarikat minyak Esso di Kuala Lumpur mendakwa hampir dua minggu premisnya yang terletak di lokasi strategik di ibu negara tidak mendapat bekalan mencukupi daripada syarikat tersebut.

"Kami sering kehabisan bekalan awal kerana selama dua minggu tiada bekalan dihantar maka saya tertanya-tanya mengapa situasi merugikan ini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama.

Situasi yang sama turut dirasai seorang pengusaha stesen minyak Esso di kawasan Damansara yang tertanya-tanya mengapa masalah itu timbul.

"Jika penghantaran (bekalan) mereka okay, pasti tidak akan hadapi masalah seperti ini," katanya.

Seorang pengusaha stesen minyak di kawasan Sungai Besi pula terpaksa menutup sementara stesennya hari ini berikutan kehabisan bekalan petrol dan kekurangan diesel.

"Saya terpaksa menunggu bekalan minyak sejak malam tadi hingga 15 jam dan mereka hanya hantar sejumlah diesel dan ia hanya mencukupi hingga pukul 1 petang tadi maka stesen terpaksa ditutup walau ramai pelanggan yang marah dan tidak berpuas hati.

"Masalah ini berlaku apabila syarikat Petron Oil mengambil alih Esso secara mendadak dan kami berhadapan dengan masalah bekalan minyak yang tidak menentu," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) Datuk Hashim Othman berkata adalah menjadi satu kesalahan jika syarikat minyak gagal membekalkan minyak yang mencukupi kepada pengusaha.

Katanya syarikat minyak yang gagal memastikan bekalan petroleum kepada stesen-stesen minyak kelolaan mereka mencukupi, boleh dikenakan tindakan.

"Dalam syarat lesen, bahan api tersebut perlu sentiasa dibekalkan di mana bekalannya tidak boleh putus selama 24 jam setiap hari dan jika gagal ia dianggap sebagai melanggar perjanjian," katanya.

Hashim berkata pengusaha stesen juga bertanggungjawab untuk melaporkan masalah tersebut kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar siasatan dan tindakan boleh diambil terhadap syarikat itu.

"Setakat ini kita belum dimaklumkan dan tidak mendapat sebarang aduan daripada pengusaha syarikat minyak terbabit yang mengatakan terdapat kekurangan bekalan.

"Justeru jika ia berlaku, pengusaha yang terbabit perlu melaporkan pada KPDNKK atas tindakan salah syarikat minyak dan membolehkan masalah itu dikenal pasti puncanya," katanya.

Beliau berkata masalah kekurangan bekalan boleh wujud atas banyak faktor termasuklah atas kesalahan syarikat minyak dan mungkin juga salah pengusaha sendiri.

"Syarikat minyak mungkin mempunyai masalah kewangan atau faktor lain atau mungkin pengusaha stesen minyak sendiri tidak cekap mengurus bekalan minyak," katanya.

Bernipu

__________________________________________________________________________
INILAH TANDA-TANDA MINYAK AKAN NAIK MELAMBUNG.
NAIK BILA BN MENANG PRU13.
SIAPA BERANI PERTIKAI?
UNDI BN KERJA GILA.

ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment