Polis dapat peruntukan lebih untuk undang-undang baru-MALAYSIAKINI
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata pasukan polis akan diberikan peruntukan lebih besar untuk menguatkuasa dua undang-undang baru bagi menggantikan ISA.
Bercakap dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kapasiti pasukan itu juga akan ditingkatkan.
Katanya, peruntukan tambahan kepada polis itu merupakan syarat yang dikemukakannya kepada kabinet untuk meluluskan dua undang-undang baru berkenaan.
Jelasnya, peruntukan berkenaan adalah untuk meningkatkan kemampuan polis untuk menyiasat dan bekerjasama dengan agensi risikan lain.
Ditanya mengenai jumlah peruntukan baru itu, Hishamuddin berkata perkara itu masih terlalu awal untuk diberitahu.
Beliau juga enggan mengulas mengenai peruntukan tertentu dalam rang undang-undang yang dikemukakan kerajaan hari ini.
Katanya, wartawan perlu menunggu sehingga perkara itu dibahaskan dalam persidangan Dewan Rakyat minggu depan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan yang akan diambil ke atas individu yang ditahan melebihi tempoh 28 hari.
Katanya, tahanan berkenaan perlu didakwa di mahkamah selepas tempoh tersebut.
_________________________________________________________________________
ADAKAH BENAR POLIS KHADAM IMNO?
NAMPAKNYA PEMANSUHAN SEMUA HANYA RETORIK.
SEMUA RAKYAT DIMINTA UNTUK BERSABAR.
SIMPAN DENDAM UNTUK PRU.
TUMBANGKAN IMNO DI MASA PRU NANTI.
ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:
Post a Comment