free counters

Thursday 5 January 2012

Rakyat Malaysia Akan Turun 901

Mat Sabu gesa kawal Perkasa 9 Januari-Keadilandaily

KUALA LUMPUR 5 Jan: Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu menggesa pasukan polis mengawal kelakuan ahli-ahli Perkasa yang mengancam mahu turun ‘bertempur’ dengan lebih 100 ribu rakyat 9 Januari depan di Jalan Duta.

Mohammad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu juga berasa hairan dengan tindakan Perkasa yang jelas mahu menimbulkan huru-hara dengan mengambil sikap konfrontasi.

“Mereka (Perkasa) mahu buat apa di situ? Kita harap polis dapat jaga keselamatan rakyat yang berhimpun untuk menyatakan sokongan kepada Anwar pada hari itu,” kata Mat Sabu.

Bercakap lanjut, Mat Sabu turut menyeru orang ramai dan penyokong Pakatan Rakyat untuk turun beramai-ramai kerana ia merupakan hak mereka untuk berbuat demikian.

Malah, beliau juga percaya himpunan rakyat pada hari itu akan berjalan lancar kerana ia bertujuan aman, berbeza dengan Perkasa yang mahu ‘bertempur’.

“Rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat perlu hadir ke sana untuk menyatakan sokongan mereka kepada Anwar.

“Malah, rakyat berhak dan patut hadir untuk mendengar keputusan mahkamah.

“Ia tidak mengganggu perbicaraan dan keputusan mahkamah kerana yang membuat keputusan adalah hakim mahkamah, bukannya rakyat,” kata Mat Sabu.

Beliau turut mengesahkan yang Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan dirinya sendiri akan turut sama berada di Jalan Duta 9 Januari depan bagi menyokong Anwar.

“Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi dan saya sendiri akan hadir untuk mendengar keputusan perbicaraan kes Fitnah II Isnin depan,” kata Mat Sabu.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetahui keputusan perbicaraan fitnah liwat terhadap beliau pada tarikh 9 Januari depan.

Pakatan Rakyat sebelum ini mengesahkan mensasarkan kehadiran lebih 100 ribu orang di Jalan Duta pada tarikh itu untuk menyatakan sokongan terhadap Anwar.


___________________________________________


PERHIMPUNAN RAKYAT NI AKAN DIHADIRI OLEH PELBAGAI KAUM..

MARI RAMAI2 RAKYAT MALAYSIA..HADIR DI PERHIMPUNAN INI BAGI MENUNJUKKAN SOKONGAN KEPADA DSAI.

BUKAN UNTUK MEMBUAT KECOH..HANYA PERHIMPUNAN AMAN..

POLIS PERLU KAWAL PERKASA SEBAB MEREKA DATANG UNTUK BERTEMPUR..

TP BOLEH PERCYA KE NK DTG..JGN MCM KT BERSIH..CITE BOM2..TP ORGNYE XDE..HAHA..


ANAK MUDA TOLAK UMNO

No comments:

Post a Comment