free counters

Sunday 29 January 2012

Kedudukan umno tersangat tergugat

Idris Ahmad: Dr Mahathir Paling Takut Bila Pakatan Berkuasa.

SHAH ALAM, 29 JAN - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya.

Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.

"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.

Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.

Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.


___________________________________________

NEGERI2 YG DIPERINTAH OLEH PR JELAS MENUNJUKKAN KETELUSAN,ADIL DAN TANGGUNGJAWAB DI DALAM PEMERINTAHAN..
BUKAN SEPERTI UMNO YANG HANYA MEMENTINGKAN KRONO SAHAJA..
SEKARANG GEROMBOLAN PASTI SEDANG RANCANG SESUATU UNTUK MENJATUHKAN PR JUGA..
TETAPI RAKYAT SUDAH TIDAK BODOH LAGI..RAKYAT BOLEH MENILAI MANA BAGUS DAN MANA BURUK..
JANGAN LA TONTON TV3 SUKU DAN UTUSAN MELOYA LAGI..JIKA TERUS MENERUS TONTON DAN MEMBACA AKHBAR MELOYA..ANDA AKAN TERUS DITIPU,DITIPU DAN DITIPU..HAHA..
MARI SEMUA RAKYAT MALAYSIA..KITA TUKARKAN MINDA KITA UNTUK PERUBAHAN..
JANGAN LAGI UNDI KEPADA DACING..SETIAP UNDIAN ANDA KEPADA DACING AKAN MEMBAWA PADAH KEPADA SEMUA ORANG..
MARI KITA TOLAK UMNO.

ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment