free counters

Sunday 1 January 2012

Mahasiswa dipukul teruk oleh polis

Demo UPSI: Siswa cedera, 20 ditahan-Malaysiakini

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa ditahan polis dan seorang cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.

smm protest in sultan idris university 010112 safwan anangDakwanya, mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah setelah cuba diredakan polis dalam perhimpunan yang disertai kira-kira 60 itu.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip -- yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat -- di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.


______________________________________________________


POLIS SUDAH LEBIH..

ANAK MUDA PERLU BANGKIT MELAWAN PEMERINTAHAN YG ZALIM..

JGN MNGIKOT TELUNJUK MEREKA LG..

APA SALAH MEREKA SEHINGGA DIPUKUL HINGGA BEGINI RUPA..TAKOT SGT KE MREKA DGN MAHASISWA..

MEREKA ADA BWK BOM KE SENJATE2 YG MEMBAHAYAKAN KE?

INGAT..DI DUNIA ANDA BOLEH BERBUAT DEMIKIAN..TETAPI ANDA AKAN MENDAPAT BALASANNYA KELAK..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment