free counters

Wednesday 4 January 2012

Kerajaan Selangor Sokong Mahasiswa

Kerajaan Selangor-KAMI Meterai MoU

Shah Alam, 4 Dis : Kerajaan Negeri Selangor semalam menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independan (KAMI) dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Exco Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr. Xavier Jayakumar berkata, MoU tersebut membolehkan kerajaan negeri membantu secara aktif aktiviti akademik, sosial dan kemasyarakatan bersama siswa UiTM kampus Shah Alam.

“Ini adalah komitmen kerajaan negeri untuk membantu warga universiti dalam menjayakan aktiviti mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, MoU itu juga menjadi ‘pembuka jalan’ bagi mengeratkan hubungan antara mahasiswa UiTM dengan kerajaan negeri pada masa akan datang.

Jelasnya lagi, sebelum ini bantuan juga telah diberi kepada beberapa universiti lain menerusi portfolio-portfolio lain kerajaan negeri.

Dalam majlis itu, pelajar UiTM Shah Alam, Khalid Mohd Ismath selaku Timbalan Presiden KAMI hadir sebagai tanda sokongan terhadapa usaha kerajaan negeri Selangor itu.

KAMI antara kumpulan mahasiswa yang bernaung di bawah gerakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). – GZDaily


_____________________________________-

KERAJAAN NEGERI SELANGOR MEMANG BGUS..

KERAJAAN NEGERI SELANGOR SENTIASA MENYOKONG DAN MEMBANTU MAHASISWA..

DENGAN INI DAPATLAH MAHASISWA MENGERATKAN HUBUNGAN MEREKA DGN KERAJAAN NEGERI SELANGOR..

SETIDAK-TIDAKNYA TAK DA LA MAHASISWA DITENDANG DAN DITUMBUK..

RAKYAT MALAYSIA AMAN DI BAWAH PAKATAN RAKYAT..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment