free counters

Friday 13 April 2012

Sebagai tanda sokongan atau kena paksa bayar?

J/kuasa masjid diarah hadiri program Najib
Kesemua 180 masjid di daerah Batu Pahat, Johor diarahkan menghantar lima wakil, termasuk imam, bilal dan noja bagi menghadiri program Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 7 April lalu.

Arahan itu dibuat melalui surat rasmi daripada pejabat kadi daerah bertarikh 2 April yang turut meminta pihak masjid memberikan wang RM50 kepada individu yang mewakili masjid masing-masing.

Salinannya kini beredar di laman blog dan Facebook oleh pihak yang mempertikaikan arahan tersebut yang didakwa menggunakan masjid dan kewangannya untuk kepentingan politik kepartian.

NONEDalam tinjauan ke Batu Pahat pada tarikh itu, Najib dilapor tiba seawal jam 9.15 pagi untuk bersarapan di sebuah kopitiam sebelum meninjau kawasan pasar dan beramah mesra dengan peniaga dan orang ramai.

Beliau antaranya diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Puad Zakarshi.

Selepas kira-kira 45 minit membuat tinjauan mesra, perdana menteri dilaporkan bertolak ke program "Jelajah Janji Ditepati" di Stadium Batu Pahat.

Kadi pertahan arahan

Sementara itu, Kadi Daerah Batu Pahat Bahrin Jalal ketika dihubungi Malaysiakini mengakui mengeluarkan surat arahan itu dan mengesahkan kesahihan kandungannya.

Bagaimanapun, katanya, surat itu dikeluarkan hanya sebagai “ tanda sokongan kepada pemimpin” dan bagi memberi pendedahan kepada lima anggota jawatankuasa masjid di daerah itu.

"Kita suruh hadir ke majlis itu sebagai tanda sokongan kepada pemimpin. Perdana menteri baru pertama kali datang ke Batu Pahat.

“Jadi kita arahkan mereka supaya mendengar amanat daripada pemimpin," katanya.

Menurutnya lagi, wang untuk bayaran “duit minyak” itu diambil daripada peruntukan yang disediakan untuk tujuan pembangunan masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor.

"Bukan setiap seorang dapat RM50, tetapi satu kereta dapat RM50. Maknanya seorang RM10. Duit itu kita beri sebagai duit minyak. Itu sahaja.

“Wang itu memang boleh digunakan sebab majlis itu sebahagian daripada program masjid,” katanya lagi.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

APA BENDA NI BN? BOLEH PULAK PAKSA2X HANTAR WAKIL DAN WAJIB BAYAR DAN MENGGUNAKAN MASJID DAN KEWANGANNYA UNTUK KEPENTINGAN PARTI TERSEBUT. ADAKAH INI NEGARA YG BERDEMOKRASI?  HAMPA FIKIRLAH SENDIRI ADA OTAK ADA AKAL KAN, PERNAH PARTI LAIN BUAT MCM NI? PAS OR PKR ATAU YG LAIN. KAH KAH DAH GUNA DUIT RAKYAT MASUK POKET SENDIRI LEPAS TU NAK TIBAI DUIT MASJID PULAK.

HAMBA YG DAHAGAKAN KEBENARAN 

No comments:

Post a Comment