free counters

Tuesday 10 January 2012

Wartawan Minta Maaf Kepada Anwar

NIK AZIZ MINTA WARTAWAN,PEMFITNAH ANWAR MOHON MAAF


KUALA LUMPUR 10 jan: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa wartawan dan pihak yang menaburkan fitnah terhadap Datuk Seri Ibrahim, memohon maaf kepada ketua pembangkang itu.

“Wartawan-wartawan yang membuat fitnah terhadap Anwar Ibrahim ini, dia menanggung dosa besar. Dia tidak akan masuk syurga jika tidak minta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegasnya.

Beliau menegaskan, secara jelas, Anwar tidak mungkin melakukan perbuatan terkutuk itu dengan pengadu, Mohd Saiful Bukhari yang merupakan seorang pemuda yang gagah.

“Kalau nampak pada zahir pun, nampak terang-terang jahat. Anwar ini fizikal dia, nak bawa diri pun teruk, duduk sakit, nak bangun lebih sakit lagi kerana belakang dia sudah dirosakkan (cedera) semasa dalam jel.

“Orang macam (Anwar) ini macam mana nak buat hubungan seks dengan orang muda. Orang muda boleh tendang Anwar Ibrahim kerana fizikal Anwar Ibrahim apa sangat. Tapi fitnah, fitnah, sudah 10 tahun,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Nik Aziz berkata beliau akan berpuasa sunat hari ini sebagai tanda kesyukuran di atas pembebasan Anwar.

“Saya sendiri akan melakukan solat sunat syukur dua rakaat malam ini dan akan berpuasa sehari esok (hari ini), insya’Allah,” katanya ketika ditemui pemberita, semalam.

Mengenai keputusan hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah yang membebaskan Anwar dari tuduhan itu, Mursyidul Am PAS itu turut bersyukur kerana Allah swt membuka pintu hakim berkenaan.

“Kita bersyukur pada Allah swt kerana membuka pintu hati peguam dan hakim untuk membuat keputusan sebenar,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap politik fitnah di Malaysia selepas ini akan tamat.

“Allah berfirman, fitnah itu lebih teruk daripada membunuh.

“Jadi mudah-mudahan politik fitnah yang mulai tumbuh di Malaysia ini tidak akan berlaku lagi,” katanya lagi.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Bagaimanapun, kes itu mendedahkan pelbagai tembelang konspirasi, termasuk pertemuan sulit antara Saiful dan Datuk Seri Najib Razak beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

KEADILANDAILY


_______________________________________


RAKYAT MALAYSIA YANG MEMFITNAH ANWAR PERLULAH MEMINTA MAAF..

JANGAN LA LAGI MENYEBARKAN FITNAH..BINASA NANTI..

MARI SAMA2 KITA DOAKAN AGAR PAKATAN RAKYAT DAPAT PEGANG MALAYSIA.


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment