free counters

Tuesday 10 April 2012

IMNO MAIN SANDIWARA

Kerajaan benarkan perhimpunan BERSIH 3.0 - MALAYSIAKINI
Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam.

Penganjur perhimpunan itu, BERSIH 2.0, sebelum ini mengumumkan bahawa perhimpunan berkenaan akan dijalankan selama dua jam bermula jam 2 petang pada 28 April di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Perhimpunan dengan tema "Duduk Bantah" itu juga akan diadakan serentak di lokasi tertentu seluruh negara dan negara lain.

Perhimpunan berkenaan juga akan disertai oleh Himpunan Hijau – perhimpunan untuk membantah loji nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant di Gebeng, Pahang.
_____________________________________________________________________---
TERIMA KASIH KERANA MENGHORMATI DEMOKRASI.
INI BERMAKNA KUASA RAKYAT KUASA SAKTI.
PERKUSU DAN PERKIDU JANGAN KASI MASUK CAMPUR.
RAKYAT MALAYSIA SILA JAGA TATASUSILA DAN ADAB BERHIMPUN.
TUNJUKKAN PADA SELURUH DUNIA KITA BERADAB.
KALAU PERKIDU DAN PERKUSU BUAT KACAU,
FRU TOLONG TEMBAH WATER CANON!
SEMOGA SELAMAT DUDUK DAN BANTAH!
JANGAN PERCAYA IMNO 100%
LETAK 30% SAHAJA.
SELEBIHNYA LETAK PADA SEBARANG KEMUNGKINAN.
SEBAB KALAU BENARKAN ATAU TAK , KITA TETAP AKAN BERHIMPUN.
UNTUK TEGAKKAN KEADILAN DAN DEMOKRASI.
KITA AKAN JUNJUNG LAPAN TUNTUTAN.
 
ANAK MUDA TOLAK IMNO!

No comments:

Post a Comment