free counters

Wednesday 11 January 2012

Umno Banyak Berjasa Kepada Rakyat

Jangan ugut rakyat ‘hanya Umno bagi makan’


KOTA KINABALU, 11 Jan: Para pemimpin Umno Barisan Nasional di negeri ini diingatkan tidak memperalatkan kemaslahatan dan kesempitan rakyat sebagai medan meraih undi dan populariti.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah, Mohd Julpikar Abd Mijan (gambar) menegaskan bahawa politik ugut mengugut dan ‘hanya Umno yang bagi makan’ perlu dihindarkan selagi mana keyakinan dan keesaan yang tinggi kepada Allah.

“Rosak Umno BN yang ada pada hari ini bukan disebabkan kepimpinannya yang lemah. Bukan juga faktor ketandusan kepimpinan yang baik.

“Tapi, rosak dan tandusnya Umno BN disebabkan kejahilan dan khurafat yang tidak pernah padam dalam diri mereka,” ujarnya.

Katanya, kesempitan hidup yang dialami rakyat menjadi tugas utama Umno BN bagi mengekalkan kuasa dan pemerintahan yang ada pada hari ini.

“Rakyat miskin, mereka tindas. Diberi macam-macam ugutan. Kononnya tiada Umno tiadalah tempat tinggal, tiadalah makanan dan tiadalah keselesaan.

“Ini fahaman khurafat yang Umno BN Sabah berjangkit dengan Semenanjung. Yang jadi mangsa, rakyat Sabah,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, kedaifan dan kekurangan yang ada pada rakyat sebenarnya perlu ditingkatkan pengetahuan bagi mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berpendidikan.

“Umno sepatutnya bila sudah berkuasa, mampu untuk membawa keluar rakyat daripada kepompong kemiskinan dan kedaifan ini. Jangan tahu mengkritik negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Lihat dulu negeri yang dipimpin ini, sama ada betul atau tidak sudah menepati citarasa rakyat.

“Bagi pendidikan kepada anak-anak kampung, beri mereka sekolah dan pelajaran. Beri mereka penempatan yang bagus-bagus, punya kemudahan dan keperluan asas bukan suap mereka dengan ugutan dan kuasa,” tegas Julpikar.

Dalam perkembangan yang lain, Julpikar yang juga Ketua Penerangan PAS Sepanggar mempelawa para media dan wartawan untuk melihat sendiri hasil usaha dan kerja kuat Umno Sepanggar yang dikatakan menjiwai kehidupan rakyat.

“Kita (PAS) jemput semua para media dan wartawan untuk menilai sendiri kerja kuat Umno Sepanggar yang dikatakan sejak tahun 2009 ini.

“Sehingga ke hari ini, penduduk Kampung Numbak dan Kibagu masih tidak mempunyai jaringan perhubungan jalan raya yang baik,” jelasnya.

Kedua-dua kampung berkenaan hanya bersebelahan dengan mercu tanda dan kemegahan pasaraya One Borneo dan gedung ilmu Universiti Malaysia Sabah.


HARAKAHDAILY


_____________________________________


SENARIO INI SERING BERLAKU DI MANA2 SAHAJA..

TAKDE UMNO..TAKDE LA SKOLA..HAHAHA..

RAKYAT YG MISKIN BUKAN NAK BANTU DARI TERJERUMUS DENGAN KEMISKINAN..TETAPI TERUS UGUT UNTUK TERUS MENYOKONG UMNO..KLO TIDAK UNDI UMNO..TAK DIBERI BARANG2 KEPERLUAN..HAHA.

ITU SEMUA DUIT RAKYAT JUGAK..BUKAN DUIT MAK BAPAK ORANG2 UMNO ..

JANGAN LA TERUS MENGUGUT RAKYAT DENGAN CARA BODOH NI..

APA PUNYA POLITIK YANG UMNO LAKUKAN NI?..HAHA..

SEPATOTNYE KELUARKAN RAKYAT DARIPADA BELENGGU KEMISKINAN YANG RAKYAT ALAMI ITU..

UMNO HANYA MEMENTINGKAN KUASA..RAKYAT DIKETEPIKAN..

RAKYAT TIDAK PERLU LAGI UNDI BN..SETIAP UNDIAN ANDA KEPADA BN AKAN MEMBAWA PADAH KEPADA ANDA SENDIRI DAN NEGARA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment