Menteri: Peluang Melayu terjejas jika mansuh pinjaman-malaysiakini
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pemansuhan pinjaman yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menjejaskan peluang golongan Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.
Dalam wawancara yang disiarkan Utusan Malaysia hari ini, Khalid berkata, pemansuhan pinjaman itu akan menyebabkan pelajar kurang berkemampuan menghadapi masalah untuk menanggung kos sara hidup di kampus.
Katanya komponen terbesar dalam pinjaman yang ditanggung siswa itu adalah untuk kos sara hidup, dan bukannya untuk bayaran yuran pengajian.
Khaled bimbang sekiranya proses kemasukan ke universiti akan bertambah ketat kerana dijalankan berasaskan kecemerlangan pelajar.
Bahaya meritokrasi
Tambahnya, pemansuhan yuran itu akan menyebabkan berlaku persaingan sengit di kalangan pelajar untuk mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang diberikan subsidi yuran sehingga lebih 90 peratus.
"Dalam hal ini, perlu ada asas yang tepat siapa patut dapat masuk, apatah lagi ini percuma. Jadi mereka akan gunakan meritokrasi," katanya yang memberi contoh sistem pendidikan tinggi percuma yang diamal di Singapura, Chile dan Argentina.
"Ia sama seperti mana permohonan biasiswa akan berlaku perebutan, timbul tidak puas hati dan bila kita guna ini (meritokrasi), bila kita tidak dapat mengimbangi orang Melayu akan berlakunya jurang.
"Akhirnya berlakunya situasi lapan nisbah satu (8:1) iaitu lapan anak orang kaya dan seorang anak orang miskin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya lagi.
Bimbang nasib IPTS
Isu berkenaan juga menjadi tumpuan utama akhbar Berita Harianhari ini yang turut memetik kenyataan Khaled mengenai kebimbangannya ke atas nasib IPTS sekiranya pinjaman tersebut dihapuskan.
"Pelaksanaannya juga akan akan menyebabkan pendidikan di IPTA tidak dapat diperluaskan kerana kekangan kewangan yang dihadapi kerajaan," katanya.
Akhbar berkenaan turut memetik kenyataan pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam, Institut Kajian Strategik dan Kepimpinan Asia (ASLI), Tan Sri Ramon Navaratnam yang bimbang langkah penghapusan hutang itu akan menjejaskan keyakinan pelabur.
Mengulas cadangan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggunakan wang Petronas bagi menyelesaikan pinjaman tersebut, Ramon berkata langkah itu bukan sahaja tidak praktikal malah akan meranapkan syarikat minyak negara.
"Cadangan pembangkang itu akan menyebabkan pelabur asing hilang keyakinan terhadap negara ini kerana dasar ekonomi yang tidak konsisten apabila tiba-tiba pinjaman itu dilupuskan dengan mudah dan kerajaan terpaksa menggunakan peruntukan lain menanggung hutang berkenaan sehingga mengorbankan projek pembangunan lain yang lebih penting.
"Jika kita meminjam, kita perlu memulangkannya dan jangan terlalu berharap pada subsidi kerana amalan bergantung kepada subsidi akan menyebabkan rakyat menjadi kurang produktif," katanya.
Buat di Unisel dulu
Laporan akhbar itu turut memetik kenyataan naib canselor Universiti Teknologi Mara, (UiTM), Tan Sri Ibrahim Abu Shah yang berkata, pembangkang sepatutnya memulakan langkah menyediakan pengajian percuma di Universiti Industri Selangor (Unisel).
Katanya, UiTM kekal sebagai kampus yang mengenakan yuran termurah selain menyedia bantuan kepada pelajar miskin, sedangkan Unisel yang berada di bawah kerajaan Pakatan Rakyat menaikkan harga yurannya.
Beliau juga mendakwa, kualiti pengajian di kampus itu juga merosot sedangkan kadar yurannya merupakan antara yang paling tinggi..
"Anwar sendiri sebagai penasihat ekonomi Selangor tidak mampu mengotakan kata-katanya di Unisel apatah lagi ingin melaksanakannya ke seluruh negara. Jadi siapa sebenarnya yang menipu rakyat," katanya.
Seorang lagi yang dipetik Berita Harian dalam laporannya, naib canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Dr Ghauth Jasmon pula berkata, pelajar perlu membayar sebahagian daripada kos pengajian untuk menjadikan golongan itu lebih bertanggungjawab dan bekerja kuat.
___________________________________________________________________________-
ITU SEBAB KITA NAK MERITOKRASI.
KASI ORANG MELAYU KERJA KUAT.
BELAJAR RAJIN-RAJIN.
BUKAN MASUK UiTM SEBAB NAMA MELAYU.
NAMA ABU, MELAH, MINAH.
TAPI SEBAB PRESTASI.
ORANG MISKIN BELAJAR DENGAN PTPTN.
MASUK UNI.
BILA KELUAR.
TANGGUNG HUTANG!
HAIIIHH, UMNO UMNO

No comments:
Post a Comment