free counters

Saturday 7 January 2012

Terima Kasih UMNO : Mahasiswa

Khaled : Biarkan Mahasiswa Sertai Himpunan Isnin Ini

Kuala Lumpur, 7 Jan : Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin hari ini mengeluarkan kenyataan membenarkan mahasiswa IPT untuk menyertai himpunan BEBAS Anwar Isnin ini.
“Sekiranya ia (perhimpunan) mempunyai permit dan sah di sisi undang-undang, ianya tidak mendatangkan masalah.”
“Dalam semangat pindaan yang akan berlaku kepada AUKU 1971, saya percaya universiti tidak seharusnya mengambil sebarang tindakan terhadap staf mereka dan penuntut.”, ujarnya sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur semalam.
Pihak polis semalam telah memberi kebenaran bahawa perhimpunan itu boleh dianjur Isnin ini (9 Januari 2012) di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Saya tidak berminat – VC Universiti Malaya
Sebelum ini, Universiti Malaya melalui kenyataan Naib Canselornya, Tan Sri Ghauth Jasmon telah mengeluarkan amaran melalui facebook menyatakan pihak universiti akan mengambil tindakan sekiranya terdapat penuntutnya menyertai perhimpunan itu.
Namun setelah mengetahui perhimpunan itu disahkan, ini kenyataan beliau :
“Saya tidak berminat untuk tahu aktiviti pelajar itu.
“Saya mahu mereka fokus dengan peperiksaan yang sedang berlangsung.”, ujar Ghauth Jasmon.
Selain UM, beberapa universiti tempatan juga mengeluarkan notis amaran bagi memastikan tiada penuntut mereka menyertai himpunan terbabit Isnin ini. – GZDaily

______________________________________________________________________

Apabila lampu hijau sudah diberi.
Ayuh ke parlimen jalanan bagi menuntut keadilan.
Anak muda harus tolak konspirasi.
Anak muda mahukan keadilan dalam sistem kehakiman.
Kita tidak berjuang untuk isu Anwar semata-mata.
Namun lebih daripada itu kita mahukan anjakan paradigma yang baru.
Ayuh anak muda ke jalanan.
Berjuang bagi kebenaran.

Kerana dunia ini akhirnya menjadi milimu jua..

Anak Muda Tolak UMNO

No comments:

Post a Comment