free counters

Monday 2 January 2012

Sape la Punye Kerja Ni

Kereta pemimpin mahasiswa di luar UPSI diserang-Malaysiakini
Muhammad Safwan Anang, mahasiswa yang cedera pada perhimpunan pro-kebebasan akademik di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Ahad lalu mendakwa cermin keretanya dipecahkan semasa beliau sedang menerima rawatan di hospital.

Isterinya, Masturah Abu Bakar memberitahu Malaysiakini hari ini, kereta Kenari milik mereka itu diletakkan di pintu pagar timur UPSI ketika demontrasi diadakan pada awal pagi 1 Januari lalu.

“Saya dapat panggilan dari rakan pada pagi 1hb tu jam 10 pagi. Mengatakan cermin kereta Safwan dipecah. Park area pintu timur UPSI.

safwan hospital slim river 020112“Safwan masih belum sempat buat report, kesihatan beliau masih tidak mengizinkan,” katanya dalam satu sms.

Menurut Masturah, suaminya itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta pagi ini, selepas mengadu masih sakit dada setelah menerima rawatan dan dibenarkan keluar dari Hospital Slim River, petang semalam.

Pada protes tahun baru itu, polis cuba menyuraikan bantahan itu dan ketika mengheret pengerusi Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas), beliau dilaporkan pengsan.

Dakwa Safwan, polis menekan rusuknya menggunakan lutut dengan keras dan dipukul di bahagian muka ketika membantu rakannya yang diseret polis.

Pihak polis bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan berkata kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" semasa ke klinik berdekatan.

Video kejadian yang dimuatnaik di Youtube juga tidak menunjukkan sebarang keganasan oleh pihak polis.

________________________________________

CERMIN KERETA NI DIPECAHKAN SENDIRI KE?..HAHA..

NAMPAK SGT KEBODOHAN MEREKA NI..ORG YG WARAS X MUNGKIN NK CEDERAKAN DIRI SENDIRI DAN PECAHKAN CERMIN KERETA DIRI SENDIRI..

ANAK MUDA BANGKIT MELAWAN UMNO..TRAGEDI DI UPSI BUKAN SUATU YG MEMALUKAN..AKAN TETAPI SESUATU YG AMAT MEMBANGGAKAN BUAT ANAK MUDA..

HAK YG MEREKA PERJUANGKAN BUKAN UNTUK KEPENTINGAN MEREKA SAHAJA..TETAPI UNTUK SEMUA ORG YG BERGELAR MAHASISWA NANTI..

ORG YG BERBUAT JAHAT AKAN DIBALAS DENGAN KEJAHATAN..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment