free counters

Tuesday 3 January 2012

Isu Mahasiswa Tersebar Luas..

Pakatan bawa isu mahasiswa dalam konvensyen 13 Januari-KEADILANDAILY


PETALING JAYA 3 Jan: Pakatan Rakyat akan membawa isu mahasiswa dan membahaskannya di dalam konvesyen pada 13 Januari ini, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Persetujuan itu dicapai semasa mesyuarat Pakatan Rakyat di ibu Pejabat KEADILAN di sini petang tadi, yang sebulat suara menyokong tuntutan mahasiswa untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) serta kebebasan akademik.

“Pakatan mengutuk kezaliman ke atas mahasiswa yang menuntut pemansuhan Auku, sikap beberapa Universiti yang menghalang kebebasan dan wacana bebas,” kata Anwar dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut.

Dengan bertemakan ‘Bersihkan Malaysia’, katanya, konvensyen berkenaan akan turut membahaskan isu penjawat awam (SBPA), Felda dan isu-isu rakyat yang lain seperti kenaikan harga barang dan kos kehidupan.

Menyentuh mengenai pilihan raya umum yang bakal diadakan bila-bila masa, Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN membidas media yang masih dikongkong Umno-Barisan Nasional.

“Media perlu ada ruang dan pendedahan yang adil. Jangan buat pilihan raya macam (Presiden Mesir) (Hosni) Mubarak. Hanya ada Utusan Mesir dan TV3 Mesir,” sindirnya.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang di sidang media yang sama berkata, kini tiba masanya untuk rakyat melakukan perubahan demi negara yang lebih baik.

“Kita perlu melakukan perubahan yang sungguh-sungguh. Selagi pembersihan sebenar seperti daftar pemilih, sistem pengurusan yang cekap, undi pos tidak dibuat perubahan, pilihanraya yang telus tidak akan berlaku,”

“Penggunaan dakwat kekal tidak menjamin pembersihan sepenuhnya pilihanraya negara ini,” kata beliau.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berkata Pakatan Rakyat menyeru pihak polis dan kerajaan menunaikan janji dan menghormati kebebasan akademik seperti yang dituntut mahasiswa.

Menurutnya, kejadian yang berlaku di Universiti Pendidikan Sultan Idris, di Tanjung Malim sehingga mengakibatkan kecederaan kepada mahasiswa akibat dipukul pihak polis, amat dikesali.


_________________________________


RAKYAT MALAYSIA PERLU MELAKUKAN SUATU PERUBAHAN..

JIKA RAKYAT MALAYSIA TIDAK MAHU BERUBAH..AKAN ROSAK LA NEGARA INI JIKA TERUS MENERUS MEMBERI UMNO-BN MEMERINTAH LAGI..

TRAGEDI UPSI BARU-BARU INI TELAH MENAIKKAN SEMANGAT ANAK MUDA UNTUK TERUS BERJUANG MENUNTUK HAK RAKYAT....

SEMUA PIHAK KESAL DENGAN SIKAP POLIS YG TELAH MENUMBUK DAN MEMUKUL MAHASISWA..

UMNO-BN PERLU MEMBERI ANAK MUDA ATAU MAHASISWA KEBEBASAN UNTUK BERSUARA.PADA MASA SEKARANG..ANAK MUDA TIDAK LAGI BODOH..ANAK MUDA TELAH BANGKIT UNTUK MELAWAN PEMERINTAHAN YG ZALIM DAN YANG MANA BETUL AKAN DISOKONG DAN YANG MANA SALAH AKAN DITENTANG HABIS-HABISAN..

UMNO-BN PERLU BERSIHKAN SISTEM PILIHANRAYA SEBELUM BERSIH 3.0 DILANCARKAN.


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment