free counters

Sunday 15 January 2012

Cabaran Untuk Najib

Anwar ulang cabaran debat kepada najib


ALOR SETAR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengulangi cabaran debat krisis dan polisi negara kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Anwar mengulangi cabaran itu dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat ketiga di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah.

“Najib kata kononnya Pakatan Rakyat ini retorik. Untuk tentukan sama ada retorik atau populis atau pun bukan, saya cabar debat terbuka antara Najib dan saya tentang dasar negara ini,” kata Anwar.

Dalam ucapan penggulungannya itu, Anwar sempat membidas Najib yang sebelum ini melaung-laungkan mahu menjadikan Malaysia negara demokrasi terbaik dunia.

“Berbanding PM lain, Najib lakar kata-kata paling murni. Bukan demokrasi tetapi demokrasi terbaik.

“Jika benar, pastikan pilihan raya bebas dan adil serta tiada penipuan.

“Najib juga harus pastikan media Malaysia bukan media Mesir di zaman Hosni Mubarak. Mesti ada ruang cukup untuk pembangkang,” kata Anwar.

Beliau juga menegaskan bahawa keputusan mahkamah membebaskan beliau tidak melambangkan sistem kehakiman negara sudah pulih sepenuhnya.

“Satu keputusan kecil melibatkan Anwar tidak semestinya melambangkan sistem rombakan kehakiman yang adil, kata Anwar.


KEADILANDAILY

__________________________________________

BERANI KE NAJIB SAHUT CABARAN ANWAR NI..
KITA TUNGGU JE..HAHA..KALAU NAJIB MAHU..MESTI BEST DEBAT NI..
JANGAN DISEBABKAN MAHKAMAH MEMBEBASKAN ANWAR..KORANG DAH CAKAP MAHKAMAH TIADA CAMPUR TANGAN UMNO-BN..
JANGAN JADI BODOH..
KITA MESTI SEDAR YANG UMNO INI TELAH BANYAK MENIPU ORANG MELAYU..ORANG2 MELAYU PELU SEDAR..
MARI KITA TOLAK UMNO..


ANAK MUDA TOLAK UMNO



No comments:

Post a Comment