Timbalan Pengarah Yayasan Terengganu (YT) , Mohd Razali Mahmud
KUALA TERENGGANU – Yayasan Terengganu (YT) memberi amaran keras kepada mana-mana pelajar di bawah pinjaman YT yang didapati terlibat dengan perhimpunan Bersih 3.0 yang dijangka berlangsung 28 April ini.

Pelajar yang didapati terbabit dengan perhimpunan itu bakal berdepan tindakan tegas iaitu menarik balik pinjaman.

Timbalan Pengarahnya, Mohd Razali Mahmud berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sedemikian kerana jelas ia bertentangan dengan syarat perjanjian pengajian yang dipersetujui oleh pelajar itu sendiri.

“Penamatan serta-merta pinjaman ke atas sembilan pelajar di Mesir yang didapati bersalah menyertai perhimpunan haram Julai tahun lalu seharusnya menjadi pengajaran berguna buat pelajar yang lain agar tidak menyertai aktiviti yang merugikan diri sendiri.

“Justeru, peringatan ini diharap mampu menyedarkan pelajar, kerana fokus utama mereka adalah mencari ilmu dan belajar bersungguh-sungguh untuk meraih kejayaan, bukan dengan terbabit dengan kegiatan yang jelas tidak memberi manfaat,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM106 juta setahun untuk membiayai pengajian bagi pelajar di negeri ini dan selayaknya, mereka membalasnya dengan membawa pulang kejayaan, bukan bertindak menentang kerajaan.

Sementara itu, diminta mengulas nasib sembilan pelajar yang ditamatkan serta-merta pinjaman kerana bersalah menyertai perhimpunan haram di Mesir tahun lalu, katanya Kerajaan Negeri tetap bertegas dengan keputusan yang dibuat sebelum ini.

Dua daripada sembilan pelajar terbabit merupakan pelajar jurusan Perubatan dengan jumlah pinjaman sebanyak RM300,000 setiap seorang, manakala selebihnya pelajar Pengajian Islam dengan setiap seorang diberi pinjaman berjumlah RM24,000.

Katanya, mereka didapati terlibat dengan perhimpunan haram pada 9 Julai tahun lalu, dan pada 28 Julai mereka diberikan surat tunjuk sebab.

Disebabkan tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan, pinjaman pelajar terbabit ditamatkan pada 20 Februari lalu.
_______________________________________________________________________________
INI PROGRAM UNTUK TAKUTKAN ANAK MUDA.
ANAK MUDA DAN SEMUA MAHASISWA.
JANGAN TERPENGARUH.
INGAT MEREKA BOLEH BUAT KE MACAM NI KALAU SEPULUH RIBU PEMUDA TURUN BERSIH?
KALAU SEPULU RIBU DEPA TARIK PINJAMA LAGI BAGUS.
PINJAMAN JE PUN BUKAN BIASISWA.
BAYAR BALIK KAN ?
DEPA BUAT MACAM DUIT MAK BAPAK DEPA.
MACAM MADEY BUAT KAT INI TANAH DULU.
JANGAN TAKUT ANAK MUDA.
9 MAHASISWA TOLONG LANTANG BERSUARA.
LAWAN SAMA SAMA.
KIRAJAAN HEGEMONI MESTI TUMBANG.
BETUL KE NAIB CANSELOR ITU INSTITUT MAHU BERTANDING NANTI?
HAIYAAAA!
INI SAYIDDD TAK SEDAR KAN.
TUNGGU PRU NANTI.
ANAK MUDA KASI TIBAI.

ANAK MUDA TOLAK UMNO!