Koyak Harakah tak mampu sekat kebangkitan rakyat
Harakahdaily, | 06 Apr 2012 |
KUALA LUMPUR, 6 April: PAS Wilayah Persekutuan (PAS WP) mengecam tindakan Umno Putrajaya kerana mengoyak akhbar Harakah di Putrajaya, semalam.
“PAS WP menganggap tindakan Umno Putrajaya biadap kerana merosakkan akhbar rasmi milik PAS yang telah menaikkan kemarahan ribuan pendukung dan penyokong PAS di seluruh negara,” kata Ketua Penerangannya, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Bagi PAS WP, ujarnya tindakan Umno Putrajaya sebagai ketinggalan zaman kerana menolak keterbukaan dalam sebuah negara demokrasi.
Katanya, kebebasan bersuara, cetakan, berhimpun adalah hak rakyat selama mana ianya dalam batasan undang-undang.
“PAS WP merasa kesal dengan tindakan tidak bertamadun ini lebih-lebih lagi ia berlaku di kawasan Putrajaya, pusat pentadbiran negara,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Bagi Suhaimi, Umno Putrajaya seolah-olah mahu menyekat rakyat dari akses kepada maklumat alternatif yang disampaikan oleh Pakatan Rakyat.
Ini, kata beliau menandakan mereka sememangnya gerun jika rakyat mengetahui maklumat yang benar dan adil dan gentar jika rakyat bangkit menentang mereka.
Justeru, tambahnya PAS WP meminta Umno Putrajaya merasa insaf dan sedar kerana selama ini kerajaan milik Umno BN begitu kuat menindas Pakatan Rakyat (PR).
“Seluruh media milik rasmi negara dipergunakan buat menyekat akses kepada PR, malah pemimpin PR turut dibelasah sesuka hati hampir setiap hari.
“Media utama hanya berhak melaporkan segala kebaikan mengenai Barisan Nasional semata-mata, manakala selainnya adalah buruk belaka,” katanya lagi.
Dalam keadaan demikian, ujarnya PAS hanya memiliki akhbar Harakah sebagai medium menyampaikan maklumat berguna kepada rakyat.
PAS, jelasnya tidak ada televisyen, radio, akhbar harian untuk menyampaikan mesej parti.
“Tidak puas dengan itu, akhbar Harakah pula dimangsakan dengan mengoyakkannya,” ujarnya.
Justeru, tambahnya PAS WP mengingatkan Umno Putrajaya bahawa kebangkitan rakyat tidak mungkin dapat disekat.
“Usahkan koyak, bakar, sekat keluaran Harakah sekalipun tetap tidak mampu menyekat arus kebangkitan ini,” tambahnya.
Beliau berkata, rakyat semakin percaya bahawa hayat Umno sudah sampai ke penghujungnya.
“Bersedialah menerima kenyataan ini dan percayalah bahawa tidak ada kerajaan akan memerintah selama-lamanya, termasuk Umno!” katanya.
____________________________________________
BERSEDIALAH UMNO KERANA UMNO PASTI AKAN DITUMBANGKAN PADA PRU 13 INI..
LAGI ANDA BUAT MASALAH SEPERTI PIJAK ATAU KOYAK SEPERTI YG DILAKUKAN..LAGI RAMAI RAKYAT BENCI KEPADA UMNO-BN..HAHA..
ANDA TUNJUK BELANG..RAKYAT PUN AKAN TUNJUK BELANG JUGAK..
DARIPADA PERBUATAN YANG DILAKUKAN..TELAH NAMPAK UMNO-BN NI TAKUT AKAN MEDIA ALTERNATIF YG ADA SEKARANG INI KERANA DENGAN MEDIA ALTERNATIF INILAH RAKYAT AKAN TAHU SEGALA INFORMASI TERKINI..
BUATLAH BENDE BODOH TU LAGI..HAHA
TUNGGULAH PADA PRU 13 INI..
SOKONGAN PADA PR TIDAK AKAN LUNTUR SEBALIKNYA SOKONGAN KEPADA UMNO AKAN LUNTUR..
ANAK MUDA TOLAK UMNO..
No comments:
Post a Comment