free counters

Saturday, 14 April 2012

Mahasiswa akan berak kencing di Dataran Merdeka

ANAK MUDA DAN MAHASISWA KINI BERKHEMAH DI DATARAN
SEHINGGA BERSIH 3.0
TAK AKAN BERGANJAK SELAGI KIRAJAAN.
TIDAK MENUNAIKAN HASRAT PENDIDIKAN PERCUMA.
AYUH ANAK MUDA
BERSAMA-SAMA SI PEMBERANI.
BUANG RASA TAKUT SEGAN SILU.
BAWA SLEEPING BAG DAN KHEMAH.
TIDUR BERSAMA MEREKA.
DBKAL MAHU HALAU.
KITA LAWAN PENGUASA.
DATARAN MILIK RAKYAT.
TAK KIRA APA PUN.
RAKYAT PASTI MENANG .



DBKL arah pindah, siswa terus berkhemah di Dataran - malaysiakini
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini mahukan kira-kira 30 mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak semalam bagi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berpindah daripada kawasan itu.

Kelihatan pegawai penguatkuasa menemui mahasiswa dan mengarahkan mereka mengosongkan kawasan itu bagi memberi laluan kepada konsert diraja malam ini.

NONEMahasiswa diberitahu, menurut undang-undang, tiada sesiapa dibenarkan memasang sesuatu struktur di kawasan tumpuan pelancong itu tanpa kebenaran datuk bandar.

Setelah berbincang, mahasiswa bagaimanapun memutuskan enggan berpindah selagi tuntutan mereka tidak didengar.

Aktivis Adam Adli Abd Halim (atas) berkata, terpulang kepada DBKL jika mahu merampas barang mereka atau menghalau mahasiswa, tetapi mereka tetap akan kembali untuk berkhemah malam ini.

Kumpulan itu merancang berkhemah di Dataran Merdeka sehingga perhimpunan BERSIH pada 28 April ini.

Mereka antara ratusan yang berhimpun di ibu negara petang semalam bagi menyatakan penolakan kepada PTPTN dan menuntut perdidikan percuma hingga ke peringkat pengajian tinggi.

No comments:

Post a Comment